Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Tuesday, August 23, 2011

Ops! Api dah kena potong!

Di suatu malam yang indah, tenant Cyberia Crescent 2 sms bagitau TNB dah potong elektrik. Aiyakkk... terkejut aku. Memang dah lama aku suruh dia forward no bil dan amaun untuk aku bayar jumlah tertunggak tapi dia tak bagi pon. Haaaa... kan dah kena potong... Bukannya banyak pon jumlah tertunggak, rm200 sahaja. Alasan TNB, akaun tertunggak dah melebihi 4 bulan. Ohhh gitu ek...

Esoknya aku bayar bil TNB guna Maybank2u dan call TNB Care Line minta bekalan elektrik di sambung semula. Oleh kerana bayaran melalui Maybank2u, mereka minta aku 'Print Screen' resit daripada skrin Maybank2u dan emel kepada mereka.

Ok, bekalan akan disambung antara pukul 5 petang hingga 10 malam. Bergelap lagi tenant aku malam tu. Tepat pukul 10 malam tenant SMS bagitau bekalan elektrik dah ada. Fuh, Lega! Terima kasih TNB!

Moral of the story : Tak perlu ke pejabat/kedai tenaga untuk minta sambungan elektrik, telefon pon dah cukup ;)




Sunday, August 21, 2011

Pantai Hillpark Phase 5, Bangsar South

3r2b 1030 sf condominium for rent.
rm2400 per month.
Deposit  2 + 1 + utillities.
Strategically located between the fringe of Kuala Lumpur, Petaling Jaya and Bangsar, easily accessible to 3 major highways - Federal Highway, New Pantai Expressway and Kerinchi Link.

Public transport:-
By Train:
KTM - Angkasapuri station
LRT - University station
By Bus:
bus stop situated right in front of the development provide feeder service to nearest LRT stations.

Kitchen Cabinet.
Wardrobe in each room.
Air-cond (2 rooms)
Wallpaper.
Very nice and clean unit.
Second Floor.

Preferably family or female student/worker.
Available September 2011

Call to view:
Fara 012-3459450

Tq for reading. Have a nice day!


Monday, August 15, 2011

Selingan : Pa&Ma September 2011

Najah dan Jannah menghiasi Majalah Pa&Ma untuk slot Dunia Kembar edisi September 201. Shooting di Taman Tasik Permaisuri pada Julai lalu sangat mencabar sebabnya si kembar penakut orang! So agak lama juga kami menunggu untuk mendapat shot seperti di bawah ni. Kalau ada sesiapa yang dah beli tu jangan lupa bukak page 78-79 ye :)



Tuesday, August 9, 2011

Cerita Bidding

Al kisahnya, semalam peserta seminar Property & Co, En Y masuk bidding untuk rumah di Bukit OUG (BO) Condo. Bagus betul En Y ni sebab lepas pegi seminar dia terus take action. Memang itulah yang aku harapkan daripada setiap peserta seminar. Please take action ok! :)

Ada 2 buah unit BO yang dilelong kelmarin, RP 108k dan RP 125k.
Mengikut cerita En Y, ramai betul yang masuk membida untuk unit tersebut. Akhirnya harga mati pada rm240k dan rm245k. Wow! Memang harga yang diluar jangkaan aku.

Kisah ini mengingatkan aku pada kenangan manis 3 tahun lepas di mana aku memenangi bidding unit BO dengan harga RP 108k walaupon aku datang lewat ;)

Begitu berbeza sekali kisah 3 tahun lepas dan kisah bidding kelmarin...

Kenapa aku kata harga mati rm240k diluar jangkaan aku? Sebabnya 3 bulan lepas aku baru sign offer letter untuk refinance unit BO ini. Valuer bagi harga mv 150k shj? Hmmm... betapa tak puas hatinya aku hari ni...
Sampai terasa nak lelong unit sendiri.... hahaha...

Apa yang dapat dipelajari daripada cerita bidding kelmarin? Pendapat peribadi aku, memang sekarang ni market untuk penjual, pembeli excited nak beli rumah...

Bila aku cek dekat mudah.my, unit BO tu memang minima pon iklan letak rm240k utk keluasan 1222sf... hmmm... no wonder mereka berani bid sampai rm245k...

Untuk sesiapa yang rasa nak jual rumah... inilah masanya! Aku pon nak juallah unit BO aku ni... sape-sape nak beli aku bagi harga rm250k. Subsale maa... harga tinggi sikit daripada lelong... hehehehe... LRT station is under constructions just a minute walking distance from this condo.... hurry!


Monday, August 8, 2011

Property & Co: Next Session

Alhamdulillah sharing session ke-2 Property & Co: From Zero to Hero yang berlangsung pada 30-31 Julai 2011 lepas mendapat sambutan dan berjalan dengan lancar.

Seramai 21 orang peserta yang sangat sporting dan proaktif datang untuk sesi kali ini dan 9 orang pula terpaksa kami bawa ke tarikh seminar akan datang kerana mereka tak available pada tarikh tersebut.

We really have a good time! Enjoy & fun learning. Aku seronok bila dapat banyak soalan (maknanya peserta tak tidur waktu kami membebel... hehehe). You guys memang rock!

Selamat melabur dan jangan segan nak emel kami jika ada sebarang persoalan... insyaAllah pihak kami sedia membantu...

Wah, aku juga dah dapat pertanyaan melalui emel tentang tarikh baru untuk sesi ke-3 seminar Property & Co. Terima kasih kerana berminat untuk menyertai seminar kami.

Sukacita dimaklumkan, tarikh baru untuk sharing session ke-3 ialah pada 15 dan 16 Oktober bertempat di International Youth Centre, Bandar Tun Razak.

Untuk sesiapa yang nak secure seat dengan harga early bird (RM388) boleh hubungi Sara :
Call 012 3775966 atau emel ppchong09@gmail.com untuk pendaftaran.

Jumpa anda di sana!

PS: Alhamdulillah untuk sesi ke-2 ni rasanya aku (yang semulajadi pemalu ni) semakin selesa berpublic speaking :)

Peserta yg sangat sporting!
AE lead... ade bakat... hehehe
Q&A Session
Juara - Kumpulan 4 dapat hadiah best!
Jutawan Hartanah!


Blog Widget by LinkWithin