Monday, January 9, 2012

Tips Beli Rumah Lelong 2012


1. Tidak perlu tunggu sehingga harga terlalu rendah untuk masuk membida. 

Harga yang terlalu rendah akan menarik lebih ramai pembida seterusnya menjadikan harga rumah melambung tinggi. Selalunya harga jual hartanah akan melebihi daripada harga pasaran.


2. Beli rumah lelong pada kali pertama ia dilelong.

Harga rumah yang baru pertama kali dilelong akan dinilai berdasarkan harga pasaran. Tetapi perlu diingat, harga pasaran ditentukan oleh jurunilai yang dilantik oleh pihak bank pelelong. Harga jurunilai ini biasanya ketinggalan setahun daripada harga pasaran semasa.

Kesimpulannnya, jika anda berjaya membeli rumah dengan harga rizab pada kali pertama ia dilelong, insyaAllah harga rizab tersebut sebenarnya adalah lebih rendah daripada harga pasaran semasa kerana harga tersebut adalah harga hartanah pada setahun yang lalu.


3. Pilih kawasan yang tidak terlalu 'HOT' dan tidak terlalu 'COOL'

Elakkan membuang masa dan tenaga untuk membida hartanah di kawasan yg terlalu panas seperti Kondo Rakyat, Flat Sri Penara dan Vista Angkasa. Jangan pula membida di kawasan yang terlalu sejuk seperti Bukit Beruntung. Masih banyak lagi kawasan di Lembah Klang yang mempunyai potensi yang tinggi asalkan anda rajin mencari :)


4. Jangan berputus asa

InsyaAllah setiap kekalahan adalah pengalaman yang sangat berharga untuk mencapai kemenangan di masa yang akan datang.

2012 menjelang tiba, selamat membida untuk semua :)
Sekian 4 tips ringkas untuk hari ini. Sebarang kesilapan/kemusykilan bolehla diajukan di bahagian komen.
Terima kasih

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

7 comments:

Saya ada beli rumah lelong tetapi sekiranya hendah memohon pinjaman bank pertama kali, adakah sejarah pinjaman kereta/peribadi sebagai kelayakan untuk memohon pinjaman rumah?

good tips. suka part kawasan ygtak terlalu hot dan tak terlalu suram tu. maknanya kawasan yg suam2 ke puan blogger? hehehehe

saudara azli, sila bertanya hal tersebuat kepada pegawai mana-mana bank yang terdapat di kawasan anda :)

RN, maknanya amik kawasan yang suam-suam kukula... hahahaha

Then have to change name to Lukewarm auction property - Rumah lelong suam-suam kuku, hahaha!

Haruki, hahahha.... u make me smile la... :P

auction price tu kira harga max bidding or start price...tq

Pn Hafizah, auction price is starting price.

Blog Widget by LinkWithin

.