Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Saturday, November 25, 2017

Genap Setahun

Assalam kepada semua pembaca blog,

Maaf lah dah lama tak update blog ni. In shaa Allah lepas ni saya cuba update selalu tapi kalau keluar sikit daripada tajuk lelong takpe kan? ;)

Alhamdulillah hari ni genap setahun saya berhenti makan gaji. Sebelum ni saya bekerja sebagai programmer (IT) di syarikat swasta dengan gaji hampir rm10k sebulan. Terima kasih atas support sahabat-sahabat semua. Dengan izin Allah saya dan keluarga berjaya survived walau kadang-kadang semput sbb emergency fund waktu kena berenti dulu cukup utk 6 bulan sahaja.

Sejujurnya saya merancang untuk berhenti kerja ketika berumur 35 tahun tetapi hati rasa agak goyang dan belum bersedia. Kita hanya merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.

Saya diberhentikan kerja (tidak perlu saya cerita kenapa) pada umur 37 tahun. Saya memang terkejut dan agak tidak bersedia. Memang ada rasa down. Rasa diri tidak dihargai, tidak berguna. Tipulah saya kalau saya cakap saya takde rasa macam tu.

Tapi saya ada Allah. Masa merawat hati saya. Saya agak serik untuk bekerja makan gaji semula. Saya cari semula semangat saya yang hilang. Ianya tidak mudah.

Alhamdulillah keluarga terutamanya suami amat memahami. Anak-anak memang sukala bila saya selalu ada kat rumah kan. Mereka kekuatan saya.

Saya bangkit semula perlahan-lahan. Bina kekuatan untuk mendaftar jadi REN di NPR permaisuri pada 17 April 2017. Start back from zero. Alhamdulillah dapat juga beberapa sale atas izin Allah dan panduan dari bos dan team NPR Permaisuri yang osem. Tq guys you know who you are. Ianya sangat bermakna untuk saya dapatkan kembali semangat saya yang hilang dulu.

Ada beberapa rancangan yang sedang diusahakan. Mohon doa sahabat pembaca semua ye.

Saya juga doakan agar segala urusan sahabat pembaca dipermudahkan.

Sampai jumpa lagi.

xoxo

My BIG Why






Blog Widget by LinkWithin

.