Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label The Secrets. Show all posts
Showing posts with label The Secrets. Show all posts

Monday, September 19, 2011

BAYANGKAN KIRANYA ANDA TELAH JADI 'KAYA'

Oleh: Datuk Dr Maznah Hamid

Sahabat ku. Selamat datang ke hari yang penuh bermakna ini.

15. Mari kita sama-sama bayangkan bagaimana agaknya kita akan menggunakan kekayaan yang kita miliki secara bijaksana. Bayangkan membeli rumah besar. Kereta ferrari idaman anda. Bawa ibubapa ke mekah.! Bayangkan berapa ramai yang boleh kita gembirakan! Hapuskan terus pemikiran 'SAYA TAK MAMPU'.

16. Psycho pemikiran anda. Daripada bimbangkan mengenai masalah kewangan.. Mari kita ' Bimbangkan' mengenai nak belanjakan wang-wang yang banyak datang dari pelbagai sumber! Untuk menggembirakan hati anda. Keluarga. Bersedekah. Berzakat. Membina masjid! Bayangkan!
'Bimbangkan' betul-betul wang yang banyak ni macam mana nak dibelanjakan!

17. Cuba anda 'Lakonkan sebaik mungkin' seolah-olah anda telah benar-benar menjadi 'KAYA' 'JUTAWAN'. Tanya diri anda. Apa dan bagaimana agaknya seorang jutawan 'Berfikir'..'Bercakap' dalam situasi ini. Kemudian berfikir dan bercakap dari mindset seorang ' jutawan'. Adakah pemikiran dan bahasanya sepertimana 'diri' anda yang sebenarnya?!

Bayangkan! Fikirkan!

PS: Wow! Aku tengah cuba yang ini.... memang WOW!


Sunday, September 18, 2011

INGIN MENJADI MAGNET WANG?

Oleh: Datuk Dr Maznah Hamid

Guru yang mengajar saya mengenai bagaimana nak menarik wang datang pada kita atau menjadi magnet wang selalu berpesan. Katanya. Jika kita mahu jadi jutawan.

Pertama sekali minda kita mestilah berfikir sebagai seorang jutawan.

Berpersonaliti menarik.

Bertindak.

Bekerja.

Bercakap dan ada PR terbaik.

Paling penting berupaya membantu seramai mungkin orang lain mendapatkan apa yg mereka inginkan!

Adakah anda ingin menjadi magnet wang?

Money Magnet!
Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction. Undang-undang alam daya tarikan. Guru saya orang Canada. Hingga ke Canada nak menuntut ilmu magnet wang ini!... berikut saya kongsikan beberapa langkah permulaan yang perlu kita segera ambil.

1. Hapuskan dari pemikiran apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.

2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’

3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja2 sukar dan mustahil saja yg boleh buat wang.

4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN! Kerana ianya amatlah sial dan membinasakan.

5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’. Terlalu mahal! Aku takkan pernah MAMPU! Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!

6. Buka minda anda untuk menerima! Menarik WANG dari pelbagai sumber & arah. Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL. Ok hari ini cuba kita praktikkan. Hapuskan semua kepercayaan2 ini dari pemikiran dan amalan kita ya!

Selamat mencuba! Rasai, Hayati perbezaannya...!

MARI KITA JADI MAGNET WANG (Part. 2)

Setelah kita menghapus semua kepercayaan2 negatif dan tidak membina dari pemikiran dan amalan kita. Langkah bijak seterusnya ialah...

7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak manapun wang yg. Kita ada. Katakan pada diri anda. ( ni cara guru org. Puteh ajar la) wang adalah Bagus. Wang amat penting. Saya sukakan Wa...ng! Dan Wang juga sukakan saya. Wang akan dapat membantu saya untuk membantu orang lain. Ulang x 2. Dari sudut psikologi. Ianya secara langsung akan menghantar signal. Isyarat kepada minda kita dan dunia di sekitar utk menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk & ganjaran2 yg tidak kita jangka

8. Hapuskan dari pemikiran anda apajua perasaan geram. Marah. Kutukan dan kritikan pada orang KAYA. dan berjaya. Kerana pemikiran begini tidak akan membantu 'Apapun' dan. WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA. Percayalah! Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam. Undang2 tarikan!

9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman. Sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda. Berdoa dan bersyukur pada tuhan utk diri anda dan orang yg anda ingin ' Jadi' tu. Bersambung...

INGIN MENJADI MAGNET WANG? (Part 3) . Sambungan.

10. Sentiasa bersyukur dan menghargai berapa banyak wang yang anda ada. Sikap ini akan menarik lebih banyak WANG ke dalam hidup anda dan berpotensi utk menggandakannya.

11. Hargai dan syukurilah setiap sen dan ringgit yang anda perolehi kerana ianya adalah rezeki.

12. Kasihi diri mu dan letakkan diri mu terlebih dulu. Bantu diri mu dulu supaya berupaya membantu orang lain.

13. Ingatlah utk membayar diri mu terlebih dulu. Bayar hutang setelah bayar anda dulu. Sikap ini akan memberi isyarat pada minda separuh sedar kita dan seluruh dunia bahawa diri anda diletakkan terlebih dulu dan anda memang berhak dan layak menikmati kekayaan.

14. Yakinlah bahawa anda dilahirkan ke dunia utk mencipta kejayaan dan kekayaan sekiranya anda benar-benar berusaha memperolehinya!

Selamat mencuba! Rasai, Hayati perbezaannya...!



Monday, October 20, 2008

The Secrets : Law Of Attractions (LOA)

Mungkin ada antara pembaca yang pernah mendengar tentang LOA. Pertama kali aku dengar pasal LOA ni sewaktu menghadiri latihan yg dianjurkan oleh agensi hartanah tempat aku bernaung. Cewah! Tak ramai ejen yang datang. 4 orang sahaja. 2 Melayu 2 Cina. Aku sorang je wanita melayu terakhir. Haha...

Selesai briefing, kami diberikan kad bisnes dan sekeping CD atau lebih tepat lagi CD motivasi. Sarat dengan audio, movie, ebook motivasi drpd individu terkenal seperti Robert Kiyosaki dan banyak lagi. Pesan pengetua kami, yang lain boleh x tengok tapi jangan x tengok pasal The Secrets, Law Of Attractions. Dah dia pesan mcm tu, lepas 2 bulan drpd training baru aku tergerak nk tengok movie the secrets ni.

Selepas je tengok movie the secret ni aku rasa mcm Wallah! menyesal tak tengok awal2... aku x reti nak ulas tapi aku copy paste ulasan drpd blogger ni yg aku rasa agak tepat dan bernas la...

Kesemua pakar-pakar dalam LOA mengatakan segalanya bermula dari apa yang anda gambarkan di minda atau anda fikirkan.

Samada negatif atau positif. Walaupun anda tidak menginginkannya berlaku kepada diri anda, tetapi anda telah membayangkannya di minda anda, anda akan memperolehi apa yang anda tidak inginkan. Itulah asas yang perlu anda tahu apa yang dimaksudkan dengan LOA. LOA tidak sekali-kali bertindak dengan apa yang anda ucapkan.

Jadi untuk anda memanfaatkan LOA untuk kebaikan diri anda, anda perlu kenal diri anda sendiri. Tahu bagaimana untuk mengarahkan setiap apa yang anda fikirkan. Jadi bagaimana untuk anda melakukannya?

Salah satu yang membezakan minda seorang kaya dan minda orang miskin yang lain ialah orang miskin hanya perlukan kekayaan , tetapi seorang kaya inginkan kekayaan. Mahu (needs) mencerminkan keadaan kita saat ini, what-it-is. Sedangkan keinginan (wants) mewakili keadaan what-it-shall-be.

Anda boleh lihat, mereka mempunyai asas pemikiran utama yang berbeza. Disebabkan asas fikiran yang utama berbeza, tentu anda dapat membuat andaian apakah imaginasi yang hadir difikiran mereka.Yang selalu tergambar difikiran orang miskin adalah keadaan mereka yang serba kekurangan, dan menderita. Oleh itu, apa yang tergambar difikiran mereka akan mengaktifkan emosi negatif yang akan membantu LOA bertindak.Jadi tanpa mereka sedari mereka akan memperolehi setiap apa yang mereka inginkan melalui gambaran di minda. Kerana itulah orang miskin akan menjadi semakin miskin.

Berbeza dengan orang kaya. Apa yang mereka fikirkan adalah apa yang mereka inginkan (wants). Emosi yang muncul adalah emosi positif. Akibatnya? Mereka menjadi semakin kaya.

Jadi bagaimana untuk anda mengarahkan fikiran anda, anda perlu tahu bagaimana untuk membezakan atau mengawal emosi anda…. Bersambung.

Sumber : http://linncomel.com/index.php/2007/05/28/law-of-attraction-3/

Actually aku dah dapat rasa effect drpd LOA ni tapi lain kali la aku cite ek... kasi suspen sket... hehehe...


Blog Widget by LinkWithin

.