Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label jual rumah. Show all posts
Showing posts with label jual rumah. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Cemara

Sambungan kisah penjualan unit Cemara di BSP. Lebih kurang 3 hari lepas, saya mendapat panggilan daripada pegawai bahagian pinjaman perumahan Public Bank cawangan tempat saya mempuat pinjaman untuk unit ini.

Pegawai tersebut sudah tahu niat saya untuk menjual apartment tersebut. Dia kemudian berkata yang saya akan dikenakan penalti kerana ingin menjual dalam tempoh lock in period yang masih belum selesai. Saya hanya berkata, ye saya tahu.

Pegawai tersebut kemudiannya membuat tawaran jika pembeli unit ini membuat pinjaman dengan mereka maka penalti yang dikenakan pada saya akan dikecualikan. Alhamdulillah. Itu satu cadangan yang baik memandangkan permohonan pinjaman pembeli dengan bank bercap harimau masih di dalam proses.

TA sebagai dokumen sokongan permohonan pinjaman
Saya kira pembeli ini menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman kerana saya juga diminta menyertakan salinan perjanjian penyewaan unit ini untuk menyokong permohonan mereka.

Apa pon, saya memberi sepenuh kerjasama. Kita hanya merancang dan berusaha, Allah jua yang menentukan segalanya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan di dunia dan akhirat.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, March 8, 2012

Jual atau simpan?

Baru-baru ni saya giat mengiklan unit Bukit OUG Condo saya untuk dijual dan disewa. Ini disebabkan oleh penyewa telah memberi notis untuk keluar hujung bulan ni :)

Ianya tidak dirancang. Ramai yang menelefon. Ramai juga yang datang melihat rumah. 2 minggu lepas, seorang pemuda berbangsa tiong hua (saya namakan A) pergi melihat rumah ditemani suami. Tengok punya tengok, nampak dia berminat. Harga buka, rm250k. Rakyat Malaysia sukakan diskaun bukan? Jadi harga akhir kami setuju beri rm245k. Selesai malam itu.

SMS lanjutan daripada pemuda A, dia dah berbincang dengan peguam. Nampak positif. Suami pun dah pesan yang dia kena bayar duit booking sebanyak 2% kepada kami. Tiada bantahan.

Temujanji diatur. Malam itu, pemuda A datang ditemani peguamnya. Wah, bukan calang-calang ni siap bawa peguam datang rumah saya :) Mula perbincangan, semuanya nampak ok. Di pertengahannya, saya dimaklumkan yang pemuda A mahu meletakkan duit booking sebanyak 2% di dalam akaun peguamnya dahulu. Kemudian, setelah S & P siap ditandatangani barulah pihak peguam akan menyerahkan 10% deposit kepada pihak kami. Apa cerita?

Makanya, pihak kami tidak bersetuju. Pemuda A juga tetap dengan pendiriannya. Hmm, nampak gaya tak jadi jugak ni :)

Tak mengapalah, kami pon bukan terdesak untuk menjual. Saya optimis harga unit ini akan memcecah rm300k apabila stesen LRT di hadapan kondo siap tak lama lagi. Buat masa ini, kami hanya mencari penyewa baru. Boleh lihat iklan di sini : Bukit-Oug-Mudah.my

Sayang juga sebenarnya untuk menjual unit ni. Ini rumah ke-2 saya yang dibeli melalui acara lelongan. Rumah yang berkeluasan 1222sf dan berstatus FREEHOLD ini saya beli tanpa melihat keadaan rumah terlebih dahulu. Sudahlah datang lambat pada hari lelongan. Alhamdulillah memang dah rezeki agaknya, saya menang pada harga rizab, rm108k. Harga semasa rumah ketika itu: rm120k. Murahkan? Siapa sangka sekarang harganya telah melonjak lebih daripada 100% ? Kadar sewa minimum pula ialah rm1k. Rugilah saya tak beli 2-3 bijik unit ni dulu... hehehe...

Betul ke kata orang, beli rumah lelong ...

Memerlukan wang tunai yang banyak?

Risiko pon tinggi?

Betul ke?

Sebenarnya nak beli rumah lelong bukanlah susah sangat kalau anda dah tau apa nak buat.
Setuju tak kalau saya katakan, dalam semua perkara yang kita lakukan di dunia ni :

Semakin tinggi pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin rendahla risiko yang mungkin kita hadapi.

dan

Semakin rendah pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin tinggila risiko yang mungkin kita hadapi.

Begitu jugalah halnya dengan membeli rumah lelong. Tambah ilmu dan buat homework sebelum masuk membida. Beli rumah bukan macam beli ikan di pasar. Sedikit kesilapan, bersedialah untuk menanggung kerugian beribu ringgit. Dengan teknik yang betul, insyaAllah membeli rumah lelong akan membawa keuntungan yang besar.

Saya ingin berkongsi tips dan teknik dalam membeli rumah lelong dalam seminar saya yang akan datang, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari. Jemput kawan-kawan pembaca semua yang berminat untuk mendaftar ke seminar Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari ini dengan mengisi borang di bawah. 



Kursus ni sangat sesuai untuk beginner yang mahu menceburkan diri dalam hartanah lelong tetapi tidak tahu bagaimana ingin melakukannya.

InsyaAllah saya akan cuba memberi yang terbaik serta berkongsi pengalaman saya sebagai ejen dan pelabur hartanah lelong. Paling menarik ialah kehadiran peguam, Pn Nurul yang biasa mengendalikan jual beli hartanah lelong. Beliau akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan pembelian hartanah lelong dari sudut perundangan, antaranya:

- Tempoh penyelesaian bayaran 90 hari.
- Membeli rumah lelong yang ada caveat
- Sekatan unit bumiputra
- Tuan punya hartanah yang lama tak mahu keluar walaupun hartanah dah terlelong
- Sekatan dan kelulusan pembelian rumah kos rendah.
- Pecah masuk rumah lelong selepas menang bidaan

Sehingga ke hari ini, hartanah lelong masih menjadi pilihan utama dan tetap di hati saya insyaAllah ;)

PS: Kalau nak diskaun untuk seminar ni, klik di sini ...
(masih perlu isi borang di bawah ni ye!)



Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, January 24, 2012

Rujuk

Resit bayaran peguam yang ditolak terus daripada wang deposit pembeli
Alhamdulillah... beberapa hari selepas saya menulis entri yang ini, pembeli yang 'tak jadi' (en M) sebelum ini telah menghubungi saya dan menyatakan hasratnya untuk 'rujuk semula'. Jangan salah faham :) Bukan rujuk apa, cuma rujuk kembali proses penjualan Cemara kerana katanya dia kini mempunyai wang deposit yang mencukupi.

Ada juga beberapa orang pembaca blog yang mengemel saya menyatakan hasrat ingin membeli unit saya di Cemara tetapi saya lebih berat untuk meneruskan proses penjualan dengan en M. En M juga membuktikan yang dia tidak main-main dengan keputusannya kerana dia menyertakan sekali wang baki 10% deposit yang sepatutnya diberikan pada saya 2 bulan dahulu.

Tambahnya lagi, jika bank tidak meluluskan pinjaman yang dibuat atas nama isterinya, dia sanggup hilang wang deposit tersebut. Bagi pihak saya, saya bersyukur. Cuma saya mohon kepada peguam dan en M untuk melengah-lengahkan proses tukar nama dan disbursement kerana saya ingin mengelak daripada dikenakan penalti oleh pihak bank. Maklumlah bermula Julai 2012 pihak bank tidak lagi boleh mengenakan penalti seperti yang diarahkan oleh Bank Negara. Alhamdulillah en M dan pihak peguam pon bersetuju.

Semoga proses penjualan rumah dipermudahkan Allah. Amin.


Blog Widget by LinkWithin

.