Thursday, August 14, 2008

Entry Cost Calculator & 50% stamp duty discount for one time only from LHDN

Salam kawan2...

Adakah anda tertanya-tanya tentang jumlah wang keseluruhan yang anda perlukan untuk sebuah rumah yang anda beli? Tentu sekali ! Anda bukan sahaja perlu membayar duit deposit sebanyak 10% daripada harga rumah tetapi terdapat juga caj-caj lain untuk dibayar seperti S&P, stamp duty, legal agreement fee, disbursement dan lain-lain...

Ok, untuk mengira kos keseluruhan, anda boleh klik di sini

Ingat bahawa untuk pembelian rumah di bawah 250k, anda akan mendapat 50% diskaun untuk stamp duty yang diberikan oleh LHDN.

Diskaun ini utk permohonan kali pertama sahaja bagi pembelian rumah rm250k ke bawah. walaupun anda telah membeli 2 buah rumah seblum ini, sekiranya pembelian ke3 ni merupakan permohonan diskaun pertama dan kurang dr rm250k, anda adalah layak mendapat diskaun tersebut.

Nak permohonan diskaun utk stamp duty kena buat akuan secara bertulis. Mengaku kite membeli hartanah tersebut dan ini merupakan pembelian pertama kita. Tanpa surat akuan, jgn harap dapat 50% diskaun tu.. boleh suruh lawyer tuliskan surat ni dan kita hanya sign shj. Grin

Sumber : http://rohaniahnoor.blogspot.com

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.