Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label VP. Show all posts
Showing posts with label VP. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

Vista Pinggiran Apartment for sale (Below Market Value)

Vista Pinggiran Apartment untuk dijual :)

Kami ingin menawarkan rumah kediaman sederhana besar yang cantik lagi selesa untuk pasangan yang baru berkahwin.



DETAILS:
- Leasehold 
- Bumi Lot
- 850 sqft
- Bedrooms: 3 
- Bathrooms: 2 
- Level 19
- Fully Grilled & Tiled
- Well-kept Basic Unit

FACILITIES:
-24 Hours Security [Access Card]
- CCTV Surveillance 
- Playground
- Community Hall
- Swimming Pool
- Balcony
- 1 Covered car park

NEARBY:
-Pasar Borong Selangor
-AEON Jusco Shopping Mall, Starbucks 
-Giant Hypermarket
-McDonald's, KFC 
-Banks and Restaurant

ACCESSIBILITY:
-5 min to Taman Equine 
-10 min to Puchong / Tmn Puncak Jalil / Bandar
Kinrara / Cyberjaya / Putrajaya / Alamanda
-15 min to IOI Mall / Bangi / Kajang
-20 min to Subang Jaya / Sunway / Petaling Jaya /
Shah Alam / Kuala Lumpur 
-Highway: LDP / SKVE / MEX Highway
-Future Public Transport MRT Station



Price: RM299,000 *below market value/can nego*

=============================
INTERESTED? CALL/WHATSAPP/TELEGRAM/SMS :

Farazila Wahab 
012.345.9450
================================
* Earnest Deposit is REFUNDABLE if loan not approve
* Please leave a message if call is not answered
* Owners are welcome to list

*DISCLAIMER
Photo is just for a DISPLAY! To protect owner's and tenant privacy, pictures shown may not be the actual unit it is for illustration purpose only. 
Appreciate your understanding and viewing appointment on actual unit is always welcome.

Only Serious buyer should contact.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, April 17, 2013

Vista Pinggiran available for rent ;)

Lebih kurang 3 hari yang lalu, saya mendapat sms daripada penyewa rumah kami di Vista Pinggiran Apt. Bunyinya macam penting. Setelah berbalas-balas sms, akhirnya dia menyatakan ingin keluar daripada VP atas alasan bapanya yang berada di India kurang sihat.

Ya, penyewa yang berasal daripada India ini perlu pulang segera. Penyewa ini adalah penyewa yang sangat baik dan tidak pernah bermasalah membayar sewa. Alhamdulillah.

Sebagai tuan rumah yang baik juga (ehem!), kami dengan rela hati melepaskan dia pergi dan mengalu-alukan kedatangan penyewa yang baru juga dengan kadar sewa yang baru. VP bersedia untuk menerima kemasukan penyewa baru pada 1 Mei 2013.

Apartment ini adalah fully furnished. Dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti set sofa, meja makan, TV lcd, peti ais, pendingin hawa, mesin basuh, 2 set perabot bilik tidur, dapur gas dan lain-lain. Pendek kata, semua adalah! Hanya bawa beg baju sahaja :)

Kadar sewa rm1200 sebulan.

Deposit 2 + 1 + utiliti rm500.

Kemasukan Mei 2013.

Sila hubungi ijam 012 3519450 jika berminat.

Terima kasih!

Set sofa, meja kopi, dan permaidani
Meja makan dan sofa bed.
Set bilik tidur 1 + langsir

Set bilik tidur 2 + langsir

Mesin basuh 6.5kg

Kabinet dan dapur

Almari berlaci serta peralatan dapur.

Peti ais 2 pintu


Tuesday, June 5, 2012

Vista Pinggiran telah ditempah

Alhamdulillah...


Apartment kami di VP telah ditempah oleh seorang warga India yang bekerja sebagai pengurus IT di sebuah syarikat di Cyberjaya. Katanya, dia akan menghuni apartment tersebut seorang diri dengan sewa sebanyak RM1050 sebulan. Deposit rm500 telah pon bertukar tangan. Selebihnya akan dibayar sewaktu masuk rumah nanti.

Tetapi, dia meminta untuk dimasukkan TV dan aircond. Setelah berbincang, suami saya bersetuju membelikan 1 unit aircond bilik tidurnya. Dia sendiri akan membeli LCD TV secara ansuran. TV itu akan menjadi hak milik kami apabila tempoh penyewaan tamat dalam masa 18 bulan.

Anggaran harga aircond 1 hp = rm1000. Modal perabot = rm 2800. Jadi, kami perlu mengeluarkan sebanyak rm3800 untuk mendapatkan pertambahan aliran tunai sebanyak rm350 (rm1050 - rm700) sebulan. Jadi dalam masa 11 bulan kami akan mendapat kembali modal yang dikeluarkan untuk menjadikan unit fully furnished. InsyaAllah.

10 Jun 2012, insyaAllah penyewa baru akan masuk. Moga Allah permudahkan.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, May 31, 2012

Vista Pinggiran Fully Furnished?

Sudah hampir 3 tahun penyewa daripada negara Iran menyewa di unit Vista Pinggiran ini. Penyewa ini sangat berdisiplin dan selalunya akan membuat pembayaran dalam masa yang ditetapkan. Saya pula hanya menaikkan sewa rumah sebanyak rm50 (daripada rm650 kepada rm700) sepanjang tempoh penyewaan.

Alhamdulillah.

4 bulan lepas, penyewa Iran ini yang merupakan pelajar di MMU menyatakan hasrat ingin keluar rumah kerana pengajian mereka telah tamat. Apartment tersebut yang dulunya kosong telah terisi penuh dengan perabot-perabot mereka. Mereka ingin menjual semua perabot kepada kami kecuali pendingin hawa. Ini kerana ada kawan mereka yang ingin membeli pendingin hawa tersebut.

Apa yang menariknya, mereka tidak mempunyai televisyen kerana pada pendapat mereka TV itu tersangatlah melalaikan. Hmm menarik! Saya setuju dengan pendapat mereka ini :)

Bagi saya, TV lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Terutamanya untuk saya yang mempunyai anak-anak kecil.

Berbalik kepada cerita penyewa VP, mereka menawarkan kesemua perabot di dalam rumah dengan harga rm3000. Perabot terdiri daripada sofa, meja makan, permaidani, peti ais, mesin basuh, dapur, alatan memasak, pinggan mangkuk, 2 set bilik tidur beserta tilam, langsir, vacum cleaner, almari 2 pintu dan beberapa barang kecil yang lain.

Set sofa, meja kopi, dan permaidani
Meja makan dan sofa bed.
Set bilik tidur 1 + langsir

Set bilik tidur 2 + langsir

Mesin basuh 6.5kg

Kabinet dan dapur

Almari berlaci serta peralatan dapur.

Peti ais 2 pintu
Menarik juga, fikir saya.

Suami saya telah berbincang dengan mereka dan kami ditawarkan dengan harga rm2800.

Nak ambil ke tak nak? Berbaloikah? (dalam dilema...)

Adakah kami setuju? Nantikan sambungannya...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, February 8, 2010

Loan Disburse On Time for VP!

Salam semua pembaca... lama dah x update blog... maklumla bz dgn kehadiran insan-insan tersayang yg lebih memerlukan perhatian... ahaks! Takde idea pon iye jugak... anyway thanks jugak kepada klien-klien yg sudi register dgn aku. Adala rezeki jugak time pantang ni... :)

Loan utk VP disburse on time! Agak memeranjatkan bagi aku... apa pon syukur alhamdulillah... masa yg diberi oleh Affin Bank hanya 90 hari tapi Cimb Islamic berjaya disburse loan tepat pada hari ke-90... Thanks a lot pada peguam CIMB Islamic yg sangat pantas dan efisyen :)

Oh ye, 12 Feb ni aku kembali bekerja... cepatnye masa berlalu...wish me luck! Aku takut jem je otak aku bila start keje nanti... Actually aku tgh cari maid utk tolong mak aku jaga anak2 aku... still belum dpt lagi... aku mungkin terpaksa amik cuti kalau maid sampai lambat...

Itu je setakat ni. Kalau sesiapa yg nk merasa share komisyen dgn aku drpd bank bila menang auction bolehla register dgn aku sehari sebelum auction (3 hari sebelum utk RHB). Walaupon aku dah jarang update property auction kt sini tapi mmg ade yg hot2 di luar sana... All the best to all...


Thursday, December 3, 2009

Update on VP

Alhamdulillah loan dah lulus daripada CIMB Islamic. Rate biasa je BFR-1.6 selama 40 tahun :D Bayaran bulanan pula sebyk rm277.50 sebulan. Lega selesai satu bab. RHB Islamic & Public Bank reject aku nye application. Cisss... nasib baik CIMB Islamic sempoiiii... Boleh buat home extra pulak lepas ni kan... Oh ya loan tu ikut puchase price bukan ikut market ye... Mana boleh ikut MV nanti bertambah cepat aku kaya... hahaha...

Ada jugak 2-3 org yg call nk tengok rumah... weekend ni adela appoinment. Kipas + lampu + gril pon dah pasang. Cuma tekanan air agak rendah. Akan diperbaiki weekend ni insyaAllah...

Tu jelah update setakat ni... nanti aku update lagi...


Sunday, November 15, 2009

Tengok rumah VP




Kelmarin p VP tengok rumah yang dimenangi pada 30 Oktober yg lalu... Rumah tingkat atas sekali... end lot... Jusco view, pool pon boleh nampak jugak dari balkoni...wow.. rumah darala... org x pernah duduk lagi... gril xde, lampu & kipas pon xde (adoi byk nk kuar modal ni...hehe) rumah berhabuk... standardla pasal org x pernah duduk kan...

Air ade lagi... api dah kena potong tapi tunggakan x byk pon... rm142 je... lepas bayar TNB boleh sambung balik. Tapi aku lom bayo sebab meter TNB kt luar. Takut fius kena curi pulak nanti. So tunggu lepas pasang gril baru boleh bayar itu TNB lah...

Lepas tengok rumah, tukar tombol baru & terus p beli lampu dan kipas kat kedai letrik kt Sri Kembangan. Terbangla rm610 utk 11 set lampu & 4 set kipas... hohoho... insyaAllah Sabtu ni operasi pasang memasang pulak...

Takde byk masalah sgt rumah ni, org mentenen opis pon x byk cerewet. Bayar rm1k je dia leh proceed air tu... ada notis tulis kt pintu 17 Nov air akan dipotong... hehehe... OS sume sekali rm7k++. Bayar sikit2 la... x yahla nk bayar lump sum kan... Access card & sticker pon dah dpt. Bayar rm50 shj...

Untuk loan pulak, alhamdulillah dah lulus (CIMB Islamic) tapi yg peliknye officer tu kata boleh mintak loan based on MV. Wah bestnye kalau betul2 mcm tu. Aku pon setuju jelah. Tengah tunggu offer letter nk tengok rate dll. Kalau ada apa-apa news aku akan update insyaAllah...


Blog Widget by LinkWithin

.