Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Thursday, February 17, 2011

Q&A: Soalan daripada pembaca blog

hi fara..
just nak tanye...sy skrg duk menyewa rumah (condo) kat kl ni....Tapi skrg umah saya sewa ni dah nk kena lelong pada 26 februari 2011 ni. Tenancy agreement akan tmt pada bln november so lmbt lagi lah. Skrg tuan rumah nk cari point utk kasi agreement saya dgn dia tu tak laku..First point dia ckp, rumah tu dijadikan ofis dan tak bgtau dia. Utk pengetahuan, sy mmg bekerja sendiri, so kebiasaannya sy akan berada dirumah (sy programmer) kalau tak jumpe client atau ke office (real office kat ampang). Selain tu, dia ckp rumah tu eletrik dah overload sbb sy buat office...Ekceli, sy duduk 3 org, setiap sorang ada komputer dan meja masing2 (mebi susunan meja pun dah jadi cam opis lah). Dulu masa sy menyewa student dulu, satu rumah 6 bijik pc pun xde hal (rumah student pun mcm opis, cuma barang2 je bersepah). Tak meletup pun. Selain tu jugak, dia ckp rumah dah tak jadi cam rumah hanya kerana sy tak pasang langsir yg dia tinggalkan (sy tanggalkan langsir tu sbb xnk rosakkan langsir dia, sbb ape2 pun, nnt sy yg kena byr gantirugi..)...

Soalan sy,

1. Kalu rumah dilelong, bank akan seal ke rumah tu? Barang2 sy kat dlm tu camne kalu kena seal?
2. Tuan rumah ada hak ke nak halang sy bawak kwn2 lepak or buat kerja dirumah sy tu? (takdelah selalu pun kwn2 dtg)
3. Kalau sy xpakai langsir tuan rumah tu, jadi satu kesalahan ke?
4. Boleh ke buat report polis berkenaan hal ni? Utk makluman, selain ejen pungut hutang dtg rumah, rumah pun nk kena potong air sbb maintenance fee tertunggak dah seribu lebih.

Tq for help,
Knh..

Jwp:

Salam,
Saya cuba jwb ye...

1. Bank x kan buat apa2 pada u dan rumah tu... tapi tuan rumah yg baru beli rumah tu akan dtg jumpa u utk berbincang samada u kena keluar atau u terus sambung sewa dgn tuan rumah baru. Pandai2 la u discuss dgn tuan rumah baru (kalau ade org yg beli, kalau xde org yg masuk bid maksudnye xde sape2 yg akan dtg).

2. Kalau terms tu xde dlm tenancy agreement so ok je kalau u nk ajak kwn2 dtg.

3. Tak salah.

4. I'm not sure. Rasa mcm boleh. Tapi better u confirm dgn any lawyer pasal undang2 penyewaan ni.

Why not u masuk lelong n beli rumah tu? Boleh i tau berapa u sewa dan lokasi rumah manalah tau i minat nk beli dan u boleh sambung sewa dgn i... hehehe

Hope this help

Rgds,
Fara

PS: Kalau sape2 teringin nak jadi tuan rumah awek ni, harga rizab rumah lelong ni adalah rm180k dan sewa rumahnya pulak adalah rm1200. Not bad! Sape-sape yg berminat nak cuba beli rumah ni boleh emel/sms/call aku dan aku akan bagitau lokasi rumahnya. (Tak boleh bgtau kt sini sebab menghormati privasi awek penyewa rumah... hehehe)


Sunday, February 13, 2011

Putra Intan Condo - selamat disewakan

Alhamdulillah kondo ni dah ade penyewa booking. Lampu, kipas, rel langsir dan door bell dah pasang. Cuma gril yg belum pasang. Penyewa adalah pasangan suami isteri dan anak-anak mereka. InsyaAllah mereka akan masuk rumah hujung bulan ini. Ni gambar2 sebelum pasang lampu kipas. Unit kami tingkat 1 betul-betul mengadap kolam renang. Gambar kolam renang di ambil drpd balkoni unit kami.

Actually selepas disewakan kondo ni still bagi -ve CF pada aku sebanyak rm200. Nampaknya kondo ni adalah satu-satunya rumah aku yg bg -ve CF. Huhu. Cadangan untuk atasi masalah ni:

1. Refinance untuk dptkan int rate lebih rendah (currently BLR-1.5) dan panjangkan tempoh pinjaman.
2. Jual - harga rm174k nego

Ada cadangan lain?

Aku rasa nama Dengkil ni perlu ditukar kerana kurang komersil. Padahal jarak dekat gile dengan Cyberjaya dan Putrajaya. Mungkin kalau ditukar dengan nama yg lebih moden akan menaikkan lagi harga hartanah di kawasan ni. Sekarang ni kalau sebut Dengkil mesti terbayang kawasan kampung. Tak ramai yg tau Dengkil dah ade kondo :)

Contoh kawasan yg BOOM lepas tukar nama: KOTA DAMANSARA
Dulu kalau x silap aku nama kwsn tu Sungai Buluh kan? Of course ada sebab-sebab lain yg menyumbang kepada kenaikan nilai hartanah di Kota Damansara.

Sekian untuk perkongsian cerita hari ini. Have a nice day everyone! :)





Sunday, February 6, 2011

Cuti Panjang CNY. Apa nk buat?

Rata-rata rakyat Malaysia amik cuti panjang sempena CNY 2011 ni. Aku x ambik pon. Cukup dengan cuti yg dpt. Takde plan ke mana-mana sebab April nanti insyaAllah nak ke Sabah. So memang simpan cuti dan $$$ untuk ke Kota Kinabalu nanti.

Bila tengok atas meja kopi dah penuh dengan surat-surat lawyer, bill statement daripada JMB, penyata akaun pinjaman, surat bank mintak cover note insuran dan lain-lain... aku pon dpt idea utk habiskan masa aku... Filing la beb! Kalau rumah dah lebih 5 bijik peningla nk cari dokumen kalau x filing...

So lepas filing meja bersih hati pon senang! Bila nk cari dokumen lama x lah amik masa yg panjang utk mencarik... Kena tambah satu lagi fail utk rumah sendiri yg kami baru beli daripada tuan rumah... :)



Tuesday, January 25, 2011

Dah dapat kunci! Yes!!!

Gambar ehsan dari FB - Dengkil
Mari-mari sape mau sewa atau beli jgn segan-segan yeeee ;)







Sunday, January 16, 2011

Bermulanya 2011...

Lately ni aku byk pegi seminar (kebanyakannya seminar free tapi ade gak yg berbayar) sebab aku dah stuck utk buat loan rumah lagi. That's why aku tercarik2 mekanisme utk overcome masalah aku ni.... Otai-otai lain mesti dah biasa dgn situasi ni kan.... huhuhu... aku je yg agak terlambat...

Banyak juga ilmu baru yg aku dpt daripada seminar-seminar ni walaupon free... terbaru aku pegi Kelas Penyelesaian Hutang dalam masa 6 tahun by Bro Zaidi from Urusinsan. Hmm very good and detail class about loan. Antara ilmu2 yg aku baru tau drpd semua kelas yg aku pegi:

1. Kita boleh call bank dan bagitau bank kita nk bayar interest shj dalam masa tertentu (kes rumah negative CF la ni...)

2. Teknik repayment 2 minggu sekali & detailnye...

3. Peluang pelaburan di US dan UK berikutan harga prop di sana yg jatuh dengan agak teruk.

4. Hanya bank citibank di Malaysia yg x tengok berapa byk komitmen yg kite ade... citibank just tengok kalau bayar loan cantek insyaAllah boleh lulus...

5. Kepentingan wasiat dan pengurus harta... lebih2 lagi utk aku yg xde anak lelaki... bahaya wooo kalau x buat wasiat...

Tu je yg aku boleh recall sekarang ni. Aku jugak berpeluang berjumpa dengan bro Zaidi Urusinsan utk sesi one to one personal coaching. Perghh... byk gak ilmu yg dapat disedut drpd bro ni.... sesi berjalan selama 4 jam... dan sebenarnye mcm x cukup je masa tu... tapi kesian lak dia & wife mungkin ade program lain... Looking fwd to meet him again. Aku jugak dah join kelab Millionaires Inside by bro Zaidi (konon2 dah millionaire la ni...hehehe)

Byk jugak yg nk kena restructure balik finacial kitorang... Kena adjust gak sana sini supaya lebih produktif...

Lagi satu pasal co aku yg aku keje sekarang ni... baru nak listed... boleh baca kt sini. Ramai gak staf yg beli shares... tapi aku still x sure nk beli ke tak... nk cuba ke 1 lot? hmm... care to share your opinions? Sila komen ok :)


Wednesday, December 29, 2010

Kisah Shoplot bermula...

Kisah ini bermula apabila aku dan blogger RN sama2 menghadiri seminar Property Millionaire Challenge. Banyak persamaan antara kami, walaupon baru kenal tapi rasa macam dah lama kenal. Maklumla satu kepala. Dua-dua kepala gile property :D

Habis seminar 3 hari, kami dapat semangat baru. Semangat yang lebih membara utk beli commercial property. Bajet kami? Hmmm... Tak banyakla... Sebab loan pon x boleh pegi jauh sgt... Kami kumpul 1 group (ada 5 orang), call it as partners Projek Berani Mati Shoplot 2010.

Hidup penuh cabaran, kami x jumpa shoplot dgn kriteria yg kami inginkan. Tapi kami jumpa kedai comel ni. Harga dijual below market value dan rental yield nyer pun bagus. Isk sayang nak lepaskan. Aku dan RN bertekad nk beli walaupon x sempat nk pegi tengok kedai lagi! Kerja gile tu...

Kini dalam proses loan... Tatau nk ckp boleh approve ke tak... Sedang menunggu.... Dengan penuh debaran... ;)

Walaupon shoplot comel ni kami kongsi 2 org je, Projek Berani Mati Shoplot 2010 tetap on. Tapi tukar tahun jadi Projek Berani Mati Shoplot 2011. To all partners, usaha tangga kejayaan. Jgn anggap masalah sebagai penghalang, anggap ia sebagai cabaran. InsyaAllah tiada apa yg mustahil. Moga tahun 2011 membawa kejayaan kepada kita semua... Amin!


Tuesday, December 28, 2010

Azam Tahun 2011


Aku nak join contest anjuran Matjoe. So kena mengarang pasal azam tahun baru 2011. :)

Azam aku untuk tahun 2011 ni nk beli shoplot dan nak tambah pasif income supaya lebih daripada aktif income supaya target aku untuk berhenti kerja pada/sebelum umur 35 tahun tercapai. Bila dah berhenti kerja nanti boleh tumpukan perhatian pada anak-anak selain dapat melakukan aktiviti yang aku suka. Aku letak gambar anak-anak sebab mereka adalah pemangkin utama untuk aku bekerja keras mencapai kebebasan kewangan.

Lagi satu azam, nak solat awal waktu :) moga lebih istiqamah... Amin!

Jom masuk contest Matjoe kt sini!

contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120)


Thursday, December 23, 2010

Find us on Facebook!

Auction Property Inside kini di Facebook!

Kawan-kawan pelawat sekalian, anda kini boleh mengetahui senarai listing dari kaca mata hot-auction-property sebagai property yg 'hot' di laman facebook kami. Sila klik LIKE/SUKA di bahagian FB di bawah. Diharap feature baru ini akan lebih memudahkan anda mencari property lelong idaman hati :)

Jika inginkan property di kawasan idaman anda, jgn segan silu utk emel saya di ctfarazila@gmail.com

Happy shopping!


Sunday, December 5, 2010

Tiles pecah lagi???

Ye.... tiles di kondo Bukit OUG pecah lagi tapi kali ni kt bahagian lain pulak. Kalau 6 bulan dulu aku selamat sebab tenant buat sendiri langsung x bgtau aku tapi kali ni x dpt lari dah :)

Hari Sabtu 3 Dis 2010 lebih kurang pukul 9.30 pagi aku dan ijam bergerak ke Bukit OUG condo. Tenant yg baru duduk sebulan mengadu masalah tiles mengelembung dan pecah. Sebagai tuan rumah yg profesional kami bergegas ke sana utk memastikan keadaan rumah selamat dan selesa diduduki ;)

Sampai kt sana, kami mendapati lebih kurang 32 keping tiles yg perlu ditukar. Tenant cerita tiba2 waktu diorang tgh mkn tiles tersebut naik menggelembung dan pecah dgn bunyi yg agak menakutkan. Bertempiaran diorang lari turun bawah... Hehehe... Kelakar jugakkan... Masalah ni adalah biasa terjadi bukan saje di BO malah di kebanyakan rumah bertingkat yg lain.

Dpt kontek drpd pejabat maintenance tentang kontraktor bangla yg tinggal di kondo tersebut. Terus call dia dan terus dia datang tengok rumah dan terus close deal. Dia janji buat kerja pada hari isnin 6 dis dgn caj rm350 utk 32 keping tiles. Mintak kurang x bagi dah :D

Alhamdulillah settle deal dan minta Allah permudahkan semuanya. Satu benda baru yg aku belajar daripada kontraktor bangla tu, punca tiles menggelembung dan pecah sebab tiles dipasang sgt rapat dan menyebabkan udara bwh tiles x dpt keluar. Lama kelamaan tiles menggelembung dan pecah.

Lama jugak kitorang borak dgn bangla tu. Dasat betulla. Dtg Malaysia sehelai sepinggang je tapi boleh jadi kontraktor mcm tu. Mesti masyukkkk... Sbg rakyat Malaysia aku rasa malula sebab aku pon x sampai tahap mcm tu lagi. Eceh ni yg lebih bersemangat nk keluar drpd rat race nih :P

Pemandangan daripada balkoni Kondo Bukit OUG kami di waktu malam... view KLCC tu... hehehehe


Thursday, December 2, 2010

Majalah 'Personal Money'

Alamak! Sampai lagi... Edisi bulan lepas pon aku x habis baca lagik... Usah katakan bulan lepas, edisi bulan lepas punye lepas pon aku belum khatam... Hehehe... Tu la poyo2 pegi langgan majalah ni... Tapi mmg untung beb bila melanggan setahun ni... 30% diskaun plus hantar kt rumah lagik. Tak payah susah2 carik kt kedai.

Personally bagi aku majalah Personal Money ni mmg sesuai utk mereka yg obses dgn $$$... Hehehe... Mcm2 ade... Drpd financial management, real estate, stocks, retirement planning etc. Tp kt bhg stocks tu kalau baca mata aku mengecilla... Ngantuk beb! Hehehe kalau bab real estate kurangla sikit ngantuknya.

Pernah gak aku bwk majalah PM ni ke ofis dgn harapan boleh khatam tapi adehhh... Kalau naik tren tu mungkin gak sempat curik masa utk baca. Kalau naik moto? Sendiri mau ingatlah!

Ade opismate pompuan kt opis nampak majalah ni atas meja aku. Punyelah dia pelik... Sbb dia layan majalah hiburan je. Erk... Aku pon layan gak majalah hiburan... Tapi kalau yg free jelah... Rasa syg lak duit nk beli majalah semata2 nk tau cerita pasal artis... Baca blog lagi best kot bab-bab artis ni? Hangattt!



Tuesday, November 30, 2010

AHB: Jual 1 bilion unit setahun

PELABURAN Hartanah Bhd (PHB) yang melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), semalam yakin dapat menjual 1 bilion unit dana dalam tempoh setahun, sekali gus membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah bagi pelaburan jangka panjang.

Dana AHB yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia tiga bulan ke atas dengan pelaburan minimum RM500.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman berkata, AHB skim unit amanah yang bersandarkan hartanah perdana dan memberi pulangan kompetitif serta stabil kepada pelabur.

Katanya, PHB juga akan memperbesarkan lagi skim AHB supaya setiap Bumiputera berpeluang melabur dan menjangkakan untuk menambah 50 peratus lagi saiz dana daripada jumlah sedia ada.

“Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung berpeluang memiliki pegangan dalam hartanah utama dan unit amanah ini diniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Kami juga percaya 1 bilion unit AHB yang ditawarkan dapat dijual dan mensasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 500 juta unit lagi dalam tempoh setahun lagi.

“Bagi memudahkan pelabur menjalankan transaksi AHB, kami sudah bekerjasama dengan Maybank sebagai saluran pengagihan dana untuk menawarkan unit pelaburan ini ke seluruh negara,” katanya di majlis pelancaran AHB di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid dan Pengerusi PHB, Tan Sri Md Nor Yusof.

Kamalul berkata, pelabur berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara untuk membeli unit AHB.

PS: Boleh tahan jugak kan... harga tetap rm1 seunit, min dividen 6%. Antara alternatif terbaik fund berlandaskan syariah.


Wednesday, November 24, 2010

Commercial Property Anyone?

Adakah kedai comel ini akan menjadi milik kami? Nantikan kisah sambungannya di entri akan datang.... Stay tune! ;)




Saturday, October 30, 2010

Listing Rumah Lelong

Ramai pembaca yg email/sms/komen kt shoutbox bertanya tentang rumah-rumah lelong di kawasan pilihan mereka. Suka cita nk bagitau kat sini yang anda boleh melihat listing rumah lelong di sini.

Mmm... agak susah jugak nk belek satu-satu listing kt situ kalau x cukup masa. Saya ada cara yang lebih mudah.... Sila emel saya di ctfarazila@gmail.com dan saya akan ceritakan caranya.... :)

Selamat window shopping rumah lelong!

PS: Hangat berita terbaru pasal margin loan rumah ke-3 sebanyak 70% shj. Saya jugak dah merasa tempiasnya... anggaplah itu semua sebagai cabaran... bukan masalah... Jangan putus asa... insyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan...


Bukit OUG Condo bertukar penyewa...

Setelah lebih 2 tahun menyewa di kondo Bukit OUG, Oktober 2010 akhirnya pasangan ini menyuarakan hasrat mereka untuk keluar rumah... alasannya berhijrah ke Kluang Johor sebab si suami dapat kerja kat sana. Terkejut jugak waktu terima call daripada diorang... risau pon ada... tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah...

Iklan yg aku kuarkan kat mudah menyebabkan ijam (asben aku) x menang tangan... agaknye sebab kitorang letak sewa murah sgt kot... potential tenant pegi deal direct dgn tenant yg nak keluar tu untuk tengok rumah... akhirnya diorang setuju dan jumpa kami untuk bayar deposit...

Respect betul aku dengan pasangan Cina yang menyewa rumah kami ni... rumah bersih xde cacat cela langsung... tiles di ruang tamu yg crack dia ganti sendiri pakai duit dia je... dengan kos mencecah rm1.2k... langsung tak bagitau kami pon... fuhh... bertuah gile dpt tenant mcm ni... harap2 tenant baru pasangan melayu yg baru kawen ni pon akan jaga rumah kami dengan baik....

Ni antara kenangan2 manis jadi tuan rumah lah... kenangan pahit pon ade jugak... hehehe nanti kalau rajin aku share jugak...


Friday, October 29, 2010

Akhirnye siap jua....

Rentetan dari kisah rumah pertama yg terbengkalai di sini. Setelah hampir 6 tahun berlalu, projek ni akhirnye siap. Deposit TNB & Syabas pon dah bayar. Anytime boleh dpt kunci. Kerja-kerja landskap sedang rancak dibuat sebelum bagi kunci agaknye... Oh ye, projek ni siap setelah bertukar developer. Daripada Lembah Kerjaya kepada Rimbunan Capital. Alhamdulillah syukur.... :)

Putra Intan Condominium akhirnye ko siap jua... huhuhu... Tak tau lagi market value & rental nye berapa... so belum decide samada nk disewakan atau dijual....

Disebabkan projek ni terbengkalai lah.... aku bengang & start carik rumah lelong... dan sampai ke tahap sekarang... Allah Maha Besar kan... syukur alhamdulillah....





Happy Birthday To Me!

Walaupon dah agak basi tapi nak jugak update kt blog... :D

Birthday aku yg ke-31 pada 22 Oktober yang lepas... Happy Birthday To Me! Walaupon usia semakin bertambah tapi tahun ni aku rasa x kisah pon... malah makin happy dan bersyukur sgt2 nk tau apa rahsianye? Semakin tua semakin kaya! hahaha... mata $$$$ betul aku ni kan... :D

Dalam property investment, investor mmg x risau bila usia meningkat sebab:

1. Property yang disewakan semakin meningkat harganya....
2. Loan kepada bank semakin berkurang... (penyewa yg tolong byrkan installment ni tau)

So kira serampang 2 mata la...

Cth : Bygkan sekarang korang ada beberapa bijik rumah yg bernilai rm700k dan disewakan pada kadar rm5k sebulan dgn +CF rm700...

30 tahun akan datang... property korang mungkin mencecah min rm1M (jutawan beb!) dan +ve CF korang adalah min rm5k bersih (takkan sewa tak naik kan?)... sape nk bagi... Tu tak termasuk lagi kalau korang refinance & ulang balik step yg sama.... mmg masyukkkkk lah...

Jom kite layan property investment! :)

PS: Semakin tua pastikan IBADAH juga semakin bertambah... *pesanan untuk diri sendiri... huhuhu*

Tiramisu Cake sponsored by en Suami... Luv U!



Tuesday, September 21, 2010

Salam Syawal 2010

Rasanye masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog. Terima kasih di atas sokongan anda semua :) Family first!



Saturday, September 4, 2010

Hijrah

Aku baru je berpindah tempat kerja drpd company di Jalan Lumut kepada company di PJ. Better offer maa... susah mau tolak... haha... Gaji baru hope can get more housing loan lorrr ;) Cerita penuh kt sini.

So masa untuk update blog agak terbatas. Maafla kalau xde news baru kt sini tapi still boleh register kt aku utk rumah lelong. Emel je ye :)

Projek baru??? Ingat nk sambar shop lot satu la... Ada cadangan baekkk punye ke? :)


Thursday, August 26, 2010

Minta Pendapat

Salah seorang klien saya telah membeli hartanah kediaman lelong dengan menggunakan nama syarikat. Dalam usahanya untuk memohon pinjaman, kebanyakan bank tidak mahu memberi pinjaman dengan alasan : Nama Syarikat tidak boleh membeli hartanah kediaman. Pihak bank hanya akan memberi pinjaman untuk syarikat yang membeli hartanah komersil shj. Klien saya ini hampir berputus asa.

Mohon nasihat rakan-rakan seperjuangan sekalian untuk membantu rakan kite ni.

Thanks in advance!


Thursday, August 19, 2010

Property bubbles???

Azizi Ali: Property investment in the new decade

The times have been good for property investors in the past couple of years. Prices in certain areas, particularly in selected areas of Kuala Lumpur and Petaling Jaya have risen significantly, some as high as 50 percent. And as a result of this rise, practically all property investors had made money. In fact, some people have seen their net worth jump up by 30 or 40 percent because of the price rise. For example, a young colleague who purchased their house two years ago saw the value of their house increase from RM950,000 to RM1.3 million today. Of course, the owner was all smiles when they told me the story.

I am happy for them. As an avid property investor, I have benefitted from the rise myself, so I am certainly not complaining. At the same time, I must admit that I have some reservation about the whole scenario. The price rise has distorted reality to many investors, including my colleague. Because the price climbed up as soon as he bought the property, and remained at a high level even today, his view on property investment is seriously distorted. He thinks that:

1. Prices will go up as soon you buy a property.
2. The gains will be in double digits per annum.
3. This is normal.
4. Prices always go up.
5. It is easy to make money in properties.
6. He is a super genius when it comes to property investment!

Long-term property investors will quickly point out that none of the above are true. That’s right – none! For starters, I can tell you the current situation is exceptional. It wasn’t like this five years ago, and certainly not ten years ago. I can also tell you that times are not going to remain this good forever. Prices do not rise to the sky, and interest rates do not stay low forever. In fact, interest rates has already climbed (or to use the toned down term of ‘normalised’) by 75 basis points already this year.

Why am I so sure of this? Simple; I have seen similar euphoria before (the first in the mid-1980s and then in year 1997 during the Asian Currency Crisis), and the story did not end well on both occasions. Like most bubbles, prices edged up slowly initially. The initial buyers made money and this attracted others to invest into properties as well. And as prices climbed higher and higher, the euphoria got to the levels that some people were rushing to buy because they were scared that the prices will spiral out of their reach if they do not act then. But when the market crashed, as all bubbles eventually do, a lot of people were seriously hit, a lot of money was lost, and that included seeing their properties being auctioned off by the banks.

I see the same story being repeated today. On top of the ever present dangers, there will be massive challenges in this new decade. There will be much turbulence in the coming days, and some of them will be unlike what you and I have seen or experienced before. This may include double-digit interest rates, multiple bank failures, currency crashes and explosion of the derivatives market.

As a result of the new challenges, the investors using the current success formula of buying five properties at one go (by paying the minimum down payment and borrowing to the hilt) will be seriously hammered. They will experience much pain, to put it mildly. Some people will lose their properties, some will lose more than money and yes, some will become ex-millionaires.

But of course, where there is danger, there are also opportunities. This will include a huge number of properties being auctioned and also getting huge discounts from distressed sellers.

For more information about Azizi Ali, visit www.millionairesplanet.com


Blog Widget by LinkWithin

.