Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label Ebook. Show all posts
Showing posts with label Ebook. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Buah tangan percuma daripada PropertyWaltz.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Hot Auction Property :)

Ehem!

Ada lagi satu ebook percuma selain daripada ebook Tuanbri yang saya rasa semua bakal pelabur hartanah WAJIB baca. Ebook yang saya maksudkan ialah ebook WANG BESAR dalam Pelaburan Hartanah yang ditulis oleh sahabat saya Rohaniah Noor.

Di dalam ebook ini diterangkan konsep asas pelaburan hartanah.

Bagaimanakah pelaburan hartanah dapat memberi wang besar kepada pelaburnya?

Diterangkan juga teknik yang berbeza mengikut objektif pelabur hartanah itu sendiri.

Ringkas dan padat.

Tunggu apa lagi? Dapatkan ebook percuma ini sekarang! sila klik di sini

Modal ilmu adalah asas dan sangat penting sebelum terjun ke bidang pelaburan hartanah.

Selamat membaca :)

Untuk membaca Ebook-WANG BESAR dalam Pelaburan Hartanah, sila klik di sini!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Friday, May 27, 2011

Bermula Awal

Tiba-tiba aku terfikir untuk buat entri ni selepas pemerhatian aku tentang pengurusan kewangan baik di kalangan kawan-kawan sepejabat mahupon kawan-kawan di luar pejabat. Apa yang aku perhatikan, mereka takut untuk memulakan langkah untuk melabur. Tak kiralah sama ada dalam hartanah, saham, emas dan sebagainya. Mungkin mereka takut untuk keluar daripada zon selesa serta takut untuk mengambil risiko, takut takde orang yg ingin menyewa rumah mereka, tidak bersedia serta seribu satu macam alasan lagi. Dengan tidak disedari, masa berlalu dan setelah hampir 5 tahun, kedudukan kewangan mereka masih di takuk lama. Bila ditanya bila hendak melabur, alasan yang sama juga kedengaran. Dan mungkin berulang-ulang sehingga mereka pencen nanti. Jadi terperangkaplah mereka di dalam perlumbaan tikus dan bila mereka sedar, umur mereka telah pon menjangkau ke usia pencen!

Suka aku untuk mengingati kepada diri aku sendiri dan kepada pembaca-pembaca blog, kejayaan kita hari ini ditentukan oleh tindakan kita pada masa yang lalu. Kalau kita start melabur umur 25, insyaAllah umur 30 nanti kita dah dapat tuai hasilnya... lagi cepat lagi bagus... jika kita bermula seawal umur 20 tahun, umur 25 insyaAllah dah mula nampak apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni... Tujuan hidup mesti jelas dan terang. Barulah senang buat perancangan dan tindakan.

Contohnya, graduan yang berumur 25 tahun, mempunyai kereta sendiri, secara tiba-tiba ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak rm100k dengan tujuan yang tidak pasti. Aku tidak mengatakan tindakan tersebut tidak bagus cuma matlamatnya perlu jelas. Mengapa dia meminjam sebanyak itu? Bagaimana dia ingin melaburkan wang tersebut supaya pulangannya melebihi nilai keuntungan yang dikenakan dan sebagainya. Pendek kata, perancangan yang jelas adalah sangat perlu sebelum kita membuat sesuatu tindakan. Aku juga mula membeli rumah lelong dengan modal daripada pinjaman peribadi :)

Alhamdulillah bila di kenang-kenang kembali, aku bermula membeli rumah pertama pada usia 25 tahun, tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Kini selepas hampir 7 tahun, boleh dikatakan aku telah nampak jelas perjalanan dan perancangan yang diperlukan untuk terus menuju ke lebuhraya kebebasan kewangan. Walaupon kadang-kadang berlaku risiko yang di luar kawalan, insyaAllah dengan strategi yang betul serta bertawakkal kepada Allah, kita semua akan berjaya...

Carilah ilmu sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Ilmu pelaburan dan ilmu pengurusan kewangan yang baik adalah sangat mempengaruhi kejayaan seseorang di dalam pengurusan pelaburan-pelaburan yang dimilikinya. Bila ada ilmu maka kurang alasan dan rasa takut untuk mula melabur. Jom! Mulakan sekarang dan tuai hasilnya di masa hadapan. Untuk first timer, sangat digalakkan untuk menyertai seminar kami. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Fast Action = Fast Result

PS: Gaya bahasa kali ni agak berbeza. Praktis menulis ebook kisah perjalanan sendiri di dalam pelaburan hartanah ;)


Blog Widget by LinkWithin

.