Sunday, December 5, 2010

Tiles pecah lagi???

Ye.... tiles di kondo Bukit OUG pecah lagi tapi kali ni kt bahagian lain pulak. Kalau 6 bulan dulu aku selamat sebab tenant buat sendiri langsung x bgtau aku tapi kali ni x dpt lari dah :)

Hari Sabtu 3 Dis 2010 lebih kurang pukul 9.30 pagi aku dan ijam bergerak ke Bukit OUG condo. Tenant yg baru duduk sebulan mengadu masalah tiles mengelembung dan pecah. Sebagai tuan rumah yg profesional kami bergegas ke sana utk memastikan keadaan rumah selamat dan selesa diduduki ;)

Sampai kt sana, kami mendapati lebih kurang 32 keping tiles yg perlu ditukar. Tenant cerita tiba2 waktu diorang tgh mkn tiles tersebut naik menggelembung dan pecah dgn bunyi yg agak menakutkan. Bertempiaran diorang lari turun bawah... Hehehe... Kelakar jugakkan... Masalah ni adalah biasa terjadi bukan saje di BO malah di kebanyakan rumah bertingkat yg lain.

Dpt kontek drpd pejabat maintenance tentang kontraktor bangla yg tinggal di kondo tersebut. Terus call dia dan terus dia datang tengok rumah dan terus close deal. Dia janji buat kerja pada hari isnin 6 dis dgn caj rm350 utk 32 keping tiles. Mintak kurang x bagi dah :D

Alhamdulillah settle deal dan minta Allah permudahkan semuanya. Satu benda baru yg aku belajar daripada kontraktor bangla tu, punca tiles menggelembung dan pecah sebab tiles dipasang sgt rapat dan menyebabkan udara bwh tiles x dpt keluar. Lama kelamaan tiles menggelembung dan pecah.

Lama jugak kitorang borak dgn bangla tu. Dasat betulla. Dtg Malaysia sehelai sepinggang je tapi boleh jadi kontraktor mcm tu. Mesti masyukkkk... Sbg rakyat Malaysia aku rasa malula sebab aku pon x sampai tahap mcm tu lagi. Eceh ni yg lebih bersemangat nk keluar drpd rat race nih :P

Pemandangan daripada balkoni Kondo Bukit OUG kami di waktu malam... view KLCC tu... hehehehe

10 comments:

nseb baek bukan sebab gempa bumi
huhu

anjung seri december pun kupas masalah yg sama.. pasal one blogger terkejut tiles umah dia tetiba meletup pecah.. cause & solution.. menariks gak info ni..

setahu aku sebab campuran pasir dan simen...

bila pasir lebih, dia jadi lebih panas dan tak melekat.

aku pun tak sure...ada ke orang pasang tile jarak jarak ?

sourplum, tu lah... bunyi lain mcm tu yg semua lari turun bawah...

ae, welcome!

ojah, owh dah lama x baca majalah tu... tapi bagus jugak supaya ramai org aware pasal isu ni...

tuanbri, aku lupa nk amik gambar tiles dgn cara pasang yg betul. Takdela jarak sgt, just beberapa mm je... supaya udara boleh naik ke atas melalui jarak tersebut...

Kontraktor yg buat rumah aku teori lain pulak.
Dia guna simen gam (biasa org panggil susu) dan dicampur dgn simen.
Pastikan juga simen penuh bawah tiles tanpa gelembung udara.

hm.. developer punya finishing mmg banyak defect mcm ni...

Ah yo , ada telephone contractor Tiles itu dah ? Saya nak standby lah.

fara, jom joint contest aku, simple jer, buat entry pasal azam 2011 ngko,
syarat2 kt dlm entry ni:
CONTEST AZAM 2011

thanks

salam, saya nak tanya kalau kes mcm ni boleh bawa tribunal tak? sebab kesilapan developer.

Blog Widget by LinkWithin

.