Salam Puan Fara,
Saya berpeluang mengikuti beberapa entry dari blog hartanah
puan yang sememangnya sangat informative dan membantu ramai orang yang ingin
memiliki hartanah di dalam membuat pertimbangan pembelian. Sungguh mulia hati
puan, kalau orang lain mungkin dah kenakan consultation fee. Hanya Allah SWT
sahaja yang dapat membalas kebaikan Puan itu.
Disini saya ingin bertanya tentang pembelian hartanah
pertama saya yang mungkin akan saya buat dalam tempoh terdekat. Saya beli dari
tangan orang. Samada adakah harga yang ditawarkan oleh penjual overpriced
dari harga pasaran dan adakah ia berbaloi untuk dimiliki. Kalau
diikutkan hati, memang saya terpikat dengan apartment tersebut dan juga kerana
usia saya yang semakin meningkat tua ni. (umur 32 tahun).
Saya tak perlu cerita dengan details pasal hartanah ni
kerana puan fara pun saya ada terbaca memiliki satu unit hartanah di Putra Intan
Condo, Dengkil.
Non Bumi Unit
1122 square feet
Balkoni tidak menghadap pool
Free hold
Tingkat 1
Sebelah Lif
Asking Price- 245K
Selepas negotiate dgn owner menerusi agent – 220k
Self initiated check (tak melibatkan agent) dengan
valuer mengenai harga pasaran semasa – 180k hingga 200k.
Tapi agent pulak kata dia dah check dengan bank valuer harga
pasaran memang sekitar RM230K.
Persoalan utama
Adakah puan rasa harga yang negotiable itu berbaloi? Ini
kerana saya bercadang untuk membuat pinjaman bank bagi pembelian berkenaan.
Tetapi saya khuatir value rumah yang akan ditentukan oleh panel valuer yang
dilantik oleh bank adalah lebih rendah dari harga jualan menyebabkan saya perlu
untuk menambah lagi downpayment.
Untuk makluman saya bertugas dan tinggal di kuarters
putrajaya buat masa ini. Masih bujang.
Jawapan:
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada saudara S yang sudi membaca blog saya :)
Kata-kata saudara memberi semangat untuk saya terus memberi dan berkongsi sedikit ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya ini bersama pembaca blog yang lain.
Berbalik kepada persoalan saudara, pada pendapat saya eloklah saudara membuat self initiated check (tak melibatkan agent) dengan sekurang-kurangnya 3 valuer yang berlainan mengenai harga pasaran semasa. Dengan cara ini, harga pasaran yang sebenarnya akan terjawab tanpa perlu mempercayai kata-kata ejen.
Saudara boleh juga meminta ejen berkenaan menyatakan nama valuer (yang menyatakan harga pasaran adalah RM230K) dan saudara boleh menghubungi pihak valuer itu sendiri untuk mengesahkan fakta tersebut.
Jika benar seperti yang didakwa oleh ejen, maka saudara boleh meneruskan pembelian dan jika sebaliknya, saudara perlu nego lagi dengan ejen/owner atau mencari property yang lain.
Kalau tak silap saya, masih ada unit kondo Putra Intan yang dipunyai oleh pihak pemaju dan belum dijual. Mungkin saudara boleh menghubungi pihak pemaju (Rimbun Capital) dan bertanyakan hal ini. Unit daripada pihak pemaju ini dijual dengan harga yang agak berpatutan.
Sedikit penambahan, cara untuk membuat self initiated check (tak melibatkan agent) harga semasa rumah:
1. Pergi/telefon ke mana-mana bank dan berjumpa/bercakap dengan pegawai bahagian pinjaman perumahan.
2. Beritahu pegawai tersebut anda ingin membeli rumah A (contoh) dan ingin mengetahui harga semasa rumah tersebut.
3. Pegawai bank akan meminta maklumat rumah seperti alamat penuh, keluasan, tingkat, ada renovation atau tidak dan sebagainya.
4. Pegawai bank akan menghubungi valuer untuk mengetahui harga semasa rumah tersebut dan akan memaklumkan kepada anda. Kebanyakan bank mempunyai lebih daripada satu valuer.
Harap membantu.
PS: Boleh kongsikan jawapan anda di ruangan komen ye :)
















