Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Thursday, March 31, 2011

Pelaburan Hartanah untuk Pendidikan Anak-anak

Apabila perkataan ‘pelaburan hartanah’ dibincangkan, kebanyakan orang akan melihat dari sudut pendapatan sewa (rental income) dan juga keuntungan hasil jualan hartanah selepas nilainya meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa memang itu cara yang selalu dipraktiskan oleh orang ramai apabila melabur didalam bidang hartanah.

Tetapi, bagi seseorang yang berpandangan jauh dan mengutamakan nilai-nilai kekeluargaan, pelaburan hartanah sebenarnya mampu memberi manfaat untuk kebaikan anak-anak pada jangka masa panjang. Banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk kemudahan anak-anak kita.

Salah satu cara untuk menampung keperluan anak-anak kita ialah dengan menyewa hartanah tersebut selepas pembelian telah dilaksanakan. Hartanah tersebut tidak kira sama ada apartment, rumah teres mahupun lot kedai (shoplot), Keuntungan daripada sewa terbabit boleh dijadikan wang untuk perbelanjaan anak-anak.

Perlu diingatkan bahawa kadar sewa bulanan akan naik dalam 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, untung bersih juga akan meningkat bersesuaian dengan keperluan dan kehendak anak-anak yang semakin meningkat.

Apabila anak kita ingin melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah,wang yang banyak diperlukan untuk menanggung perbelanjaan ini. Jika anak kita mendapat tajaan atau pinjaman kerajaan, beban kita dapat dikurangkan.

Tetapi, jika diperhatikan situasi pada masa kini, peluang untuk mendapatkan tajaan atau pinjaman kerajaan semakin sukar kerana persaingan yang lebih sengit, peningkatan jumlah pelajar yang layak memohon dan dana yang disediakan semakin berkurangan.

Jika tidak mendapat keistimewaan ini, bagaimana kita sebagai ibubapa perlu bertindak untuk mendapatkan sejumlah besar wang? Salah satu caranya ialah kita memohon kepada bank untuk ‘refinance’ hartanah terbabit supaya kita mendapat sejumlah wang yang besar bagi menjamin pendidikan anak-anak.

Perlu diingatkan bahawa hartanah tersebut akan meningkat harganya dalam jangka masa panjang.Selain itu, nilai hutang asal kita dengan bank semakin berkurangan kerana setiap bulan kita telah membayar ansuran bulanan.

Sebagai contoh, rumah teres di kawasan Setiawangsa pada tahun 2000 bernilai RM120,000. Selepas 10 tahun berlalu, harga rumah tersebut meningkat menjadi RM300,000.

Oleh yang demikian, jika kita memohon untuk re-finance, pada margin 90%, sebanyak RM270,000 dapat diperolehi. Selepas menolak baki hutang sebelumnya, mungkin RM200,000 bersih dapat digunakan untuk pendidikan anak-anak bagi menyambung ke peringkat diploma dan ijazah.

Keuntungan ini akan menjadi lebih banyak jika dikira wang ansuran bulanan yang telah ‘dibayar’ oleh penyewa. Selepas tamat pelajaran di peringkat tinggi, anak kita akan memulakan karier dan semestinya memerlukan rumah untuk didiami. Rumah terbabit boleh diduduki oleh anak kita dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan anak kita di permulaan kerjayanya.

Situasi ini boleh berlaku jika rumah yang dibeli itu berdekatan dengan tempat kerja barunya atau kawasan rumah itu senang untuk menggunakan kemudahan awam seperti bas dan LRT.
Secara tidak langsung, perbelanjaan bulanan anak kita dapat dijimatkan dan seterusnya sejumlah wang dapat disimpan untuk berkahwin atau digunakan untuk tujuan pelaburan lain.

Para ibubapa perlu sedar bahawa seseorang yang sudah bekerja pada masa sekarang dengan bergaji RM2500 sebulan tidak akan mampu untuk membeli sebuah rumah dalam masa yang terdekat. Inikan pula 10 hingga 20 tahun akan datang!

Sementelaah itu, anak kita juga boleh ‘ditugaskan’ untuk menyambung bayaran ansuran bulanan kepada bank dan seterusnya mengurangkan beban kita pada masa itu.

Seterusnya, apabila anak kita ingin melangsungkan perkahwinannya, ibubapa mungkin dapat menghadiahkan rumah tersebut sebagai hadiah perkahwinan. Lagipun, anak kita sudah mula membayar ansuran bulanan rumah terbabit.

Hal ini dapat mengurangkan belanja selepas kahwin anak kita dan wang tersebut bolehlah disimpan jika berlaku kecemasan atau persediaan untuk menyambut cahaya mata.

Walaubagaimanapun, kaedah pelaburan hartanah untuk anak-anak ini amatlah bergantung kepada kemampuan kita pada masa sekarang. Tetapi, jika tidak bermula dari sekarang, apakah nasib anak-anak kita 10 hingga 20 tahun akan datang?

Harga hartanah makin meningkat dan di sesetengah kawasan yang strategik, hartanah itu meningkat sebanyak 10% dalam masa 6 bulan dan harganya terus meningkat.

Peningkatan harga hartanah ini memang tidak dapat dibendung lagi Oleh yang demikian, sebagai ibubapa, kita perlu membuat persediaan yang rapi demi kepentingan masa depan anak-anak kita.

Dipetik daripada laman web http://www.drumah.com

Tunggu apa lagi... moh le kite beli rumah untuk standby belanja kawen pendidikan anak-anak :)


Thursday, March 24, 2011

Next Seminar???

Alhamdulillah atas permintaan yang agak menggalakkan (eceh!), kami Property and Co team sedang mempertimbangkan tarikh baru untuk next seminar - How to make money in property investment: a Fast Track. Kemungkinan besar akan diadakan sekali lagi pada bulan Jun 2011.

Jadi, pada sesiapa yang terlepas sesi pertama tempoh hari amatlah digalakkan untuk mengisi Contact Form kat sebelah kanan blog ni, pilih subject Join Property Seminar!, isi butiran yang dikehendaki serta tekan butang Submit. Kami akan emel/SMS anda tarikh baru seminar (bila kami dah pilih tarikh nanti ye).

Untuk sesiapa yang ingin mendaftar untuk membeli rumah/tanah lelong, anda juga boleh mengisi Contact Form di sebelah kanan blog ni dengan memilih subject Register for Auction Property! Masukkan sekali alamat rumah lelong yang ingin dimiliki (jika ada) di ruangan Message dan klik butang Submit.

InsyaAllah aku akan respon secepat mungkin.

Thanks again for all your support either silent readers or active readers...

Semoga perjalanan kita ke planet jutawan melalui bidang hartanah akan diberkati dan dipermudahkan... Amin!

Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar sekitar seminar 2 hari (pioneer batch) kami....


Monday, March 21, 2011

Alhamdulillah... success!!!

Terima kasih kepada semua peserta yg sangat-sangat supportive dan sporting. Mereka sebenarnya menaikkan semangat kami untuk memberi yang terbaik. Terima kasih tak terhingga juga untuk team Property & Co yang bertungkus lumus menjelang hari seminar specially Mr V for tapau all the crew task :)

Rohaniah Noor, Nicole Ong, Victor Tiong u did a very good job!

Tak lupa juga buat Tuanbri dan AE atas sokongan anda.

Click this link to see the review from Juanita's blog (one of the participant) seminar “FROM ZERO TO HERO… HOW WE MAKE MONEY FROM REAL ESTATE”

TQVM Juanita... You've just made my day! :D



Monday, March 14, 2011

Persiapan terakhir...

Team prop n co sekarang berada dalam fasa persiapan terakhir menjelang seminar kami pada hujung minggu ini. Diharap semuanya berjalan lancar seperti yg dirancang. Untuk mereka yang berminat untuk menyertai, masih ada tempat kosong tapi sgt terhad. Sila bertindak cepat ye...

Oh ye, seminar ini sangat sesuai untuk property virgin dan owner yg ingin menambah rumah drpd 1-2 biji ke 3-4 biji dan seterusnya ;)

Untuk tuan rumah yg dah otai pulak... boleh dtg untuk dapatkan refreshment...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami... Amin!


(sign tu ada silap sikit.. sepatutnya Property & Co bukan Property.Co tapi kami dah minta dibuat pembetulan.. so takde masalah....)


Monday, March 7, 2011

Aku sbg Penulis Jemputan @PropertyWaltz.com

Terima kasih kepada pihak admin propertywaltz.com yang menjemput aku sebagai penulis jemputan di ruangan Property Virgin edisi March 2011. Wah sungguh berbesar hati aku menerima jemputan ni... hehehe... pengalaman membeli hartanah pertama agak pahit untuk ku kenang tapi manis untuk difikirkan kembali... ingat! sesuatu yang berlaku ada hikmahnya... orang yang kalah ialah org yang tidak pernah mencuba... so inilah petikan daripada ruangan tersebut utk tatapan pembaca blog ku yg setia... ;)

Hi all,

Alhamdulillah.. finally Property Virgin for March 2011 been published..
sorry it takes few days for this month's featured article of Property Virgin to be published. It is all my fault.. for taking a long time to edit the photos and the article.

Ok, this month, we are very happy to have blogger ctfarazila with us.. Hm.. actually from the early setup of this blog, I have her opinion and support with me.. and also from Haruki too.

Ctfarazila for me is a local auction queen... we are so proud to have a great lady focusing on auction property in Malaysia. Read the article, and you will know why she jumps into auction rather than the other market. Enjoy and Happy reading ya!

~~~~



Profile:
Nickname: Ctfarazila
Gender: Female
Marital Status : Married
Age on the first purchase: 25
Year on first purchase : 2004
Website: http://hot-auction-property.blogspot.com


What is your first property?Where is it located?
Putra Intan Condominium. Located at Dengkil.

Is it for own stay or for investment?
Investment.

Have u studied on property investment before the purchase? How?
No. Not really. I just believe what the agent said. He said the property is in Cyberjaya...very strategic location etc.

What makes you decide to buy it? can u tell me the stories behind?
The main reason is I don't have to pay 10% deposit. It is 100% loan. The property is 70% completed at that time and i believe buying property can always make profits.

Did you encounter any problems or difficulties for the purchase? What and how it resolved?
Yes. Very big problem! The project is abandoned for almost 6 years. Luckily. somewhere in Oct 2009, another developer takes over the project and successfully makes the condo completed after a year. In fact, I just got the key of the house on last month from the new developer. After calculating, I find out that I have paid about rm40k to the bank since 6 years ago...just because I don't want to be blacklisted by the bank. ~ Sigh~

Is it your dream house? Why?
No. Because i love landed property.

After the purchase, what's next?
I feel very disappointed at that time. In year 2005, i tried to buy a property from auction and i won the bid at my first attempt. Wahhh!!
After winning the auction, I run out of cash. Hm.. auction actually needs a lot of cash u know :)
In 2007, i met personally Certified Financial Consultant to restructure all my financial commitment, make some savings and start refinancing to get some capital to buy more properties. Then, in 2008 I decided to be a real estate negotiator specialising in auction property and focus my property investment profile from auction market too.

From Aug 2008 till April 2009 (in 9 months), i managed to buy 4 more properties from auction market and it is really worth it. So, in total, i bought altogether 5 properties from auction market which are under market value and all have been rented out immediately with positive cash flow. Sadly, my Putra Intan Condo project was still abandoned.
:(

What is your advice to all property virgins and home buyers out there?
If u're really interested to buy your first property, buy the knowledge first. I have to pay rm40k tuition fees from my first lesson. It's really painful but, as Dr Peter Yee said, property is always forgiving. I do not regret it.

Anything else to add-up?
Auction can save thousandssss.... :)
I am glad to help u if you are really interested to buy one property through auction market. You can just contact me via email - ctfarazila@gmail.com, sms/call @ 012-3459450 or
yahoo messenger id: farisha_79@yahoo.com. InsyaAllah i will reply the soonest possible.



Tuesday, March 1, 2011

Property & Co : Come join us!

Some of my blog readers are still wondering how to be a successful property investor...

Privately, i and my 2 blogger friends plan to have a small sharing session with all of you. It will be on 19-20 March 2011 at International Youth Club, Bandar Tun Razak, KL. They will be tips and technical know-how session... and eating too!

If you're interested to join our first session(if there are 2nd or 3rd onwards la..), please check it out at http://propertyandco.blogspot.com. Sorry there are some fees there.. we need to collect it for the cost required to run it. But we keep it the minimum as possible.. because we more concern on how much we can share in these 2 days and how much we all will have fun then.

See you there, friends!


Blog Widget by LinkWithin