Auction property inside

Don’t work for money but let money work for you. Which one are you?

Our Services

Perkhidmatan kami merangkumi nasihat berkaitan hartanah lelong di seluruh Malaysia serta pembiayaan bank dengan kadar paling efektif. Anda tidak akan dicaj kerana komisen kami akan dibayar oleh pihak bank pelelong (itu pon jika anda adalah successful bidder pada hari yg bertuah itu!)

More About Me

Aku adalah aku... seorang hamba Allah yang ingin mencapai kebebasan kewangan sebelum berumur 35 tahun. Meminati bidang hartanah dan kini mula mengorak langkah demi mencapai cita-cita serta masa depan yang lebih bermakna.

Penyewa mahu keluar. Berita sedih atau gembira?

Lebih kurang 2 bulan yang lalu, penyewa saya di apartment Cemara, BSP sms saya menyatakan hasrat ingin keluar rumah pada hujung bulan November kerana telah membeli rumah sendiri.

Mula-mula saya tak tahu nak gembira atau sedih. Memang sedih apabila penyewa yang baik ingin meninggalkan rumah anda. Tetapi tahukah anda bahawa ini bermakna peluang anda untuk menaikkan sewa atau menjual rumah tersebut telah tiba? ( Selagi ia berada dalam lingkungan harga semasa :) )

Setelah berfikir panjang, membuat congakan untung kasar dan berbincang dengan suami, saya merasakan sudah tiba masanya kami menjual rumah tersebut. Walau pon masih dalam lock in period (saya pernah refinance rumah ini pada 2008), tetapi saya merasakan masih berbaloi setelah ditolak dengan kos penalti yang akan dikenakan oleh pihak bank.

Memeriksa harga sewa dan harga jual semasa di Cemara bukanlah sukar. Saya mendapatkannya di mudah.my. Wow! Saya agak terkejut kerana harga sewa unit basic bermula pada rm950. Sekarang saya sewakan hanya pada harga rm700 sahaja. Huhu. Harga jual pula rm170k (average). Ada juga yang letak harga jual sehingga rm200k++. Agak tidak masuk akal bagi saya.

Langkah seterusnya, saya mula mengiklan rumah untuk disewa dan untuk dijual sekaligus. Bagi saya, first come first serve. Tak sampai beberapa jam selepas iklan publish di mudah.my, seorang pelabur telah book rumah saya tanpa sempat melihat rumah dahulu. Agak lucu juga sebab katanya dia tak dapat tidur malam selagi belum book rumah tersebut :). Atas dasar percaya, beliau transfer duit ke akaun saya sebagai tanda 'jadi'. Harga jual : rm170k.

Alhamdulillah. Oleh kerana beliau juga seorang pelabur, beliau meminta saya mencari penyewa baru yang baik untuk unit tersebut dengan syarat harga sewa mestilah rm950. Hmm cabaran ni sebab saya jenis lembut hati. Ok saya cuba. Memang banyak panggilan yang diterima untuk menyewa rumah tersebut. Akhirnya, kami berjaya close deal pada harga rm950 sebulan :D Penyewa baru sudah pon selamat masuk pada 30 November yang lalu. Wow! Lebih rm250 daripada sewa sekarang. Frankly speaking, saya takkan sampai hati nak naikkan sewa sehingga rm250 jika penyewa lama masih tinggal di rumah tersebut. Ini namanya rezeki daripada Allah :)

Amboi seronoknya tuan rumah ni kutip duit...

Pada masa yang sama, proses penjualan juga sedang diuruskan oleh pihak peguam. Wang sewa tetap saya terima selagi proses jual beli belum selesai. Itu perjanjian saya dengan pembeli rumah.

Oh ya! Ini kali pertama saya menjual rumah. Memang sayang tapi masa dah sampai. Harap semuanya berjalan lancar. Doakan saya. Amin.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

11 comments:

  1. wan zairulakman wan ibrahim said...
     

    mmg sayang seribu kali sayang ...itulah yg saya rasa masa jual flat puchong permata tuu

  2. ctfarazila said...
     

    yelah... memang sayang kalau kita emosional... tapi bila fikir secara rasional... kira oklah... berbaloi!

  3. rohaniah noor said...
     

    yang patah tumbuh yang hilang berganti... inikan pulak pergi meninggalkan baki banyak digit dlm akaun bank. wowwww

  4. ctfarazila said...
     

    hehehe... betul tu RN... manalah tau berganti dengan retail lot pula nanti... yummy!

  5. Masreena said...
     

    saya harap takkan dipertemukan dgn owner rumah yg sampai hati letak sewa mahal... cheers

  6. Anonymous said...
     

    Salam Masreena, saya berharap semoga anda menjadi tuan rumah suatu hari nanti.

    Sila semak perbezaan maksud antara 'harga sewa rumah kadar semasa' dengan 'harga sewa rumah mahal'. Tq.

  7. wakif said...
     

    tahniah fara... keep on rolling...;)

  8. Farid Adam said...
     

    kalau jual pun takpe...tak luak pun koleksi rumah dalam tangan kan? hehe

  9. ctfarazila said...
     

    Tq Wakif :) you too!

    Farid, luakla... kena tambah balik... hehehe...

  10. bird said...
     

    nice.. aku doakan proses jual smooth..

  11. ctfarazila said...
     

    Tq bird :)

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin