Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Wednesday, June 20, 2012

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Salam Fara,

Saya nak tanya skit pasal Hot Auction Property posted in your blog. Kalau ikut Fara, property area mana yg Fara akan rekomen untuk bid and why. Sebab saya tengok banyak sgt property yg menarik. So utk property auction ni, biasanya Fara akan charge RM200 based on the bidding ke atau camne ???

Saya ada confuse skit,

1) Some of the property ada restriction: bumi lot.. maknanya hanya bumi sahaja boleh masuk bidding kan?

2) So kalau kita menang bid, lepas tu nak jual semula.. kita kena cari Bumi buyer only, Am I right? Tak boleh jual pada Non Bumi, kan?

3) Kalau hakmilik strata bagi harta masih belum dikeluarkan contoh unit apartment/condo, apa kah jadi masalah kalau kita menang bidding ni.

4) Dan adakah menjadi masalah kalau nak jual semula jika kita dah ada pembeli.

TQ

Jawapan:

Salam tuan yang bertanya, saya cuba jawab semua soalan sebaik mungkin:

Soalan yang mana satu saya akan rekemen adalah sangat subjektif. Ia bergantung kepada bajet, lokasi, ROI dan lain-lain. Sebaiknya pilih harga di dalam bajet tuan dan lokasi yang paling dekat dengan tempat tinggal tuan serta memberi ROI lebih daripada 8%.

Caj rm200 dikenakan hanya jika saya dilantik menjadi wakil pembida dan perlu turun ke dewan lelongan. Jika pembida pergi membida sendiri, maka tiada caj dikenakan.

1) Ya.

2) Ya.

3) Tidak menjadi masalah untuk kebanyakan bank. Ada juga bank (kebanyakannya oversea bank) yang tidak mahu memberi pinjaman untuk rumah yang lebih daripada 15 tahun dan masih tidak mempunyai strata title. Untuk belian tunai memang tiada masalah.

4) Tidak menjadi masalah untuk kebanyakan bank. Ada juga bank (kebanyakannya oversea bank) yang tidak mahu memberi pinjaman untuk rumah yang lebih daripada 15 tahun dan masih tidak mempunyai strata title. Untuk belian tunai memang tiada masalah.

Harap membantu :)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, June 18, 2012

Hot Auction Property : Jun 2012 (Kuala Lumpur)

3 Bedroom Condominium
Auction Price: RM 158,000.00
Land Area: 959 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Location: Unit No. 27D1-05-05, Taman Miharja Fasa 3A, Batu 2 1/2, Jalan Cheras, 55100, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 90,000.00
Land Area: 1016 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Location: Unit No. 7-5-5, Sri Desa Condominium, Jalan 1/116B, Off Jalan Klang Lama, 58200, Kuala Lumpur

Duplex 3 Bedroom Medium Cost Apartment
Auction Price: RM 120,000.00
Land Area: 807 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Location: Unit No. 120, 1st & 2nd Floor, Block PVD2, Perdana Villa Deluxe, Jalan Perdana 2/1, Pandan Perdana, 53300, Kuala Lumpur

Extended & Renovated 2 Storey Mid Terrace House
Auction Price: RM 470,000.00
Land Area: 1647 sq.ft
Auction Date: 2012-06-26
Location: Premises No. 59, Jalan Damai Bakti 1 Alam Damai, Cheras, 56000, Kuala Lumpur

3-Bedroom Serviced Apartment
Auction Price: RM 280,000.00
Land Area: 1020 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Tenure: Freehold
Location: Unit No. C-24-2, Block C, Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 140,000.00
Land Area: 1024 sq.ft
Auction Date: 2012-06-28
Location: No. A-12-6, Pelangi Indah Condominium, Batu 4 1/2, Jalan Degong, Off Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur

Apartment
Auction Price: RM 140,000.00
Land Area: 908 sq.ft
Auction Date: 2012-06-29
Restriction: Bumi Lot
Location: No. 19-2-1, Jalan Megan Setapak 1, Megan Setapak, 53300, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 230,000.00
Land Area: 732 sq.ft
Auction Date: 2012-06-21
Tenure: Freehold
Location: No. E-6-6, Lanai Gurney Corporate Suites, Jalan Bukit Keramat, 54000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Condominium
Auction Price: RM 121,500.00
Land Area: 843 sq.ft
Auction Date: 2012-06-21
Location: Unit No. 60-10-8, Pangsaria Condominium, Jalan 1/125 E, Desa Petaling, 57100, Kuala Lumpur

3-Bedrooms Apartment
Auction Price: RM 140,000.00
Land Area: 854 sq.ft
Auction Date: 2012-06-29
Location: Unit No. G-3A-11, Block G (Perindu), Tasik Heights Apartment, No.6, Jalan Liku Tasik Selatan (Jalan 21/146), Bandar Tasik Selatan, 57000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Low Cost Apartment
Auction Price: RM 70,000.00
Land Area: 650 sq.ft
Auction Date: 2012-06-28
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. E-15-9, 15th Floor (Level 16), Block E, Rumah Pangsa Kos Rendah, Jalan 30/146, Bandar Tasik Selatan, 57000, Kuala Lumpur

2 Storey Terrace House
Auction Price: RM 390,000.00
Land Area: 1400 sq.ft
Auction Date: 2012-07-03
Tenure: Leasehold
Location: No. 45, Jalan Tasik Selatan 16 (Jalan 16/146), Bandar Tasik Selatan, 57000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 650 sq.ft
Auction Date: 2012-06-28
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. A-12-31, 12th Floor, Block A, Rumah Pangsa Sri Penara, No. 6, Jalan Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

3 Bedrooms Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 650 sq.ft
Auction Date: 2012-06-26
Location: Unit No. A-16-01, 16th Floor, Block A, Rumah Pangsa Sri Penara, No. 6, Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

2 Storey Detached House
Auction Price: RM 320,000.00
Land Area: 3767 sq.ft
Auction Date: 2012-06-25
Tenure: Leasehold Expiring on 03 July 2101
Location: No. 541A, Lorong 52D, Kampung Cheras Baru, 56100, Kuala Lumpur

Intermediate 1 Storey Terrace House
Auction Price: RM 230,000.00
Land Area: 1650 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Tenure: Freehold
Location: No. 20, Jalan Arasakesari 1, Taman Taynton View, Cheras, 56000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 135,000.00
Land Area: 830 sq.ft
Auction Date: 2012-06-25
Location: Unit No. D-217, Level 2, Block D, SD Tiara Apartment, Jalan Damar SD 15/6, Bandar Sri Damansara, 52000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 678 sq.ft
Auction Date: 2012-06-25
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. E-14-12, 14th Floor, Block E, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur

1 Storey Detached House
Auction Price: RM 330,000.00
Land Area: 4133 sq.ft
Auction Date: 2012-06-25
Tenure: Leasehold
Location: Lot PT 2A, Kampung Petaling Bahagia, Batu 5 1/2, Jalan Puchong, 58200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 145,000.00
Land Area: 1075 sq.ft
Auction Date: 2012-06-26
Tenure: Freehold
Location: Unit No. 28-14-4, Block 28, Bukit Pandan 1 Condominium, Jalan 1/91B, Taman Pandan Perdana, 55300, Kuala Lumpur

P/S:
Hartanah di lokasi idaman anda tiada di dalam senarai di atas?
Emelkan kepada saya (ctfarazila[at]gmail.com) lokasi idaman anda. Saya akan berikan tips mudah mencari rumah lelong di kawasan idaman anda di seluruh negara.
 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, June 14, 2012

CF bertambah lagi

Nampaknya bulan Jun 2012 memang bulan rezeki untuk kami. Kondominium Bukit OUG dan Apartment Vista Pinggiran bertukar penyewa. Kalau VP berkisar tentang penyewa Iran yang meninggalkan semua perabotnya, BO pula masih belum berpunya sehingga 28 Mei 2012. Penyewa yang lama sudah pon membeli rumah sendiri di Apartment Vista Lavender. Tahniah saya ucapkan kepada mereka untuk rumah baru dan baby baru :)

Walau pon kami telah mengiklan di mudah.my dalam masa lebih kurang 2 minggu, kami masih belum mendapat penyewa yang benar-benar confirm ingin menyewa di situ. Haih, hati dah cuak juga sebab 1 Jun 2012 rumah dah mula kosong.

Rezeki Allah maha luas dan tidak terjangka. Tanggal 29 Mei 2012, seorang isteri kepada pegawai polis berpangkat Inspektor menelefon suami saya untuk melihat rumah. Temu janji dibuat, tetapi ada aral pula melintang. Dia tak dapat datang malam tu. Esoknya dia berjanji akan datang lagi membawa wang deposit tanda jadi.

Alhamdulillah, temu janji kedua membuahkan hasil. Wang deposit dan kunci rumah bertukar tangan. Kali ini CF kami meningkat lagi sebanyak rm220. BO dengan kabinet dapur berkeluasan 1222 sf kami sewakan hanya dengan kadar rm1000 sebulan.


Pelaburan hartanah memang serampang dua mata. Selain mendapat CF yang akan bertambah dari semasa ke semasa, harga rumah juga akan meningkat selari dengan peningkatan sewa dan faktor-faktor luar yang lain. Walaupon increment di ofis ni belum ada khabar berita lagi, tapi saya (dengan izin Allah) berjaya naikkan gaji saya sendiri dengan pertambahan CF melalui pelaburan hartanah.

Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan? (Ar-Rahman: 13)

Alhamdulillah...

*CF = Cash Flow
 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, June 5, 2012

Vista Pinggiran telah ditempah

Alhamdulillah...


Apartment kami di VP telah ditempah oleh seorang warga India yang bekerja sebagai pengurus IT di sebuah syarikat di Cyberjaya. Katanya, dia akan menghuni apartment tersebut seorang diri dengan sewa sebanyak RM1050 sebulan. Deposit rm500 telah pon bertukar tangan. Selebihnya akan dibayar sewaktu masuk rumah nanti.

Tetapi, dia meminta untuk dimasukkan TV dan aircond. Setelah berbincang, suami saya bersetuju membelikan 1 unit aircond bilik tidurnya. Dia sendiri akan membeli LCD TV secara ansuran. TV itu akan menjadi hak milik kami apabila tempoh penyewaan tamat dalam masa 18 bulan.

Anggaran harga aircond 1 hp = rm1000. Modal perabot = rm 2800. Jadi, kami perlu mengeluarkan sebanyak rm3800 untuk mendapatkan pertambahan aliran tunai sebanyak rm350 (rm1050 - rm700) sebulan. Jadi dalam masa 11 bulan kami akan mendapat kembali modal yang dikeluarkan untuk menjadikan unit fully furnished. InsyaAllah.

10 Jun 2012, insyaAllah penyewa baru akan masuk. Moga Allah permudahkan.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, May 31, 2012

Vista Pinggiran Fully Furnished?

Sudah hampir 3 tahun penyewa daripada negara Iran menyewa di unit Vista Pinggiran ini. Penyewa ini sangat berdisiplin dan selalunya akan membuat pembayaran dalam masa yang ditetapkan. Saya pula hanya menaikkan sewa rumah sebanyak rm50 (daripada rm650 kepada rm700) sepanjang tempoh penyewaan.

Alhamdulillah.

4 bulan lepas, penyewa Iran ini yang merupakan pelajar di MMU menyatakan hasrat ingin keluar rumah kerana pengajian mereka telah tamat. Apartment tersebut yang dulunya kosong telah terisi penuh dengan perabot-perabot mereka. Mereka ingin menjual semua perabot kepada kami kecuali pendingin hawa. Ini kerana ada kawan mereka yang ingin membeli pendingin hawa tersebut.

Apa yang menariknya, mereka tidak mempunyai televisyen kerana pada pendapat mereka TV itu tersangatlah melalaikan. Hmm menarik! Saya setuju dengan pendapat mereka ini :)

Bagi saya, TV lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Terutamanya untuk saya yang mempunyai anak-anak kecil.

Berbalik kepada cerita penyewa VP, mereka menawarkan kesemua perabot di dalam rumah dengan harga rm3000. Perabot terdiri daripada sofa, meja makan, permaidani, peti ais, mesin basuh, dapur, alatan memasak, pinggan mangkuk, 2 set bilik tidur beserta tilam, langsir, vacum cleaner, almari 2 pintu dan beberapa barang kecil yang lain.

Set sofa, meja kopi, dan permaidani
Meja makan dan sofa bed.
Set bilik tidur 1 + langsir

Set bilik tidur 2 + langsir

Mesin basuh 6.5kg

Kabinet dan dapur

Almari berlaci serta peralatan dapur.

Peti ais 2 pintu
Menarik juga, fikir saya.

Suami saya telah berbincang dengan mereka dan kami ditawarkan dengan harga rm2800.

Nak ambil ke tak nak? Berbaloikah? (dalam dilema...)

Adakah kami setuju? Nantikan sambungannya...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, May 24, 2012

Cemara

Sambungan kisah penjualan unit Cemara di BSP. Lebih kurang 3 hari lepas, saya mendapat panggilan daripada pegawai bahagian pinjaman perumahan Public Bank cawangan tempat saya mempuat pinjaman untuk unit ini.

Pegawai tersebut sudah tahu niat saya untuk menjual apartment tersebut. Dia kemudian berkata yang saya akan dikenakan penalti kerana ingin menjual dalam tempoh lock in period yang masih belum selesai. Saya hanya berkata, ye saya tahu.

Pegawai tersebut kemudiannya membuat tawaran jika pembeli unit ini membuat pinjaman dengan mereka maka penalti yang dikenakan pada saya akan dikecualikan. Alhamdulillah. Itu satu cadangan yang baik memandangkan permohonan pinjaman pembeli dengan bank bercap harimau masih di dalam proses.

TA sebagai dokumen sokongan permohonan pinjaman
Saya kira pembeli ini menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman kerana saya juga diminta menyertakan salinan perjanjian penyewaan unit ini untuk menyokong permohonan mereka.

Apa pon, saya memberi sepenuh kerjasama. Kita hanya merancang dan berusaha, Allah jua yang menentukan segalanya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan di dunia dan akhirat.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, May 10, 2012

Hot Auction Property : Mei 2012 (Damansara, Selangor)

Duplex Condominium
Auction Price: RM 700,000.00
Land Area: 2436 sq.ft
Auction Date: 2012-05-22
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. A/1/B03A, Wing B, Armanee Terrace, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 240,000.00
Land Area: 1044 sq.ft
Auction Date: 2012-05-29
Restriction: Non Bumi Lot
Location: Unit No. H-13-7, 13th Floor, Block H, Pelangi Damansara, Persiaran Surian, PJU 6, Petaling Jaya, Selangor

3 Bedrooms Apartment
Auction Price: RM 200,000.00
Land Area: 860 sq.ft
Auction Date: 2012-05-22
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. A-1511, 15th Floor, Block A, Perdana Exclusive Condominium, No. 15, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Apartment
Auction Price: RM 160,000.00
Land Area: 796 sq.ft
Auction Date: 2012-05-29
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. B-06-10, Carlina Apartment, No. 8, Jalan Sepah Puteri 5/1, Section 5, Kota Damansara, 47810, Selangor

2 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 160,000.00
Land Area: 923 sq.ft
Auction Date: 2012-05-24
Location: Unit No. B-6-08, Level 6, Block B, Park Avenue Condominium, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Intermediate 3 Bedroom Medium Low Cost Apartment
Auction Price: RM 150,000.00
Land Area: 750 sq.ft
Auction Date: 2012-05-24
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. E-3A-10, Block E (Anggerik), Pelangi Damansara, PJU 6, Persiaran Surian, 47800 Petaling Jaya, Selangor

3-Bedrooms Apartment
Auction Price: RM 120,000.00
Land Area: 700 sq.ft
Auction Date: 2012-05-30
Restriction: Non Bumi Lot
Location: Unit No. J-G-12, Block J, Apartment Saujana, No.1, Jalan PJU 10/1G, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 180,000.00
Land Area: 980 sq.ft
Auction Date: 2012-05-25
Location: No. D-01-05, Block D, Damansara Suria Apartment, Persiaran KIP 1, Taman KIP (K-Park Damansara), 52200, Kuala Lumpur

Apartment
Auction Price: RM 140,000.00
Land Area: 806.75 sq.ft
Auction Date: 2012-05-22
Location: Unit No. B-509, 5th Floor, Block B Latan Biru, Jalan Pekaka 8/1, Section 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

3 Bedroom Low Cost Apartment
Auction Price: RM 88,000.00
Land Area: 666 sq.ft
Auction Date: 2012-05-18
Location: Unit No. F03-12, 3rd Floor, Block F, Desa Mutiara, Lorong PJU 7/15B, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor

P/S: Hartanah di lokasi idaman anda tiada di dalam senarai di atas? 
Emelkan kepada saya (ctfarazila@gmail.com) lokasi idaman anda. Saya akan berikan tips mudah mencari rumah lelong di kawasan idaman anda di seluruh negara.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, May 8, 2012

Dataran Pahlawan Megamall Melaka


Sifu hartanah komersil, Milan Doshi sering mengatakan retail lot di Dataran Pahlawan Megamall Melaka adalah antara 3 retail lot yang paling berpotensi di semenanjung Malaysia selain daripada Berjaya Times Square dan Queensbay Mall di Penang.

Pemandangan waktu malam di sekitar Dataran Pahlawan Megamall Melaka
Berita baiknya, terdapat satu unit retail lot di Dataran Pahlawan untuk dilelong pada bulan ini:

Stratified Retail Lot
Auction Price: RM 630,000.00
Land Area: 437 sq.ft
Auction Date: 2012-05-17
Tenure: Leasehold
Location: Unit No. F4-015B, Level 4, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, 75000, Melaka

Seperti biasa, sudah tentu anda yang berminat perlu ada modal serta kelayakan pinjaman yang sepatutnya.

Perkara paling penting, buat home work untuk menentukan yang anda membeli ASET, bukan LIABILITI.

P/S: Emel saya di ctfarazila@gmail.com jika anda berminat untuk masuk membida unit ini. Terima kasih.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, May 7, 2012

Hot Auction Property : Mei 2012 (Ampang, Selangor)

3-Bedroom Apartment
Auction Price: RM 51,000.00
Land Area: 705 sq.ft
Auction Date: 2012-05-10
Tenure: Leasehold
Location: Unit No. 46-3C (Front Portion), 3rd Floor, Jalan 6/9, Kampung Tasik Tambahan, 68000 Ampang, Selangor

Intermediate 2 Storey Terrace House
Auction Price: RM 175,500.00
Land Area: 1200 sq.ft
Auction Date: 2012-05-12
Restriction: Bumi Lot
Location: No. 22, Jalan Bukit Permai 2/2, Taman Bukit Permai, 56100 Ampang, Selangor

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 105,000.00
Land Area: 747 sq.ft
Auction Date: 2012-05-17
Tenure: Leasehold
Location: Unit No. B-4-1, Saga Ria Apartment, Jalan Saga 10, Taman Saga, 68000 Ampang, Selangor

2 1/2 Storey Semi-Detached House
Auction Price: RM 1,741,500.00
Land Area: 3993 sq.ft
Auction Date: 2012-05-17
Tenure: Freehold
Location: No. 22, Jalan Mewah 1, Kemensah Mewah, 68000 Ampang, Selangor

Ground Floor Shop
Auction Price: RM 210,000.00
Land Area: 1305 sq.ft
Auction Date: 2012-05-10
Location: Unit No. 46, Ground Floor, Jalan 6/9, Kampung Tasek Tambahan, 68000 Ampang, Selangor

1 Storey Terrace House
Auction Price: RM 126,000.00
Land Area: 980 sq.ft
Auction Date: 2012-05-10
Restriction: Bumi Lot
Location: No. 37, Jalan Kosas 3/6, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor

2 Storey Terrace House
Auction Price: RM 290,000.00
Land Area: 1540 sq.ft
Auction Date: 2012-05-09
Tenure: Freehold
Location: No. 32, Jalan Wangsa 5A, Taman Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor

Vacant Detached House Lot
Auction Price: RM 70,000.00
Land Area: 5275 sq.ft
Auction Date: 2012-05-21
Tenure: Leasehold expiring on 18-11-2096
Location: No. Lot PT 33781 (2345), Jalan Ampang, Hulu Langat, Kampung Tasik Permai, 68000 Ampang, Selangor

Single Storey Terrace House - Corner Lot
Auction Price: RM 400,000.00
Land Area: 2700 sq.ft
Auction Date: 2012-05-12
Restriction: Bumi Lot
Location: No. 43, Jalan Mewah 2/3, Taman Pandan Mewah, Ampang 68000, Kuala Lumpur

2nd Floor Of 5 Storey Apartment, 3 Bedroom(s)
Auction Price: RM 105,000.00
Land Area: 884 sq.ft
Auction Date: 2012-05-12
Location: No. C3-5, 2nd Floor, Block C, Ampang Tudor Court, Taman Rasmi Jaya Ampang 68000, Selangor

3rd Floor Of 4 Storey Shopapartment, 3 Bedroom(s)
Auction Price: RM 72,000.00
Land Area: 732 sq.ft
Auction Date: 2012-05-12
Location: No. 6-E, Jalan Wawasan 2/8, Bandar Baru Ampang Ampang 68000, Selangor

2 Storey Terrace House
Auction Price: RM 162,000.00
Land Area: 780 sq.ft
Auction Date: 2012-05-23
Tenure: Leasehold
Location: No. 10, Lorong 4/1D, Kampung Tasek Tambahan, 68000 Ampang, Selangor

Intermediate 2 Storey Terrace House
Auction Price: RM 320,000.00
Land Area: 1647 sq.ft
Auction Date: 2012-05-17
Tenure: Leasehold expiring on 03-12-2096
Location: No. 3, Jalan BJ 3, Taman Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor

Double Storey Semi-Detached, 4 Bedroom(s)
Auction Price: RM 600,000.00
Land Area: 4250 sq.ft
Auction Date: 2012-05-17
Tenure: Freehold
Location: Premises No. SD27, Jalan Mutiara, Taman Bukit Ampang, Ampang 68000, Selangor

Duplex Townhouse
Auction Price: RM 567,000.00
Land Area: 1634 sq.ft
Auction Date: 2012-05-30
Tenure: Freehold
Location: No. C-1-4, Ampang 971, Jalan Ritchie, Off Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

2 Storey Terrace House
Auction Price: RM 280,000.00
Land Area: 1076 sq.ft
Auction Date: 2012-05-23
Tenure: Leasehold
Location: No. 134, Jalan Mewah 2/4, Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang, Selangor

P/S: Hartanah di lokasi idaman anda tiada di dalam senarai di atas? 
Emelkan kepada saya (ctfarazila@gmail.com) lokasi idaman anda. Saya akan berikan tips mudah mencari rumah lelong di kawasan idaman anda di seluruh negara.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Hot Auction Property : Mei 2012 (KL)

Apartment 
Auction Price: RM 330,000.00
Land Area: 1023 sq.ft Auction
Date: 2012-05-18
Location: Unit No. 5-15-5, Block 5, Pantai Hillpark Phase II, Jalan Pandai Dalam, 59200, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 76,500.00
Land Area: 840 sq.ft
Auction Date: 2012-05-15
Location: Unit No. 3A-5-P, Block 3A, Desa Dua Apartment, Lorong D 1/5, Desa Aman Putri,
52100, Kuala Lumpur

3 Bedroom Condominium
Auction Price: RM 270,000.00
Land Area: 1062 sq.ft
Auction Date: 2012-05-17
Tenure: Leasehold
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. B-8-11, Casa Idaman Condominium, No 5, Jalan 1/12D, Kampung Batu Muda, 51100, Kuala Lumpur

4 + 1 Bedroom Penthouse
Auction Price: RM 240,000.00
Land Area: 2174 sq.ft
Auction Date: 2012-05-17
Tenure: Freehold
Location: Unit No. A-26-6, Bukit Pandan Condominium 2, Jalan 1/91B, Off Jalan Perdana 3/1, Pandan Perdana, 53300, Kuala Lumpur

2-Storey Shop Office
Auction Price: RM 700,000.00
Land Area: 1012 sq.ft
Auction Date: 2012-05-11
Tenure: Freehold
Location: No. 79, Jalan 34/154, Taman Dahlia, Cheras, 56000, Kuala Lumpur

3 Bedrooms Condominium
Auction Price: RM 360,000.00
Land Area: 1100 sq.ft
Auction Date: 2012-05-10
Location: Unit No. C-06-05, Changkat View Condominium, No. 18, Jalan Dutamas Raya, Changkat Kiara, 51200, Kuala Lumpur

Apartment
Auction Price: RM 65,610.00
Land Area: 842 sq.ft
Auction Date: 2012-05-15
Tenure: Leasehold expiring on 02-11-2087
Location: Unit No. 30-17-11, Block 30, Jalan 1/2D, Taman Sri Murni, Off Jalan Ipoh, 68100, Kuala Lumpur

Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 646 sq.ft
Auction Date: 2012-05-23
Tenure: Leasehold
Location: No. BC-01-05, Jalan Angsana 8, Taman Bukit Angsana, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Apartment
Auction Price: RM 49,500.00
Land Area: 604 sq.ft
Auction Date: 2012-05-30
Tenure: Freehold
Location: No. 1F-05, First Floor, Minang Terrace A, Jalan Minang, Taman Minang, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

1st Floor Of 11 Storey Apartment
Auction Price: RM 105,000.00
Land Area: 829 sq.ft
Auction Date: 2012-06-19
Tenure: Freehold
Location: No. 1-16, Sri Bahagia Court, Jalan Bahagia 10, Taman Sri Bahagia, Cheras 56000, Kuala Lumpur

Intermediate 1 Storey Cluster House
Auction Price: RM 125,000.00
Land Area: 1001 sq.ft
Auction Date: 2012-05-09
Tenure: Leasehold Expiring 22 May 2060
Location: No. 6, Lorong Mewah 7, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

3 Bedroom Low Cost Apartment
Auction Price: RM 49,000.00
Land Area: 705 sq.ft
Auction Date: 2012-05-10
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. 71-04-06, Block 71, Taman Sri Sentosa, Off Jalan Kelang Lama, 58000, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 450,000.00
Land Area: 1087 sq.ft
Auction Date: 2012-05-10
Location: No. E2C-20-5, The Saffron Condominium, No. 1, Jalan Sentul Indah, 51100, Kuala Lumpur

Low Cost Apartment
Auction Price: RM 75,000.00
Land Area: 685.4 sq.ft
Auction Date: 2012-05-10
Location: Unit No. 18-4-3, 4th Floor, Block 18, Jalan 4/112A, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, 59200, Kuala Lumpur

Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 657 sq.ft
Auction Date: 2012-05-10
Location: No. A-7-11, Pangsapuri Segar Ria, No. 6, Jalan 1A, Taman Segar, 56100 Cheras, Kuala Lumpur

Apartment
Auction Price: RM 120,000.00
Land Area: 829 sq.ft
Auction Date: 2012-05-08
Tenure: Freehold
Location: Unit No. 2-09, 2nd Floor, Sri Bahagia Court, Jalan Bahagia 10, Taman Sri Bahagia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

4 Bedroom Penthouse
Auction Price: RM 260,000.00
Land Area: 2174 sq.ft
Auction Date: 2012-05-08
Location: Unit No. A-26-7, Block Widuri , Jalan 1/91B, Bukit Pandan, 55300, Kuala Lumpur

2 Storey Terrace House - Intermediate Lot
Auction Price: RM 120,000.00
Land Area: 690 sq.ft
Auction Date: 2012-05-09
Tenure: Leasehold Expiring on 29 June 2077
Location: No. 40, Jalan 19/154, Taman Bukit Anggerik, Cheras 56000, Kuala Lumpur

2 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 69,225.00
Land Area: 776 sq.ft
Auction Date: 2012-05-08
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. 30-08-2, Jalan 1/2D, Taman Seri Murni, Selayang Off Lebuhraya KL-Ipoh, 68100, Kuala Lumpur

1 Storey Terrace House
Auction Price: RM 240,000.00
Land Area: 1647 sq.ft
Auction Date: 2012-05-14
Tenure: Leasehold
Location: No. 45, Jalan AU 5D/4, Taman Lembah Keramat, 54200, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 178,000.00
Land Area: 1109 sq.ft
Auction Date: 2012-05-08
Tenure: Leasehold Expiring on 24 February 2083
Location: Unit No. 45-2-5, 2nd Floor, Sri Jelatek Condominium, Jalan 12/27A, Section 10, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 120,000.00
Land Area: 764 sq.ft
Auction Date: 2012-05-09
Location: No. 57-04-15, Apartment Pantai Indah, Jalan Pantai Dalam, 59200, Kuala Lumpur

Single Storey Terrace House - Corner Lot

Auction Price: RM 400,000.00
Land Area: 2700 sq.ft
Auction Date: 2012-05-12
Restriction: Bumi Lot
Location: No. 43, Jalan Mewah 2/3, Taman Pandan Mewah, Ampang 68000, Kuala Lumpur

2nd Floor Of 5 Storey Condominium, 3 Bedroom(S)
Auction Price: RM 170,000.00
Land Area: 904 sq.ft
Auction Date: 2012-05-12
Location: No. 54-2-05, Teratai Mewah Condominium, Jalan Langkawi, Setapak 53000, Kuala Lumpur

7th Floor Of 13 Storey Apartment, 3 Bedroom(S)
Auction Price: RM 90,000.00
Land Area: 866 sq.ft
Auction Date: 2012-05-12
Location: No. 2-07-06, Block 2, Pangsapuri Cheras Utama, Jalan CU 1/A, Taman Cheras Utama, Cheras 56000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 75,000.00
Land Area: 821 sq.ft
Auction Date: 2012-05-12
Location: No. B2-12-E, Block B, Pangsapuri Puncak Desa, Puncak Desa Kepong 52100, Kuala Lumpur

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, April 19, 2012

Menang Bergaya

Paddle bertuah milik Kak Y
Khamis minggu lepas, bertempat di dewan lelongan Ehsan Auctioneers, sebuah apartment di Puncak Alam yang dilelong dengan harga rizab rm36k menjadi idaman Kak Y.

Lebih kurang pukul 2.40 petang saya tiba di dewan lelongan. Walaupon kami seringkali berhubung melalui emel dan telefon sebelum ini, inilah pertama kali kami berjumpa. Seronok dapat berjumpa Kak Y. Orangnya bersemangat bila bercerita tentang rumah dan tanah :)

Saya diberi peluang oleh Kak Y untuk membida bagi pihaknya. Kak Y kelihatan agak 'cuak'. Mungkin kerana ini adalah lelongan awam pertama yang dihadiri olehnya. Jadi dia meminta saya untuk membida bagi pihaknya.

Hmm berat tanggungjawab ni... getus hati saya.

Dalam debaran menanti lelongan bermula, saya memasang strategi.

Harga maksimum ikut bajet Kak Y : rm50k sahaja.

Saya tak dapat nak jangka Kak Y ada peluang menang atau tidak. Dalam hati terus berdoa kepada Allah agar Kak Y menang dan dipermudahkan segala urusan.

Tiba giliran lot idaman Kak Y. Pelelong mengumumkan terdapat 6 orang pembida. Aduh! Boleh tahan ramai. Sesi membida bermula. Harga rumah naik laju dibida pembida lain. Saya hanya memerhati. RM 45k, RM 46k, RM 47k, RM 48k, RM 49k... dan paddle bertuah Kak Y saya angkat buat pertama kalinya untuk harga RM 50k.  

Going once... going twice.... SOLD! sambil tukul diketuk.

Wahhhhh... alhamdulillah... Kak Y menang! Memang priceless tengok reaksi muka Kak Y ketika ini. Saya juga tak sangka Kak Y akan berjaya. Memang dah rezeki Kak Y. Alahai... bertuahnya. Kak Y kata harga sewa di sini mencecah RM 600. Kalau betul, maknanya ROI nya lebih 10% betul tak?

Terima kasih daun keladi Kak Y kerana menggunakan khidmat saya sebagai ejen. 

Tahniah dan semoga segala urusan selepas ini dipermudahkan Allah.

Amin.


Sunday, April 8, 2012

Nothing is impossible!

Alhamdulillah segala puji bagi Allah...

5 April lalu salah seorang daripada klien saya, En Z masuk ke dewan lelongan buat kali pertama dan menang lelongan pada harga rizab. Wahhhhh!

Rumah yang dimenangi oleh En Z ialah sebuah kondo di Puchong, Vista Millennium yang berkeluasan 840sf. Bumi Lot dengan harga rizab rm117k. Tahniah dan semoga dipermudahkan urusan tukar nama dan lain-lain.

Saya jangkakan harga semasa unit tersebut ialah rm150k. Bertuah en Z, sudahlah pertama kali masuk ke dewan lelongan. Dapat pula harga rizab.

Siapa kata untuk tahun 2012 mustahil untuk dapat harga rizab di lelongan awam?

Ini dia gambar-gambar unit kondo tersebut yang diambil oleh en Z sebelum berperang di dewan lelongan.

Khas untuk semua bakal pembida, nothing is impossible!

Jangan takut atau serik untuk mencuba.

Jangan lupa untuk berdoa kepadaNya kerana Dialah yang maha pemurah lagi maha pengasihani  :)








Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, April 4, 2012

Soalan dan Jawapan: Strata Title

Rentetan daripada soalan En Anip di ruangan komen di entri terdahulu :
 
saya ada pertanyaan:

saya berminat nak beli rumah lelong.

rumah di selangor

semakan dibuat, rumah ini telah dikeluarkan strata title, tapi owner asal rumah ini masih belum menyempurnakan MOT nya dan rumah ini telah dilelong.

1.adakah sebarang implikasi dari sudut undang2 yang akan berlaku kalau saya beli umah ini?

2.bolehkan develepor buat direct transfer kepada saya sekiranya saya berjaya menang rumah ini?

Jawapan saya :

1.Tidak ada sebarang implikasi dari segi proses penukaran nama. Cuma ianya mungkin akan mengambil sedikit masa.

2.Jawapan untuk persoalan ini ada diterangkan oleh Pn Nurul dalam sesi seminar Taiko Rumah Lelong pada 1 April yang lepas. Ianya lebih mudah diselesaikan jika En Anip melantik peguam yang sudah bepengalaman mengendalikan kes-kes seperti ini.

Pn Nurul merupakan seorang peguam yang berpengalaman luas di dalam menguruskan urusniaga hartanah lelong. Untuk memudahkan kawan-kawan pembaca blog yang ada sebarang kemusykilan undang-undang pembelian rumah lelong, beliau atau pembantunya Pn Sri Rahayu boleh di hubungi melalui maklumat di bawah:

Pn Nurul Muhaniza Hanafi / Pn Sri Rahayu
for and behalf of
Messrs Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners
50F-3, Kelana Mall, Jalan SS 6/14,
Kelana Jaya, Petaling Jaya, 47301,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7880 0288 / 012-2022 373
Fax: 03-7880 2298
Emel: ejja77@yahoo.com

Harap membantu.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, April 2, 2012

Taiko Rumah Lelong selesai sudah...

Tanggal 1 April 2012, mencatat satu lagi tarikh penting dalam diari Property & Co dan saya sendiri.

Kali pertama saya mendengar idea seminar yang datangnya daripada blogger RN ini, terdetik di hati saya,

'Matilah.... kena cakap sorang-sorang... ' huhuhu...

Malam sebelum hari seminar, saya mencabar diri saya sendiri untuk memberikan yang terbaik serta berkongsi pengalaman saya dalam bidang hartanah lelong bersama semua peserta.

Alhamdulillah walaupon kena cakap sorang-sorang tapi blogger RN dan Haruki sentiasa stand by di belakang kerana saya secara tiba-tiba akan memanggil mereka untuk pertolongan talian hayat. :)

Hehehe... maklumla semua peserta bukan calang-calang dan soalan-soalan yang diajukan adakalanya memerlukan penjelasan lanjut daripada yang pakar.

Kehadiran Pn Nurul dan pembantunya, Pn Rahayu (peguam jemputan) sangat dinanti-nantikan oleh semua. Penantian berbaloi kerana banyak persoalan dapat dirungkaikan satu persatu. Peserta nampaknya berpuas hati dengan kandungan program.

Saya sendiri berasa sangat teruja kerana dapat mempelajari banyak perkara baru daripada peserta-peserta seminar, blogger RN, Haruki serta cik puan peguam. Satu persoalan yang membuatkan saya runsing selama ini juga sudah terjawab apabila saya mengajukan soalan tersebut kepada Pn Nurul. Alhamdulillah...

Saya akan ceritakan tentang persoalan tersebut pada entri yang akan datang insyaAllah :)

Alien-alien berfoto sebelum meneruskan perjalanan ke planet jutawan :)
Akhir kata untuk entri kali ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada blogger RN the organiser yang bertungkus lumus untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar, Mrs Haruki the auctioneer yang tersasul-sasul menyebut nombor-nombor besar serta Pn Nurul the lawyer dan rakannya Pn Rahayu taiko peguam lelong yang menjawab semua soalan dengan penuh informasi.

Untuk kesemua peserta pula, tahniah kerana mengambil langkah bijak untuk mencari ilmu terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pelaburan. InsyaAllah risiko penipuan dan kerugian akan dapat dielakkan bila terjun ke dunia lelongan hartanah sebenar nanti. Saya mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan. Itu semua adalah kelemahan saya. Yang baik itu adalah daripada Allah jua.

Saya doakan semoga anda semua menjadi pelabur hartanah yang berjaya.

Kaya di dunia dan akhirat :)

Kalau nampak saya di dewan lelongan, jangan segan-segan nak tegur ye!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Sunday, March 25, 2012

Dividen Bank Rakyat

Alhamdulillah... akhirnya berita yang ditunggu-tunggu telah pon tiba...

Bank Rakyat umum dividen 20 peratus

2012/03/26


KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.

"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA

PS:  Dividen Bank Rakyat ini boleh jadi modal beli rumah lelong juga. Ketahui caranya dengan menyertai kursus Taiko Rumah Lelong dalam masa 1 Hari sahaja.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, March 19, 2012

Hanya Tinggal 5 Tempat Kosong

Makluman kepada semua pelabur yang ingin mempelajari selok belok membeli hartanah lelong, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari hanya tinggal 5 tempat kosong sahaja lagi untuk yang berminat.

Tarikh kursus adalah 1 April iaitu ahad, jam 9.00 pagi - 5.00 petang.

Yuran kursus adalah RM 258 untuk seorang atau RM 228 jika mendaftar berkumpulan.



Ingat!

Tindakan anda pada hari ini akan menentukan kehidupan anda 5 tahun akan datang.

Fast Action = Fast Result

Fikir-fikirkan.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, March 15, 2012

Persediaan Kursus

Kemaskini Slide :)
Kelmarin, blogger RN datang ke rumah untuk berbincang tentang material dan aktiviti tambahan untuk Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari yang akan berlangsung pada 1 April ini.

InsyaAllah kami akan beri yang terbaik kepada semua peserta yang hadir. Kami mahu mereka bersedia masuk lelongan dengan 100% konfiden selepas mereka mengikuti kursus ini.Untuk mereka yang berminat tetapi belum mendaftar, anda boleh mendaftar melalui borang di bawah :



Bagi sesiapa yang telah mendaftar tetapi belum membuat bayaran sila periksa emel anda dan buat bayaran sebelum atau pada 18 Mac 2012 untuk melayakkan anda mendapat harga early bird.

Untuk semua pemenang Biasiswa Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari.

Tahniah diucapkan ...

Kepada semua peserta kursus, anda memang hebat kerana telah memulakan langkah pertama ke dunia lelongan hartanah!

Jumpa anda di sana!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, March 12, 2012

Hot Auction Property : Mac 2012

Apartment
Auction Price: RM 138,000.00
Land Area: 867 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. 16-08-01, Block A, Vista Magna, Jalan Prima, Metro Prima, 52100, Kuala Lumpur

2 + 1 Bedrooms Condominium
Auction Price: RM 130,000.00
Land Area: 860 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. 5-16-3, 16th Floor, Pearl Tower, Serimas Condominium, Jalan 4/89A, Batu 3 1/2, Jalan Cheras, 56000, Kuala Lumpur

2 Bedrooms Condominium
Auction Price: RM 125,000.00
Land Area: 886 sq.ft
Auction Date: 2012-03-20
Location: No. 6-10-11, Block 6, Jalan 4/125, Vantage Point Condminium, Taman Desa Petaling, 57100, Kuala Lumpur

3 Bedrooms Apartment
Auction Price: RM 121,500.00
Land Area: 820 sq.ft
Auction Date: 2012-03-26
Location: No. M8-2-02, 2nd Floor, Block M8, Pangsapuri Gagah, Taman Tun Perak Cheras, Kuala Lumpur

Apartment
Auction Price: RM 88,000.00
Land Area: 800 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: No. 28-1F, Block E, Jalan Maju 3/3, Taman Lembah Maju, 56100, Kuala Lumpur

Corner 3 Bedrooms Apartment
Auction Price: RM 75,000.00
Land Area: 635 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: No. D-05-13, Block D, Pangsapuri Delima, Taman Pasir Permata, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200, Kuala Lumpur

Low Cost Apartment
Auction Price: RM 70,000.00
Land Area: 646 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. C-08-38, Rumah Pangsa Sri Penara, Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000, Kuala Lumpur

3 Bedrooms Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 700 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. D-2-5, 2nd Floor, Block D, Jalan 7/154D, Alam Damai, Cheras, 56000, Kuala Lumpur

Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 678 sq.ft
Auction Date: 2012-03-23
Tenure: No Info
Location: No. A-15-7, Block A, Pangsapuri Permai, No. 2, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, 57100, Kuala Lumpur

2 Bedrooms Low Cost Flat
Auction Price: RM 45,000.00
Land Area: 520 sq.ft
Auction Date: 2012-03-20
Location: Unit No. 60-6-17, 6th Floor, Block 60, Jalan 1/2B, Taman Seri Murni, Off Jalan Ipoh, Batu Caves, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 650 sq.ft
Auction Date: 2012-03-29
Location: Unit No. 18–17, 18 th Floor, Pangsapuri Seroja, No. 5, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan, Kepong, 52100, Kuala Lumpur

3 Bedroom Condominium
Auction Price: RM 170,000.00
Land Area: 962 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: No. B3-11-30, Kepong Sentral Condominium, Jalan Puncak Desa 2, Taman Puncak Desa, Kepong, 52100, Kuala Lumpur

3 Bedroom Medium Cost Apartment
Auction Price: RM 120,000.00
Land Area: 1022 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. 1-2-10, Arena Shamelin Apartment, Jalan 3/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 58,000.00
Land Area: 678 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. E-1-10, Block E, Pangsapuri Permai, No. 2, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, 57100, Kuala Lumpur

Low Cost Flat
Auction Price: RM 70,000.00
Land Area: 678 sq.ft
Auction Date: 2012-03-29
Tenure: Leasehold Expiring on 05 July 2089
Location: Unit No. 209-11-23, Block 209, Jalan Dato Senu 26, Taman Sentul Utama, 51000, Kuala Lumpur

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, March 8, 2012

Jual atau simpan?

Baru-baru ni saya giat mengiklan unit Bukit OUG Condo saya untuk dijual dan disewa. Ini disebabkan oleh penyewa telah memberi notis untuk keluar hujung bulan ni :)

Ianya tidak dirancang. Ramai yang menelefon. Ramai juga yang datang melihat rumah. 2 minggu lepas, seorang pemuda berbangsa tiong hua (saya namakan A) pergi melihat rumah ditemani suami. Tengok punya tengok, nampak dia berminat. Harga buka, rm250k. Rakyat Malaysia sukakan diskaun bukan? Jadi harga akhir kami setuju beri rm245k. Selesai malam itu.

SMS lanjutan daripada pemuda A, dia dah berbincang dengan peguam. Nampak positif. Suami pun dah pesan yang dia kena bayar duit booking sebanyak 2% kepada kami. Tiada bantahan.

Temujanji diatur. Malam itu, pemuda A datang ditemani peguamnya. Wah, bukan calang-calang ni siap bawa peguam datang rumah saya :) Mula perbincangan, semuanya nampak ok. Di pertengahannya, saya dimaklumkan yang pemuda A mahu meletakkan duit booking sebanyak 2% di dalam akaun peguamnya dahulu. Kemudian, setelah S & P siap ditandatangani barulah pihak peguam akan menyerahkan 10% deposit kepada pihak kami. Apa cerita?

Makanya, pihak kami tidak bersetuju. Pemuda A juga tetap dengan pendiriannya. Hmm, nampak gaya tak jadi jugak ni :)

Tak mengapalah, kami pon bukan terdesak untuk menjual. Saya optimis harga unit ini akan memcecah rm300k apabila stesen LRT di hadapan kondo siap tak lama lagi. Buat masa ini, kami hanya mencari penyewa baru. Boleh lihat iklan di sini : Bukit-Oug-Mudah.my

Sayang juga sebenarnya untuk menjual unit ni. Ini rumah ke-2 saya yang dibeli melalui acara lelongan. Rumah yang berkeluasan 1222sf dan berstatus FREEHOLD ini saya beli tanpa melihat keadaan rumah terlebih dahulu. Sudahlah datang lambat pada hari lelongan. Alhamdulillah memang dah rezeki agaknya, saya menang pada harga rizab, rm108k. Harga semasa rumah ketika itu: rm120k. Murahkan? Siapa sangka sekarang harganya telah melonjak lebih daripada 100% ? Kadar sewa minimum pula ialah rm1k. Rugilah saya tak beli 2-3 bijik unit ni dulu... hehehe...

Betul ke kata orang, beli rumah lelong ...

Memerlukan wang tunai yang banyak?

Risiko pon tinggi?

Betul ke?

Sebenarnya nak beli rumah lelong bukanlah susah sangat kalau anda dah tau apa nak buat.
Setuju tak kalau saya katakan, dalam semua perkara yang kita lakukan di dunia ni :

Semakin tinggi pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin rendahla risiko yang mungkin kita hadapi.

dan

Semakin rendah pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin tinggila risiko yang mungkin kita hadapi.

Begitu jugalah halnya dengan membeli rumah lelong. Tambah ilmu dan buat homework sebelum masuk membida. Beli rumah bukan macam beli ikan di pasar. Sedikit kesilapan, bersedialah untuk menanggung kerugian beribu ringgit. Dengan teknik yang betul, insyaAllah membeli rumah lelong akan membawa keuntungan yang besar.

Saya ingin berkongsi tips dan teknik dalam membeli rumah lelong dalam seminar saya yang akan datang, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari. Jemput kawan-kawan pembaca semua yang berminat untuk mendaftar ke seminar Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari ini dengan mengisi borang di bawah. 



Kursus ni sangat sesuai untuk beginner yang mahu menceburkan diri dalam hartanah lelong tetapi tidak tahu bagaimana ingin melakukannya.

InsyaAllah saya akan cuba memberi yang terbaik serta berkongsi pengalaman saya sebagai ejen dan pelabur hartanah lelong. Paling menarik ialah kehadiran peguam, Pn Nurul yang biasa mengendalikan jual beli hartanah lelong. Beliau akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan pembelian hartanah lelong dari sudut perundangan, antaranya:

- Tempoh penyelesaian bayaran 90 hari.
- Membeli rumah lelong yang ada caveat
- Sekatan unit bumiputra
- Tuan punya hartanah yang lama tak mahu keluar walaupun hartanah dah terlelong
- Sekatan dan kelulusan pembelian rumah kos rendah.
- Pecah masuk rumah lelong selepas menang bidaan

Sehingga ke hari ini, hartanah lelong masih menjadi pilihan utama dan tetap di hati saya insyaAllah ;)

PS: Kalau nak diskaun untuk seminar ni, klik di sini ...
(masih perlu isi borang di bawah ni ye!)



Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, March 6, 2012

Taiko Rumah Lelong dalam masa 1 Hari sahaja ?

Ramai pembaca blog saya tanya, bila saya dan kawan-kawan nak anjurkan seminar lagi?

ya, tahun lepas memang menarik
3 program seminar telah pun kami anjurkan
peserta-peserta memang sporting dan best
ada yang berani tampil ke depan persembahkan visi mereka
ramai yang bekerjasama dengan baik dalam kumpulan hingga menang kumpulan terbaik
ada juga yang tampil mengetuai senaman sebelum memulakan sesi
Memang seronok dan penuh berinformasi
Saya harap semua peserta ini mendapat manfaat dan makin berjaya di dalam pelaburan hartanah mereka.

Jadi sekarang ni saya nak umumkan yang kami akan anjurkan lebih banyak lagi program
Tapi berbeza dari tahun lepas
Kami mahu anjurkan program yang lebih spesifik dengan keperluan dan tahap ilmu peserta.

Bidding is Fun!
Pengumuman pengumuman!

Dengan ini saya umumkan akan ada dua program untuk bulan April.
Satu, saya akan umumkan kemudian.

Satu lagi, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari
tarikh: 1 April 2012
masa: 9.00 pagi - 5.00 ptg
tempat: International Youth Center, Bandar Tun Razak KL.

Seminar ni memang best untuk yang berminat nak buat duit melalui hartanah lelong
Saya sendiri akan berkongsi tips dan strategi di dalam kursus 1 hari ini.

Detik-detik mendebarkan ketika acara lelongan
Antara topik yang saya akan sentuh adalah
- Kenapa beli dari lelong
- Bagaimana beliau buat duit dari lelong
- Mengenalpasti permata rumah lelong
- Prosedur untuk membeli rumah lelong
- Kepentingan research sebelum membeli rumah lelong dan bagaimana caranya
- memahami Proclamation of Sale
- Bagaimana mendapatkan pinjaman untuk rumah lelong anda
- Tips hangat untuk menang lelong di tahun 2012

Tapi bukan itu sahaja, kami juga menjemput seorang peguam yang berpengalaman luas di dalam menguruskan urusniaga hartanah lelong iaitu Puan Nurul Muhaniza dari Mssrs Abu Zahar Syed Muhammad Fuad.

Beliau akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan pembelian hartanah lelong dari sudut perundangan, antaraya:

- Tempoh penyelesaian bayaran 90 hari.
- Membeli rumah lelong yang ada caveat
- Sekatan unit bumiputra
- Tuan punya hartanah yang lama tak mahu keluar walaupun hartanah dah terlelong
- Sekatan dan kelulusan pembelian rumah kos rendah.
- Pecah masuk rumah lelong selepas menang bidaan

Selain yang saya sebut ni, ada lagi topik-topik lain tapi tak dapat nak sebut satu persatu lah.

Yuran yang dikenakan untuk jadi taiko dalam masa satu hari ni cuma RM 258 untuk sorang
atau RM 228 kalau anda daftar dalam kumpulan 2 orang atau lebih

tapi....
kalau daftar sekarang sebelum 18 Mac ni, harga yuran untuk burung-burung awal cuma RM 228 atau rm 208 untuk pendaftaran berkumpulan.

Jadi, jom register awal supaya anda boleh jimat sekurang-kurangnya RM 30 untuk seorang atau RM 40 untuk 2 orang.

Nak mendaftar, boleh isi borang ini:



Jomm daftar
Insya Allah kami akan berikan satu kursus yang sangat menarik dan hands on
Takde dengar kami membebel sepanjang masa punya

Lagipun akan ada
- Hadiah kumpulan terbaik bernilai RM 150
- Kit Pelaburan Hartanah Property N Co bernilai RM 388 yang mengandungi contoh perjanjian sewaan (rumah), contoh perjanjian sewaan (bilik), contoh surat tawaran pinjaman, jadual caj stamping dan borang kajian pelaburan hartanah.

Satu lagi perkara menarik,
kami akan tawarkan 5 biasiswa untuk pembaca blog yang bertuah.
Pemenang-pemenang ini akan dapat hadir ke kursus ini dengan tidak perlu membayar RM 228 ini
mereka hanya perlu bayar RM 50 untuk makan dan minum dan bayaran pentadbiran sahaja.
Bagaimana caranya?

Baca di sini...

Tapi menang biasiswa atau tidak, anda tetap kena isi borang pendaftaran ini juga.
Jom isi sekarang..



Blog Widget by LinkWithin

.