Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label Home Loan. Show all posts
Showing posts with label Home Loan. Show all posts

Wednesday, July 19, 2017

22-07-2017 Lelongan Awam Jom Cuci Mata!






Roger akak ye untuk sebarang pertanyaan berkenaan hartanah atau nak kira kelayakan loan rumah. Akak sedia membantu ðŸ˜‰ 
.
Free Consultation ? 
⤵️⤵️⤵️
wasap.my/60123459450



Monday, May 9, 2011

Nak cepat habis bayar duit rumah?

Pernah dengar tak pasal Pengurusan BLR? Sebenarnya aku baru je selesai berjumpa dengan 2 org konsultan daripada syarikat AceScube (M) Sdn Bhd yang bernama Ieda dan Shazwan. Aku dapat kontek diorang ni daripada pakcik Google. Entah camna boleh sampai ke blog diorang: http://www.pengurusanblr.blogspot.com

Hmm... menarik jugak produk diorang ni. Secara ringkasnya, syarikat ni menyediakan servis untuk menukarkan tempoh masa loan rumah kita kepada tempah masa yang kita kehendaki dengan bayaran bulanan yang kita mampu. Contoh ye:

En Amin beli rumah berharga rm 120,000. Beliau membuat pinjaman daripada bank A sebanyak rm 108,000 dengan bayaran bulanan sebanyak rm 550 sebulan selama 40 tahun.

Jika en Amin setuju untuk menggunakan perkhidmatan Pengurusan BLR, pihak pengurusan BLR akan kawtim atau berbincang dengan pihak bank A untuk memendekkan tempoh pinjaman kepada 10 tahun (mengikut permintaan En Amin) dan dengan bayaran bulanan yang baru (semestinya lebih tinggi daripada bayaran bulanan asal).

Kelebihan: Loan habis dengan lebih cepat serta pembayaran interest bank yang lebih rendah. Tapi setakat ni servis ni hanya available untuk loan konvensional sahaja (Loan islamic - dalam proses perbincangan)

Pendapat aku: Servis ni agak menarik untuk mereka yang nak cepat bebas hutang. Terpulang pada objektif masing-masing. Bagi aku ianya lebih sesuai untuk rumah yang kita tinggal.

Cajnya pon agak berpatutan, satu rumah rm3000. Kalau nk mintak loan tenor 6 tahun pon boleh. Best kan?

Kalau berminat dengan servis mereka ni, sila masuk ke blog mereka, http://www.pengurusanblr.blogspot.com atau pon telefon diorang untuk appointment:

Firdaus Syazwan Ghani +6019-2299 455 / Noor Shahieda Kamarudin +6019-2299 544 (Jangan lupa mention nama aku tau... (ctfarazila)... bagi can la aku dapat komisyen sikit... hehehe)

Aku diberitahu yang diorang ni nak nikah Jumaat ni... Well, Selamat Pengantin Baru! ;)



Thursday, August 26, 2010

Minta Pendapat

Salah seorang klien saya telah membeli hartanah kediaman lelong dengan menggunakan nama syarikat. Dalam usahanya untuk memohon pinjaman, kebanyakan bank tidak mahu memberi pinjaman dengan alasan : Nama Syarikat tidak boleh membeli hartanah kediaman. Pihak bank hanya akan memberi pinjaman untuk syarikat yang membeli hartanah komersil shj. Klien saya ini hampir berputus asa.

Mohon nasihat rakan-rakan seperjuangan sekalian untuk membantu rakan kite ni.

Thanks in advance!


Wednesday, August 12, 2009

Pengalaman beli rumah yang terbengkalai

Aku pasti ramai di antara kita ni yang pernah jadi mangsa beli rumah dan rumah tu dengan x disangka2 ada masalah. TERBENGKALAI. Menakutkan betul perkataan terbengkalai ni kan. Aku jugak x terkecuali. Rumah pertama yg aku beli dgn excitednya (yelah kata first house mestilah excited) tiba2 jadi projek bermasalah. Rumah tu terletak kt Dengkil. Developer Lembah Kerjaya Sdn Bhd. Dah bungkus pon kompeni ni. Kat sini aku nk cerita macamana nk reduce kerugian kita berdasarkan pengalaman aku la... Kalau korang nak tambah silakan...

Tahun pertama beli (2004) byr interest shj waktu ni interest mahal BLR++ = 7%. Bayar sebanyak rm100 sebulan kot aku pon x ingat sebab dah lama. Loan rumah daripada CIMB berjumlah 148k termasuk MRTA. Masuk tahun kedua interest naik ikut peratus loan disburse kepada pemaju. Masuk thn ke-3 dah bayar rm600 sebulan. Genap 3 tahun daripada tarikh S&P makanya ikut perjanjian pembeli kena byr full amount loan walaupon projek belum siap. Dalam kes aku rm912 sebulan. Loan baru disburse 107k. Projek dah sangkut. Huh masak nye nk byr rm912 sebulan. Tapi sebab tanak nama kena blacklist aku bayar jugak.

Pastu aku dpt tau kita boleh minta bank reduce rate interest ikut rate semasa. So aku pon tulis surat kt bank. Mintak revise interest rate. Lama berjanggut jugak tunggu. At last dpt rate baru BLR-1.5. Tapi lock-in period start kira balik 5 thn drpd tarikh interest rate baru. Dpt kurang rm100. Bayar rm812 je sebulan. Lega sikitla.

Tak lama tu aku dpt tau utk projek yg bermasalah/terbengkalai, boleh minta tanak bayar interest. Byr principal shj. Kena mohon surat pengesahan daripada KPKT (Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan) yg mengatakan projek tu terbengkalai/bermasalah). Dengan cargasnya aku pegi apply surat tu kt KPKT & buat surat juga utk CIMB juga mohon nak bayar principal shj disertakan surat sokongan daripada KPKT. Settle semua tu, lepas 4 bulan baru dpt jawapan. Aku kena bayar rm312 shj berkuatkuasa September 2009 dengan syarat projek masih belum siap & tiada lagi rm yg di disbursekan oleh pihak bank.

Bestnya... rm500 dpt jimat... tapi setahun je CIMB bagi. Lepas tu kena reapply balik (kalau projek still belum siapla). Baru2 ni pulak, ada ura2 pemaju baru nak amik alih projek ni. Pastu minta pembeli sume benarkan bank masing2 disburse 5% drpd loan untuk teruskan projek. Adoiii... baru nk lega... nampak gaya x jadi lega... tapi kalau projek ni cepat siap pon bagus gak... huhuhu... Itula serba sedikit pengalaman aku dengan rumah yg bermasalah ni. Tapi aku think positive la... kalau x kerana rumah ni bermasalah mungkin aku x terjebak dengan bisnes lelongan hartanah yg menarik ni kan :) (haha saje sedapkan hati...)

Untuk mereka-mereka yang 'terkena' macam aku ni mungkin boleh apply salah satu daripada cara-cara kt atas ni untuk ringankan bebanan bayaran bulanan tu. Kalau nak draf surat-surat permohonan tu pon aku boleh emelkan. Takde hal. Kalau ada cara yang lebih baik, silakan berkongsi di sini... :)

Baru-baru ni jugak aku baru tau yg kite boleh buat pengeluaran beli rumah ke-2 di KWSP kalau projek rumah pertama bermasalah/terbengkalai selain drpd kita jual rumah pertama tu asalkan ada bukti yg mengatakan rumah tu bermasalah/terbengkalai. So permohonan aku & asben dah pon lulus. Dah dpt jumlah lumpsum yg agak byk jugakla bagi kami... (lepasla buat modal jadi ejen emas Pokli...hehehe)

Sedang mencari2 idea jugak ni nk buat investment apa pulak lepas ni... any idea???

PS : Jgn lupa register rumah lelong di sini... Komisyen 50-50. SHARING IS CARING! ;)


Wednesday, August 20, 2008

Home Loan Updated from Ambank

Alhamdulillah rasa macam nak buat sujud syukur je sebab Ambank dah luluskan home loan dan bagi rate sama macam CIMB bagi. Memang aku tak sangka sebab rate dia jauh beza dengan CIMB. Rasa macam bersalah lak kat pegawai CIMB tu sebab aku dah cakap aku berminat nak amik dengan dia. La ni kena kensella pulak. Takpela aku akan promote nama pegawai CIMB tu kat sini pasal aku rasa servis dia bagus & pantas. Kalau tak kerana aku beli rumah ni daripada lelongan Ambank dah tentu aku amik pakej loan CIMB ni. Ni no hp pegawai CIMB tu Kelvin - 012 477 2735

hmm.. baru balik daripada Ambank. Ambik offer letter. Mengah...mengah jalan kaki... kakaka... jalan sikit dah mengah. Bayaran bulanan untuk Ambank ni ada kurang rm4 le drpd CIMB... tihihi... pasal MRTA dia murah sikit rasanya. Mula-mula memang aku ingat nak amik MRTA 5 tahun je tapi bila fikir2 balik aku takutla umur x panjang dah tu tinggalkan hutang lak kat anak-anak & laki so aku ubah fikiran la ambik je MRTA utk 30 tahun insyaAllah lebih berkat...huhuhu... So malam ni aku sign le letter offer tu dgn laki aku. Esok hantar balik. Ada kemusykilan sikit pasal MRTA tu sebab dia cover nama aku sorang je. Bistu kalau apa-apa jadi kat laki aku matilah aku kena bayar hutang sorang2. (na'uzubillah...) Then kalau jadi apa-apa kat aku laki aku leh joli katak le pasal insuran bayar lump sump hutang umah ni. Arghhh ini tidak adil! Sekarang jugak aku nak call suruh officer tukar jadi 50-50 macam CIMB nye letter offer. Aduh bertambah lambat la kalau nak suruh dia tukar pasal insuran pulak. Sabar jelah!

Dah call dah. Diorang akan selesaikan masalah ni. Thank God!


Blog Widget by LinkWithin

.