Thursday, November 29, 2012

Bila rumah dah siap...

Kali ini saya ingin bercerita tentang pemasangan wardrobe, kabinet dapur, meja belajar, panel tv + rak buku serta rak kasut di rumah yang baru selesai kerja-kerja ubahsuai. Sebaik sahaja rumah selesai diubahsuai, maka impian untuk pemasangan built in wardrobe ini pon ingin direalisasikan.

Apabila mendapat no kontek kontraktor wardrobe daripada blogger RN, kami pon membuat appointment dengan Mr Jeff. Beliau datang ke rumah bersama dengan isteri dan adik iparnya Jeff.

Selain mengukur dan mengambil gambar, Jeff juga turut memberi cadangan susun atur perabot yang sepatutnya agar ruang bilik lebih produktif. Wah! Jeff ni dah macam interior designer pulak dah. Saya sangat suka dengan cadangan-cadangan yang disyorkan olehnya.

Jeff dan adik iparnya sangat pandai melukis serta pandai mengambil hati kami sebagai pelanggan. Sebelum balik, mereka berjanji untuk menghantar emel gambar 3d drawing sebelum kami memberi kata putus setuju/tidak untuk menempah perkhidmatan mereka.

Dalam masa 2-3 hari (saya kurang pasti) saya telah pon mendapat emel yang dijanjikan oleh Jeff. Lukisan 3d ini dilukis sendiri oleh Jasper (adik ipar Jeff). Wah! Sungguh saya kagum dengan kepakarannya walaupon dia hanya berkelulusan di sekolah biasa. Nah, inilah dia gambar-gambar lukisan 3D yang diemelkan kepada saya. Gambar-gambar ini membuatkan saya terus jatuh hati dan kami pon bersetuju mendapatkan khidmat mereka :)

Wardrobe in Master Bedroom (First Floor)
Internal view (First Floor)
Bedroom 1 (First Floor)
Wardrobe Bedroom 1 (First Floor)
Internal View - Wardrobe Bedroom 1(First Floor)

Bedroom 2 (First Floor)
Internal View - Wardrobe Bedroom 2 (First Floor)
Study table and wardrobe - Bedroom 2 (First Floor)

Living Room TV Panel with book rack  (First Floor)

Kitchen Cabinet (ground floor)
Kitchen Cabinet (different angle)
Kitchen Cabinet (different angle)
Store Room Wardrobe - without door (ground floor)
Shoe Rack (ground floor)
Berita baik!

Untuk mereka yang ingin mendapatkan khidmat daripada Mr Jeff, komisyen 5% akan diberi kepada introducer (ehem! sayalah tu...) dan komisyen itu saya akan kongsi 50-50 dengan anda!

Jadi, jika anda ingin membuat tempahan dengan Mr Jeff, pastikan anda :

1. menyebut nama saya, ctfarazila sebagai introducer kepada Mr Jeff / Jasper.
2. emel/sms/call (ctfarazila@gmail.com / 012-3459450) untuk inform saya apabila duit booking telah dibayar kepada Mr Jeff / Jasper.

Dua langkah mudah di atas ini membolehkan saya menuntut 5% komisyen daripada Mr Jeff / Jasper dan berkongsi dengan anda. Mudah kan?

PS: Cuba teka berapa harga keseluruhan untuk pemasangan kitchen cabinet, wardrobe dan lain-lain seperti gambar di atas?

Update : Harga keseluruhan untuk kabinet, wardrobe, tv panel, study table dll seperti gambar di atas ialah rm20k sahaja. Mahal tak? 

Insya-Allah, next entry nanti saya akan tunjukkan gambar kabinet sebenar yang telah dipasang :)

4 comments:

berapa harga utk buat built-in cabinet? sy memang nak buat..skang tgh survey.

Kat mana ni? Camana kalau luar kawasan nak booking?

kerja jeff mmg puas hati....

-client-

Update : Harga keseluruhan untuk kabinet, wardrobe, tv panel, study table dll seperti gambar di atas ialah rm20k sahaja. Mahal tak? Alhamdulillah bagi saya memang berbaloi-baloi!

Blog Widget by LinkWithin

.