Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Tuesday, September 27, 2011

Bagaimana perasaan dan mindset anda hari ini?

BAYANGKAN ANDA TELAH MENJADI MAGNET WANG. (Part 4)

18. Teruslah memberitahu diri anda berkali2 'Sesungguhnya tidak sukar bagi ku utk buat atau mendapatkan wang sejumlah yg. saya perlukan'.

19. Setiap hari beritahu diri anda. 'Saya adalah magnet wang' saya berupaya menarik wang seperti MAgNET. Lebih mudah. Lebih pantas. Tanpa sengsara dengan seronoknya. Wang akan datang pada ku dari pelbagai sumber dan arah seperti durian runtuh.

20. Rahsianya. Pemikiran separuh sedar 'subconscious mind' akan bertindak balas terhadap jumlah wang. Sebab itu amatlah penting utk mengira jumlah wang yang anda nak 'Tarik' ke dalam hidup anda 'secukupnya'! Lukiskan. Gambarkan jumlahnya besar2 dlm. Kertas . Gantung! Lekatkan dan simpan jumlah itu didalam dompet anda supaya sentiasa mengingati jumlahnya.

21. Terus memberitahu diri anda berkali2 bahawa anda telah berupaya menarik jumlah wang yg. Dikehendaki dengan mudah. Tidak sukar dan amat menyeronokkan!

22. Sebaik saja kita praktikkan langkah2 di atas. Anda mula menarik lebih banyak wang ke dalam hidup anda. Secara mudah! Macam magnet. BAYANGKAN! Rasainya dengan urat saraf anda! Anda semakin hampir dengan sejumlah wang yang anda idamkan! Masukkan jumlah wang itu ke dalam minda separuh sedar anda!

APA TINDAKAN ANDA SETERUSNYA..?
YA ALLAH KAU KABULKANLAH DOA DAN USAHA KU INI!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Saya sokong!

Sambungan daripada topik entri semalam :)

Aku adalah penduduk BTR daripada tadika (berumur 6 tahun) sehingga la sekarang ni umur dah nak masuk 32 tahun (ehem! tapi still nampak macam sweet 17 ;) ). Awal tahun 2011, aku dan ijam (husband) ambil keputusan membeli rumah di Taman Mewah betul-betul berhadapan dengan rumah parents selepas menyewa di rumah tersebut selama hampir 6 tahun. Selesai proses pindah milik rumah, kami ambil keputusan drastik untuk meroboh dan membina semula rumah 2 tingkat di atas tapak rumah tersebut memandangkan keadaan rumah yang agak uzur dan built up yang agak kecil dan kurang sesuai untuk keluarga besar kami. Anggaran kos pula lebih kurang rm200k. Ianya bukan suatu keputusan yang mudah.

Ini kerana YB Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah mempunyai pelan lain untuk kawasan tersebut (refer entri sebelum ni). Jadi, sebelum kami confirm meneruskan projek roboh dan bina semula, aku telah menelefon en Azman Hj Abidin, Ketua Cabang, Parti Keadilan Rakyat BTR iaitu person in charge untuk Projek Pembangunan Semula BTR yang bertugas di Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, bertempat di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri.

Setelah menerangkan hajat hati aku kepada en Azman, nampaknya beliau amat prihatin dan memahami keadaan aku. Beliau menasihatkan agar aku meneruskan hasrat aku kerana katanya, walaupon Projek Pembangunan Semula BTR oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi, ianya akan mengambil masa yang sangat panjang. Ianya bukan satu proses yang mudah dan beliau juga tidak menjamin projek itu akan terlaksana jika terdapat segelintir penduduk yang tidak bersetuju dengan projek tersebut. Satu lagi, bayaran pampasan akan dibayar mengikut nilai semasa sesebuah rumah tersebut. Bermakna jika rumah yang telah diubahsuai, pastinya pampasan akan dibayar setimpal dengan harga ubahsuai yang telah dilakukan.

Mengambil kira daripada pendapat beliau serta faktor keselesaan anak-anakku yang menjadi penyebab utama, kami meneruskan projek mega kami. Akhirnya hingga ke saat ini, alhamdulillah boleh dikatakan rumah kami telah siap sepenuhnya (cuma belum pasang gril shj). Dan yang penting kami sangat berpuas hati dan happy dengan rumah kami yang baru ini :D

Namun, aku tetap menyokong Projek Pembangunan Semula BTR oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim kerana faktor-faktor di bawah :

1. Harga rumah akan meningkat 2-3 kali ganda. Bayangkan ayah aku beli rumah ni dengan harga rm12k pada 1977. Aku pula beli dengan harga rm125k pada 2011. Selesai sahaja projek ini, harga rumah dijangka meningkat kepada lebih rm300k... Untung beb!

2. Pemilik rumah akan mendapat sebuah unit rumah baru yang lebih besar dan percuma serta pampasan. Bukankah itu sesuatu yang bagus?

3. Keadaan jalan yang sempit pada masa ini mungkin akan dapat diatasi dengan pelan rumah baru yang lebih teratur.

Walau bagaimanapon, di mana dan apa-apa jua yang ingin dilakukan tetap ada risikonya. Moga Allah permudahkan. Jika projek ini tidak terlaksana, kami tetap happy dengan apa yang kami ada... Alhamdulillah syukur Allah :)

Rumah asal - 1st Day Renovation
Pandangan dari jauh

Under Construction

Tingkat bawah

Overall - Night view...
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, September 26, 2011

Kg Konggo akan berubah?

Bismillahirrahmanirrahim...
Kali ni aku nak cerita pasal tempat aku membesar... Bandar Tun Razak atau lebih dikenali dengan nama Kg Konggo. Alhamdulillah pada Pada 11 Julai 2010, YB Tan Sri Khalid, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah membentangkan satu kertas cadangan yang amat baik (pada pandangan aku).

Pembangunan yang akan dijalankan akan mengekalkan tanah hak orang melayu sebagai pemilik tapak dan rumah/tanah tersebut akan terus dikekalkan pada pemilik asal.

Sekarang ini, rumah asal di Bandar Tun Razak merupakan rumah kos rendah setingkat yang tidak mempunyai C.F. disebabkan tiada pintu belakang. Oleh sebab itu, YB Ahli Parlimen BTR ingin membangunkan kawasan BTR dengan mendirikan RUMAH BANDAR (Townhouse). Setiap tapak rumah asal akan didirikan 2 unit rumah merangkumi 2 tingkat setiap unit (keselurahan 4 tingkat). Pemilik asal akan diberi pemilikan percuma pada tingkat bawah dan tingkat satu. Pemilikan percuma ini disebabkan kos pembinaan tersebut akan ditanggung oleh pembeli unit ke-2 iaitu tingkat 3 dan 4. Kami (selaku penduduk BTR) menyambut baik cadangan ini dan amat berharap semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya.

Tapi berdasarkan pemerhatian dan perbualan orang-orang lama (maklumla BTR ni kan banyak orang lama yang duduk sejak zaman 80an). Ramai yang tidak bersetuju dan tidak yakin dengan projek ini. Kenapa?

1. Mereka risau rumah terbengkalai jika Pakatan Rakyat kalah pada pilihanraya akan datang.
2. Mereka tidak yakin dengan kemampuan YB Tan Sri Khalid untuk menyiapkan projek ini.

Apa pandangan anda?

Sumber lain yang membincangkan topik ini :

Sumber dari Star Property Jul 14, 2010
Perbincangan hangat di forum Carigold

Kertas Cadangan seperti gambar di bawah baru sahaja diedarkan kira-kira 2 bulan lepas beserta borang kaji selidik yang perlu diisi dan dipulangkan secepat mungkin.
PS: Alamak! aku belum isi lagila borang tu... lupa... hehehe...

Kertas Cadangan

YB Tan Sri - tokoh idola...

Gambaran Pelukis

Pelan Rumah Jenis A


Pelan Rumah Jenis B
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, September 20, 2011

Nak jimat rm70?

“FROM ZERO TO HERO.. HOW WE MAKE MONEY FROM PROPERTY INVESTMENT” 

15 - 16 October 2011 (Saturday and Sunday)
9.00am – 6.00pm
International Youth Center, Bandar Tun Razak, KL
Open for Registration!



Terlalu banyak yang ingin kami kongsikan dalam masa 2 hari penuh ini. Dengan pelaburan serendah rm388, insyaAllah anda akan dapat mengelak kerugian beribu-ribu ringgit jika tersilap membuat pembelian.

Sepanjang tempoh 6 tahun saya menjadi ejen dan pelabur hartanah, berbagai-bagai pertanyaan masuk ke kotak emel saya. Antaranya :

Rumah terbengkalai?
Lokasi jauh dari pusat bandar?
Kadar aliran tunai untuk sewaan negatif?
Tuan rumah tak mau keluar selepas berjaya bida rumah?
Rumah rosak teruk lepas menang bida?
Prosedur nak beli rumah lelong?
Tunggakan bil api, air dan Indah Water sape tanggung?
Tunggakan cukai dan maintenance sape tanggung?

Sampaikan soalan basic macam ni pon ada :

Macamana nak jual rumah?
Macamana nak beli rumah?
Kalau rumah belum habis bayar lagi boleh jual ke? 

Usah risau lagi... insyaAllah kami akan ceritakan FROM ZERO TO HERO tentang proses pembelian, penjualan, pinjaman, undang-undang serta anda bebas bertanya sepanjang sesi seminar.

Hanya tinggal 3 hari lagi diskaun early bird untuk mereka yang ingin memulakan langkah pertama dalam pelaburan hartanah akan berakhir. Diskaun sebanyak rm70 ini akak lupus jika anda mendaftar selepas 25 September 2011. Rugi kan? Jadi apa tunggu lagi, daftar sekarang dan anda jimat rm70.

Untuk mereka yang masih ragu-ragu, boleh lihat testimonial seminar di Testimonial 1 atau di Testimonial 2.

Mahal sangat ke rm388 tu? Sebenarnya harga kami adalah antara yang TERMURAH di pasaran. Sanggup bayar rm1k untuk preview aje? Baca ni Seminar Hartanah Mahal tapi Hampeh

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, September 19, 2011

BAYANGKAN KIRANYA ANDA TELAH JADI 'KAYA'

Oleh: Datuk Dr Maznah Hamid

Sahabat ku. Selamat datang ke hari yang penuh bermakna ini.

15. Mari kita sama-sama bayangkan bagaimana agaknya kita akan menggunakan kekayaan yang kita miliki secara bijaksana. Bayangkan membeli rumah besar. Kereta ferrari idaman anda. Bawa ibubapa ke mekah.! Bayangkan berapa ramai yang boleh kita gembirakan! Hapuskan terus pemikiran 'SAYA TAK MAMPU'.

16. Psycho pemikiran anda. Daripada bimbangkan mengenai masalah kewangan.. Mari kita ' Bimbangkan' mengenai nak belanjakan wang-wang yang banyak datang dari pelbagai sumber! Untuk menggembirakan hati anda. Keluarga. Bersedekah. Berzakat. Membina masjid! Bayangkan!
'Bimbangkan' betul-betul wang yang banyak ni macam mana nak dibelanjakan!

17. Cuba anda 'Lakonkan sebaik mungkin' seolah-olah anda telah benar-benar menjadi 'KAYA' 'JUTAWAN'. Tanya diri anda. Apa dan bagaimana agaknya seorang jutawan 'Berfikir'..'Bercakap' dalam situasi ini. Kemudian berfikir dan bercakap dari mindset seorang ' jutawan'. Adakah pemikiran dan bahasanya sepertimana 'diri' anda yang sebenarnya?!

Bayangkan! Fikirkan!

PS: Wow! Aku tengah cuba yang ini.... memang WOW!


Sunday, September 18, 2011

INGIN MENJADI MAGNET WANG?

Oleh: Datuk Dr Maznah Hamid

Guru yang mengajar saya mengenai bagaimana nak menarik wang datang pada kita atau menjadi magnet wang selalu berpesan. Katanya. Jika kita mahu jadi jutawan.

Pertama sekali minda kita mestilah berfikir sebagai seorang jutawan.

Berpersonaliti menarik.

Bertindak.

Bekerja.

Bercakap dan ada PR terbaik.

Paling penting berupaya membantu seramai mungkin orang lain mendapatkan apa yg mereka inginkan!

Adakah anda ingin menjadi magnet wang?

Money Magnet!
Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction. Undang-undang alam daya tarikan. Guru saya orang Canada. Hingga ke Canada nak menuntut ilmu magnet wang ini!... berikut saya kongsikan beberapa langkah permulaan yang perlu kita segera ambil.

1. Hapuskan dari pemikiran apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.

2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’

3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja2 sukar dan mustahil saja yg boleh buat wang.

4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN! Kerana ianya amatlah sial dan membinasakan.

5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’. Terlalu mahal! Aku takkan pernah MAMPU! Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!

6. Buka minda anda untuk menerima! Menarik WANG dari pelbagai sumber & arah. Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL. Ok hari ini cuba kita praktikkan. Hapuskan semua kepercayaan2 ini dari pemikiran dan amalan kita ya!

Selamat mencuba! Rasai, Hayati perbezaannya...!

MARI KITA JADI MAGNET WANG (Part. 2)

Setelah kita menghapus semua kepercayaan2 negatif dan tidak membina dari pemikiran dan amalan kita. Langkah bijak seterusnya ialah...

7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak manapun wang yg. Kita ada. Katakan pada diri anda. ( ni cara guru org. Puteh ajar la) wang adalah Bagus. Wang amat penting. Saya sukakan Wa...ng! Dan Wang juga sukakan saya. Wang akan dapat membantu saya untuk membantu orang lain. Ulang x 2. Dari sudut psikologi. Ianya secara langsung akan menghantar signal. Isyarat kepada minda kita dan dunia di sekitar utk menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk & ganjaran2 yg tidak kita jangka

8. Hapuskan dari pemikiran anda apajua perasaan geram. Marah. Kutukan dan kritikan pada orang KAYA. dan berjaya. Kerana pemikiran begini tidak akan membantu 'Apapun' dan. WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA. Percayalah! Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam. Undang2 tarikan!

9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman. Sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda. Berdoa dan bersyukur pada tuhan utk diri anda dan orang yg anda ingin ' Jadi' tu. Bersambung...

INGIN MENJADI MAGNET WANG? (Part 3) . Sambungan.

10. Sentiasa bersyukur dan menghargai berapa banyak wang yang anda ada. Sikap ini akan menarik lebih banyak WANG ke dalam hidup anda dan berpotensi utk menggandakannya.

11. Hargai dan syukurilah setiap sen dan ringgit yang anda perolehi kerana ianya adalah rezeki.

12. Kasihi diri mu dan letakkan diri mu terlebih dulu. Bantu diri mu dulu supaya berupaya membantu orang lain.

13. Ingatlah utk membayar diri mu terlebih dulu. Bayar hutang setelah bayar anda dulu. Sikap ini akan memberi isyarat pada minda separuh sedar kita dan seluruh dunia bahawa diri anda diletakkan terlebih dulu dan anda memang berhak dan layak menikmati kekayaan.

14. Yakinlah bahawa anda dilahirkan ke dunia utk mencipta kejayaan dan kekayaan sekiranya anda benar-benar berusaha memperolehinya!

Selamat mencuba! Rasai, Hayati perbezaannya...!



Sunday, September 11, 2011

Menang bid!

Jangan salah faham... bukan aku yang menang bid... tapi kawan-kawan aku... Dalam bulan Syawal ni ramai gak kawan-kawan yang menang bid... apa pon diucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana dalam waktu sekarang ni bukan senang nak menang bid dengan harga yang kita nak al maklumlah pembeli tengah gila nak membeli... biasanya hot property pasti akan terjual dengan harga semasa atau lebih.

Kepada yang belum menang pulak diharap jangan berputus asa... insyaAllah kalau takde rezeki dalam lelong mungkin ada rezeki dalam subsale pula... rezeki Allah tu luas...

Seminar Property N Co seperti yang dijadualkan akan berlangsung pada 15 dan 16 Oktober 2011. Dalam seminar ini tajuk Auction dan Subsale kedua-duanya akan dikongsikan bersama. Inilah peluang keemasan untuk sesiapa yang ingin bermula dengan pelaburan hartanah. Diharap ilmu yang kami kongsikan dapat memberi manafaat kepada kita bersama.

Maklumat lanjut tentang seminar “FROM ZERO TO HERO.. HOW WE MAKE MONEY FROM PROPERTY INVESTMENT” : sila layari http://propertyandco.blogspot.com.

For the 2 full days, your investment is only RM458. BUT, there is a special discount for registration of 2 pax and above. ONLY RM428 (group registration) per pax. For a limited time, there is a special early bird discount if you sign up and pay BEFORE OR ON 24 September 2011. This investment is only RM388/pax (individual) or RM358/pax (group registration) for the group registration of 2 and above.
Jumpa anda di sana!

PS: Isk bilalah aku nak angkat paddle balik nih... huhu gian beb!


Tuesday, September 6, 2011

Wordless Wednesday #1



Salam Aidilfitri 1432H

Di hari dan bulan yang baik ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika penulisan dan perkongsian saya di blog ini menyakiti hati mana-mana pihak. Selamat Hari Raya dan semoga kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan... Amin!

PS: Semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

Sarah di Hari Raya Pertama...


Blog Widget by LinkWithin