Thursday, August 28, 2008

Panduan ringkas sebelum membeli rumah lelong

Kali ni aku nak cerita pasal 'home work' yang perlu dibuat sebelum kita ambil keputusan untuk membeli rumah lelong. Aku cerita ni daripada pengalaman dan pembacaan aku. Maaf kalau ada terlebih terkurang...

1. Kita perlu dapatkan dokumen Proclamation Of Sale (POS) & Condition Of Sale (COS) daripada pihak pelelong atau ejen (sayalah tu :)). Boleh telefon dan suruh diorang fax/emel. Tengok syarat-syarat lelong, berhubung dgn segala cukai dan bil yg tertunggak. Cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil air, bil api macam mana? berapa banyak dan sapa kena settlekan. Biasanya untuk bil air, api dan pembetungan (IWK) pembelilah yg kena settlekan. Yang lain (cth maintenance charges dan cukai taksiran) bank boleh uruskan. Tapi hati-hati kadang-kadang tu ada jugak bank yang tak nak langsung bayar segala jenis bil. Semuanya atas pembeli. Kalau kes macam ni (rujuk dlm POS), kita kenalah call TNB, Syabas, IWK, DBKL, developer dan lain-lain untuk dapatkan jumlah yang tepat supaya kalau tunggakannya terlalu banyak kita boleh cari rumah lain ataupon masukkan dalam bajet.

2. Kalau dah puas hati dengan amaun bil-bil tertunggak, kita kena pegi tengok rumah/tanah yg hendak dilelong tu, macam mana keadaan/rupa dia. Ada orang duduk ke... Siapa yang duduk tu? Penyewa atau tuan rumah. FYI, hartanah lelong hanya dapat dilihat drpd luar shj. Tiada kebenaran utk masuk ke dalam. Walaubagaimanapon jika rumah tersebut tidak berkunci dan xde org, bolehla anda masuk & tengok2 apa yg patut. Boleh juga masuk dgn minta kebenaran dgn penghuni rumah (jika ada)

3. Dapatkan dokumen-dokumen yg berkaitan dgn harta tu di pejabat tanah serta dapatkan salinan. Pastikan TIADA kaveat atas hartanah berkenaan. Jika ada kaveat, lupakan saja. Banyak lagi hartanah lain kat Malaysia ni... hehehe...jujurnya saya belum pernah cek kaveat ni. Tapi saya pernah call Pejabat Tanah, katanya untuk rumah yang belum ade strata title owner x boleh letak kaveat. (Sila confirm sendiri dgn Pejabat Tanah ye…)

4. Harga hartanah paling baik adalah lebih rendah 20% daripada harga semasa. Jika hartanah tersebut memenuhi semua matlamat kita, barulah fikir-fikirkan nak masuk bid ke tidak. Untuk masuk membida, paling selesa bila kita mempunyai 15% daripada harga rizab hartanah. Kita kena buat buat bank draf di mana-mana bank sebanyak 5% atau 10% daripada harga rizab (seperti yang tertulis dalam POS). Kad kredit juga boleh digunakan tapi ada caj tambahan 2% (tertakluk pada POS).

Sgt Penting! Sila register 3 hari bekerja awal (utk RHB Bank) atau satu hari bekerja awal (utk lain-lain bank) daripada tarikh rumah dilelong. Senang je nk register ni boleh emel/sms nama penuh, no IC, alamat rumah & no telefon bimbit anda ke ctfarazila@gmail atau sms ke 0123459450 untuk tujuan pendaftaran.

5. Jika anda menang membida, kita kena settlekan baki deposit pd harga yg kita memang tu pada hari itu juga. Contoh harga rizab RM90k kita memang dgn RM105K, maksudnya kita kena tambah RM1.5K lagi utk baki deposit yg mesti settle pd hari tu jugak. Untung masuk lelong ni kalau kita ada banyak duit.

6. Selepas settle deposit, kita diberi tempoh biasanya 90 atau 120 hari (tertakluk pada POS) untuk settlekan baki harga lelong yg kita menang. Anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank dengan kadar segera. Saya pon boleh tolong kenalkan dengan pegawai bank & peguam yang pernah deal dengan saya. :)

Begitulah serba ringkas kalau nak masuk lelong ni... Macamana? Senangkan? Jadi jangan tunggu lagi! Dapatkan rumah lelong murah-murah sekarang! Kalau nak tanya apa-apa kat saya... Silakan! :)

94 comments:

Salam,
Terima kasih kerana wujudkan blog yg begitu informative ni :). Soalan saya, ialah jika saya sudah mempunyai loan rumah (ongoing)yang sudah maximun dengan gaji saya, macamana saya boleh membeli rumah-rumah lelong. Mesti bank taknak approve lagi loan-loan yang saya apply. Adakah kita kena cagar kan something?

Shahril

Salam Shahril, sebelum membeli mana2 rumah lelong, dinasihatkan agar berjumpa dgn pegawai bank dan bertanya berapa max loan yg shahril boleh pinjam. Harap membantu.

Fara..
Bank apa yg jelaskan bil2 ttunggak ni..setau aku CIMB.. lagi?

Wida, kebanyakan bank akan jelaskan bil2 tertunggak ni... tapi kena pastikan juga pasal ni dengan dptkan POS drpd auctioneer...

alangkah bagus kalau dapat belajar lebih dekat lagi...sebab rasa meman berminat dengan hartanah ini serta selok belok tentang document ini..!!!

kalau nk wat loan govt, ada prob ka?TQ

Setahu saya kerajaan x benarkan buat gov loan utk rumah lelong. Sila tanya HR anda utk kepastian. Tq!

govt loan is not available for auction.
also, govt loan cuma utk rumah yg dah ada individual title sahaja..master title tak boleh.unless kita beli rumah yg sedang dibina dr developer.

Saya ada sedikit kemusykilan.selepas kite dh mng bidding rumah lelong,proses seterusnya kite kene bt loan dengan bank kn.adakah kite kene tggu loan approved dlu bru kite pg jumpe lawyer atau kite boleh bt serentak?sy confius.

saya ada masalah besar tapi tak tau nak rujuk ngan sape? saya beli rumah lelong pada disember 2006 tapi sampai sekarang tak settle2. loan dah approve dari januari 2007. so sekarang ni nak buat ape? saya mintak sangat2 pertolongan coz tak tau nak rujuk dengan sape.. please...

uikksss lama bebenor dah tu...tapi u kena detailkan sikit masalah u tu.
"so sekarang ni nak buat ape? "...
Soalannya apa yang u dah buat??.....

apa yang i dah buat i settlekan bil dari tarikh i bid the house. bil api, pembentungan n cukai taksiran dari outstanding sampai sekarang. bayar kat lawyer 1400 for legal n transfer fee(kalau tak silap), house evaluation. for ur info i beli apartment. rumah i memang tak pernah diduduki. i dah tanya jiran n pak guard. tapi outstanding dia sampai 7k++. i tak boleh afford nak pay so i suruh bank bayar n dia cakap ok but statement yang lawyer bagi kat diaorg tak lengkap so i dah suruh lawyer i buat yang baru. but untill now nothing happen.boleh ke i blame lawyer coz loan i dah approve dari 2007 lg. i sampai dah pegi kementerian perumahan untuk minta advise tapi diorg tak handle kes auction.so?? i nak mintak advise dari siapa? really need help...

kes teruk ni..
bukan ke kalau rumah lelong, bayaran kena dijelaskan sepenuhnya dlm masa 90 hari atau 120 hari ke?
ni dah lebih 2 tahun dah.. u kena make sure dgn auctioner tu yang rumah tu masih u punya.
takut bank dah lelong semula pulak.
kalau masih lagi, pada pendapat saya u kena lantik peguam lain. no point masih bergantung pd peguam tu. minta peguam baru yg uruskan.
hm.. next time, jgn bayar lawyer awal2.
bayar setakat kerja yg dia dah buat.

en nik, tak perlu tunggu loan lulus.
boleh terus lantik lawyer.
buat serentak.
sbb kalau lelong ni, everything kena settle cepat.
tak macam subsale.
but please.. lantik lawyer yg boleh dipercayai

i dah check ngan bank yang lelong rumah tu n dia cakap dia akan cuba tangguhkan. i tak kenal mana2 lawyer.that's why i stick dgn satu lawyer saja.for ur info 1st lawyer yang i jumpa tu tak handle kes i dah. dia jumpa i masa mula2 je untuk sain dokumen n ambik duit. pastu i call dia tak angkat2. tak pun dia cakap dia tengah sibuk pastu dia pass my kes kat budak office dia. budak office dia drag my kes sampai dia resign. pastu budak office dia yang ke dua take over n same thing happen dia resign n now budak office dia yg ke3 yang handle.boleh tak dia kata kat i yang dia tengah sibuk handle kes yang lebih penting. sekarang ni kalau i lantik peguam lain apa akan jadi dgn dokumen yang i dah sain tu? n apa jadi ngan duit yang i dah bagi? tak boleh ke amik tindakan undang2 kat lawyer tu? takkan nak lepas macam tu je? -egi-

This comment has been removed by the author.

en egi,
utk settlekan masalah pembelian rumah ni, saya rasa elok en egi consult dgn lawyer baru utk next step. lawyer baru akan advise apa yg patut dibuat. nak dapat tahu mana lagi lawyer yang bagus, tanya la kawan2 atau sesiapa yag boleh dipercayai untuk dapatkan reference lawyer.

utk membuat aduan tentang lawyer lama, ya.. dah tentu en egi boleh buat aduan. en egi boleh hantar surat atau emel ke majlis peguam untuk mengadu. ceritakan apa yg telah berlaku kepada mereka.
emel majlis peguam adalah council@malaysianbar.org.my
laman web mereka adalah http://www.malaysianbar.org.my

cik/puan rohaniah,
thanks for the info. saya akan mendapatkan nasihat dari malaysian bar council. by the way nak tanya normally berapa cost untuk hire lawyer? dan adakah kita perlu membayar jika mahu mendapatkan nasihat dari malaysian bar council ni? dan juga any suggestion tak regarding lawyer mana yang ok untuk settlekan pasal auction house ni? thanks alot for your help. really appreciate it. -egi-

saya rasa tak sesuai saya jawab banyak2 di sini.
ini blog fara ni.. bukan blog saya.
saya kena respek fara as the blog owner.
rsnya elok en egi drop by kat blog saya atau emel saya utk lebih penjelasan.
blog saya ada kat link yg fara sediakan di sebelah.

saya tak pandai sangat pasal blog ni. just need help. nyway thanks for ur advise. -miss egi-

maksud saya, kalau pergi ke blog saya, boleh la tgk alamat emel saya. then miss egi boleh emel saya dan boleh la saya bantu miss egi.
itu sahaja.
gini la.. emel saya rohaniahnoor@gmail.com
boleh emel saya kalau masih perlukan bantuan

ASKUM...
ADA TAK RUMAH LELONG & TANAH LELONG KAWASAN KELANTAN?

Salam,
Ada... sila nyatakan bajet, jenis rumah & nama tempat cth kota bharu etc & sertakan email anda... TQ!

SALAM SUMER.

FARA,
SY ADE DPT 1 AUCTION AD NI..BIASE LA IKLAN2 YG MSK DLM PETI SURAT TU..
HARGA RESERVE PRICE AGAK CUN

TP...
ESK NYE DPT LG 1 AUCTION ADS DLM PETI SURAT TP, DEPOSIT DIE LAIN, REF NO DIE PON LAIN..TP RUMAH YG SAME...PELIK LA..SY DH TRY CHECK DLM LIST2 AUCTION FARA, TP XDE PLAK UMAH TU.

BARU NK BERJINAK2 NI, MINTAK MAAF KALO BYK TYE...

blh reply jawapan ke email sy: rocketeer99@gmail.com

tQ!

Nk tumpang tanya.quo untuk guna u beli prop lelong..base on prop value ke..tq

mrj130309@gmail.com

akum..tq wujudkan blog ni...sy juga baru berjinak2 hal hartanah ni..ade rumah lelong 2 tingkat kat melaka tak?budget 100-150k..please info k if ade..tq

Salam ,

Saya bercadang nk membeli rumah lelong tapi kebanyakkannya ada di pantai barat. Memandangkan saya berada di pantai timur dan kesukaran utk melihat situasi rumah yg dibeli jadi menyukarkan lagi saya mendapat rumah yg tebaik dan boleh dibuat pasif income kpd saya. Soalan saya ialah bolehkan u mengesyorkan saya rumah mane yg sesuai untuk dibeli dan seterusnya selepas berjaya mendapatkan rumah tersebut u mencarikan penyewa yg berminat dan seterusnya membuat dokumentasi apa yg patut sehingga saya mendapat pasif income yg saya kehendaki. Berapakah kos perkhidmatan yg u charge utk perkhidmatan ini?

Assalamualaikum,

Akhirnya saya jumpa jugak blog yang menarik untuk rujukan saya untuk membeli rumah lelong. Thanks Fara. :)

Saya sedang cari rumah lelong di KL terutama di kawasan Bandar Baru Sentul atau mana-mana rumah yang berdekatan dengan kemudahan lrt/ktm.

Cuma nak tanya yang terbaru ni ada tak lagi rumah yang akan dilelong di Bandar Baru Sentul?

Tq.

aku jumpa nie jer kat sentul

3 Bedroom Condominium
Property Listing Type : Auction
Auction Price : RM 160,000.00
Land Area : 877 sq.ft
Auction Date : 22-Jan-10
Tenure : - Restriction : -
Location : No. C-13-01, Kondominium Sentul Utama, No. 92, Jalan Dato Senu 26, Taman Dato Senu, Bandar Sentul Utama, 51000, KUALA LUMPUR

Apartment
Apartment
Property Listing Type : Auction
Auction Price : RM 175,000.00
Land Area : 1061 sq.ft Auction Date : 6-Feb-10
Tenure : - Restriction : Bumi Lot
Location : No. B-22-8, Melur Apartment, No. 72A, Jalan 2/48A, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul 51000, KUALA LUMPUR

Fara,

Kenapa kita perlu register dengan bank a few working days b'4 the auction, walhal pads hari auction itu nanti kita diperlukan register dengan auctioneer?

Salam en Rosli, jwpnye sgt mudah. Register awal membolehkan saya mendapat komisen drpd bank jika en Rosli menang. Berita baiknye, saya akan berkongsi komisen itu dgn en Rosli. Beli rumah & dpt komisen! Menarik kan? :)

Oh gitu, patutlah ada beberapa entry Bro Pie suruh sesiapa nak msk auction supaya register dgn geng2 PMC. Fara, apa info yg U perlukan untuk diregisterkan?

Sorry, pls ignore my last query, The answer I'm looking for is in yr posting. Cuma alamat rumah tu adakah rumah yang didiami skrg atau yang hendak dibida? TQ.

Alamat rumah kedua-duanya sekali :)

salam...
kalau la aya ada bajet lbh kurang RM15k je, agak2 saya mampu dapat rumah lelong harga berapa ek?? harap dpt bantu sbb minat gak ni...

salam..
kalau saya berada di area Kuantan dan berminat utk membeli rumah lelong di Kuantan, boleh saya berurusan dgn Puan?

Salam, boleh. Sila emel saya di ctfarazila@gmail.com TQ!

salam,
ade tak rumah lelong area puncak jalil bandar putra permai about rm190000 (teres 2 tingkat)

Salam, sila tinggalkan emel anda supaya kami dpt menghubungi pihak tuan. Tq!

Salam, Cik Fara, ada tak apartment lelong di Bandar Sri Putra? Sy sekarng menyewa di BBM. Skrg bekerja dengan gvermnt. Bagaimana khidmat yang cik tawarkan? Terima kasih.

Salam, sila tinggalkan emel anda supaya kami dpt menghubungi pihak tuan. Tq!

salam kenal kak fara, kalau yg area trg ni akak turun pdg gak ke?sy minat nk register ngan akak..niat nk dapat umah n dpt komisyen hehe:)
xdela..sy sbnrnya bru nk join lelong ni..ni 1st time la kiranya..berminat nk timba ilmu n jd client akak..sy dah email akak td...

Salam Fatanah, nanti akak balas emel ye.. Tq!

saya nak cari rumah(apartment/pangsapuri/flat)3 bilik area puchong. ada banyak sy tgk kt iklan tapi xtahu nak buat mcm mana. harga bawah rm50k...
ikma_82@yahoo.com

salam roz, check your email tq!

salam roz, check your email tq!

Salam Fara..sila maklumkan saya sekiranya ada lelongan untuk Perumahan Rakyat Pantai Permai atau Taman Bukit Angkasa (Pantai Dalam Area) atau Teratak Muhibbah(Taman Desa) atau Sri Penara, BSTP. Kalau lepas survey, rasa ok nanti saya register dgn Fara yer..Thanks.

Emel: doraemon7990@yahoo.com

Salam Puan,
nak carik rumah lelong area Saujana Utama, Sg Buloh @ yg sekitar denganya.budget bwh rm120k (teres 2 tingkat),,,ade x ye?

TQ,
hepi.niza@yahoo.com

Salam fara, saye ade email fara, harap leh cek yer. Tq.

Email saye senn_na187@yahoo.com

sy nak tau rumah lelong area changlun kedah, mail me at m.syukri@uum.edu.my

As,kum...saya baru 2 bulan perhatikan blog ni, sedang mencari 2 rumah yang budget...boleh x tlong carikan klu boleh diarea sentul..t,q!

shidan_13@yahoo.com

Salam shidan, pls check email tq!

Salam Fara,

Boleh saya dapat maklumat rumah lelong di kuantan...email saya unizam98@gmail.com

terima kasih


Nizam

hye...saya nak carik rumah lelong single storey area serdang/balakong/bkt jalil. bajet paling tinggi 130k... mntak bagi info yer.

Email : syahida_azmi@hotmail.com

salam..boleh bagi maklumat lelong kat area kuala terengganu...sayembara06@yahoo.com.my


kopiahlembik

Salam. cik puan farazila.
Sila rungkaikan persoalan saya.

saya difahamkan ejen menjana pendapatan melalui komisen dari pelelong/bank.

Saya sedang berurusan dengan seorang ejen untuk membeli sebuah rumah lelong. Ejen menyatakan bahawa saya akan dikenakan komisen 1 % dr harga rizab jika menjadi successfull. Urusan 10% saya uruskan sendiri dan bank draft masih bersama saya.
Saya hanya menerima Pengishtiharan jualan dari ejen.

Saya belum menandatangani sebarang dokumen dengan ejen.

Lelongan akan diakan pada minggu hadapan.

soalan saya.
1) Adakah wajar saya dikenakan caj 1% oleh ejen?

2)Adakah patut saya melakukan urusan lelong melalui pihak persendirian ( iaitu saya sendiri ) atau melalui ejen?

regards,
irshahrom@yahoo.com

Salam en Irshahrom,
Sila cek emel tq!

Fara

salam...Fara,
saya berminat nak join bisnes hartanah ni...apa yg perlu dibuat utk prmulaan...hrap2 dpt membantu...

regards
mdnorhishamudin@yahoo.com

salam fara, saya berminat nak cari ru,ah flat lelong arial subang jaya, shah alam..harga dalam 50k...

SALAM....SAYA SEDANG MENCARI RUMAH LELONG DI KAWASAN KUANTAN....EMAIL SAYA hudadmi@yahoo.com

salam...puan,camner yer prosedur utk rumah lelong dr pejabat tanah?..kalau dah mng bid apa proses setrusnya...tq..

salam,....saje nyibuk...kalau tak silap ler...samer jer cam lelong kat mahkamah tu...daftar ler sebelum kul 9.30...sebab kul 10pg dia dah start lelong....kalau berjaya beli umah lelong kat pejabat tanah tu.....pegi la matikan stem sendiri di LHDN....lepas tu bagi balik kat pej tanah tu.....ambik satu copy....than proceed la loan ker or cash....di pejabat tanah ni cepat skit nak settle....terutama nak dapat gran baru kita........tq..hehehe....nak senang kalau bayar cash urus jer sendiri semuanya....tak yah nak abis duit bayar lawyer yang malas2 tu.....kalau tak tipon tak jalan......

Thanks ed for sharing... :)
*tergelak baca part lawyer yg malas2 tu...* bayar cash macamana nk urus sendiri tanpa lawyer tu? Boleh kasi terang lagi? Sediakan dokumen sendiri ke? TQ!

bolehkah pembelian rumah lelong yg menggunakan loan bank di transfer kepada loan kerajaan selepas 3-4 tahun selepas tu. tolong bagi tahu saya panduannya.

boleh... lepas bank lock in period (biasanye 3-5 tahun) u boleh refinance balik ke loan kerajaan. Tanya HR di jabatan anda utk lebih kepastian.

i minat nak beli 2nd house for investment..i nk cr area pantai dalam or shah alam..sek 7..kalau ada apa2 info pls let me know..tq..emeil me oga782000@yahoo.com

saya berminat nk register dgn awak utk umah lelong di jb (skrg mmg saya tinggal di jb).. utk apply loan, blh submit thru awak tak? sbb saya dh survey beberapa bank kt jb ni, loan yg kecik2 ni diorg tak layan la..

Salam..
Saya berminat utk register dgn pn utk rumah lelong single storey dlm harga RM200k, freehold area sungai besi, seri kembangan, cheras, balakong or bangi. Tkasih
emel saya: makheran@gmail.com

Salam fara, saya berminat rumah flat desa mentari di pjs5/2a pj boleh bagi maklumat...terima kasih

Email : zunita69@gmail.com

Salam geezahri, tolong cek emel ye... tq!

Salam, fara,sy baru pertama kali nk beli rumah lelong,
Ada x rumah lelong(flat/aprtment) area ampang/setiawangsa/kajang/bangi/s alam bawah 50k.
Email sy direct_yun@yahoo.com

nak carti rumah di perumahan pantai permai, pantai dalam kl.ada tak?

Assalamu'alaikum,

Saya ingin bertanya - ada rumah lelong yang memberi pinjaman bank lain yang masukkan kaveat bank lain.

Jika begini keadaannya adakah peminjam telah membuat 2 pinjaman dari bank-bank tersebut.

Jika kita beli rumah ini adakah boleh mendatangkan banyak masalah.

Sekian terima kasih.

Salam hormat,

Being a silent ready 4 nearly 6mths dan currently saya dalam proses untuk bid rumah lelong di area kajang ni. Mohon pencerahan dr puan. Sebaik sahaja menang bidding tu (kalau menang la) ..

a) contract yg sign tu kira S&P ke?
b) apa proses seterusnya?
c) dimanakah loyer kita akan mula memainkan peranan?
d) boleh rekomenkan loyer2 yang cekap & pantas bertindak untuk kes area kajang/bangi ni?

Thanks alot.

Puan Fara,soalan saya

1.Adakah pernah terjadi rumah lelong yg xde kaveat semasa carian di pej tanah tapi selepas menang,tiba2 ada kaveat yg baru di masukkann sebelum tarikh lelong.jika ini terjadi,bagaimana nak setelkan

2.Dalam satu kursus hartanah, ada penceramah cadangkan jika beli rumah lelong yg ada kaveat, bayar cash dulu dan tunggu 6 thn untuk kaveat terbatal dgn sendiri. adakah ini relevan dan xde risiko?

TQ

salam,nak tanya,ada rumah yg nk dilelongkan dekat lukut,tp masalahnya first owner xder sign agreement,n rumah tu skang bila kami nk beli pihak maybank plak xnk aprove,rasanya dah setahun lebih x settle2 lagi,everymonth dpt surat dari lawyer yg uruskan n mcm xder penyelesaian jer?tp yg peliknya kalo xnk lelong buat apa nk buat iklan lelong rumah lps u rumah xnk jual plak,duit pun dah bg kt ejen,ke terpaksa kena bg duit under table baru nk settle ker...?

boleh saya dapatkan list rumah lelong (flat, apartment) dibawah RM100 k di kawasan cheras, sungai besi, bukit jalil dan kawasan sewaktu dengannya.

tq.

boleh saya dapatkan list rumah lelong (flat, apartment) dibawah RM100 k di kawasan cheras, sungai besi, bukit jalil dan kawasan sewaktu dengannya.

tq.

saya berminat dengan satu rumah yg akan filelong pada rabu depan.
saya dah inforn utk masuk auction tersebut..
bolehbagi step by step process for buying auction house?
tq.

Sila isikan form ini atau tinggalkan alamat emel anda untuk pertanyaan berkenaan rumah lelong ye. Tq.

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dElZU0RzcjhrbUhJV0d2OEFqZ2NvOVE6MA


semalam merupakan pengalaman pertama bidding..
akhirnya berjaya jua..
:)

Salam..

sangat teruja utk beli rumah bile baca blog nih..hehe
ada x list rumah lelong di area semenyih,selangor?

Salam..ada x senarai rumah lelong area taman molek dan sekitarnya, johor bahru

Wsalam m mie,

Sila isikan form ini atau tinggalkan alamat emel anda untuk pertanyaan berkenaan rumah lelong ye. Tq.

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dElZU0RzcjhrbUhJV0d2OEFqZ2NvOVE6MA

Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar bil, pengembangan perniagaan, badan korporat atau pinjaman peribadi? Hubungi kami hari ini untuk pinjaman yang cekap dan dipercayai puasa semalam di melalui e-mel: elenanino07@gmail.com

Regards
Puan Elena

Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar bil, pengembangan perniagaan, badan korporat atau pinjaman peribadi? Hubungi kami hari ini untuk pinjaman yang cekap dan dipercayai puasa semalam di melalui e-mel: elenanino03@gmail.com

Regards
Puan Elena

Salam pn.fara.. saya nk tnya pdpt... sya da tgok rumh lelong kat area selgor ..hrga start bid 144000.. so how much should i have cash on hand to ensure all the procees going smooth? Usually mcm mna cra kita nk cek baki bil2 tertunggak rumah tu? Possible x owner lama xnk kua umh even kita dh berjaya bid rumh tersebbut.. terima ksih 😀

My email. arwamohd89@yahoo.com

Wsalam, maaf terlepas pandang mesej di atas, boleh whatsapp/call 012.345.9450 untuk respon yang lebih pantas :D

Blog Widget by LinkWithin

.