Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label Bukit OUG. Show all posts
Showing posts with label Bukit OUG. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

CF bertambah lagi

Nampaknya bulan Jun 2012 memang bulan rezeki untuk kami. Kondominium Bukit OUG dan Apartment Vista Pinggiran bertukar penyewa. Kalau VP berkisar tentang penyewa Iran yang meninggalkan semua perabotnya, BO pula masih belum berpunya sehingga 28 Mei 2012. Penyewa yang lama sudah pon membeli rumah sendiri di Apartment Vista Lavender. Tahniah saya ucapkan kepada mereka untuk rumah baru dan baby baru :)

Walau pon kami telah mengiklan di mudah.my dalam masa lebih kurang 2 minggu, kami masih belum mendapat penyewa yang benar-benar confirm ingin menyewa di situ. Haih, hati dah cuak juga sebab 1 Jun 2012 rumah dah mula kosong.

Rezeki Allah maha luas dan tidak terjangka. Tanggal 29 Mei 2012, seorang isteri kepada pegawai polis berpangkat Inspektor menelefon suami saya untuk melihat rumah. Temu janji dibuat, tetapi ada aral pula melintang. Dia tak dapat datang malam tu. Esoknya dia berjanji akan datang lagi membawa wang deposit tanda jadi.

Alhamdulillah, temu janji kedua membuahkan hasil. Wang deposit dan kunci rumah bertukar tangan. Kali ini CF kami meningkat lagi sebanyak rm220. BO dengan kabinet dapur berkeluasan 1222 sf kami sewakan hanya dengan kadar rm1000 sebulan.


Pelaburan hartanah memang serampang dua mata. Selain mendapat CF yang akan bertambah dari semasa ke semasa, harga rumah juga akan meningkat selari dengan peningkatan sewa dan faktor-faktor luar yang lain. Walaupon increment di ofis ni belum ada khabar berita lagi, tapi saya (dengan izin Allah) berjaya naikkan gaji saya sendiri dengan pertambahan CF melalui pelaburan hartanah.

Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan? (Ar-Rahman: 13)

Alhamdulillah...

*CF = Cash Flow
 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, March 8, 2012

Jual atau simpan?

Baru-baru ni saya giat mengiklan unit Bukit OUG Condo saya untuk dijual dan disewa. Ini disebabkan oleh penyewa telah memberi notis untuk keluar hujung bulan ni :)

Ianya tidak dirancang. Ramai yang menelefon. Ramai juga yang datang melihat rumah. 2 minggu lepas, seorang pemuda berbangsa tiong hua (saya namakan A) pergi melihat rumah ditemani suami. Tengok punya tengok, nampak dia berminat. Harga buka, rm250k. Rakyat Malaysia sukakan diskaun bukan? Jadi harga akhir kami setuju beri rm245k. Selesai malam itu.

SMS lanjutan daripada pemuda A, dia dah berbincang dengan peguam. Nampak positif. Suami pun dah pesan yang dia kena bayar duit booking sebanyak 2% kepada kami. Tiada bantahan.

Temujanji diatur. Malam itu, pemuda A datang ditemani peguamnya. Wah, bukan calang-calang ni siap bawa peguam datang rumah saya :) Mula perbincangan, semuanya nampak ok. Di pertengahannya, saya dimaklumkan yang pemuda A mahu meletakkan duit booking sebanyak 2% di dalam akaun peguamnya dahulu. Kemudian, setelah S & P siap ditandatangani barulah pihak peguam akan menyerahkan 10% deposit kepada pihak kami. Apa cerita?

Makanya, pihak kami tidak bersetuju. Pemuda A juga tetap dengan pendiriannya. Hmm, nampak gaya tak jadi jugak ni :)

Tak mengapalah, kami pon bukan terdesak untuk menjual. Saya optimis harga unit ini akan memcecah rm300k apabila stesen LRT di hadapan kondo siap tak lama lagi. Buat masa ini, kami hanya mencari penyewa baru. Boleh lihat iklan di sini : Bukit-Oug-Mudah.my

Sayang juga sebenarnya untuk menjual unit ni. Ini rumah ke-2 saya yang dibeli melalui acara lelongan. Rumah yang berkeluasan 1222sf dan berstatus FREEHOLD ini saya beli tanpa melihat keadaan rumah terlebih dahulu. Sudahlah datang lambat pada hari lelongan. Alhamdulillah memang dah rezeki agaknya, saya menang pada harga rizab, rm108k. Harga semasa rumah ketika itu: rm120k. Murahkan? Siapa sangka sekarang harganya telah melonjak lebih daripada 100% ? Kadar sewa minimum pula ialah rm1k. Rugilah saya tak beli 2-3 bijik unit ni dulu... hehehe...

Betul ke kata orang, beli rumah lelong ...

Memerlukan wang tunai yang banyak?

Risiko pon tinggi?

Betul ke?

Sebenarnya nak beli rumah lelong bukanlah susah sangat kalau anda dah tau apa nak buat.
Setuju tak kalau saya katakan, dalam semua perkara yang kita lakukan di dunia ni :

Semakin tinggi pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin rendahla risiko yang mungkin kita hadapi.

dan

Semakin rendah pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin tinggila risiko yang mungkin kita hadapi.

Begitu jugalah halnya dengan membeli rumah lelong. Tambah ilmu dan buat homework sebelum masuk membida. Beli rumah bukan macam beli ikan di pasar. Sedikit kesilapan, bersedialah untuk menanggung kerugian beribu ringgit. Dengan teknik yang betul, insyaAllah membeli rumah lelong akan membawa keuntungan yang besar.

Saya ingin berkongsi tips dan teknik dalam membeli rumah lelong dalam seminar saya yang akan datang, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari. Jemput kawan-kawan pembaca semua yang berminat untuk mendaftar ke seminar Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari ini dengan mengisi borang di bawah. 



Kursus ni sangat sesuai untuk beginner yang mahu menceburkan diri dalam hartanah lelong tetapi tidak tahu bagaimana ingin melakukannya.

InsyaAllah saya akan cuba memberi yang terbaik serta berkongsi pengalaman saya sebagai ejen dan pelabur hartanah lelong. Paling menarik ialah kehadiran peguam, Pn Nurul yang biasa mengendalikan jual beli hartanah lelong. Beliau akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan pembelian hartanah lelong dari sudut perundangan, antaranya:

- Tempoh penyelesaian bayaran 90 hari.
- Membeli rumah lelong yang ada caveat
- Sekatan unit bumiputra
- Tuan punya hartanah yang lama tak mahu keluar walaupun hartanah dah terlelong
- Sekatan dan kelulusan pembelian rumah kos rendah.
- Pecah masuk rumah lelong selepas menang bidaan

Sehingga ke hari ini, hartanah lelong masih menjadi pilihan utama dan tetap di hati saya insyaAllah ;)

PS: Kalau nak diskaun untuk seminar ni, klik di sini ...
(masih perlu isi borang di bawah ni ye!)



Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, August 9, 2011

Cerita Bidding

Al kisahnya, semalam peserta seminar Property & Co, En Y masuk bidding untuk rumah di Bukit OUG (BO) Condo. Bagus betul En Y ni sebab lepas pegi seminar dia terus take action. Memang itulah yang aku harapkan daripada setiap peserta seminar. Please take action ok! :)

Ada 2 buah unit BO yang dilelong kelmarin, RP 108k dan RP 125k.
Mengikut cerita En Y, ramai betul yang masuk membida untuk unit tersebut. Akhirnya harga mati pada rm240k dan rm245k. Wow! Memang harga yang diluar jangkaan aku.

Kisah ini mengingatkan aku pada kenangan manis 3 tahun lepas di mana aku memenangi bidding unit BO dengan harga RP 108k walaupon aku datang lewat ;)

Begitu berbeza sekali kisah 3 tahun lepas dan kisah bidding kelmarin...

Kenapa aku kata harga mati rm240k diluar jangkaan aku? Sebabnya 3 bulan lepas aku baru sign offer letter untuk refinance unit BO ini. Valuer bagi harga mv 150k shj? Hmmm... betapa tak puas hatinya aku hari ni...
Sampai terasa nak lelong unit sendiri.... hahaha...

Apa yang dapat dipelajari daripada cerita bidding kelmarin? Pendapat peribadi aku, memang sekarang ni market untuk penjual, pembeli excited nak beli rumah...

Bila aku cek dekat mudah.my, unit BO tu memang minima pon iklan letak rm240k utk keluasan 1222sf... hmmm... no wonder mereka berani bid sampai rm245k...

Untuk sesiapa yang rasa nak jual rumah... inilah masanya! Aku pon nak juallah unit BO aku ni... sape-sape nak beli aku bagi harga rm250k. Subsale maa... harga tinggi sikit daripada lelong... hehehehe... LRT station is under constructions just a minute walking distance from this condo.... hurry!


Sunday, April 24, 2011

Refinance Bukit OUG

Aku sebenarnya baru balik dari KK 13-16 Apr 2011. Balik dari sana macam-macam penyakit yg datang sampai aku masuk wad 3H2M. Setelah merayu-rayu dengan Dr, akhirnya aku dilepaskan balik oleh Dr Abu dari Pusrawi dan diberinya aku MC sampai esok (26 Apr 2011). Alhamdulillah dapat jugak aku rehat2 sambil update blog dari rumah.

Cite pasal refinance, aku baru sign offer letter daripada Affin Bank Islamic. Rate BFR-1.8. Tenor: 35 tahun. Margin 85%. Aku takde pilihan lain sebab aku perlukan $$$ untuk house renovation. Dalam masa yang sama aku apply CIMB home extra untuk VP. Memang menuntut kesabaran jiwa nk tau result sebab officer incharge very the lembssss....

Untuk sesiapa yang berminat nk buat loan/refinance rumah boleh kontek Dasuki (Affin Islamic) - 012-3900481


Sunday, December 5, 2010

Tiles pecah lagi???

Ye.... tiles di kondo Bukit OUG pecah lagi tapi kali ni kt bahagian lain pulak. Kalau 6 bulan dulu aku selamat sebab tenant buat sendiri langsung x bgtau aku tapi kali ni x dpt lari dah :)

Hari Sabtu 3 Dis 2010 lebih kurang pukul 9.30 pagi aku dan ijam bergerak ke Bukit OUG condo. Tenant yg baru duduk sebulan mengadu masalah tiles mengelembung dan pecah. Sebagai tuan rumah yg profesional kami bergegas ke sana utk memastikan keadaan rumah selamat dan selesa diduduki ;)

Sampai kt sana, kami mendapati lebih kurang 32 keping tiles yg perlu ditukar. Tenant cerita tiba2 waktu diorang tgh mkn tiles tersebut naik menggelembung dan pecah dgn bunyi yg agak menakutkan. Bertempiaran diorang lari turun bawah... Hehehe... Kelakar jugakkan... Masalah ni adalah biasa terjadi bukan saje di BO malah di kebanyakan rumah bertingkat yg lain.

Dpt kontek drpd pejabat maintenance tentang kontraktor bangla yg tinggal di kondo tersebut. Terus call dia dan terus dia datang tengok rumah dan terus close deal. Dia janji buat kerja pada hari isnin 6 dis dgn caj rm350 utk 32 keping tiles. Mintak kurang x bagi dah :D

Alhamdulillah settle deal dan minta Allah permudahkan semuanya. Satu benda baru yg aku belajar daripada kontraktor bangla tu, punca tiles menggelembung dan pecah sebab tiles dipasang sgt rapat dan menyebabkan udara bwh tiles x dpt keluar. Lama kelamaan tiles menggelembung dan pecah.

Lama jugak kitorang borak dgn bangla tu. Dasat betulla. Dtg Malaysia sehelai sepinggang je tapi boleh jadi kontraktor mcm tu. Mesti masyukkkk... Sbg rakyat Malaysia aku rasa malula sebab aku pon x sampai tahap mcm tu lagi. Eceh ni yg lebih bersemangat nk keluar drpd rat race nih :P

Pemandangan daripada balkoni Kondo Bukit OUG kami di waktu malam... view KLCC tu... hehehehe


Saturday, October 30, 2010

Bukit OUG Condo bertukar penyewa...

Setelah lebih 2 tahun menyewa di kondo Bukit OUG, Oktober 2010 akhirnya pasangan ini menyuarakan hasrat mereka untuk keluar rumah... alasannya berhijrah ke Kluang Johor sebab si suami dapat kerja kat sana. Terkejut jugak waktu terima call daripada diorang... risau pon ada... tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah...

Iklan yg aku kuarkan kat mudah menyebabkan ijam (asben aku) x menang tangan... agaknye sebab kitorang letak sewa murah sgt kot... potential tenant pegi deal direct dgn tenant yg nak keluar tu untuk tengok rumah... akhirnya diorang setuju dan jumpa kami untuk bayar deposit...

Respect betul aku dengan pasangan Cina yang menyewa rumah kami ni... rumah bersih xde cacat cela langsung... tiles di ruang tamu yg crack dia ganti sendiri pakai duit dia je... dengan kos mencecah rm1.2k... langsung tak bagitau kami pon... fuhh... bertuah gile dpt tenant mcm ni... harap2 tenant baru pasangan melayu yg baru kawen ni pon akan jaga rumah kami dengan baik....

Ni antara kenangan2 manis jadi tuan rumah lah... kenangan pahit pon ade jugak... hehehe nanti kalau rajin aku share jugak...


Sunday, April 19, 2009

Update Casa Subang & Bukit OUG

Sebelum tu aku nak cerita dulu klien aku Mr S & Mr F dah menang auction minggu lepas... tahniah pada mereka... cargass betul... maaf aku x dapat datang waktu auction sebab ada hal... Tapi bagi otai2 mcm mereka ni... aku x dtg pon xde hal... sebab diorang ni dah biasa sgt masuk auction... hahaha... Biasanya aku akan turun auction sekali sbg wakil atau temankan klien2 yg first time masuk auction dan x biasa lagi dengan prosedur2 auction untuk membantu mereka mana yg perlu... dan atas permintaan klien aku akan cuba sedaya upaya utk turun pd hari auction...

Untuk kondo di Bukit OUG, sekarang dalam proses terakhir la... mungkin loan dah disburse pon... dan alhamdulillah paling melegakan penalty interest selama 5 bulan telah di wave kan... Mungkin sebab aku beli rumah drpd Ambank dan buat loan dgn Ambank jugak... tambahan pulak officer yg incharge bahagian disburse tu sedara yg agak rapat jugak... mungkin sebab tu la kot... aku agak2 je ni... ntah betul tidak... Plan aku lepas dokumen siap nk buat pengeluaran bulanan EPF utk bayar loan rumah ni... bolehla duit sewa tu top up ke ASB terus... tambah saving :)

Casa Subang pulak... aiyoooo x abis lagi aku menyirap dgn developer dia ni... lawyer pelelong CIMB pon boleh tahan lembab... semua Mrs Junny kena tolong ajarkan... tenant pulak boleh tahan auta nye... sewa Mac setengah bulan tak bayo lagi... kata nk bayar sekali dgn April pulak... isk ikutkan hati mau je halau tapi sabo... sabo... pasal tenant ni sorang je yg sanggup sewa tanpa access card... agak2 deposit dah habis aku terpaksa la cari tenant lain jugak... tapi susah la... sape nk masuk umah xde access card, kena parking luar kan? Aku nk report kat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pasal developer ni... ada siapa2 yg ade contact person? Senang sikit kalau ade contact person senang nk follow up...

Aku juga dah sign offer letter baru utk top up OD di RHB... dpt rate BLR - 1... aku malas nk mintak CIMB sebab branch CIMB jauh drpd ofis aku ni... Utk rate lama BLR + 0 aku dah tulis surat untuk mintak rendahkan rate tu ikut rate semasa tapi masih belum dpt jwp... biasalan lembsss :D


Wednesday, March 25, 2009

Auction @ Ehsan 25 Mac 2009

Alhamdulillah semalam bertempat di Ehsan Auctioneer jam 3 petang aku berjaya menang pada harga rizab. Properti di lokasi Bukit Idaman ini sebenarnya untuk klien aku merangkap opis mate... Pn Julaiha. Tahniah Pn Julaiha. Pn Julaiha sendiri yg nk duduk dekat sini sebab anak-anak dia semua sekolah kt sini. Rumah kosong tapi agak byk juga yg perlu diperbaiki. Orang ramai gile yg datang... tempat yg kecik tu penuh sesak & panassss... Aku tunggu turn dengan rasa yg berdebar2 lah... (mcm la rumah aku... hehehe) Akhirnya debaran aku hilang bila tengok2 prop tu hanya ade single bidder... syukur...

Terpaksa tunggu lama untuk kontrak siap memandangkan org yang ramai... Hari ni aku x larat lagi pegi sana untuk ambil kontrak. Aku dah suruh Ehsan pos semalam. Senang hidup... hehe... InsyaAllah esok kontrak sampai...

Aku dpt tau juga di masa yg sama ada rakan-rakan lain yg ber bidding di Ng Chan Mau. Tahniah la pada diorang semua yg membawa kemenangan pada harga yg rendah... macam ni lah... baru the real investor betul tak? Semlm ada jugak Casa Subang untuk dilelong pada harga rm170k tapi aku x pasti pulak dah sold ke tak...

Update untuk Casa Subang, still x dpt lagi access card beb... sian tenant aku... nasib baik dia x kisah... Untuk Bukit OUG pulak... bank dah selamat bayar maintenance dlm 9k++ kpd developer... insyaAllah x lama lagi la loan disburse tu... huhu... x boleh la mkn sewa free lagik :P


Monday, March 2, 2009

Update Casa Subang







Nampaknye dah lama aku x update blog ni... kekeke... ada silent reader dah merungut2 pulak... wah x sangka ramai jugak yg baca blog aku ni... tima kasih byk2 la sudi lepak kat blog aku yg x seberapa ni... Mesti ramai yang dah baca pasal Casa Subang kat blog Faris... installment dah start dah... cesss... rm630.57 sebulan... due date 1 Mac 2009. So sbb tu aku bengang sgt x dpt2 lagi access card utk rumah ni... Junny siap pesan jgn beli rumah kt developer ni lagik... haha... terbukti developer tu mmg sengallll...

Note : Untuk CIMB Islamic installment akan dikurangkan secara automatik bila BLR turun manakala untuk konvensional perlu isi borang utk kurangkan installment bulanan.

Hari Sabtu hari tu ade tenant nk sgt tengok rumah tu... so aku paksala Faris bukak umah... dia kan terror bab2 pecah rumah...ahaks! Ingat nk cuci rumah tu tapi peralatan xdela... ijam malu nk angkut mop.. ape la... maybe weekend ni kitorang cuci rumah la kot... Itu pon kalau dah dpt access card... tadi aku call anak buah Junny... sekarang ni diorang try mintak surat drpd bank pelelong... Bagi masa sampai Rabu je, kalau x dpt gak Junny akan buat court order... paksa developer tu bagi access card... hangin betullah... nasib baik rumah cantik fully furnished... so dptla cool down sikit... :)

Untuk Bukit OUG pulak... still x settle lagi... dpt lagi extend sampai May 2009. Tapi Ambank dah bagi cek yg bernilai rm9k++ untuk settle outstanding bills... so selamat wehhh tak yah kuarkan duit sendiri dulu... bank direct bayo jek... so kalau ade prop drpd Ambank yg o/s nye byk jgnla takut sgt... insyaAllah kita x perlu bayar guna duit sendiri dulu... (bank-bank lain aku tatau aaa.. base on pengalaman, Ambank & Eon Bank mmg bayar terus ke maintenance office...)

Untuk Mac 2009 ni mmg banyak sangatttt prop yg menarik sampai aku tatau nk upload yg mana satu dulu... insyaAllah next posting aku update listing2 yg menarik ni... tungguuuu!

PS: Tahniah pada Faizul (klien aku yg menang bid Sabtu 28 Feb lepas). Komisen ada untuk anda.... bila dpt tu tataula mmg lambat... :D macamana dah dapat solution dgn tuan rumah???




Tuesday, January 20, 2009

Update Casa Subang & Bukit OUG

Semalam aku telefon valuer, dia kata dah dpt masuk rumah... dah buat valuation... dia janji dgn junny 2 hari boleh siap dia punye report... Lepas tu barulah Junny leh proceed advice letter untuk bank disburse loan tu... uhuhu lega gak la aku pasni insyaAllah settle cepatlah Casa Subang. Bolehla aku & partner aku sewakan atau jual terus lagi senang... :)

Aku tanya gak valuer tu dia pegi tengok rumah dgn sape... dia kata dia pegi dgn seseorg drpd pejabat developer. Org tu yg bukak pintu rumah dan bagi dia masuk. Rumah ada perabut... normal dia kata... isk x sabo aku nk tengok rumah tu... huhuhu x lama lagi dptla tengok insyaAllah... Junny kata dia try settle ujung bulan ni Thanks Junny...

Untuk Bukit OUG Condo pulak... mmg lambatla sebab developer dia dah bangkrup... so proses menjadi lebih leceh... leceh pada lawyer la... bukan pada aku...hahahaha yg aku tau aku call lawyer tanya apa progress je... sewa pon dah mkn bulan2 so x kisah sgt mcm Casa Subang tu rugila jugak sbb rumah dah terbiar kosong 3 bulan... Sebab tu nk settlekan cepat2... anyway Ambank dah nk bayar segala outstanding pada maintenance office Bukit OUG. Lega aku sbb outstanding dia byk wooo dlm rm8k-9k. Alhamdulillah aku x payah dulukan duit aku dulu... bank bayo terus... legaaa... lepas tu barulah boleh proceed next step pulak...

Apa lagi aku nk update... sekarang ni mood malas sket... hehehe... aku jangkakan akan byk lagi rumah hot-hot pada tahun 2009 ni. Ok semua happy working! :)


Blog Widget by LinkWithin

.