Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Wednesday, December 29, 2010

Kisah Shoplot bermula...

Kisah ini bermula apabila aku dan blogger RN sama2 menghadiri seminar Property Millionaire Challenge. Banyak persamaan antara kami, walaupon baru kenal tapi rasa macam dah lama kenal. Maklumla satu kepala. Dua-dua kepala gile property :D

Habis seminar 3 hari, kami dapat semangat baru. Semangat yang lebih membara utk beli commercial property. Bajet kami? Hmmm... Tak banyakla... Sebab loan pon x boleh pegi jauh sgt... Kami kumpul 1 group (ada 5 orang), call it as partners Projek Berani Mati Shoplot 2010.

Hidup penuh cabaran, kami x jumpa shoplot dgn kriteria yg kami inginkan. Tapi kami jumpa kedai comel ni. Harga dijual below market value dan rental yield nyer pun bagus. Isk sayang nak lepaskan. Aku dan RN bertekad nk beli walaupon x sempat nk pegi tengok kedai lagi! Kerja gile tu...

Kini dalam proses loan... Tatau nk ckp boleh approve ke tak... Sedang menunggu.... Dengan penuh debaran... ;)

Walaupon shoplot comel ni kami kongsi 2 org je, Projek Berani Mati Shoplot 2010 tetap on. Tapi tukar tahun jadi Projek Berani Mati Shoplot 2011. To all partners, usaha tangga kejayaan. Jgn anggap masalah sebagai penghalang, anggap ia sebagai cabaran. InsyaAllah tiada apa yg mustahil. Moga tahun 2011 membawa kejayaan kepada kita semua... Amin!


Tuesday, December 28, 2010

Azam Tahun 2011


Aku nak join contest anjuran Matjoe. So kena mengarang pasal azam tahun baru 2011. :)

Azam aku untuk tahun 2011 ni nk beli shoplot dan nak tambah pasif income supaya lebih daripada aktif income supaya target aku untuk berhenti kerja pada/sebelum umur 35 tahun tercapai. Bila dah berhenti kerja nanti boleh tumpukan perhatian pada anak-anak selain dapat melakukan aktiviti yang aku suka. Aku letak gambar anak-anak sebab mereka adalah pemangkin utama untuk aku bekerja keras mencapai kebebasan kewangan.

Lagi satu azam, nak solat awal waktu :) moga lebih istiqamah... Amin!

Jom masuk contest Matjoe kt sini!

contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120)


Thursday, December 23, 2010

Find us on Facebook!

Auction Property Inside kini di Facebook!

Kawan-kawan pelawat sekalian, anda kini boleh mengetahui senarai listing dari kaca mata hot-auction-property sebagai property yg 'hot' di laman facebook kami. Sila klik LIKE/SUKA di bahagian FB di bawah. Diharap feature baru ini akan lebih memudahkan anda mencari property lelong idaman hati :)

Jika inginkan property di kawasan idaman anda, jgn segan silu utk emel saya di ctfarazila@gmail.com

Happy shopping!


Sunday, December 5, 2010

Tiles pecah lagi???

Ye.... tiles di kondo Bukit OUG pecah lagi tapi kali ni kt bahagian lain pulak. Kalau 6 bulan dulu aku selamat sebab tenant buat sendiri langsung x bgtau aku tapi kali ni x dpt lari dah :)

Hari Sabtu 3 Dis 2010 lebih kurang pukul 9.30 pagi aku dan ijam bergerak ke Bukit OUG condo. Tenant yg baru duduk sebulan mengadu masalah tiles mengelembung dan pecah. Sebagai tuan rumah yg profesional kami bergegas ke sana utk memastikan keadaan rumah selamat dan selesa diduduki ;)

Sampai kt sana, kami mendapati lebih kurang 32 keping tiles yg perlu ditukar. Tenant cerita tiba2 waktu diorang tgh mkn tiles tersebut naik menggelembung dan pecah dgn bunyi yg agak menakutkan. Bertempiaran diorang lari turun bawah... Hehehe... Kelakar jugakkan... Masalah ni adalah biasa terjadi bukan saje di BO malah di kebanyakan rumah bertingkat yg lain.

Dpt kontek drpd pejabat maintenance tentang kontraktor bangla yg tinggal di kondo tersebut. Terus call dia dan terus dia datang tengok rumah dan terus close deal. Dia janji buat kerja pada hari isnin 6 dis dgn caj rm350 utk 32 keping tiles. Mintak kurang x bagi dah :D

Alhamdulillah settle deal dan minta Allah permudahkan semuanya. Satu benda baru yg aku belajar daripada kontraktor bangla tu, punca tiles menggelembung dan pecah sebab tiles dipasang sgt rapat dan menyebabkan udara bwh tiles x dpt keluar. Lama kelamaan tiles menggelembung dan pecah.

Lama jugak kitorang borak dgn bangla tu. Dasat betulla. Dtg Malaysia sehelai sepinggang je tapi boleh jadi kontraktor mcm tu. Mesti masyukkkk... Sbg rakyat Malaysia aku rasa malula sebab aku pon x sampai tahap mcm tu lagi. Eceh ni yg lebih bersemangat nk keluar drpd rat race nih :P

Pemandangan daripada balkoni Kondo Bukit OUG kami di waktu malam... view KLCC tu... hehehehe


Thursday, December 2, 2010

Majalah 'Personal Money'

Alamak! Sampai lagi... Edisi bulan lepas pon aku x habis baca lagik... Usah katakan bulan lepas, edisi bulan lepas punye lepas pon aku belum khatam... Hehehe... Tu la poyo2 pegi langgan majalah ni... Tapi mmg untung beb bila melanggan setahun ni... 30% diskaun plus hantar kt rumah lagik. Tak payah susah2 carik kt kedai.

Personally bagi aku majalah Personal Money ni mmg sesuai utk mereka yg obses dgn $$$... Hehehe... Mcm2 ade... Drpd financial management, real estate, stocks, retirement planning etc. Tp kt bhg stocks tu kalau baca mata aku mengecilla... Ngantuk beb! Hehehe kalau bab real estate kurangla sikit ngantuknya.

Pernah gak aku bwk majalah PM ni ke ofis dgn harapan boleh khatam tapi adehhh... Kalau naik tren tu mungkin gak sempat curik masa utk baca. Kalau naik moto? Sendiri mau ingatlah!

Ade opismate pompuan kt opis nampak majalah ni atas meja aku. Punyelah dia pelik... Sbb dia layan majalah hiburan je. Erk... Aku pon layan gak majalah hiburan... Tapi kalau yg free jelah... Rasa syg lak duit nk beli majalah semata2 nk tau cerita pasal artis... Baca blog lagi best kot bab-bab artis ni? Hangattt!



Tuesday, November 30, 2010

AHB: Jual 1 bilion unit setahun

PELABURAN Hartanah Bhd (PHB) yang melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), semalam yakin dapat menjual 1 bilion unit dana dalam tempoh setahun, sekali gus membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah bagi pelaburan jangka panjang.

Dana AHB yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia tiga bulan ke atas dengan pelaburan minimum RM500.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman berkata, AHB skim unit amanah yang bersandarkan hartanah perdana dan memberi pulangan kompetitif serta stabil kepada pelabur.

Katanya, PHB juga akan memperbesarkan lagi skim AHB supaya setiap Bumiputera berpeluang melabur dan menjangkakan untuk menambah 50 peratus lagi saiz dana daripada jumlah sedia ada.

“Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung berpeluang memiliki pegangan dalam hartanah utama dan unit amanah ini diniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Kami juga percaya 1 bilion unit AHB yang ditawarkan dapat dijual dan mensasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 500 juta unit lagi dalam tempoh setahun lagi.

“Bagi memudahkan pelabur menjalankan transaksi AHB, kami sudah bekerjasama dengan Maybank sebagai saluran pengagihan dana untuk menawarkan unit pelaburan ini ke seluruh negara,” katanya di majlis pelancaran AHB di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid dan Pengerusi PHB, Tan Sri Md Nor Yusof.

Kamalul berkata, pelabur berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara untuk membeli unit AHB.

PS: Boleh tahan jugak kan... harga tetap rm1 seunit, min dividen 6%. Antara alternatif terbaik fund berlandaskan syariah.


Wednesday, November 24, 2010

Commercial Property Anyone?

Adakah kedai comel ini akan menjadi milik kami? Nantikan kisah sambungannya di entri akan datang.... Stay tune! ;)




Saturday, October 30, 2010

Listing Rumah Lelong

Ramai pembaca yg email/sms/komen kt shoutbox bertanya tentang rumah-rumah lelong di kawasan pilihan mereka. Suka cita nk bagitau kat sini yang anda boleh melihat listing rumah lelong di sini.

Mmm... agak susah jugak nk belek satu-satu listing kt situ kalau x cukup masa. Saya ada cara yang lebih mudah.... Sila emel saya di ctfarazila@gmail.com dan saya akan ceritakan caranya.... :)

Selamat window shopping rumah lelong!

PS: Hangat berita terbaru pasal margin loan rumah ke-3 sebanyak 70% shj. Saya jugak dah merasa tempiasnya... anggaplah itu semua sebagai cabaran... bukan masalah... Jangan putus asa... insyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan...


Bukit OUG Condo bertukar penyewa...

Setelah lebih 2 tahun menyewa di kondo Bukit OUG, Oktober 2010 akhirnya pasangan ini menyuarakan hasrat mereka untuk keluar rumah... alasannya berhijrah ke Kluang Johor sebab si suami dapat kerja kat sana. Terkejut jugak waktu terima call daripada diorang... risau pon ada... tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah...

Iklan yg aku kuarkan kat mudah menyebabkan ijam (asben aku) x menang tangan... agaknye sebab kitorang letak sewa murah sgt kot... potential tenant pegi deal direct dgn tenant yg nak keluar tu untuk tengok rumah... akhirnya diorang setuju dan jumpa kami untuk bayar deposit...

Respect betul aku dengan pasangan Cina yang menyewa rumah kami ni... rumah bersih xde cacat cela langsung... tiles di ruang tamu yg crack dia ganti sendiri pakai duit dia je... dengan kos mencecah rm1.2k... langsung tak bagitau kami pon... fuhh... bertuah gile dpt tenant mcm ni... harap2 tenant baru pasangan melayu yg baru kawen ni pon akan jaga rumah kami dengan baik....

Ni antara kenangan2 manis jadi tuan rumah lah... kenangan pahit pon ade jugak... hehehe nanti kalau rajin aku share jugak...


Friday, October 29, 2010

Akhirnye siap jua....

Rentetan dari kisah rumah pertama yg terbengkalai di sini. Setelah hampir 6 tahun berlalu, projek ni akhirnye siap. Deposit TNB & Syabas pon dah bayar. Anytime boleh dpt kunci. Kerja-kerja landskap sedang rancak dibuat sebelum bagi kunci agaknye... Oh ye, projek ni siap setelah bertukar developer. Daripada Lembah Kerjaya kepada Rimbunan Capital. Alhamdulillah syukur.... :)

Putra Intan Condominium akhirnye ko siap jua... huhuhu... Tak tau lagi market value & rental nye berapa... so belum decide samada nk disewakan atau dijual....

Disebabkan projek ni terbengkalai lah.... aku bengang & start carik rumah lelong... dan sampai ke tahap sekarang... Allah Maha Besar kan... syukur alhamdulillah....





Happy Birthday To Me!

Walaupon dah agak basi tapi nak jugak update kt blog... :D

Birthday aku yg ke-31 pada 22 Oktober yang lepas... Happy Birthday To Me! Walaupon usia semakin bertambah tapi tahun ni aku rasa x kisah pon... malah makin happy dan bersyukur sgt2 nk tau apa rahsianye? Semakin tua semakin kaya! hahaha... mata $$$$ betul aku ni kan... :D

Dalam property investment, investor mmg x risau bila usia meningkat sebab:

1. Property yang disewakan semakin meningkat harganya....
2. Loan kepada bank semakin berkurang... (penyewa yg tolong byrkan installment ni tau)

So kira serampang 2 mata la...

Cth : Bygkan sekarang korang ada beberapa bijik rumah yg bernilai rm700k dan disewakan pada kadar rm5k sebulan dgn +CF rm700...

30 tahun akan datang... property korang mungkin mencecah min rm1M (jutawan beb!) dan +ve CF korang adalah min rm5k bersih (takkan sewa tak naik kan?)... sape nk bagi... Tu tak termasuk lagi kalau korang refinance & ulang balik step yg sama.... mmg masyukkkkk lah...

Jom kite layan property investment! :)

PS: Semakin tua pastikan IBADAH juga semakin bertambah... *pesanan untuk diri sendiri... huhuhu*

Tiramisu Cake sponsored by en Suami... Luv U!



Tuesday, September 21, 2010

Salam Syawal 2010

Rasanye masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog. Terima kasih di atas sokongan anda semua :) Family first!



Saturday, September 4, 2010

Hijrah

Aku baru je berpindah tempat kerja drpd company di Jalan Lumut kepada company di PJ. Better offer maa... susah mau tolak... haha... Gaji baru hope can get more housing loan lorrr ;) Cerita penuh kt sini.

So masa untuk update blog agak terbatas. Maafla kalau xde news baru kt sini tapi still boleh register kt aku utk rumah lelong. Emel je ye :)

Projek baru??? Ingat nk sambar shop lot satu la... Ada cadangan baekkk punye ke? :)


Thursday, August 26, 2010

Minta Pendapat

Salah seorang klien saya telah membeli hartanah kediaman lelong dengan menggunakan nama syarikat. Dalam usahanya untuk memohon pinjaman, kebanyakan bank tidak mahu memberi pinjaman dengan alasan : Nama Syarikat tidak boleh membeli hartanah kediaman. Pihak bank hanya akan memberi pinjaman untuk syarikat yang membeli hartanah komersil shj. Klien saya ini hampir berputus asa.

Mohon nasihat rakan-rakan seperjuangan sekalian untuk membantu rakan kite ni.

Thanks in advance!


Thursday, August 19, 2010

Property bubbles???

Azizi Ali: Property investment in the new decade

The times have been good for property investors in the past couple of years. Prices in certain areas, particularly in selected areas of Kuala Lumpur and Petaling Jaya have risen significantly, some as high as 50 percent. And as a result of this rise, practically all property investors had made money. In fact, some people have seen their net worth jump up by 30 or 40 percent because of the price rise. For example, a young colleague who purchased their house two years ago saw the value of their house increase from RM950,000 to RM1.3 million today. Of course, the owner was all smiles when they told me the story.

I am happy for them. As an avid property investor, I have benefitted from the rise myself, so I am certainly not complaining. At the same time, I must admit that I have some reservation about the whole scenario. The price rise has distorted reality to many investors, including my colleague. Because the price climbed up as soon as he bought the property, and remained at a high level even today, his view on property investment is seriously distorted. He thinks that:

1. Prices will go up as soon you buy a property.
2. The gains will be in double digits per annum.
3. This is normal.
4. Prices always go up.
5. It is easy to make money in properties.
6. He is a super genius when it comes to property investment!

Long-term property investors will quickly point out that none of the above are true. That’s right – none! For starters, I can tell you the current situation is exceptional. It wasn’t like this five years ago, and certainly not ten years ago. I can also tell you that times are not going to remain this good forever. Prices do not rise to the sky, and interest rates do not stay low forever. In fact, interest rates has already climbed (or to use the toned down term of ‘normalised’) by 75 basis points already this year.

Why am I so sure of this? Simple; I have seen similar euphoria before (the first in the mid-1980s and then in year 1997 during the Asian Currency Crisis), and the story did not end well on both occasions. Like most bubbles, prices edged up slowly initially. The initial buyers made money and this attracted others to invest into properties as well. And as prices climbed higher and higher, the euphoria got to the levels that some people were rushing to buy because they were scared that the prices will spiral out of their reach if they do not act then. But when the market crashed, as all bubbles eventually do, a lot of people were seriously hit, a lot of money was lost, and that included seeing their properties being auctioned off by the banks.

I see the same story being repeated today. On top of the ever present dangers, there will be massive challenges in this new decade. There will be much turbulence in the coming days, and some of them will be unlike what you and I have seen or experienced before. This may include double-digit interest rates, multiple bank failures, currency crashes and explosion of the derivatives market.

As a result of the new challenges, the investors using the current success formula of buying five properties at one go (by paying the minimum down payment and borrowing to the hilt) will be seriously hammered. They will experience much pain, to put it mildly. Some people will lose their properties, some will lose more than money and yes, some will become ex-millionaires.

But of course, where there is danger, there are also opportunities. This will include a huge number of properties being auctioned and also getting huge discounts from distressed sellers.

For more information about Azizi Ali, visit www.millionairesplanet.com


Wednesday, August 18, 2010

23 Ogos 2010 (7)

STC.MK 10%
3 Storey Corner Terraced Shopoffice
Auction Price : RM 1,080,000.00
2293 sq.ft Freehold
No. 23A, Jalan Impian Mahkota 1,
Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor

RA.EA 10%
3-Bedrooms Apartment
Auction Price : RM 99,000.00
800 sq.ft Leasehold Expiring on 13 February 2086
Unit No. A-2-11, Estana Court, Jalan Haji
Mokhtar, Kampung Pasir, 68000 Ampang, Selangor

RA.EA 10%
Condominum
Auction Price : RM 170,000.00
861 sq.ft Freehold
Unit No. 705, Menara Seputih, Jalan
Klang Lama, 58000, Kuala Lumpur

RA.EA 10%
Condominum
Auction Price : RM 170,000.00
1130 sq.ft Leasehold Bumi Lot
No. 10E-03-01-004, Bukit Wangsa (Sri Kinabalu),
Seksyen 10, 53300, Kuala Lumpur

RA.EA 10%
Auction Price : RM 125,000.00
Apartment 838 sq.ft Leasehold
Unit No. 45-01-11, 1st Floor, Block 45, Menara
Orkid, Jalan 3/48A, Sentul Perdana,
Bandar Baru Sentul, 51000, Kuala Lumpur

AMBI.PAH 5%
Auction Price : RM 75,000.00
2 Bedrooms Medium Cost Apartment 588sf
Unit No. 38-08-09, 8th Floor, Block 38,
Perumahan Sri Tioman II, Taman Melati,
53100, Kuala Lumpur

EON.ZT 10%
Intermediate 3 Storey Linked House
Auction Price : RM 150,000.00
592 sq.ft Leasehold expiring on 27th August 2075
No. 31, Jalan Dato Senu 19, Taman Dato Senu,
51000, Kuala Lumpur


Monday, August 16, 2010

18 Ogos 2010 (9)

CT.TC 5%
Auction Price : RM 65,000.00
3 Bed Low Cost Apartment 650sf Leasehold
Unit No. C-12-14, 12Th Floor, Block C,
Mutiara Magna, Jalan Metro 1,
Metro Prima, 52100, Kuala Lumpur

CT.LA 5%
Auction Price : RM 70,000.00
3 Bedrooms Low Cost Flat 704sf Leasehold
Unit No. 2-3-14, 3rd Floor, Block 2,
Jalan 7/116B, Kuchai Entrepeneurs' Park,
58200, Kuala Lumpur

CT.TC 5%
Auction Price : RM 125,550.00
3 Bedrooms Apartment 966sf Freehold
Unit No. 17-4-7, 4Th Floor, Block 17,
Intan Apartments, Jalan Setiawangsa 21,
Taman Setiawangsa, 54200, Kuala Lumpur

CT.TC 5%
Auction Price : RM 270,000.00
2 + 1 Bedrooms Condominium 1044 sf Freehold
No 107-09-03A, 9th Floor, Bistari Condominium,
Jln 1/64D, Off Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur

CT.TC 5%
2 Storey Semi-Detached House
Auction Price : RM 440,000.00
3200 sq.ft Leasehold
No. 7, Jalan LP 6/8, Taman Lestari Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor

ALL.ALH 10%
Intermediate 1 Storey Terrace House
Auction Price : RM 200,000.00
1505 sq.ft Freehold
No. 16, Jalan Tiong Nam, Off Jalan Raja
Laut, 50350, Kuala Lumpur

HL.NCM 10%
Intermediate 3 Bedrooms Low Cost Flat
Auction Price : RM 49,208.00 650sf Leasehold
Unit No. E13-8, 13th Floor, Block E, Pangsapuri
Seri Nilam, Jalan Wawasan Ampang 3/8,
Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor

HL.NCM 10%
Auction Price : RM 180,000.00
Intermediate 2 Storey Terrace House
1302 sq.ft Freehold
No. 8, Jalan Inang 5/9, Bandar Mahkota Cheras,
Batu 9, 43200 Cheras, Selangor

CT.LA 5%
3 Bedrooms Apartment
Auction Price : RM 101,250.00
992 sq.ft Leasehold
Unit No. 2-13-08, Pangsapuri Lagoon Perdana,
Jalan PJS 9/1, 46150 Bandar Sunway, Selangor


Thursday, August 12, 2010

Penjamin Juga Boleh Diisytihar Bankrap

mStar Online
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

RAKYAT Malaysia yang menjadi penjamin juga boleh diisytiharkan bankrap sekiranya terdapat perintah mahkamah terhadap peminjam utama yang gagal melunaskan hutang.Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ia mungkin sukar dipercayai namun itulah hakikatnya menyebabkan banyak pihak terus mempersalahkan jabatan itu.

Menurut beliau, timbul suara tidak puas hati mengatakan Jabatan Insolvensi Malaysia bertindak zalim kerana turut memusnahkan kehidupan mereka yang tidak berhutang.“Perlu diperjelaskan bahawa kami tidak membankrapkan mereka dan sebagai penjamin, mereka sepatutnya bertanggungjawab ke atas jaminan itu.

“Jika peminjam utama gagal membayar hutang maka penjamin perlu mengambil alih tanggungjawab itu,” katanya kepada Mingguan mStar.Dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, seramai 81,908 individu diisytiharkan bankrap membabitkan jumlah hutang RM71.36 bilion.
Daripada jumlah tersebut, 4.66 peratus merupakan penjamin sosial manakala penjamin korporat 5.32 peratus.

Abdul Karim berkata, isu penjamin diisytiharkan bankrap menimbulkan pelbagai reaksi dan kekecohan kerana menyifatkan tindakan itu tidak adil.Bagaimanapun katanya, kedudukan penjamin dipinda menerusi Akta Kebankrapan 1967 pada tahun 2003 telah mewujudkan perbezaan antara peminjam utama dan penjamin.

“Pindaan telah menjelaskan bahawa pemiutang tidak boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjamin secara terus kecuali boleh dibuktikan di mahkamah membabitkan hutang peminjam utama,” ujarnya.Menurut beliau, Jabatan Insolvensi Malaysia turut mempunyai budi bicara bagi membantu penjamin keluar daripada status kebankrapan dengan persetujuan pemiutang.

Tambahnya lagi, rundingan bukan saja membabitkan permohonan pelepasan kebankrapan malah jumlah bayaran hutang yang perlu dijelaskan atau dividen.Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah menjadi penjamin dan mengambil langkah berhati-hati.

“Paling penting, kita perlu tahu kemampuan untuk menjadi penjamin, mengenali siapa yang mahu berhutang dan keupayaannya untuk membuat bayaran. “Jangan menjamin seseorang itu atas dasar kasihan kerana kesannya kelak tidak akan mengasihani kita. Buat keputusan dengan bijak,” kata Abdul Karim.


Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kita diterima olehNya. :)



Sunday, August 8, 2010

Property Intensive by Milan Doshi

Berlangsung pada Sabtu 7 Ogos 2010. Dpt invitation drpd Jelitawan Hartanah memandangkan dia ade satu tiket lebih. Apalagi aku pon on sajelah... Kalau pi sorang2 xde kawan pon x best jugakkan... Sape x kenal Milan Doshi, kira dia ni mcm Robert Kiyosaki versi Malaysia lah... sempoi aje... dia sendiri yg bagi talk... Ari tu waktu aku pi preview Renesial Leong tapi org lain yg bagi talk... perghhh x sangka aku berdepan dgn Milan Doshi live!

Start pukul 7- 10 malam. Tapi dekat kol 8 baru aku masuk kelas (solat maghrib dulu daa). Duduk tgh2... x berapa nampak slide sbb xde pentas. kena berdiri baru nampak slide sampai habis ke bawah. tak kisahla sbb Ani kata nanti dia emel slide tu. Antara point2 penting yg aku ingat sampai ke saat ini :

1. Jangan takut utk apply loan. Applylah sebanyak dan selama mungkin. Lagi byk loan lagi kayala korang... (Ehem... loan hartanah saje ye!). At the end of the day, inflasi akan menjadikan jumlah yang kita bayar samada sama atau kurang drpd jumlah loan yg kita pinjam *adalah cara pengiraan dia sertakan sekali*

2. Kita kerja sebab nk dptkan payslip, payslip tu kita gunakan untuk buat loan untuk investment yg akan menjadikan kita financial freedom a.k.a kaya raya.... seronok tak?

Itu je yg aku igt setakat ni... dan amat bermakna la utk diri aku ni... lastly dia promote masuk seminar dia 3 hari... harganya murah shj... rm6998. woha! Gilelah... lebih kurang je dgn harga seminar Renesial Leong. Tapi tadi aku baru dpt emel. Ada seminar drpd Juanita & friends dengan harga yg lebih murah. Pilihan di tangan masing2... Tepuk dada tanyalah poket anda ye!

Oh ye, first time saya jumpa jelitawan hartanah ni, orgnye mmg nampak berkarisma dan berpandangan jauh. Tak mustahil akan jadi 'somebody' satu hari nanti. Nice to meet you, Ani :) Cuma terlupa nk amik gambar sama2 sbg kenangan. Takpe lain kali boleh jumpa lagi insyaAllah...


Blog Widget by LinkWithin

.