Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label Soalan dan Jawapan. Show all posts
Showing posts with label Soalan dan Jawapan. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Assalamualaikum Puan,

Saya ada terbaca blog Puan mengenai rumah lelong dan saya bercadang untuk pergi satu auction pada 14hb ni. Saya nak tanya, kalau saya ambil Puan sebagai ejen pembida saya, berapa harga yg Puan caj?

Satu lagi, saya tak faham tentang maksud kaveat. Adakah saya kena tanya di pejabat tanah tentang ni (call atau pergi ke sana untuk semak?).

Harap Puan dapat membantu. Terima kasih.

Jawapan:

Sebagai ejen pembida, saya hanya mengenakan caj sebanyak rm200 samada tuan menang/kalah/property call off pada hari lelongan.

Kaveat : http://anime4nz.blogspot.com/2012/09/apa-itu-kaveat.html

Sebenarnya ramai yang kurang tahu atau kurang arif mengenai istilah-istilah seperti ini dan kesannya terhadap mereka di dalam hartanah dari segi undang-undang. Jika kita ambil Kaveat ini sendiri sebagai contoh, kesan sebenarnya adalah amat besar sekali kepada pemilik tanah tersebut.
Ini kerana apabila sesuatu kaveat dimasukkan (didaftarkan) ke atas sesuatu hakmilik tanah, maka ianya akan menghalang sebarang urusan daripada berlaku ke atas tanah tersebut!

Maksudnya? maksudnya di sini adalah apabila hakmilik anda telah dimasukkan kaveat, maka anda tidak boleh menjual, menggadai atau menyewakan tanah tersebut atau apa juga urusan pindahmilik kepentingan sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau secara automatiknya tamat tempoh.

Ada berapa jenis kaveat?
Berdasarkan yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56 1965), Kaveat adalah terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats) - Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik (Document of Title)

2) Kaveat Persendirian (Private Caveats) - Kaveat yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah tersebut.

3) Kaveat Pemegang-Lien (Lien-Holders’ Caveats) - Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mana memegang dokumen hakmilik sebagai cagaran untuk tujuan tertentu seperti pemberian pinjaman (contohnya bank).

4) Kaveat Amanah (Trust Caveats) - Kaveat ini hanya dimasukkan oleh Pendaftar terhadap sebarang tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh seseorang individu atau badan sebagai pemegang amanah.
Terdapat beberapa keadaan tertentu yang membezakan kaveat-kaveat di atas dimasukkan. Secara ringkasnya, Kaveat Pendaftar adalah lebih kepada melindungi kepentingan yang berkaitan dengan hak-hak kerajaan atau individu pemilik tanah tersebut. Sebagai contohnya, untuk menghalang urusniaga palsu atau dicurigai daripada berlaku ke atas tanah tersebut.

Bagi Kaveat Persendirian pula, ianya adalah lebih jelas dan mudah difahami. Kaveat jenis ini boleh dimasukkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan kepentingan terhadap hakmilik tanah tersebut, walaupun bukan miliknya. Contohnya adalah orang yang telah membuat sebahagian pembayaran deposit untuk pembelian tersebut atau orang yang mempunyai perjanjian  pajakan yang didaftarkan ke atas tanah tersebut. Walau bagaimanapun, kaveat persendirian ini tidak menghalang dari urusan-urusan lain daripada berlaku ke atas hakmilik tersebut seperti endorsement tertentu. Kaveat persendirian akan terbatal dengan sendirinya selepas 6 tahun.

Untuk rumah flat/apartment/kondo yang masih belum ada strata title (geran individu), tidak perlu cek kaveat kerana kaveat hanya boleh diletakkan di dalam geran individu.

Cara membuat carian tanah untuk semak kaveat:
http://langkahkanan.com/blog2/2012/06/19/cara-membuat-carian-tanah/

Boleh juga upah runner pejabat peguam untuk buat carian ni.
Caj antara rm30 - rm50.
Harap membantu.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, September 4, 2013

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Salam sis,

Saya berminat nak beli auction property ni..tp saya tidak pasti apa saya perlu buat atau kaji. Kalau ikutkan, duit tunai memang tidak mencukupi untuk 10% deposit.

Interested in Lestari Putra, or Sri Kembangan area which is below MV (market value). Monthly budget around +- 900 max.

If sis have any tips or advice feel free to share, cause this is my 1st time. I plan to stay after marriage. My plan is, instead of rental, if i can get a house/apartment with monthly payment +- as rental, it is much better.

Anyway, thanks sis ~

Jawapan:

Untuk membeli rumah, apa yang diperlukan hanyalah ilmu, keinginan dan azam yang kuat serta bertindak. Itu saja. Soal modal adalah soal kedua. Persoalan modal telah saya kupaskan di dalam entri sebelum ini. Boleh rujuk entri tersebut ye :)

Mengikut perkiraan saya, bajet bulanan sebanyak rm900 sebulan cukup untuk membeli hartanah bernilai rm190,000. Mari saya kongsikan satu laman web yang menyenaraikan semua hartanah lelong di Malaysia. Laman web ini juga dikemaskini dari semasa ke semasa.

Laman web yang saya maksudkan ialah www.lelongtips.com

Register dan log masuk.
Jangan risau, ianya percuma untuk ahli biasa :)

Anda boleh menyemak laman web ini setiap hari kerana laman web ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebelum itu, ehem! Tolong semak dahulu kelayakan anda untuk membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank ya. Pastikan juga rekod ccris dan ctos anda bersih. Untuk mereka yang ingin membeli secara tunai,  sila abaikan pesanan di atas :D

1. Lihat kotak keyword di sebelah atas. Taip lokasi pilihan (contoh: Sri Kembangan) dan klik butang Search untuk melihat senarai semua hartanah lelong di Sri Kembangan. Boleh juga taip poskod contohnya 43300 dan tekan butang Search. Semua hartanah lelong yang mempunyai alamat poskod 43300 akan muncul di skrin anda.

2. Jika anda ingin melihat senarai hartanah jenih rumah teres sahaja, sila pilih Property Type: House sebelum menekan butang Search. Semua hartanah lelong yang mempunyai alamat poskod 43300 jenis teres akan muncul di skrin anda.

3. Jika anda berminat untuk membida mana-mana hartanah di laman web tersebut, anda boleh emel saya (alamat emel: ctfarazila@gmail.com) untuk mendapatkan maklumat penuh hartanah tersebut. Konsultasi percuma :)

4. Secara kasarnya, untuk pembelian rumah untuk disewakan (bukan untuk diduduki), peraturan pertama yang perlu dipatuhi oleh seorang pelabur bijak ialah kadar sewa mesti melebihi jumlah bayaran bulanan kepada bank dan kos penyelenggaraan bulanan.

           Kadar Sewa > (Bayaran Bulanan + Kos Penyelenggaraan Bulanan)

Ini membolehkan anda menikmati aliran tunai positif (wang masuk) setiap bulan daripada pembelian rumah tersebut. Sila buat pengiraan sebelum membuat sebarang pelaburan.

5.  Sila rujuk di sini untuk panduan ringkas pembelian beli rumah lelong. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan. Maklumat harga pasaran sesuatu hartanah hendaklah disemak dengan pihak penilai atau bank.

6. Sila rujuk di sini pula untuk Tips Beli Rumah Lelong. Semoga bermanafaat.

Harap dapat menjawab pertanyaan cik yang bertanya.

Just do it!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, October 1, 2012

Soalan dan Jawapan : Putra Intan Condominium

Salam Puan Fara,

Saya berpeluang mengikuti beberapa entry dari blog hartanah puan yang sememangnya sangat informative dan membantu ramai orang yang ingin memiliki hartanah di dalam membuat pertimbangan pembelian. Sungguh mulia hati puan, kalau orang lain mungkin dah kenakan consultation fee. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan Puan itu.

Disini saya ingin bertanya tentang pembelian hartanah pertama saya yang mungkin akan saya buat dalam tempoh terdekat. Saya beli dari tangan orang. Samada adakah harga yang ditawarkan oleh penjual overpriced dari harga pasaran dan adakah ia berbaloi untuk dimiliki. Kalau diikutkan hati, memang saya terpikat dengan apartment tersebut dan juga kerana usia saya yang semakin meningkat tua ni. (umur 32 tahun).

Saya tak perlu cerita dengan details pasal hartanah ni kerana puan fara pun saya ada terbaca memiliki satu unit hartanah di Putra Intan Condo, Dengkil.


Non Bumi Unit
1122 square feet
Balkoni tidak menghadap pool
Free hold
Tingkat 1
Sebelah Lif
Asking Price- 245K
Selepas negotiate dgn owner menerusi agent – 220k
Self initiated check  (tak melibatkan agent) dengan valuer mengenai harga pasaran semasa – 180k hingga 200k.
Tapi agent pulak kata dia dah check dengan bank valuer harga pasaran memang sekitar RM230K.

Persoalan utama

Adakah puan rasa harga yang  negotiable itu berbaloi? Ini kerana saya bercadang untuk membuat pinjaman bank bagi pembelian berkenaan. Tetapi saya khuatir value rumah yang akan ditentukan oleh panel valuer yang dilantik oleh bank adalah lebih rendah dari harga jualan menyebabkan saya perlu untuk menambah lagi downpayment.

Untuk makluman saya bertugas dan tinggal di kuarters putrajaya buat masa ini. Masih bujang.

Mohon pandangan dan nasihat puan berkenaan perkara ini.

Jawapan:

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada saudara S yang sudi membaca blog saya :)
Kata-kata saudara memberi semangat untuk saya terus memberi dan berkongsi sedikit ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya ini bersama pembaca blog yang lain.

Berbalik kepada persoalan saudara, pada pendapat saya eloklah saudara membuat self initiated check (tak melibatkan agent) dengan sekurang-kurangnya 3 valuer yang berlainan mengenai harga pasaran semasa. Dengan cara ini, harga pasaran yang sebenarnya akan terjawab tanpa perlu mempercayai kata-kata ejen.

Saudara boleh juga meminta ejen berkenaan menyatakan nama valuer (yang menyatakan harga pasaran adalah RM230K) dan saudara boleh menghubungi pihak valuer itu sendiri untuk mengesahkan fakta tersebut.

Jika benar seperti yang didakwa oleh ejen, maka saudara boleh meneruskan pembelian dan jika sebaliknya, saudara perlu nego lagi dengan ejen/owner atau mencari property yang lain.

Kalau tak silap saya, masih ada unit kondo Putra Intan yang dipunyai oleh pihak pemaju dan belum dijual. Mungkin saudara boleh menghubungi pihak pemaju (Rimbun Capital) dan bertanyakan hal ini. Unit daripada pihak pemaju ini dijual dengan harga yang agak berpatutan.

Sedikit penambahan, cara untuk membuat self initiated check (tak melibatkan agent) harga semasa rumah:

1. Pergi/telefon ke mana-mana bank dan berjumpa/bercakap dengan pegawai bahagian pinjaman perumahan.

2. Beritahu pegawai tersebut anda ingin membeli rumah A (contoh) dan ingin mengetahui harga semasa rumah tersebut.

3. Pegawai bank akan meminta maklumat rumah seperti alamat penuh, keluasan, tingkat, ada renovation atau tidak dan sebagainya.

4. Pegawai bank akan menghubungi valuer untuk mengetahui harga semasa rumah tersebut dan akan memaklumkan kepada anda. Kebanyakan bank mempunyai lebih daripada satu valuer.

Harap membantu.

PS: Boleh kongsikan jawapan anda di ruangan komen ye :)


Wednesday, August 15, 2012

Soalan dan Jawapan: Rumah dilelong kerana muflis.

Assalamualaikum...
Terima kasih kerana sudi berkongsi tips untuk membeli rumah lelong.
Saya nak tanya pendapat.

Ini pertama kali saya nak join lelong ni. Bukannya apa sebab saya nak beli rumah ayah saya balik. Rumah ayah saya ni nak kena lelong dalam 2-3 bulan akan datang. Bukan sebab tak mampu bayar tapi sebab dia telah diisytiharkan muflis dan sebagai anak, saya tak nak rumah ini jatuh ke tangan org lain. Kami sangat sayang rumah ini. Hari tu ada land valuer datang rumah dan ambil gambar.

Agaknye boleh ke saya kawtim dengan pihak bank ye?
Agaknya bank mana yg banyk songeh ye? 
Agaknya berapa % kenaikan yg berbaloi dari harga yg diorg letak ye?
Apa tips-tips yg saya perlu tahu kalu nak beli balik rumah ayah saya ni ye. Saya harap sangat awak dapat membantu saya yang mmg tengah buntu ni..

thanks.. :-)
AS

Jawapan saya :

Saya amat bersimpati dengan apa yang telah terjadi kepada ayah saudari SA. Terus terang, saya tidak dapat menjawab semua soalan kerana kurang pasti dan kurang berpengalaman. Saya harap ada jawapan yang bernas daripada pembaca-pembaca blog. Sebarang cadangan/jawapan sila utarakan di bahagian komen.

Nasihat saya, cuba berhubung dengan pihak peguam yang mengendalikan kes ini. Cuba dapatkan kontek peguam ini daripada bank pelelong. Ajak ayah berjumpa dengan peguam tersebut serta dapatkan nasihat daripada peguam tersebut serta berbincang tentang cara untuk mendapatkan semula rumah tersebut.

Jika pihak peguam bank pelelong enggan bekerjasama, tanya pendapat dengan peguam lain. Ini soal undang-undang yang hanya boleh ditangani oleh mereka yang pakar dalam undang-undang. 

Jika saudari tidak kenal mana-mana peguam, bolehla hubungi peguam di bawah:

Pn Nurul Muhaniza Hanafi / Pn Sri Rahayu
for and behalf of
Messrs Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners
50F-3, Kelana Mall, Jalan SS 6/14,
Kelana Jaya, Petaling Jaya, 47301,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7880 0288 / 012-2022 373
Fax: 03-7880 2298
Emel: ejja77@yahoo.com

Jangan lupa berdoa kepada Allah kerana dialah yang mengizinkan sesuatu perkara berlaku. Semoga dipermudahkan.
Harap membantu.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, June 20, 2012

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Salam Fara,

Saya nak tanya skit pasal Hot Auction Property posted in your blog. Kalau ikut Fara, property area mana yg Fara akan rekomen untuk bid and why. Sebab saya tengok banyak sgt property yg menarik. So utk property auction ni, biasanya Fara akan charge RM200 based on the bidding ke atau camne ???

Saya ada confuse skit,

1) Some of the property ada restriction: bumi lot.. maknanya hanya bumi sahaja boleh masuk bidding kan?

2) So kalau kita menang bid, lepas tu nak jual semula.. kita kena cari Bumi buyer only, Am I right? Tak boleh jual pada Non Bumi, kan?

3) Kalau hakmilik strata bagi harta masih belum dikeluarkan contoh unit apartment/condo, apa kah jadi masalah kalau kita menang bidding ni.

4) Dan adakah menjadi masalah kalau nak jual semula jika kita dah ada pembeli.

TQ

Jawapan:

Salam tuan yang bertanya, saya cuba jawab semua soalan sebaik mungkin:

Soalan yang mana satu saya akan rekemen adalah sangat subjektif. Ia bergantung kepada bajet, lokasi, ROI dan lain-lain. Sebaiknya pilih harga di dalam bajet tuan dan lokasi yang paling dekat dengan tempat tinggal tuan serta memberi ROI lebih daripada 8%.

Caj rm200 dikenakan hanya jika saya dilantik menjadi wakil pembida dan perlu turun ke dewan lelongan. Jika pembida pergi membida sendiri, maka tiada caj dikenakan.

1) Ya.

2) Ya.

3) Tidak menjadi masalah untuk kebanyakan bank. Ada juga bank (kebanyakannya oversea bank) yang tidak mahu memberi pinjaman untuk rumah yang lebih daripada 15 tahun dan masih tidak mempunyai strata title. Untuk belian tunai memang tiada masalah.

4) Tidak menjadi masalah untuk kebanyakan bank. Ada juga bank (kebanyakannya oversea bank) yang tidak mahu memberi pinjaman untuk rumah yang lebih daripada 15 tahun dan masih tidak mempunyai strata title. Untuk belian tunai memang tiada masalah.

Harap membantu :)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, April 4, 2012

Soalan dan Jawapan: Strata Title

Rentetan daripada soalan En Anip di ruangan komen di entri terdahulu :
 
saya ada pertanyaan:

saya berminat nak beli rumah lelong.

rumah di selangor

semakan dibuat, rumah ini telah dikeluarkan strata title, tapi owner asal rumah ini masih belum menyempurnakan MOT nya dan rumah ini telah dilelong.

1.adakah sebarang implikasi dari sudut undang2 yang akan berlaku kalau saya beli umah ini?

2.bolehkan develepor buat direct transfer kepada saya sekiranya saya berjaya menang rumah ini?

Jawapan saya :

1.Tidak ada sebarang implikasi dari segi proses penukaran nama. Cuma ianya mungkin akan mengambil sedikit masa.

2.Jawapan untuk persoalan ini ada diterangkan oleh Pn Nurul dalam sesi seminar Taiko Rumah Lelong pada 1 April yang lepas. Ianya lebih mudah diselesaikan jika En Anip melantik peguam yang sudah bepengalaman mengendalikan kes-kes seperti ini.

Pn Nurul merupakan seorang peguam yang berpengalaman luas di dalam menguruskan urusniaga hartanah lelong. Untuk memudahkan kawan-kawan pembaca blog yang ada sebarang kemusykilan undang-undang pembelian rumah lelong, beliau atau pembantunya Pn Sri Rahayu boleh di hubungi melalui maklumat di bawah:

Pn Nurul Muhaniza Hanafi / Pn Sri Rahayu
for and behalf of
Messrs Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners
50F-3, Kelana Mall, Jalan SS 6/14,
Kelana Jaya, Petaling Jaya, 47301,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7880 0288 / 012-2022 373
Fax: 03-7880 2298
Emel: ejja77@yahoo.com

Harap membantu.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, November 28, 2011

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Assalamualaikum Puan Farazila yang saya hormati,

Saya menemui blog puan apabila melakukan carian berkenaan rumah lelong.

Saya Mazlia. Tidak pernah membeli rumah belian biasa/lelong dan ini cubaan pertama. Saya berharap puan dapat membantu saya.

Saya berminat membida sebuah apartment lelong di Selayang. Auction date adalah pada 8 ataupun 10/12/2011 (saya tidak ingat)

Berdasarkan bacaan saya di Internet, kita perlu register kepada ejen, barulah kita akan diberikan POS yang mana akan merangkumi maklumat lengkap tentang tunggakan cukai/bil air/elektrik/maintenance apartment itu.

1. Benarkah pendaftaran itu tidak membuatkan saya terikat dengan apa-apa, melainkan ejen itu akan mendapat komisen yang dibayar oleh pihak bank sekiranya saya berjaya membida apartment itu?

2. Biasanya berapa bayaran yang saya perlu bayar kepada ejen sekiranya saya meminta ejen membida bagi pihak saya? Adakah bayaran ini tetap dikenakan sekiranya saya gagal?

3. Katakan saya ingin meminta bantuan puan membida untuk saya, adakah puan sudi? Berapa bayarannya?

4. Biasanya berapa kos keseluruhan selain harga rumah yang perlu ditanggung oleh pembida? Boleh senaraikan kos-kos terbabit?

5. Apa beza auction price dengan reserved price? Saya bertanya kerana pada iklan yang saya temui diletakkan harga lelong RM124k++ contohnya, apabila saya bertanya ejen, katanya reserved price 126k.

6. Untuk rumah, kita boleh survey di bahagian luar/laman untuk melihat dan membuat andaian rumah itu dalam keadaan okey ataupun tidak. Bagaimana dengan apartment? Memang kita tidak boleh lihat bahagian dalam?

Sebenarnya saya takut untuk memulakan langkah pertama kerana tidak tahu apa-apa tentang pembelian rumah apatah lagi rumah lelong. Modal saya sedikit sahaja, jadi saya berharap saya tidak membuat kesilapan. Saya sangat berharap puan dapat membantu saya dan melayan e-mel ini.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih, hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik puan.

Jawapan :

Berikut adalah jawapan saya. Harap membantu.

1. Ya benar.

2. Untul menjadi wakil pembida, saya hanya mengenakan bayaran sebanyak rm100 sahaja sama ada cik M menang/kalah/property call off (tidak jadi dilelong) pada hari lelongan. Kadar ini adalah berlainan untuk setiap ejen dan bergantung kepada ejen-ejen tersebut. Bayaran ini bolehlah dianggap sebagai 'duit minyak' untuk menampung kos masa dan perjalanan ke lokasi bidaan.

3. Ye saya sudi :) Kadar bayaran seperti di atas.

4. Secara ringkasnya, untuk masuk membida, paling selesa bila anda mempunyai wang tunai sebanyak 15% - 20% daripada harga beli hartanah. 10% deposit + 5% bayaran guaman + 5% lain-lain. Sila rujuk panduan penting sebelum membeli rumah lelong dan emel saya jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut :)

5. Auction price = Reserve price. Saya tak tau apa tujuan ejen tu letak harga yang berlainan.

6. Hartanah lelong hanya dapat dilihat daripada luar sahaja. Tiada kebenaran utk masuk ke dalam. Walau bagaimana pun jika rumah tersebut tidak berkunci dan tiada penghuni, anda boleh la masuk ke dalam dan melihat keadaan hartanah. Boleh juga masuk dengan kebenaran daripada penghuni rumah (jika ada).

Kalau ada kawan-kawan yang nak beri jawapan tambahan, silakan di bahagian komen ye :)

Anda ada persoalan tentang lelongan hartanah? 
Emelkan persoalan anda di ctfarazila@gmail.com dan saya akan menjawab sebaik mungkin.

Selamat melabur!


Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, November 14, 2011

Soalan dan Jawapan: Masalah Rumah Lelong

Salam,

Saya ada soalan, nk tanya akak sbb akak dah lama dlm bidang ni..ceritanya mcm ni,

Saya ada beli rumah lelong 2 minggu lepas, impian selatan condo (@RM 85K). Problem is, so far semua bank xnk terima application utk buat housing loan dkt area aitu, high risk katanya..

Sy desperately nk cari loan rumah tu sbb nk pakai lawyer bank n setelkan hutang lama rumah tu..Skrg sy dah buntu sebab kena byr outstanding management fee rumah tu rm6k within 90 days, kalau x, mmg 6k tu dari poket sy.

Sebagai org expert dlm bidang ni, boleh x akak nasihatkan sy yg masih sgt mentah ni? :(> Harap akak dpt reply.

Jawapan saya :

Assalamualaikum kepada saudari A, pertama sekali suka saya nasihatkan kepada saudari dan semua kawan-kawan pembaca blog supaya menghubungi saya SEBELUM membuat keputusan untuk membeli rumah lelong. Ini untuk mengelakkan masalah seperti ini berlaku.

Saya pernah berkongsi tentang kondo Impian Selatan di entri terdahulu. Kalau lah dia bertanya dengan saya dahulu sebelum masuk membida, tentu perkara ini tidak berlaku. Nasihat saya tentang masalah ini :

1. Jika saudari A ingin menetap di kondo tersebut dan ingin meneruskan pembelian, nak tak nak saudari A terpaksa membuat personal loan dan membayar baki harga rumah tersebut dengan cara tunai. Walaupon kondo ini telah diisytiharkan selamat oleh pihak berwajib tetapi pihak bank tetap tidak mahu mengambil risiko dan enggan memberikan pinjaman untuk kondo tersebut.

2. Jika saudari A ingin menjual kondo ini di kemudian hari, saudari A tetap perlu mencari pembeli yang sanggup membayar tunai. Soalnya, siapa yang ingin membeli kondo di kawasan ini kerana risiko tanah runtuh yang berlaku di kawasan berhampiran beberapa tahun yang dulu? Jika saya berada di tempat saudari, saya batalkan pembelian dan sudah tentulah deposit saya hangus. Tak mengapa, itu adalah tuition fee yang perlu dibayar kerana kesilapan sendiri. Carilah ilmu atau bertanya kepada yang pakar sebelum membuat sesuatu keputusan.

Harap membantu.
Jika kawan-kawan pembaca blog ada sebarang pendapat/komen untuk saudari A, sila tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih.

Kesan retak di Impian Selatan Condo

According to experts, these abandoned houses were the cause of the tragedy.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, April 12, 2011

Q&A: Masalah yang agak kritikal

Assalamualaikum Kak Fara,

Maaf mengganggu.

Dulu masa mula2 nak beli umah lelong nih (tahun 2009) ada pernah minta advise dari kak Fara.
And now nak tanya lagi. sorry sangat2 sbb mengganggu.

1- Saya dah beli unit lelong tu tahun 2009. Takde kunci- so, saya buat report polis untuk buka pintu umah tu & skrg dah duduk dah pun unit lelong tu.
2- semua maintainnace fee yg tertunggak, cukai taksiran semua saya dah clear. Loan dgn bank pun semua dah clear & dah sign dah pun. Saya takde problem lansung nak dapatkan loan rumah.
3- bank pelelong ialah maybank. Loan rumah saya pun maybank juga - sbb nak cepatkan proses.
4- Tapi sampai sekarang, saya tak start pun lagi bayar pinjaman perumahan tu. Dah 2 tahun. Saya follow up lawyer, tapi lawyer tu cakap "belum lagi"
5- Sampailah satu hari- rumah saya bertampal2 dgn notis "untuk dilelong". Bila saya call lawyer kenapa jd macamni- baru dia kelam kabut nak pegi deal dgn lawyer bank pelelong. Mujur sempat lelong ditarik balik.
6- Sekarang masih tak settle lagi & saya dah penat. Bila saya call lawyer - HP dia off. Bila saya jumpa dia kat office- dia kata jgn call HP.
7- Lawyer suruh saya follow up lawyer bank pelelong tu sendiri & suruh saya buat rayuan.

soalan saya
1- Selalunya berapa lama segala urusan macamni nak selesai? Kenapa dalam kes saya ni memakan masa terlalu lama? Normal kah?
2- Apa kos yg saya kena tanggung sebab dapat lawyer yg lembab macamni? - lawyer ni dicadangkan oleh maybank tempat saya ambil loan perumahan tu.Lawyer saya tu cakap nanti saya kena bayar interest. Interest apa tu?
3- Apa tindakan yang saya boleh ambil kalau tiba2 rumah saya 'dilelong' sekali lagi? Sekarang ni saya mmg sentiasa bayar maintainance fee dan segala bil2.
4- Adakah mmg tanggungjawap saya pula nak kena follow up lawyer pelelong tu every now & then?

Saya tak fahamla kak fara.
Pening & berserabut kepala otak dibuatnya.
Harap kak Fara boleh bantu.
Minta maaf sekali lagi sbb ganggu.

Terima kasih.
Nora Hakimi

PS: Mintak tolong sesiapa boleh bagi satu solution untuk masalah ni. Aku akan bagi solution aku kemudian... sekarang agak berserabut sikit... eceh... dah mcm style blog bro ni lak... jgn marah ye bro... nanti cepat tua...


Thursday, February 17, 2011

Q&A: Soalan daripada pembaca blog

hi fara..
just nak tanye...sy skrg duk menyewa rumah (condo) kat kl ni....Tapi skrg umah saya sewa ni dah nk kena lelong pada 26 februari 2011 ni. Tenancy agreement akan tmt pada bln november so lmbt lagi lah. Skrg tuan rumah nk cari point utk kasi agreement saya dgn dia tu tak laku..First point dia ckp, rumah tu dijadikan ofis dan tak bgtau dia. Utk pengetahuan, sy mmg bekerja sendiri, so kebiasaannya sy akan berada dirumah (sy programmer) kalau tak jumpe client atau ke office (real office kat ampang). Selain tu, dia ckp rumah tu eletrik dah overload sbb sy buat office...Ekceli, sy duduk 3 org, setiap sorang ada komputer dan meja masing2 (mebi susunan meja pun dah jadi cam opis lah). Dulu masa sy menyewa student dulu, satu rumah 6 bijik pc pun xde hal (rumah student pun mcm opis, cuma barang2 je bersepah). Tak meletup pun. Selain tu jugak, dia ckp rumah dah tak jadi cam rumah hanya kerana sy tak pasang langsir yg dia tinggalkan (sy tanggalkan langsir tu sbb xnk rosakkan langsir dia, sbb ape2 pun, nnt sy yg kena byr gantirugi..)...

Soalan sy,

1. Kalu rumah dilelong, bank akan seal ke rumah tu? Barang2 sy kat dlm tu camne kalu kena seal?
2. Tuan rumah ada hak ke nak halang sy bawak kwn2 lepak or buat kerja dirumah sy tu? (takdelah selalu pun kwn2 dtg)
3. Kalau sy xpakai langsir tuan rumah tu, jadi satu kesalahan ke?
4. Boleh ke buat report polis berkenaan hal ni? Utk makluman, selain ejen pungut hutang dtg rumah, rumah pun nk kena potong air sbb maintenance fee tertunggak dah seribu lebih.

Tq for help,
Knh..

Jwp:

Salam,
Saya cuba jwb ye...

1. Bank x kan buat apa2 pada u dan rumah tu... tapi tuan rumah yg baru beli rumah tu akan dtg jumpa u utk berbincang samada u kena keluar atau u terus sambung sewa dgn tuan rumah baru. Pandai2 la u discuss dgn tuan rumah baru (kalau ade org yg beli, kalau xde org yg masuk bid maksudnye xde sape2 yg akan dtg).

2. Kalau terms tu xde dlm tenancy agreement so ok je kalau u nk ajak kwn2 dtg.

3. Tak salah.

4. I'm not sure. Rasa mcm boleh. Tapi better u confirm dgn any lawyer pasal undang2 penyewaan ni.

Why not u masuk lelong n beli rumah tu? Boleh i tau berapa u sewa dan lokasi rumah manalah tau i minat nk beli dan u boleh sambung sewa dgn i... hehehe

Hope this help

Rgds,
Fara

PS: Kalau sape2 teringin nak jadi tuan rumah awek ni, harga rizab rumah lelong ni adalah rm180k dan sewa rumahnya pulak adalah rm1200. Not bad! Sape-sape yg berminat nak cuba beli rumah ni boleh emel/sms/call aku dan aku akan bagitau lokasi rumahnya. (Tak boleh bgtau kt sini sebab menghormati privasi awek penyewa rumah... hehehe)


Thursday, September 11, 2008

Soalan drpd pembaca blog

Soalan

1. Jika saya ingin survey rumah lelong, ape yang perlu saya survey? selain lokasi...
2. Jika saya menang bid, selain setelkan harga umah, ada x caj2 lain lagi? (selain bil-bil tertunggak).
3. Reserve price tu bukan harga minimum kan?umah tu akan mula dilelong dengan harga yg lebih rendah dari reserve price kan?
4. Adakah terdapat apa-apa implikasi/perbezaan kalau saya mohon for personal loan untuk bayar rumah, instead of guna housing loan (ni utk kes rumah yg murah je, cth around 20-40k)
5. Rumah putrajaya tu yg kat apartment presint 11. Reserve price dia RM75k. Saya tgk dalam blog akak. Tapi kalau ikutkan blog akak tu, auction date dia dah lepas dah. Still available ke?

ok..thank u kak..jazakallahu khoiran kasira..

Jawapan :

1. Selain lokasi, su kena survey ramai ke orang kat situ, kadar sewa, maintenance & kebersihan, ada org ke dalam rumah tu? boleh masuk ke? rumah ok ke? Kalau kena baiki agak2 la berapa kosnya.
2. Caj lain ialah lawyer fee, cara kira boleh kira kat sini. Untuk loan agreement fee pon ada, tapi kalau amik loan Zero Cost makanye bank yg akan bayar fee tu.
3. Reserve price adalah harga minimum. Kalau ada lebih daripada seorang pembida, pembida-pembida akan berlawan untuk mendapatkan hartanah tersebut. Pelelong akan menaikkan harga sebanyak rm 1k dan pembida yang bersetuju akan mengangkat tangan. Pembida dengan harga tertinggi akan mendapat hartanah tersebut. Hati-hati jgn bida lebih drpd bajet/harga semasa.
4. Jika memohon personal loan interestnye sgt tinggi banding dgn housing loan. Tapi kalau in short term rasanye ok. Kalau long term biasa amik housing loan.

Rumah Putrajaya tu ari tu xde org bid, so still ada tapi x tau bila tarikh lelong akan datang. InsyaAllah harga nye turun lagi 10% utk lelongan akan dtg.


Blog Widget by LinkWithin

.