Monday, April 2, 2012

Taiko Rumah Lelong selesai sudah...

Tanggal 1 April 2012, mencatat satu lagi tarikh penting dalam diari Property & Co dan saya sendiri.

Kali pertama saya mendengar idea seminar yang datangnya daripada blogger RN ini, terdetik di hati saya,

'Matilah.... kena cakap sorang-sorang... ' huhuhu...

Malam sebelum hari seminar, saya mencabar diri saya sendiri untuk memberikan yang terbaik serta berkongsi pengalaman saya dalam bidang hartanah lelong bersama semua peserta.

Alhamdulillah walaupon kena cakap sorang-sorang tapi blogger RN dan Haruki sentiasa stand by di belakang kerana saya secara tiba-tiba akan memanggil mereka untuk pertolongan talian hayat. :)

Hehehe... maklumla semua peserta bukan calang-calang dan soalan-soalan yang diajukan adakalanya memerlukan penjelasan lanjut daripada yang pakar.

Kehadiran Pn Nurul dan pembantunya, Pn Rahayu (peguam jemputan) sangat dinanti-nantikan oleh semua. Penantian berbaloi kerana banyak persoalan dapat dirungkaikan satu persatu. Peserta nampaknya berpuas hati dengan kandungan program.

Saya sendiri berasa sangat teruja kerana dapat mempelajari banyak perkara baru daripada peserta-peserta seminar, blogger RN, Haruki serta cik puan peguam. Satu persoalan yang membuatkan saya runsing selama ini juga sudah terjawab apabila saya mengajukan soalan tersebut kepada Pn Nurul. Alhamdulillah...

Saya akan ceritakan tentang persoalan tersebut pada entri yang akan datang insyaAllah :)

Alien-alien berfoto sebelum meneruskan perjalanan ke planet jutawan :)
Akhir kata untuk entri kali ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada blogger RN the organiser yang bertungkus lumus untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar, Mrs Haruki the auctioneer yang tersasul-sasul menyebut nombor-nombor besar serta Pn Nurul the lawyer dan rakannya Pn Rahayu taiko peguam lelong yang menjawab semua soalan dengan penuh informasi.

Untuk kesemua peserta pula, tahniah kerana mengambil langkah bijak untuk mencari ilmu terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pelaburan. InsyaAllah risiko penipuan dan kerugian akan dapat dielakkan bila terjun ke dunia lelongan hartanah sebenar nanti. Saya mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan. Itu semua adalah kelemahan saya. Yang baik itu adalah daripada Allah jua.

Saya doakan semoga anda semua menjadi pelabur hartanah yang berjaya.

Kaya di dunia dan akhirat :)

Kalau nampak saya di dewan lelongan, jangan segan-segan nak tegur ye!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

11 comments:

heee.. patut la nak tersedak kat sini. rupanya ada org sebut-sebut nama i di sana.. hehehe

tahniah kerana berjaya melepasi pengalamn pertama cakap sorg2. lepas2 ni kalau ada sesi lagi, kami duduk je diam2 kat blkg main angry bird

amboi! jaga-jaga nanti nama kena jerit... talian hayat diperlukan... hehehehe...

hohoho.. nnt kami main angry bird pakai earphone. so tak dengar :)

Seratus sembilan puluh tujuh ribu, seratus sembilan puluh lapan ribu, seratus sembilan puluh lapan going once, eh dah berapa ni?

kekekeke.... kena buat kursus taiko jadi auctioner dalam masa 1 jam nampaknya...

hahahahha... haruki & anie, jom kita bukak syarikat jadi auctioneer pulak nak? Haruki can be the MC lah...

saya ada pertanyaan:

saya berminat nak beli rumah lelong.

rumah di selangor

semakan dbuat rumah ini telah dikeluarkan strata title, tapi owner asal rumah ini masih belum menyempurnakan MOT nya dan rumah ni telah dilelong.

1.adakan sebarang implikasi dari sudut undang2 yang akan berlaku kalau saya beli umah ini?

2.Bolehkan develepor buat direct transfer kepada saya sekiranya saya berjaya menang rumah ini?

looking foward yr answer

This comment has been removed by the author.

anip, you should come to the course on last sunday and ask the lawyer directly so that you can get a clearer answer.

tahniah coz berjaya cakap sorang2 depan audience yg ramai...;)

En Anip, saya publishkan soalan en anip di entri terbaru. Check it out.

Wakif, thanks :)

Blog Widget by LinkWithin

.