Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Friday, October 25, 2013

Esok!

Alhamdulillah segala persiapan terakhir sedang dibuat untuk memberikan perkongsian yang terbaik untuk semua peserta seminar yang telah mendaftar.

Kepada peserta seminar yang berminat beli buku Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong tulisan Tuan Shafie Bustan, boleh dapatkan esok ye... limited unit! (Saya dah cop satu... hehe) 

Harga ialah RM35. Boleh minta autograf sekali ;)

InsyaAllah jumpa esok.
Semoga segala urusan Allah permudahkan.

Amin! 
Cover kit seminar taiko rumah lelong direka oleh Cik RN
Buku terbaru daripada Tuan Shafie Bustan ada dijual pada hari seminar :)



Wednesday, October 16, 2013

Phew! Nasib baik sempat...

Saya pasti ramai pemain-pemain hartanah yang alert tentang peraturan baru Bank Negara berkenaan dengan pembiayaan semula pinjaman hartanah.

Alah... rules baru tentang tempoh maksimum refinance yang tup-tup dah tinggal 10 tahun tu...


Aduhhh! bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahla maksimum loan-to-value (LTV) untuk rumah ke tiga hanya 70%, kini pelabur ikan bilis seperti saya ni dihantui pula oleh isu baru yang timbul ini.

Pening? Frust? Confirm laaa...

Tapi alhamdulillah juga proses pembiayaan semula kondo saya di Bukit OUG baru sahaja selesai.

Phew! nasib baik sempat.

Selain faktor lebihan tunai, pembiayaan semula ini juga dibuat untuk berhijrah daripada pinjaman konvensional ke Islamik. InsyaAllah sedang berusaha berdikit-dikit untuk menggunakan produk-produk perbankan Islamik sepenuhnya.

Umur dah makin meningkat, sepatutnya tindakan pon makin matang dan berisi ye tak?

Dengan modal rm100k tunai yang saya dapat lebihan daripada proses pembiayaan semula tersebut, saya berazam untuk melangsaikan hutang peribadi saya dahulu.

Selesai bab refinance.

Kini, dalam proses menunggu approval untuk submission loan rumah yang diduduki sekarang. Dah 2 minggu hantar dokumen, kenapa senyap tanpa berita wahai banker-banker yang budiman? Ada harapan ke takde ni? huhuhu...

Rumah ini dibeli atas nama proxy kerana faktor LTV saya dan suami. Kini kami ingin 'membeli' semula rumah ini dan berharap juga untuk mendapat lebihan tunai daripada transaksi tersebut.

Ehem! apa pula perancangan sahabat pembaca semua pada musim mencabar 2013 ni?

Apa pon perancangannya, niatkan kerana Allah.

Saya doakan, semoga Allah permudahkan.

Amin!

Oh ya, untuk sahabat pembaca yang ingin belajar tentang pelaburan hartanah dan panduan asas pembelian rumah lelong, pendaftaran masih dibuka.

Sila klik di sini :
Taiko Rumah Lelong serta Wang dan Hartanah.

Jumpa di sana ye, insyaAllah.


Wednesday, October 9, 2013

Taiko Rumah Lelong serta Wang dan Hartanah

Untuk sahabat-sahabat yang ingin mempelajari cara membuat duit daripada pelaburan hartanah, ada berita baik untuk anda ;)

Sahabat saya, blogger dan pelabur hartanah Rohaniah Noor akan menganjurkan dua seminar pada bulan ini.

Seminar pertama, Taiko Rumah Lelong dalam Masa 1 Hari.
Kalau ada yang masih ingat, tahun lepas saya dan kawan-kawan Property N Co telah anjurkan seminar ini.
Perkongsian oleh Rohaniah Noor DI SINI.

Jadi tahun ini seminar ini kembali lagi.
Seminar Taiko Rumah Lelong dalam Masa 1 Hari akan diadakan pada 26 Oktober, Sabtu jam 9 pagi.
Tempat di Cyberjaya.

Seminar ini sangat sesuai buat yang mahu memulakan langkah beli rumah dari pasaran lelong.
Insya Allah seminar ini akan disampaikan oleh saya sendiri, Puan Siti Farazila, blogger, ejen dan pelabur rumah lelong.
Selain itu, akan ada sesi khas bersama Shafie Bustan, Sifu Rumah Lelong (ehem, sifu saya ni) yang tak asing lagi dan juga sesi bersama peguam.


Siti Farazila

Shafie Bustan

Sesi ini akan berkongsi:
- potensi pelaburan hartanah lelong
- Bagaiamana lelongan diadakan
- Memahami POS dan Contract of Sale
- Mendapatkan pinjaman bagi rumah lelong
- Hartanah lelong untuk keep
- Hartanah lelong untuk flip
- Sesi soal jawab bersama peguam

Kemudian pada esoknya pula, 27 Oktober 2013 (ahad), Cik Rohaniah Noor akan anjurkan Seminar Wang dan Hartanah.
Ini merupakan seminar wang besar yang telah beliau rebranding dan susun semula modulnya.
Seminar ini sesuai untuk mereka yang mahu bermula dalam pelaburan hartanah.


Insya Allah di dalam seminar ini beliau akan kongsikan :
- Pengurusan wang dan kewangan peribadi
- Menggali hartanah panas
- Prosedur beli rumah
- Mengenalpasti kelayakan pinjaman
- Teknik mendapatkan pinjaman
- Kenalpasti jodoh hartanah
- Serta bonus1: bagaimana menyelesaikan hutang PTPTN dalam masa 3 tahun.

Yuran untuk kedua-dua seminar ini adalah:
RM 228 seorang untuk salah satu seminar
RM  428 seorang untuk kedua-dua dua seminar

Tapi jika anda buat bayaran sebelum atau pada 14 Oktober 2013, ada prmosi early bird.
RM 188 seorang untuk salah satu seminar
RM  348 seorang untuk kedua-dua dua seminar

Manakala untuk ahli Kelab Alien Hartawan iaitu mereka yang pernah hadir seminar Cik Rohaniah Noor terdahulu atau yang beli ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa besar, ada harga yuran istimewa untuk anda.
Yuran: RM 158 seorang untuk salah satu seminar
           RM  298 seorang untuk kedua-dua seminar

2 perkara yang perlu anda lakukan untuk hadir ke seminar ini.

1) Bank in wang yuran  ke
- CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
- Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron
masukkan email rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

2) Isi borang di bawah

Kalau anda tak hadir seminar kali ini, tak pasti pula bila seminar ini akan dianjurkan lagi memandangkan bulan 10 dan bulan 11 ni jadual hujung minggu saya agak padat.

Ok semua, jumpa di sana ya!


Tuesday, October 1, 2013

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Assalamualaikum Puan,

Saya ada terbaca blog Puan mengenai rumah lelong dan saya bercadang untuk pergi satu auction pada 14hb ni. Saya nak tanya, kalau saya ambil Puan sebagai ejen pembida saya, berapa harga yg Puan caj?

Satu lagi, saya tak faham tentang maksud kaveat. Adakah saya kena tanya di pejabat tanah tentang ni (call atau pergi ke sana untuk semak?).

Harap Puan dapat membantu. Terima kasih.

Jawapan:

Sebagai ejen pembida, saya hanya mengenakan caj sebanyak rm200 samada tuan menang/kalah/property call off pada hari lelongan.

Kaveat : http://anime4nz.blogspot.com/2012/09/apa-itu-kaveat.html

Sebenarnya ramai yang kurang tahu atau kurang arif mengenai istilah-istilah seperti ini dan kesannya terhadap mereka di dalam hartanah dari segi undang-undang. Jika kita ambil Kaveat ini sendiri sebagai contoh, kesan sebenarnya adalah amat besar sekali kepada pemilik tanah tersebut.
Ini kerana apabila sesuatu kaveat dimasukkan (didaftarkan) ke atas sesuatu hakmilik tanah, maka ianya akan menghalang sebarang urusan daripada berlaku ke atas tanah tersebut!

Maksudnya? maksudnya di sini adalah apabila hakmilik anda telah dimasukkan kaveat, maka anda tidak boleh menjual, menggadai atau menyewakan tanah tersebut atau apa juga urusan pindahmilik kepentingan sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau secara automatiknya tamat tempoh.

Ada berapa jenis kaveat?
Berdasarkan yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56 1965), Kaveat adalah terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats) - Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik (Document of Title)

2) Kaveat Persendirian (Private Caveats) - Kaveat yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah tersebut.

3) Kaveat Pemegang-Lien (Lien-Holders’ Caveats) - Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mana memegang dokumen hakmilik sebagai cagaran untuk tujuan tertentu seperti pemberian pinjaman (contohnya bank).

4) Kaveat Amanah (Trust Caveats) - Kaveat ini hanya dimasukkan oleh Pendaftar terhadap sebarang tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh seseorang individu atau badan sebagai pemegang amanah.
Terdapat beberapa keadaan tertentu yang membezakan kaveat-kaveat di atas dimasukkan. Secara ringkasnya, Kaveat Pendaftar adalah lebih kepada melindungi kepentingan yang berkaitan dengan hak-hak kerajaan atau individu pemilik tanah tersebut. Sebagai contohnya, untuk menghalang urusniaga palsu atau dicurigai daripada berlaku ke atas tanah tersebut.

Bagi Kaveat Persendirian pula, ianya adalah lebih jelas dan mudah difahami. Kaveat jenis ini boleh dimasukkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan kepentingan terhadap hakmilik tanah tersebut, walaupun bukan miliknya. Contohnya adalah orang yang telah membuat sebahagian pembayaran deposit untuk pembelian tersebut atau orang yang mempunyai perjanjian  pajakan yang didaftarkan ke atas tanah tersebut. Walau bagaimanapun, kaveat persendirian ini tidak menghalang dari urusan-urusan lain daripada berlaku ke atas hakmilik tersebut seperti endorsement tertentu. Kaveat persendirian akan terbatal dengan sendirinya selepas 6 tahun.

Untuk rumah flat/apartment/kondo yang masih belum ada strata title (geran individu), tidak perlu cek kaveat kerana kaveat hanya boleh diletakkan di dalam geran individu.

Cara membuat carian tanah untuk semak kaveat:
http://langkahkanan.com/blog2/2012/06/19/cara-membuat-carian-tanah/

Boleh juga upah runner pejabat peguam untuk buat carian ni.
Caj antara rm30 - rm50.
Harap membantu.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, September 24, 2013

Serik? Putus asa?

Serik. Putus asa.

Dua perkataan ini memberi makna yang sungguh besar kesannya kepada kehidupan seseorang.

Apa yang pasti, dua perkataan ini tiada di dalam kamus hidup seorang pelabur hartanah tegar. Samada seseorang itu suka membeli hartanah lelong, subsale (beli atas tangan orang) atau daripada pemaju, golongan ini akan terus memburu dan memburu.

2 hari lepas saya berpeluang ke dewan lelongan untuk menemani 2 orang kawan lama (kawan sekolah rendah) yang ingin mencari rumah di kawasan B. Mereka adalah sepasang suami isteri yang mana isteri bekerja dan menghantar anak-anak di kawasan B manakala mereka tinggal di kawasan A.

Memandangkan pada tahun 2014 anak sulung mereka akan mula bersekolah tadika 5 tahun di kawasan B juga, dan juga kenaikan harga minyak yang agak melampau baru-baru ini, mereka mengambil keputusan untuk membeli rumah di kawasan B. Maka bermulalah pencarian mereka. Eceh!


Pengalaman pertama memasuki dewan lelongan, saya menerangkan serba sedikit tentang proses dan tips-tips di dalam dewan lelongan. Dengan 10 orang pembida yang mendaftar, harga hartanah yang bermula pada rm120k mati pada harga rm168k. Tewas! Puas sudah saya mencucuk jarum supaya mereka menaikkan bajet kerana mereka membeli rumah untuk diduduki. Haha... Nampaknya mereka agak bijak juga.

InsyaAllah daripada apa yang saya dengar daripada si isteri, mereka akan masuk ke dewan lelongan sekali lagi pada minggu ini. Saya harap mereka tidak serik dan tidak cepat berputus asa.

Tahun 2013, saya lihat ada pelabur hartanah yang berjaya memenangi bidaan selepas percubaan kali ke-10. Malah ada yang lebih lagi.

Semangat itu yang saya mahu lihat.

Berusaha dan berusahalah!


Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Friday, September 6, 2013

What is your Niche?

Pelabur hartanah bukan untuk semua orang. Anda setuju?

Ya, saya mula menyedari hal ini kerana saya juga pernah cuba menjadi internet marketer dan lain-lain (tidak perlu rasanya saya nyatakan di sini) tetapi saya akur yang sememangnya hartanah adalah cinta saya yang pertama dan terakhir (mungkin).

Setiap orang adalah berbeza. Perbezaan ini iaitu dari segi kelebihan diri (niche) perlu dicari dan digali dalam diri masing-masing. Kelebihan ini jika diketahui dengan lebih awal akan membawa seseorang itu lebih jauh kerana mereka melakukan sesuatu kerja bukan kerana terpaksa. Mereka SUKA melakukannya.

Cari apa yang kita suka lakukan, duit akan datang kemudian dengan sendirinya. Macam pernah dengarkan?

Biar saya bagi contoh. Milan Doshi nichenya adalah pelabur hartanah serta beliau juga suka berkongsi dengan orang lain tentang pelaburan hartanah. Chef Wan niche nya adalah bercakap sambil memasak. Siapa lagi ya? Mungkin anda boleh tambahkan lagi senarai ini :)



Adakah anda sudah tau apa kelebihan (niche) diri anda?

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, September 4, 2013

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Salam sis,

Saya berminat nak beli auction property ni..tp saya tidak pasti apa saya perlu buat atau kaji. Kalau ikutkan, duit tunai memang tidak mencukupi untuk 10% deposit.

Interested in Lestari Putra, or Sri Kembangan area which is below MV (market value). Monthly budget around +- 900 max.

If sis have any tips or advice feel free to share, cause this is my 1st time. I plan to stay after marriage. My plan is, instead of rental, if i can get a house/apartment with monthly payment +- as rental, it is much better.

Anyway, thanks sis ~

Jawapan:

Untuk membeli rumah, apa yang diperlukan hanyalah ilmu, keinginan dan azam yang kuat serta bertindak. Itu saja. Soal modal adalah soal kedua. Persoalan modal telah saya kupaskan di dalam entri sebelum ini. Boleh rujuk entri tersebut ye :)

Mengikut perkiraan saya, bajet bulanan sebanyak rm900 sebulan cukup untuk membeli hartanah bernilai rm190,000. Mari saya kongsikan satu laman web yang menyenaraikan semua hartanah lelong di Malaysia. Laman web ini juga dikemaskini dari semasa ke semasa.

Laman web yang saya maksudkan ialah www.lelongtips.com

Register dan log masuk.
Jangan risau, ianya percuma untuk ahli biasa :)

Anda boleh menyemak laman web ini setiap hari kerana laman web ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebelum itu, ehem! Tolong semak dahulu kelayakan anda untuk membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank ya. Pastikan juga rekod ccris dan ctos anda bersih. Untuk mereka yang ingin membeli secara tunai,  sila abaikan pesanan di atas :D

1. Lihat kotak keyword di sebelah atas. Taip lokasi pilihan (contoh: Sri Kembangan) dan klik butang Search untuk melihat senarai semua hartanah lelong di Sri Kembangan. Boleh juga taip poskod contohnya 43300 dan tekan butang Search. Semua hartanah lelong yang mempunyai alamat poskod 43300 akan muncul di skrin anda.

2. Jika anda ingin melihat senarai hartanah jenih rumah teres sahaja, sila pilih Property Type: House sebelum menekan butang Search. Semua hartanah lelong yang mempunyai alamat poskod 43300 jenis teres akan muncul di skrin anda.

3. Jika anda berminat untuk membida mana-mana hartanah di laman web tersebut, anda boleh emel saya (alamat emel: ctfarazila@gmail.com) untuk mendapatkan maklumat penuh hartanah tersebut. Konsultasi percuma :)

4. Secara kasarnya, untuk pembelian rumah untuk disewakan (bukan untuk diduduki), peraturan pertama yang perlu dipatuhi oleh seorang pelabur bijak ialah kadar sewa mesti melebihi jumlah bayaran bulanan kepada bank dan kos penyelenggaraan bulanan.

           Kadar Sewa > (Bayaran Bulanan + Kos Penyelenggaraan Bulanan)

Ini membolehkan anda menikmati aliran tunai positif (wang masuk) setiap bulan daripada pembelian rumah tersebut. Sila buat pengiraan sebelum membuat sebarang pelaburan.

5.  Sila rujuk di sini untuk panduan ringkas pembelian beli rumah lelong. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan. Maklumat harga pasaran sesuatu hartanah hendaklah disemak dengan pihak penilai atau bank.

6. Sila rujuk di sini pula untuk Tips Beli Rumah Lelong. Semoga bermanafaat.

Harap dapat menjawab pertanyaan cik yang bertanya.

Just do it!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, April 17, 2013

Vista Pinggiran available for rent ;)

Lebih kurang 3 hari yang lalu, saya mendapat sms daripada penyewa rumah kami di Vista Pinggiran Apt. Bunyinya macam penting. Setelah berbalas-balas sms, akhirnya dia menyatakan ingin keluar daripada VP atas alasan bapanya yang berada di India kurang sihat.

Ya, penyewa yang berasal daripada India ini perlu pulang segera. Penyewa ini adalah penyewa yang sangat baik dan tidak pernah bermasalah membayar sewa. Alhamdulillah.

Sebagai tuan rumah yang baik juga (ehem!), kami dengan rela hati melepaskan dia pergi dan mengalu-alukan kedatangan penyewa yang baru juga dengan kadar sewa yang baru. VP bersedia untuk menerima kemasukan penyewa baru pada 1 Mei 2013.

Apartment ini adalah fully furnished. Dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti set sofa, meja makan, TV lcd, peti ais, pendingin hawa, mesin basuh, 2 set perabot bilik tidur, dapur gas dan lain-lain. Pendek kata, semua adalah! Hanya bawa beg baju sahaja :)

Kadar sewa rm1200 sebulan.

Deposit 2 + 1 + utiliti rm500.

Kemasukan Mei 2013.

Sila hubungi ijam 012 3519450 jika berminat.

Terima kasih!

Set sofa, meja kopi, dan permaidani
Meja makan dan sofa bed.
Set bilik tidur 1 + langsir

Set bilik tidur 2 + langsir

Mesin basuh 6.5kg

Kabinet dan dapur

Almari berlaci serta peralatan dapur.

Peti ais 2 pintu


Tuesday, March 12, 2013

Actual Unit

Kepada sahabat yang WhatsApp saya bertanyakan tentang gambar wardrobe dan kabinet dapur, saya mohon maaf atas kelewatan menyiarkan gambar-gambar tersebut. Gambar kabinet dan wardrobe ini dalam bentuk lukisan 3D boleh dilihat pada entri saya yang terdahulu.

Harga keseluruhan untuk kabinet, wardrobe, tv panel, study table dll seperti gambar di bawah adalah rm20k. Bagi saya ianya amat berbaloi dan menepati bajet saya.

Jom cuci mata!

Wardrobe in Master Bedroom (First Floor)
Internal view (First Floor) - Maaf gambar tidak memuaskan kerana ruang yang terhad.

Study table and book rack - Bedroom 2 (First Floor)
Study table and book rack - Bedroom 1 (First Floor)

Book rack - Bedroom 1 (First Floor)

Study table - Bedroom 1 (First Floor)

Internal View - Wardrobe Bedroom 1(First Floor)
Wardrobe Bedroom 1 (First Floor)

Living Room TV Panel with book rack  (First Floor)

Kitchen Cabinet (ground floor)
Store Room Wardrobe - without door (ground floor)

Kitchen Cabinet (ground floor)

Kitchen Cabinet (different angle)
Untuk bilik 1 dan 2, Wardrobe dan meja belajar + rak buku mempunyai design dan ukuran yang sama.
Cuma gambar rak kasut saya tertinggal. InsyaAllah saya akan update kemudian.

Pemasangan kemas dan cantik. Susah nak cari defect. Sudah hampir setahun dipasang namun masih kelihatan seperti baru.

Gambar-gambar sekitar proses renovation dan lain-lain yang berkaitan boleh dilihat di album facebook kami di sini.

Berita baik!

Untuk mereka yang ingin mendapatkan khidmat daripada Mr Jeff, komisyen 5% akan diberi kepada introducer (ehem! sayalah tu...) dan komisyen itu saya akan kongsi 50-50 dengan anda!

Jadi, jika anda ingin membuat tempahan dengan Mr Jeff, pastikan anda :

1. hubungi pihak Intech Kitchen Sdn Bhd ( Formerly Artak Kitchen Design) di http://www.artakkitchen.com untuk temujanji.
2. menyebut nama saya, ctfarazila sebagai introducer kepada Mr Jeff atau staf lain yang bertugas.
3. emel/sms/call (ctfarazila@gmail.com / 012-3459450) untuk inform saya apabila duit booking telah dibayar kepada Mr Jeff.

Dua langkah mudah di atas ini membolehkan saya menuntut 5% komisyen daripada Mr Jeff  dan berkongsi dengan anda. Mudah kan?


Thursday, February 28, 2013

Hampir 5 bulan kosong, akhirnya dipinang orang jauh...

Alhamdulillah.

Kondominium ini akhirnya disewakan kepada pelajar-pelajar LKW daripada Syria.

Macam-macam juga yang diminta oleh penyewa baru ini :

1. Cuci rumah - ok...
2. Cat baru - ok...
3. Grill untuk yard - ok... (insyaAllah esok pasang)
4. Air-cond? - tidak ok... (sila pasang sendiri, sewa sudah murah maaa)

Berita baik, penyewa bayar sewa untuk 6 bulan sekaligus.

Berita buruk, aliran tunai adalah negatif rm50.

Berita baik lagi, aliran tunai -rm1xxx (semasa unit kosong) kini menjadi -rm50.

Bersyukur atau tidak?
Syukur alhamdulillah =)
Pintu masuk

Balkoni yard

Pintu masuk (pandangan dari dalam rumah)

Balkoni dan pintu bilik tidur utama

Bilik tidur kedua

Pintu bilik kedua dan ketiga

Rumah dicat warna beige  (warna dipilih oleh penyewa)

Lantai berkilat baru lepas cuci
Pintu bilik air

Bilik air

Cyberia Crescent 2

Pool yang menarik
Kemudahan gymnasium
PS: Ramai pulak yang menelefon saya untuk bertanya unit ini selepas ianya selamat disewakan. Cobaan....


Wednesday, February 27, 2013

Dari Penoreh Getah ke Pelabur Hartanah?

Beliau merupakan seorang pelabur hartanah dan penulis.
Beliau berkongsi ilmu dan pengalamannya di blog ini.
Beliau belajar dari pengalamannya sendiri dan sebahagiannya juga dari apa beliau pelajari secara formal di universiti atau di dalam seminar-seminar.

Beliau juga mengambil pengajian undang-undang.
Pengajian tersebut memberi pengetahuan dari perspektif undang-undang atas apa yang beliau lakukan kini.

Semasa zaman persekolahan, beliau seorang penoreh getah separuh masa.
Beliau bukan berasal dari keluarga senang.
Jam 6.45 pagi keluar menoreh, pulang rumah jam 1.30 atau 2 petang.
Bawa balik 2 tong besar getah cair untuk dihantar ke Pusat Mengumpul Getah, Felda.

kredit gambar: http://kgsilou.blogspot.com
Bagi beliau, jika kita rajin berusaha dan punya hati yang gigih dan kental, insya Allah kita boleh capai apa yang kita mahu
Hanya cepat atau lambat sahaja

Jika dari kosong, nak terus jutawan, pasti ambil masa lebih lama
berbanding mereka yang terus boleh mewarisi harta pusaka ibu bapa bernilai sejuta ringgit

Beliau mahu capai kebebasan kewangan.
Itu sebabnya beliau melakukan pelaburan hartanah
Beliau nampak itu peluang untuk menjadi jutawan walaupun masih bekerja
dan itu juga satu cara untuk beliau capai kebebasan kewangan

Kredit foto: Tuan Asan Taring https://www.facebook.com/asanrivas?fref=ts
Alhamdulillah..
hari ini beliau belum lagi seorang jutawan
tetapi portfolio hartanah beliau sudah mencecah 2.1 juta
wow! bagi saya beliau sangat hebat!

Beliau akan jadi jutawan juga satu hari nanti
Ingat! Pelaburan hartanah bukan skim cepat kaya

Jika beliau yang dahulunya penoreh getah ini pun boleh menjana wang besar melalui pelaburan hartanah, apatah lagi kawan-kawan yang mungkin dulunya seorang pesawah padi, penternak kambing, penternak lembu, pengechop kelapa sawit, pengutip telur ayam, pekerja McDonalds atau pembantu stesen minyak.

Kawan-kawan ingin tahu caranya?

Berita Baik !!!

Beliau akan anjurkan Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah di mana beliau akan kongsikan bagaimana kawan-kawan boleh jadi jauh lebih hebat dari beliau!

Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Mac 2013
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Bilik Seminar Sifu Pie, no 12-1, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang.

Untuk harga early bird iaitu pembayaran pada atau sebelum 3 Mac 2013, yuran hanya RM 188 seorang atau RM 350 untuk dua orang.

Selepas 3 Mac, harga akan naik.

Jika berminat,kawan-kawan boleh membuat pembayaran ke akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.


Oh ya, dalam sesi ini nanti, akan ada penampilan khas Sifu Pie
Beliau akan berkongsi mengenai pelaburan homestay.


Selain itu, akan ada satu sesi khas bersama peguam iaitu Puan Hazlin Aslina dari Firma Hasnan Hamzah.
Beliau merupakan seorang peguam yang berpengalaman luas dalam prosedur guaman pembelian rumah dalam pembinaan dan subsale.

Tempat terhad. Maksima peserta yang boleh muat cuma 30 orang sahaja.

Jadi kalau berminat, boleh buat pembayaran segera sementara harga early bird masih dibuka.
Boleh bank in ke akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.

Mohon maklumkan kepada beliau jika kawan-kawan telah pun membuat bayaran tersebut melalui email beliau rohaniahnoor@gmail.com atau no hp beliau 0192648628.

Semoga ilmu yang beliau kongsikan menjadi ilmu yang bermanafaat buat kawan-kawan nanti.
Semoga kawan-kawan akan jadi lebih hebat, dunia dan akhirat insyaAllah.

Jumpa nanti ya!
PS: insyaAllah saya juga akan berada di sana sebagai krew =)


Tuesday, February 26, 2013

Seminar Fearless Speaking (Berani Bercakap)

Pada 13 Januari 2013 saya sempat mengikuti Seminar Fearless Speaking (Berani Bercakap) oleh coach Rozi Saarey bertempat di pusat Belia Antarabangsa.

Saya yang sampai agak terlewat sedikit terkejut kerana semua peserta perlu ke hadapan seorang demi seorang untuk sesi memperkenalkan diri. Aduh! mulalah terasa butterfly dalam perut. Akhirnya ujian pertama dapat dilalui. Just do it! Itu sahaja yang bermain dalam fikiran saya.

Coach Rozi menerangkan tentang kuasa minda.
Seminar ini bukan sahaja membincangkan tentang berani bercakap, coach Rozi juga berkongsi tentang kuasa minda dan belief system serta bagaimana caranya menggunakan kuasa minda ini untuk urusan seharian kita.  

Banyak juga perkara baru yang dapat saya pelajari dalam seminar ini. Kebanyakan peserta seminar merupakan anak didik Dr Azizan. Kami dapat bertukar-tukar pandangan dan mereka semua hebat-hebat belaka!

Wah! Tekunnya saya =)
Semua peserta diberikan tugasan di akhir sesi untuk menguji keberkesanan Seminar. Peserta diminta memberikan Public Speaking di akhir sesi. Coach Rozi akan memberi komen selepas peserta bercakap. Alhamdulillah saya dapat bercakap dengan lebih baik di akhir sesi. Nampak perubahan ketara berbanding di awal sesi, di mana semasa peserta diminta untuk memperkenalkan diri.

Coach Rozi yang anggun bersama para peserta
Gambar-gambar di atas adalah ihsan daripada laman web coach Rozi. Lagi gambar di sekitar seminar boleh dilihat di laman web coach Rozi, http://rozihaslina.com

Cuma yang ini saja daripada kamera hp cokia saya =)
Dahulu coach Rozi pernah datang ke seminar Property & Co, kali ini giliran saya pula ke seminar beliau.
Semoga ilmu yang diperolehi daripada seminar ini bermanafaat dan boleh membantu insan yang lain pula. Alhamdulillah. Amin.


Blog Widget by LinkWithin

.