Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Showing posts with label Cemara. Show all posts
Showing posts with label Cemara. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Cemara

Sambungan kisah penjualan unit Cemara di BSP. Lebih kurang 3 hari lepas, saya mendapat panggilan daripada pegawai bahagian pinjaman perumahan Public Bank cawangan tempat saya mempuat pinjaman untuk unit ini.

Pegawai tersebut sudah tahu niat saya untuk menjual apartment tersebut. Dia kemudian berkata yang saya akan dikenakan penalti kerana ingin menjual dalam tempoh lock in period yang masih belum selesai. Saya hanya berkata, ye saya tahu.

Pegawai tersebut kemudiannya membuat tawaran jika pembeli unit ini membuat pinjaman dengan mereka maka penalti yang dikenakan pada saya akan dikecualikan. Alhamdulillah. Itu satu cadangan yang baik memandangkan permohonan pinjaman pembeli dengan bank bercap harimau masih di dalam proses.

TA sebagai dokumen sokongan permohonan pinjaman
Saya kira pembeli ini menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman kerana saya juga diminta menyertakan salinan perjanjian penyewaan unit ini untuk menyokong permohonan mereka.

Apa pon, saya memberi sepenuh kerjasama. Kita hanya merancang dan berusaha, Allah jua yang menentukan segalanya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan di dunia dan akhirat.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, January 24, 2012

Rujuk

Resit bayaran peguam yang ditolak terus daripada wang deposit pembeli
Alhamdulillah... beberapa hari selepas saya menulis entri yang ini, pembeli yang 'tak jadi' (en M) sebelum ini telah menghubungi saya dan menyatakan hasratnya untuk 'rujuk semula'. Jangan salah faham :) Bukan rujuk apa, cuma rujuk kembali proses penjualan Cemara kerana katanya dia kini mempunyai wang deposit yang mencukupi.

Ada juga beberapa orang pembaca blog yang mengemel saya menyatakan hasrat ingin membeli unit saya di Cemara tetapi saya lebih berat untuk meneruskan proses penjualan dengan en M. En M juga membuktikan yang dia tidak main-main dengan keputusannya kerana dia menyertakan sekali wang baki 10% deposit yang sepatutnya diberikan pada saya 2 bulan dahulu.

Tambahnya lagi, jika bank tidak meluluskan pinjaman yang dibuat atas nama isterinya, dia sanggup hilang wang deposit tersebut. Bagi pihak saya, saya bersyukur. Cuma saya mohon kepada peguam dan en M untuk melengah-lengahkan proses tukar nama dan disbursement kerana saya ingin mengelak daripada dikenakan penalti oleh pihak bank. Maklumlah bermula Julai 2012 pihak bank tidak lagi boleh mengenakan penalti seperti yang diarahkan oleh Bank Negara. Alhamdulillah en M dan pihak peguam pon bersetuju.

Semoga proses penjualan rumah dipermudahkan Allah. Amin.


Friday, December 23, 2011

Tak jadi pulak...

Sambungan daripada entri ni...

Apartment Cemara berwajah baru setelah bangunannya di cat dengan warna yang ceria :)
Kelmarin saya dapat satu panggilan daripada pihak peguam yang menguruskan penjualan apartment Cemara. Nampaknya Cemara masih menjadi milik saya memandangkan pembeli terpaksa membatalkan pembelian. Alasan pembeli, bank tidak meluluskan pinjaman kerana komitmen beliau yang agak tinggi. Hmm saya faham sebab dia dan saya sama saja - pelabur hartanah.

Beliau meminta maaf kerana membuatkan saya tertunggu-tunggu dan menghalalkan duit booking sebanyak rm1k yang dipindah masuk ke akaun saya 3 minggu lepas.

Saya agak frust juga pada mulanya tapi bila difikir-fikir kembali, saya tak rugi apa-apa malah positif CF saya telah bertambah rm250 sebulan. Alhamdulillah.

Putra Intan Condo (rumah pertama yg saya beli) yang terletak di Dengkil juga dalam proses penjualan. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, December 7, 2011

Penyewa mahu keluar. Berita sedih atau gembira?

Lebih kurang 2 bulan yang lalu, penyewa saya di apartment Cemara, BSP sms saya menyatakan hasrat ingin keluar rumah pada hujung bulan November kerana telah membeli rumah sendiri.

Mula-mula saya tak tahu nak gembira atau sedih. Memang sedih apabila penyewa yang baik ingin meninggalkan rumah anda. Tetapi tahukah anda bahawa ini bermakna peluang anda untuk menaikkan sewa atau menjual rumah tersebut telah tiba? ( Selagi ia berada dalam lingkungan harga semasa :) )

Setelah berfikir panjang, membuat congakan untung kasar dan berbincang dengan suami, saya merasakan sudah tiba masanya kami menjual rumah tersebut. Walau pon masih dalam lock in period (saya pernah refinance rumah ini pada 2008), tetapi saya merasakan masih berbaloi setelah ditolak dengan kos penalti yang akan dikenakan oleh pihak bank.

Memeriksa harga sewa dan harga jual semasa di Cemara bukanlah sukar. Saya mendapatkannya di mudah.my. Wow! Saya agak terkejut kerana harga sewa unit basic bermula pada rm950. Sekarang saya sewakan hanya pada harga rm700 sahaja. Huhu. Harga jual pula rm170k (average). Ada juga yang letak harga jual sehingga rm200k++. Agak tidak masuk akal bagi saya.

Langkah seterusnya, saya mula mengiklan rumah untuk disewa dan untuk dijual sekaligus. Bagi saya, first come first serve. Tak sampai beberapa jam selepas iklan publish di mudah.my, seorang pelabur telah book rumah saya tanpa sempat melihat rumah dahulu. Agak lucu juga sebab katanya dia tak dapat tidur malam selagi belum book rumah tersebut :). Atas dasar percaya, beliau transfer duit ke akaun saya sebagai tanda 'jadi'. Harga jual : rm170k.

Alhamdulillah. Oleh kerana beliau juga seorang pelabur, beliau meminta saya mencari penyewa baru yang baik untuk unit tersebut dengan syarat harga sewa mestilah rm950. Hmm cabaran ni sebab saya jenis lembut hati. Ok saya cuba. Memang banyak panggilan yang diterima untuk menyewa rumah tersebut. Akhirnya, kami berjaya close deal pada harga rm950 sebulan :D Penyewa baru sudah pon selamat masuk pada 30 November yang lalu. Wow! Lebih rm250 daripada sewa sekarang. Frankly speaking, saya takkan sampai hati nak naikkan sewa sehingga rm250 jika penyewa lama masih tinggal di rumah tersebut. Ini namanya rezeki daripada Allah :)

Amboi seronoknya tuan rumah ni kutip duit...

Pada masa yang sama, proses penjualan juga sedang diuruskan oleh pihak peguam. Wang sewa tetap saya terima selagi proses jual beli belum selesai. Itu perjanjian saya dengan pembeli rumah.

Oh ya! Ini kali pertama saya menjual rumah. Memang sayang tapi masa dah sampai. Harap semuanya berjalan lancar. Doakan saya. Amin.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, January 28, 2009

Update Casa Subang & Refinance Cemara

Alhamdulillah valuer dah dpt masuk Casa Subang & buat valuation. Aku pon dah transfer 5% lagi drpd harga rumah kepada pihak lawyer utk proses loan disbursement. Baru sebentar tadi pihak lawyer call kata ade masalah pulak. Aku lom sign ade satu borang ni... Asben aku dah sign tapi aku lom sign... So selagi aku x sign diorang x leh disburse itu loan... Mmm... mcm2 dugaan kan? Bukan senang nak senang... :) Benda2 ni semua adalah pahit sebelum kemanisan nye dpt dirasai... eceh... Aku cuba setel masalah ni hari ni jugak... tengokla apa yg boleh dibuat nanti...

Untuk Cemara, dah sampai ke final stage... drpd bulan September 2007 aku sign offer letter... korang bayangkanlah dah bape lama... dan untuk pengetahuan korang lagi... aku terpaksa bayar rm1180 untuk lawyer yg buat strata title... lepas tu oleh kerana umur aku dah meningkat setahun drpd tarikh aku sign offer letter, caj MRTA dah bertambah... kena tambah lagi rm400 cash dah x boleh masuk dlm loan... mm amacam? mmg kena byk standby cash kalau main properti ni... faham2 jelah...

Cek drpd Public Bank dah pon diterima oleh company aku... (sbb aku nye ni company loan) Lepas tu HR company akan buat kerja2 dokumentasi dengan lawyer Public Bank... Cek aku??? huhu x dpt lagi... bilala nk dpt... rm20k je pon... tapi mcm2 gak boleh buat tu! ;) Minggu ni CNY so pejabat lawyer sudah cuti seminggu... melopong je la aku minggu ni... next week aku follow up balik...

Aku tengok listing baru2 ni ade cemara yg akan dilelong pada harga rm135k. Wow mahal tuuu... waktu aku refinance dulu bank value cemara aku ni rm120k je... huhu takpela janji dpt jugak sikit kan... insyaAllah aku plan nk jual Cemara ni lagi 5 thn... or tengok keadaan market jugak macamana... ok geng... selamat beli rumah lelong! :)


Blog Widget by LinkWithin

.