Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Thursday, November 29, 2012

Bila rumah dah siap...

Kali ini saya ingin bercerita tentang pemasangan wardrobe, kabinet dapur, meja belajar, panel tv + rak buku serta rak kasut di rumah yang baru selesai kerja-kerja ubahsuai. Sebaik sahaja rumah selesai diubahsuai, maka impian untuk pemasangan built in wardrobe ini pon ingin direalisasikan.

Apabila mendapat no kontek kontraktor wardrobe daripada blogger RN, kami pon membuat appointment dengan Mr Jeff. Beliau datang ke rumah bersama dengan isteri dan adik iparnya Jeff.

Selain mengukur dan mengambil gambar, Jeff juga turut memberi cadangan susun atur perabot yang sepatutnya agar ruang bilik lebih produktif. Wah! Jeff ni dah macam interior designer pulak dah. Saya sangat suka dengan cadangan-cadangan yang disyorkan olehnya.

Jeff dan adik iparnya sangat pandai melukis serta pandai mengambil hati kami sebagai pelanggan. Sebelum balik, mereka berjanji untuk menghantar emel gambar 3d drawing sebelum kami memberi kata putus setuju/tidak untuk menempah perkhidmatan mereka.

Dalam masa 2-3 hari (saya kurang pasti) saya telah pon mendapat emel yang dijanjikan oleh Jeff. Lukisan 3d ini dilukis sendiri oleh Jasper (adik ipar Jeff). Wah! Sungguh saya kagum dengan kepakarannya walaupon dia hanya berkelulusan di sekolah biasa. Nah, inilah dia gambar-gambar lukisan 3D yang diemelkan kepada saya. Gambar-gambar ini membuatkan saya terus jatuh hati dan kami pon bersetuju mendapatkan khidmat mereka :)

Wardrobe in Master Bedroom (First Floor)
Internal view (First Floor)
Bedroom 1 (First Floor)
Wardrobe Bedroom 1 (First Floor)
Internal View - Wardrobe Bedroom 1(First Floor)

Bedroom 2 (First Floor)
Internal View - Wardrobe Bedroom 2 (First Floor)
Study table and wardrobe - Bedroom 2 (First Floor)

Living Room TV Panel with book rack  (First Floor)

Kitchen Cabinet (ground floor)
Kitchen Cabinet (different angle)
Kitchen Cabinet (different angle)
Store Room Wardrobe - without door (ground floor)
Shoe Rack (ground floor)
Berita baik!

Untuk mereka yang ingin mendapatkan khidmat daripada Mr Jeff, komisyen 5% akan diberi kepada introducer (ehem! sayalah tu...) dan komisyen itu saya akan kongsi 50-50 dengan anda!

Jadi, jika anda ingin membuat tempahan dengan Mr Jeff, pastikan anda :

1. menyebut nama saya, ctfarazila sebagai introducer kepada Mr Jeff / Jasper.
2. emel/sms/call (ctfarazila@gmail.com / 012-3459450) untuk inform saya apabila duit booking telah dibayar kepada Mr Jeff / Jasper.

Dua langkah mudah di atas ini membolehkan saya menuntut 5% komisyen daripada Mr Jeff / Jasper dan berkongsi dengan anda. Mudah kan?

PS: Cuba teka berapa harga keseluruhan untuk pemasangan kitchen cabinet, wardrobe dan lain-lain seperti gambar di atas?

Update : Harga keseluruhan untuk kabinet, wardrobe, tv panel, study table dll seperti gambar di atas ialah rm20k sahaja. Mahal tak? 

Insya-Allah, next entry nanti saya akan tunjukkan gambar kabinet sebenar yang telah dipasang :)


Sunday, November 11, 2012

Under construction

Sambungan daripada entri ini yang meceritakan tentang projek ubahsuai rumah daripada satu tingkat ke dua tingkat.

Selepas kami mengosongkan rumah maka kerja-kerja meroboh pon dimulakan. Oleh kerana rumah asal adalah rumah setingkat maka proses footing perlu dilakukan untuk membolehkan rumah 2 tingkat dibina.
Rumah ini perlu dirobohkan sebelum kerja bina semula. Nasibla rumah ni buruk basic sahaja jadi takdela sayang sangat nak robohkan semuanya.

Dipendekkan cerita, ding dong ding dong kos yang asalnya rm112k bertambah menjadi rm150k. Hmm memang dah dijangka. Yang itu belum termasuk kos wardrobe, kabinet dapur dan perabut-perabut lain. Duit keluar macam air je. Tapi bila tengok rumah dah nak siap memang tak berapa nak kisah sangatla.

Janji cepat siap! Itu je yang kami fikir. Boleh layan gambar-gambar kat bawah ni. Ada banyak lagi gambar di facebook. Boleh klik album facebook kami di sini

Pasang Slab
Ketinggian 12 kaki untuk tingkat bawah

Tiang penyeri
Under Construction
Gold pilihan hati
Waktu malam
Pandangan dari luar
 Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Sunday, November 4, 2012

Lend A Helping Hand 2012

Alhamdulillah setelah berjaya mengumpul sedikit sumbangan untuk Lend A Helping Hand 2011, kami di Property N Co diberi peluang oleh Allah sekali lagi untuk menjayakan satu lagi Charity Seminar pada tahun ini.

Program Lend A Helping Hand 2012 akan diadakan pada 9 Disember 2012 (Sila tandakan tarikh penting ini di atas kalendar anda).
Sama seperti tahun lepas, seminar tahun ini juga bertujuan mengutip dana untuk pesakit yang memerlukan wang untuk perbelanjaan perubatan atau pembedahan.

Jika pada tahun lepas, ia diadakan selama setengah hari sahaja
tapi tahun ini insya Allah akan diadakan penuh satu hari.
Ini supaya lebih banyak ilmu dapat dikongsikan kepada semua peserta yang perihatin dan sudi meluangkan masa.

Di dalam sesi kali ini, akan ada 4 orang penceramah yang akan memberi tajuk yang berbeza.


Tuan Saufi Karim, blogger dan penulis ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal akan bercakap mengenai "Pelabur Hartanah: Transform Minda, Untung Juta-juta".



Tuan Effendy Zulkifli, bekas pegawai di bahagian pemprosesan permohonan pinjaman di sebuah institusi kewangan terkemuka akan berkongsi  "Rahsia Memukau Pelulus Pinjaman Terbongkar".

Puan Nicole Ong, blogger hartanah dan pelabur hartanah kediaman dan komersial akan menerangkan tajuk "VP: Hak Kami Lebih dari Kunci!"

Manakala Cik Rohaniah Noor akan berkongsi dengan kawan-kawan satu tajuk berbunyi "Strategi Pelaburan Hartanah Kalis Gentar".

Saya sendiri akan terlibat di dalam seminar ini sebagai emcee dan koordinator. Ada pertanyaan mengenai rumah lelong? Boleh datang juga dan bertanya pada saya. InsyaAllah saya cuba menjawab sebaiknya.

Menarik kan?

Melihat kepada tajuk-tajuknya ini, berapa agaknya nilai yang ilmu ini boleh beri kepada anda?

bagi saya, tiada had.

Ilmu ini anda boleh gunakan sepanjang hidup anda untuk membina kekayaan dan keluar dari kekangan kewangan yang membelenggu anda melalui pelaburan hartanah.

Jika anda berminat untuk belajar tajuk-tajuk ini, jom isi borang pendaftaran di bawah.



Alhamdulillah...

Untuk seminar kali ini, Abangensem sekali lagi bermurah hati untuk mendermakan sebahagian dari wang pembelian ebook beliau untuk kutipan dana program ini.

Begitu juga blogger dzirhans dari http://nurynsophea.blogspot.com berbesar hati menaja air mineral untuk menghilang dahaga rakan-rakan peserta yang hadir nanti.

Terima kasih banyak-banyak di atas kesudian tuan berdua.
:)

Mahal sungguh ilmunya, mahal juga sumbangan rakan-rakan blogger sekalian.
Tapi berapa mahal pula yurannya?

Harus diingat, ini merupakan seminar untuk kebajikan.
Wang kutipan yuran hanya akan ditolak kos penganjuran dan operasi seminar ini sahaja.
Selebihnya akan terus didermakan kepada penerima yang telah kami kenalpasti nanti.

Untuk seminar seharian dari jam 9 pagi hingga 6 petang ini, yuran yang kami tetapkan hanyalah RM 150 sahaja.

Ya, RM 150 sahaja untuk satu hari seminar dari 4 orang penceramah.

Memandangkan wang yuran ini untuk membiayai pembedahan seorang pesakit, saya amat berharap rakan-rakan tampil untuk sama-sama hadir, belajar dan menyumbang.

Sekali lagi, saya jemput rakan-rakan untuk mengisi borang pendaftaran ini.



Pihak kami akan menghubungi kawan-kawan yang telah mengisi borang ini nanti untuk maklumat pembayaran.

Terima kasih semua dan harap boleh bertemu anda nanti :)


PS:
Seminar ini akan diadakan di Dewan Satu Solution, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. 
Otai Tuanbri telah berbesar hati menaja dewan seminar untuk program ini nanti 


Blog Widget by LinkWithin