Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label bank rakyat. Show all posts
Showing posts with label bank rakyat. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Dividen Bank Rakyat

Alhamdulillah... akhirnya berita yang ditunggu-tunggu telah pon tiba...

Bank Rakyat umum dividen 20 peratus

2012/03/26


KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.

"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA

PS:  Dividen Bank Rakyat ini boleh jadi modal beli rumah lelong juga. Ketahui caranya dengan menyertai kursus Taiko Rumah Lelong dalam masa 1 Hari sahaja.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Friday, June 10, 2011

Seruan haji

Tengahari semalam aku ke Bank Rakyat, ada urusan yang perlu dibereskan. Sempat jugak aku masuk saham Bank Rakyat yang bagi dividen 15% tu. Dapat masuk rm500 je. Jadilah... alang-alang dah sampai sana, aku saja-saja nak daftar queue pergi haji.

Senang aje. Tak payah isi borang. Just cakap aje dekat pegawai di kaunter. Dalam 2 minit, selesai. Sekeping kertas dihulurkan pada aku. Nak tau tahun bila giliran aku sampai ke tanah suci?

Tahun 2039 ! Wah... bila kira-kira balik, waktu tu umur aku dah 60 tahun... entah hidup lagi ke tidak...

Betul ke nak pergi haji kena ikut tahun giliran tu? Kalau betul, masakkkkkk...

Tapi aku rasa macam tak betul je. Kalau ikut agensi swasta tak perlu ikut giliran macam tu kot??? Ada siapa-siapa yang tau?

Nota kaki : Hajat di hati nak jejak kaki di tanah suci sebelum umur 40 tahun hmmm...

Oh ya! Tadi ada klien masuk bid rumah berharga rizab : rm450k. Harga menang : rm680k. Crazy! huhuhu...



Blog Widget by LinkWithin

.