Tuesday, September 24, 2013

Serik? Putus asa?

Serik. Putus asa.

Dua perkataan ini memberi makna yang sungguh besar kesannya kepada kehidupan seseorang.

Apa yang pasti, dua perkataan ini tiada di dalam kamus hidup seorang pelabur hartanah tegar. Samada seseorang itu suka membeli hartanah lelong, subsale (beli atas tangan orang) atau daripada pemaju, golongan ini akan terus memburu dan memburu.

2 hari lepas saya berpeluang ke dewan lelongan untuk menemani 2 orang kawan lama (kawan sekolah rendah) yang ingin mencari rumah di kawasan B. Mereka adalah sepasang suami isteri yang mana isteri bekerja dan menghantar anak-anak di kawasan B manakala mereka tinggal di kawasan A.

Memandangkan pada tahun 2014 anak sulung mereka akan mula bersekolah tadika 5 tahun di kawasan B juga, dan juga kenaikan harga minyak yang agak melampau baru-baru ini, mereka mengambil keputusan untuk membeli rumah di kawasan B. Maka bermulalah pencarian mereka. Eceh!


Pengalaman pertama memasuki dewan lelongan, saya menerangkan serba sedikit tentang proses dan tips-tips di dalam dewan lelongan. Dengan 10 orang pembida yang mendaftar, harga hartanah yang bermula pada rm120k mati pada harga rm168k. Tewas! Puas sudah saya mencucuk jarum supaya mereka menaikkan bajet kerana mereka membeli rumah untuk diduduki. Haha... Nampaknya mereka agak bijak juga.

InsyaAllah daripada apa yang saya dengar daripada si isteri, mereka akan masuk ke dewan lelongan sekali lagi pada minggu ini. Saya harap mereka tidak serik dan tidak cepat berputus asa.

Tahun 2013, saya lihat ada pelabur hartanah yang berjaya memenangi bidaan selepas percubaan kali ke-10. Malah ada yang lebih lagi.

Semangat itu yang saya mahu lihat.

Berusaha dan berusahalah!


Klik LIKE kalau suka entri ni :)

1 comments:

putus asa tidak tapi frust juga kalau asyik kalah. pelabur hartanah lelong mmg tak serik2 kalah sbb kita membida "bukan janji menang " tapi " menang terus untung "

Blog Widget by LinkWithin

.