Monday, August 18, 2008

Samb Pinjaman Perumahan

Alhamdulillah... hari ni pegawai CIMB call ckp nk dtg hantar offer letter. Aku tengah menunggu le ni. Tadi Alliance call kata loan lulus tapi 85% je. Kalau nak 90% kena hantar dokumen sokongan contohnya ASB aku yang ade rm50k tu ke... hahaha... tapi aku malasla sebab Alliace ni non-ZEC kena bayar duit lawyer lak so aku kata kat dia takpela kalau aku nak aku call dia. Rate dia pon x berapa menarik sangat. Tahun pertama BLR-4.7 pastu BLR-0.7 jek... huhuhu mahalla. Takpe aku nak tunggu CIMB pulak.

Semalam aku call ejen rumah tu pastu dia kata tenant nak keluar rumah bulan 9. Ek eleh apa barang kalau nk keluar, keluarla sekarang. Takpela sementara ni aku biarkan dulu lepas je aku dpt offer letter siapla diorang. So sekarang ni jugak aku sibuk mengiklankan rumahku untuk disewa. Sewanya murah sahaja RM750 sebulan untuk kondominium yang sangat luas 1222sf. Kemudahan memang lengkap la dengan pool, gym & club house. Deposit 1+1+rm200 air api. Itu saje. Sangat murahkan???

Oh ye lupa nak cerita ari tu waktu survey rumah aku terjumpa dengan pelakon tambahan Bella. Ala cite ni meletup tau dulu setiap hari isnin-khamis 6.30 ptg. :) Pelakon yang aku jumpa ni berlakon jadi mekanik yang mengorat Farah (adik kepada Syah yang jahat gile tu) Ingat tak? hehehe... aku siap tegur dia tanya dia tau tak mana blok 1. Dengan sopan santunnya dia menjawab soalan aku... hehehe... cute jugakla dia tu wehhh... Ehem lagi satu dia duduk di blok 13 iaitu blok yg sama dengan unit yang aku beli... hehehe... so sapa2 yg teringin nk jumpa dia cepat2la sewa kondo aku ni ;)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.