Salam Puan Fara,
Saya berpeluang mengikuti beberapa entry dari blog hartanah
puan yang sememangnya sangat informative dan membantu ramai orang yang ingin
memiliki hartanah di dalam membuat pertimbangan pembelian. Sungguh mulia hati
puan, kalau orang lain mungkin dah kenakan consultation fee. Hanya Allah SWT
sahaja yang dapat membalas kebaikan Puan itu.
Disini saya ingin bertanya tentang pembelian hartanah
pertama saya yang mungkin akan saya buat dalam tempoh terdekat. Saya beli dari
tangan orang. Samada adakah harga yang ditawarkan oleh penjual overpriced
dari harga pasaran dan adakah ia berbaloi untuk dimiliki. Kalau
diikutkan hati, memang saya terpikat dengan apartment tersebut dan juga kerana
usia saya yang semakin meningkat tua ni. (umur 32 tahun).
Saya tak perlu cerita dengan details pasal hartanah ni
kerana puan fara pun saya ada terbaca memiliki satu unit hartanah di Putra Intan
Condo, Dengkil.
Non Bumi Unit
1122 square feet
Balkoni tidak menghadap pool
Free hold
Tingkat 1
Sebelah Lif
Asking Price- 245K
Selepas negotiate dgn owner menerusi agent – 220k
Self initiated check (tak melibatkan agent) dengan
valuer mengenai harga pasaran semasa – 180k hingga 200k.
Tapi agent pulak kata dia dah check dengan bank valuer harga
pasaran memang sekitar RM230K.
Persoalan utama
Adakah puan rasa harga yang negotiable itu berbaloi? Ini
kerana saya bercadang untuk membuat pinjaman bank bagi pembelian berkenaan.
Tetapi saya khuatir value rumah yang akan ditentukan oleh panel valuer yang
dilantik oleh bank adalah lebih rendah dari harga jualan menyebabkan saya perlu
untuk menambah lagi downpayment.
Untuk makluman saya bertugas dan tinggal di kuarters
putrajaya buat masa ini. Masih bujang.
Jawapan:
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada saudara S yang sudi membaca blog saya :)
Kata-kata saudara memberi semangat untuk saya terus memberi dan berkongsi sedikit ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya ini bersama pembaca blog yang lain.
Berbalik kepada persoalan saudara, pada pendapat saya eloklah saudara membuat self initiated check (tak melibatkan agent) dengan sekurang-kurangnya 3 valuer yang berlainan mengenai harga pasaran semasa. Dengan cara ini, harga pasaran yang sebenarnya akan terjawab tanpa perlu mempercayai kata-kata ejen.
Saudara boleh juga meminta ejen berkenaan menyatakan nama valuer (yang menyatakan harga pasaran adalah RM230K) dan saudara boleh menghubungi pihak valuer itu sendiri untuk mengesahkan fakta tersebut.
Jika benar seperti yang didakwa oleh ejen, maka saudara boleh meneruskan pembelian dan jika sebaliknya, saudara perlu nego lagi dengan ejen/owner atau mencari property yang lain.
Kalau tak silap saya, masih ada unit kondo Putra Intan yang dipunyai oleh pihak pemaju dan belum dijual. Mungkin saudara boleh menghubungi pihak pemaju (Rimbun Capital) dan bertanyakan hal ini. Unit daripada pihak pemaju ini dijual dengan harga yang agak berpatutan.
Sedikit penambahan, cara untuk membuat self initiated check (tak melibatkan agent) harga semasa rumah:
1. Pergi/telefon ke mana-mana bank dan berjumpa/bercakap dengan pegawai bahagian pinjaman perumahan.
2. Beritahu pegawai tersebut anda ingin membeli rumah A (contoh) dan ingin mengetahui harga semasa rumah tersebut.
3. Pegawai bank akan meminta maklumat rumah seperti alamat penuh, keluasan, tingkat, ada renovation atau tidak dan sebagainya.
4. Pegawai bank akan menghubungi valuer untuk mengetahui harga semasa rumah tersebut dan akan memaklumkan kepada anda. Kebanyakan bank mempunyai lebih daripada satu valuer.
Harap membantu.
PS: Boleh kongsikan jawapan anda di ruangan komen ye :)
9 comments:
salam,
saya mau share. agent akan bertanya kpd banker mengenai value rumah. banker TIDAK akan share nama valuer sbb itu adalah periuk nasi dia..sbb jika banker lain tahu nama valuer, banker lain akan menghubungi valuer dan menawarkan harga $230k...so skrg ni Banker tersebut adalah competitive dan saudara S terpaksa menggunakan beliau nanti.
apa yg bole Saudara buat ialah minta agent bgtau contact banker and hubungi banker utk pengesahan. bg banker maklumat rumah, keluasan, tingkat, ada renovation atau tidak etc...tanya banker sekali dia di cwgn mana.
btw, spt yg Puan Fara bgtau, cuba tgk unit lain yg bole dpt dlm lingkungan 180k-200k. itu lebih selamat
saya terjumpa di mudah.my unit yg di jual oleh agent pd harga $185k. sudah tanya?
kepada penghantar emel,
umur 32 masih muda. belum lagi meningkat tua. (huhuhu)
syabas atas usaha membeli rumah pertama.
saya rasa masih boleh dapat harga lebih rendah dari itu sebab biasa saya tgk orang jual 190K di sana
Ruchan & RN, terima kasih kerana berkongsi pendapat. Unit ini agak mahal mungkin kerana keluasannya yg agak besar iaitu 1122sf.
TYPE A1, THE LARGEST UNIT WITH 1122 SQ.FT. ONLY ONE UNIT IN EACH FLOOR.
Assalamualaikum,
Terima kasih kepada Puan Fara yang mejadikan persoalan saya sebagai entry blog puan pada kali ini. Selain daripada jawapan yang puan berikan, input tambahan dari Encik Ruchan dan Cik Rohaniah Noor sangat membantu.
berdasarkan pemerhatian saya di laman web hartanah, unit tersebut sedikit mahal harganya berdasarkan keluasannya (1122sf) dari unit-unit lain di condo tersebut. Bagi unit 850sf dan 974sf, range harga yang ditetapkan (mungkin oleh agent)di laman-laman web adalah sekitar 170k-190k.
berbalik kepada isu valuer, saya akan buat semakan nilai hartanah dengan beberapa valuer atau contact bank sendiri seperti yang encik ruchan dan puan fara cadangkan.
Seperkara yang ingin saya kongsikan dengan kawan-kawan semua, semasa saya memberikan butiran terperinci mengenai hartanah ini kepada valuer, saya terlupa menyatakan bahawa ia adalah freehold dan unit non bumi. Saya diberitahu oleh valuer berkenaan bahawa nilai hartanah adalah RM180K despite saya terangkan dengan terperinci segala amenities berhampiran dan kedekatan property tersebut dengan putrajaya dan KLIA/LCCT. Setelah saya memaklumkan kepadanya kembali untuk mengambil kira bahawa ia adalah unit non bumi dan freehold, saya dimaklumkan bahawa value property tersebut meningkat dalam 10k-20k dari nilaian asal.
persoalan kedua yang saya ingin tanyakan, sekiranya nilai hartanah memang dinilaikan lebih rendah dari harga jualan, adakah penjual tertakluk untuk menjual kepada pembeli mengikut harga pasaran. ataupun sememangnya prerogative penjual untuk menjual dengan harga yang lebih tinggi? Sekiranya penjual tetap ingin menjual dengan harga asal, satu kerugian lah bagi saya kerana saya memang berkenan dengan unit tersebut kerana keluasannya (saya sudah survey unit tersebut bersama agent) dan juga kerana kedekatan property tersebut dengan putrajaya. :(. Unless saya top up downpayment yang saya rasa agak keterlaluan tinggi.
Seperkara lagi yang saya akan lakukan adalah untuk menghubungi sendiri pihak pemaju sekiranya masih ada unit yang available.
terima kasih puan fara, encik ruchan dan cik rohaniah di atas pandangan dan nasihat yang telah dan akan diberikan.
Wassalam
SJ
Salam SJ,
Setau saya unit tersebut adalah leasehold.
Penjual berhak menentukan harga jualan walaupon harga tersebut lebih tinggi daripada harga semasa.
Menurut sifu hartanah Milan Doshi, valuer di Malaysia mengikut kadar yang ketinggalan 1 tahun dalam menentukan nilai pasaran. Sebab itu harga pasaran jadi rendah. Nak tak nak memang kena top up down payment guna duit sendiri dulu.
InsyaAllah boleh refinance dengan nilai yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Sedikit penambahan, cara untuk membuat self initiated check (tak melibatkan agent) harga semasa rumah:
1. Pergi/telefon ke mana-mana bank dan berjumpa/bercakap dengan pegawai bahagian pinjaman perumahan.
2. Beritahu pegawai tersebut anda ingin membeli rumah A (contoh) dan ingin mengetahui harga semasa rumah tersebut.
3. Pegawai bank akan meminta maklumat rumah seperti alamat penuh, keluasan, tingkat, ada renovation atau tidak dan sebagainya.
4. Pegawai bank akan menghubungi valuer untuk mengetahui harga semasa rumah tersebut dan akan memaklumkan kepada anda. Kebanyakan bank mempunyai lebih daripada satu valuer.
Moga dipermudahkan olehNya segala urusan. Amin.
ini misti unit 1-1-6 ini, saya dah bayar booking fee RM4000 org itu tiba-tiba batal, loan saya pun dah lulus time tu. Bank nilai RM200,000 je. Saya tengah fikir2 nak saman orang tu....
owh..unit ni yg luas ya..kalo begitu jgn lupa bgtau valuer/banker. saya pernah terkena, bg build up kecil tp banker igt build up yg besar. so dia quote harga tinggi.
kpd anonymous - kenapa BATAL? adakah agent/owner tidak mahu jual? atau anda yg tidak jadi beli? mcm mana dgn booking fee? dpt balik?
There are many types of properties like land, house, apartment, villas and so on. Land property is very good option which can give more benefits in future.
Post a Comment