Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label REN Life. Show all posts
Showing posts with label REN Life. Show all posts

Thursday, March 15, 2018

Jutawan Indonesia beli rumah CASH guna USD! (Part 2)

Ok jom kita sambung cerita ni. Part 2 pulak.

Dipendekkan cerita, alhamdulillah setelah Mr F bawa Mr T untuk viewing dengan izin Allah dan teknik closing killer Mr F, Mr T sangat berminat dengan kondo tersebut.

Tarikh dan masa ditetapkan untuk proses selanjutnya.

Tiba hari yang dijanjikan, kami bawa Mr T ke pejabat lawyer untuk tandatangan SPA memandangkan beliau dengan selambanya bawa 10% deposit dalam bentuk USD. Wow!

Rezeki tak pernah salah alamat.

Alhamdulillah dalam masa kurang 2 bulan Mr T habiskan bayar baki lagi 90% tu. First time jugakla saya ni pegang duit USD yang banyak depan mata.

Mr T bukan saje beli rumah di Malaysia, beliau juga ada rumah di Belanda, Australia dan lain-lain negara. 

Fuhhh... lepas dah siap tandatangan dokumen, Mr F bawa Mr T ke kedai elektrik pula. Beliau nak shopping untuk rumah barunya. Tunjuk sana sini. Siap komen murah dan terus bayar cash. Haha. Seronok betul tengok orang kaya shopping.

Image may contain: one or more people

Tu je kot nak cerita serba sedikit pengalaman dealing dengan cash buyer.

Dulu banyak cerita pasal rumah lelong. Sekarang dah masuk line subsale. So cerita pasal subsale pulak. ;)

Jadi kalau ada pembaca blog nak jual/beli/sewa rumah silalah roger saya ye.

In shaa Allah servis tip top!

Farazila Wahab
Full Time REN
wasap.my/60123459450


Daaa! XOXO

 


Monday, March 12, 2018

Jutawan Indonesia beli rumah CASH guna USD! (Part 1)

Assalam semua pembaca yang disayangi :D

Alhamdulillah nampaknya pembukaan tahun 2018 Allah beri rezeki yang datang dan mengejar saya dan saya redha menerima pemberian dariNya. Syukur!

Siapa sangka, jutawan dari Jakarta (saya gelarkan Mr T) digerakkan hati oleh Allah SWT untuk menghubungi saya kerana ingin membeli rumah di Kuala Lumpur. Dan katanya dia hanya berharap kepada saya seorang. Duh, terasa agak berat tekanan tanggungjawab di situ. Seperti biasa, saya cuba memberi servis yang terbaik kepada setiap klien yang memerlukan perkhidmatan saya.

Lokasi idamannya ialah apartment/kondominium yang berjarak kurang 50 meter daripada stesen LRT kerana beliau memang suka berjalan dan menaiki LRT.

Awalnya iklan Apartmen Putra Suria Residensi saya menarik perhatian beliau. Sesi viewing diatur. Tetapi beliau tidak berkenan dengan unit tersebut. Rasa saya, citarasanya lebih kepada kondominium. Justeru beliau berkata kondo berharga rm500k dan apartment rm350k tidak banyak beza harganya. Duh, kok tak banyak beza ya pak? Saya lupa yang dia itu jutawan ^-^

Lalu saya pon memburu unit impiannya. Kali ini unit di Kondominium Seri Puteri. Bersebelahan dengan Putra Suria. Hari yang dijanjikan pon tiba. Tetapi ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan sesi viewing tidak dapat dijayakan. Tenant ada kecemasan. 

Kecewa.

Saya dapat rasakan kekecewaan Mr T. Saya juga kecewa. Lalu saya pon meminta pertolongan rakan-rakan ejen di NPR Permaisuri untuk propose unit yang sesuai yang boleh diaturkan sesi viewing secepat mungkin kerana Mr T akan berangkat ke Jakarta.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Kali ini unit kondo baru di Rafflesia Sentul menjadi pertaruhan. Bos saya sendiri Mr F akan membawa Mr T untuk sesi viewing kerana kebetulan saya ada hal lain di Melaka pada hari itu.

Eh mcm dah panjang pulak cerita ni ye. Hehe...

Kita sambung next entry lah ye.

Stay tune! :D




Tuesday, February 27, 2018

Klien setia sejak 10 tahun yang lalu...

No automatic alt text available.

Cerita kelmarin. Baru nak up. Macam busy sangat kan. Hehe...
.
Mr Z ini klien yang sangat setia menggunakan perkhidmatan saya sejak 10 tahun yang lalu. Wah, lama betul kan. Beliau bekerja di luar negara. Kumpul duit banyak-banyak, pastu kejenya asik beli rumah lelong je. Haish kalau nak cerita semua memang dah banyakla dia beli. Senyap-senyap aje dia kumpul harta ðŸ˜„
.
Latest ni dia beli cash guna nama anak pulak. Dah besar anak dia 18 tahun sudah. Untunglah kamu wahai anak. Tetiba saya pon rasa nak apply jadi anak angkat dia... hahahha...
.
Ok kelmarin kami cuba lagi untuk kesekian kalinya. Macam biasa, Mr Z transfer duit dia yang banyak tu ke dalam akaun saya, lepas tu saya uruskan semuanya. Buat bank draf, nomination letter dan tolong angkat paddle bagi pihak Mr Z. Sambil buat live update (ehehe yg ni gurau aje).
.
Alhamdulillah rezeki menyebelahi Mr Z. Ada 2 pembida. RP 268k, naik sikit ke rm273k. Tahniah Mr Z!!!
.
Dan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan selama ini.
.
Kalau nak tau, rumah Mr Z ni market value nya rm380k. Mr Z beli baru rm273k. Waktu beli je Mr Z dah buat untung rm100k! Wow!
.
Jadi kenapa masih takut-takut nak beli rumah lelong? Kalau takut rumah lelong, rumah subsale pon banyak below bank value sekarang ni. Tau kan nak buat apa lepas ni?
.
Kontek je akak ok?
.
wasap.my/60123459450
.
Fast action = Fast result ðŸ˜‰
.
#FarazilaWahab
#PerundingHartanah
#NPRPermaisuri


Image may contain: text

No automatic alt text available.


Friday, May 19, 2017

🌷🌷🌷 KENAPA SAYA PILIH JADI REN? 🌷🌷🌷

Assalam/Hi pembaca semua,





Dah lama sangat rasanya tak membebel kat blog ni. Banyak membebel kat fb, tapi rasanya perlu juga membebel kat sini 😃
.
Ok mungkin ada jugak yang tertanya-tanya kenapa saya yang dah biasa jadi ejen lelong (part time) tetiba jadi REN subsale (full time) kan?
.
Jawapan tak cover line, KONTRAK KERJA saya sebagai programmer dah TAMAT.
Simple, zaman ekonomi tak berapa nak ok ni, saya terpaksa terima hakikat. Jadi saya sahut cabaran untuk belajar ilmu REN untuk subsale dan new development juga.
.
Jadi sekarang saya menawarkan khidmat untuk kedua-duanya - LELONG dan SUBSALE serta termasuk juga NEW DEVELOPMENT.
.
Sebelum ni saya buat macam-macam benda merepek lain juga sebenarnya. Tapi akhirnya saya tahu, saya dilahirkan untuk niche hartanah (ehem!)
.
Memang tak boleh lari lagi. Bidang ni dah jadi darah daging. Tak payah dipaksa-paksa. Minat semulajadi. Gitew! 😀
.
Manakala jawapan cover line pula adalah seperti di bawah.
.
💪 Sebab saya nak bantu dan jadi pemudahcara untuk ANDA mulakan TINDAKAN membeli RUMAH (samada untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan).
💪 Saya juga nak bantu TUAN TANAH kedaung dan TUAN RUMAH yang sibuk dan tak cukup masa sokmo untuk tolong jualkan rumah mereka.
.
TAPI saya memang nak tolong la, bukan nak cover line sangat pon.
Serius rasa satu kepuasan bila tengok klien dapat apa yang mereka idamkan.
.
Kata orang, WIN WIN SITUATION.
.
Saya tak mampu nak beli semua rumah yang best-best tu, makanya wajiblah saya sharekan listing kepada mereka yang memerlukan. Ye dak?
.
Haaa! Bukankah kerja juga satu ibadah?
.
Sekarang saya bernaung di bawah agensi NPR cawangan Permaisuri. 
.
Kenapa NPR Permaisuri?
.
💘 Sebab dekat giler dengan rumah. Senang nak pergi ofis bila duduk rumah asik SANGAP je sebab nampak katil 😅
.
💘 Bila dekat opis, nampak muka bos yang cun dan encem. Inspired la nak jadi macam diorang. (Masyukkkk) Jadi kita akan bekerja dengan lebih tekun lagi. Hehehe.
.
Ok. Nanti kita jumpa lagi dalam sesi bebelan akan datang.
.
Ramadhan nak tiba lagi 8 hari. Selamat Beramal! 
.
.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Blog Widget by LinkWithin

.