Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Thursday, February 17, 2011

Q&A: Soalan daripada pembaca blog

hi fara..
just nak tanye...sy skrg duk menyewa rumah (condo) kat kl ni....Tapi skrg umah saya sewa ni dah nk kena lelong pada 26 februari 2011 ni. Tenancy agreement akan tmt pada bln november so lmbt lagi lah. Skrg tuan rumah nk cari point utk kasi agreement saya dgn dia tu tak laku..First point dia ckp, rumah tu dijadikan ofis dan tak bgtau dia. Utk pengetahuan, sy mmg bekerja sendiri, so kebiasaannya sy akan berada dirumah (sy programmer) kalau tak jumpe client atau ke office (real office kat ampang). Selain tu, dia ckp rumah tu eletrik dah overload sbb sy buat office...Ekceli, sy duduk 3 org, setiap sorang ada komputer dan meja masing2 (mebi susunan meja pun dah jadi cam opis lah). Dulu masa sy menyewa student dulu, satu rumah 6 bijik pc pun xde hal (rumah student pun mcm opis, cuma barang2 je bersepah). Tak meletup pun. Selain tu jugak, dia ckp rumah dah tak jadi cam rumah hanya kerana sy tak pasang langsir yg dia tinggalkan (sy tanggalkan langsir tu sbb xnk rosakkan langsir dia, sbb ape2 pun, nnt sy yg kena byr gantirugi..)...

Soalan sy,

1. Kalu rumah dilelong, bank akan seal ke rumah tu? Barang2 sy kat dlm tu camne kalu kena seal?
2. Tuan rumah ada hak ke nak halang sy bawak kwn2 lepak or buat kerja dirumah sy tu? (takdelah selalu pun kwn2 dtg)
3. Kalau sy xpakai langsir tuan rumah tu, jadi satu kesalahan ke?
4. Boleh ke buat report polis berkenaan hal ni? Utk makluman, selain ejen pungut hutang dtg rumah, rumah pun nk kena potong air sbb maintenance fee tertunggak dah seribu lebih.

Tq for help,
Knh..

Jwp:

Salam,
Saya cuba jwb ye...

1. Bank x kan buat apa2 pada u dan rumah tu... tapi tuan rumah yg baru beli rumah tu akan dtg jumpa u utk berbincang samada u kena keluar atau u terus sambung sewa dgn tuan rumah baru. Pandai2 la u discuss dgn tuan rumah baru (kalau ade org yg beli, kalau xde org yg masuk bid maksudnye xde sape2 yg akan dtg).

2. Kalau terms tu xde dlm tenancy agreement so ok je kalau u nk ajak kwn2 dtg.

3. Tak salah.

4. I'm not sure. Rasa mcm boleh. Tapi better u confirm dgn any lawyer pasal undang2 penyewaan ni.

Why not u masuk lelong n beli rumah tu? Boleh i tau berapa u sewa dan lokasi rumah manalah tau i minat nk beli dan u boleh sambung sewa dgn i... hehehe

Hope this help

Rgds,
Fara

PS: Kalau sape2 teringin nak jadi tuan rumah awek ni, harga rizab rumah lelong ni adalah rm180k dan sewa rumahnya pulak adalah rm1200. Not bad! Sape-sape yg berminat nak cuba beli rumah ni boleh emel/sms/call aku dan aku akan bagitau lokasi rumahnya. (Tak boleh bgtau kt sini sebab menghormati privasi awek penyewa rumah... hehehe)


Sunday, February 13, 2011

Putra Intan Condo - selamat disewakan

Alhamdulillah kondo ni dah ade penyewa booking. Lampu, kipas, rel langsir dan door bell dah pasang. Cuma gril yg belum pasang. Penyewa adalah pasangan suami isteri dan anak-anak mereka. InsyaAllah mereka akan masuk rumah hujung bulan ini. Ni gambar2 sebelum pasang lampu kipas. Unit kami tingkat 1 betul-betul mengadap kolam renang. Gambar kolam renang di ambil drpd balkoni unit kami.

Actually selepas disewakan kondo ni still bagi -ve CF pada aku sebanyak rm200. Nampaknya kondo ni adalah satu-satunya rumah aku yg bg -ve CF. Huhu. Cadangan untuk atasi masalah ni:

1. Refinance untuk dptkan int rate lebih rendah (currently BLR-1.5) dan panjangkan tempoh pinjaman.
2. Jual - harga rm174k nego

Ada cadangan lain?

Aku rasa nama Dengkil ni perlu ditukar kerana kurang komersil. Padahal jarak dekat gile dengan Cyberjaya dan Putrajaya. Mungkin kalau ditukar dengan nama yg lebih moden akan menaikkan lagi harga hartanah di kawasan ni. Sekarang ni kalau sebut Dengkil mesti terbayang kawasan kampung. Tak ramai yg tau Dengkil dah ade kondo :)

Contoh kawasan yg BOOM lepas tukar nama: KOTA DAMANSARA
Dulu kalau x silap aku nama kwsn tu Sungai Buluh kan? Of course ada sebab-sebab lain yg menyumbang kepada kenaikan nilai hartanah di Kota Damansara.

Sekian untuk perkongsian cerita hari ini. Have a nice day everyone! :)





Sunday, February 6, 2011

Cuti Panjang CNY. Apa nk buat?

Rata-rata rakyat Malaysia amik cuti panjang sempena CNY 2011 ni. Aku x ambik pon. Cukup dengan cuti yg dpt. Takde plan ke mana-mana sebab April nanti insyaAllah nak ke Sabah. So memang simpan cuti dan $$$ untuk ke Kota Kinabalu nanti.

Bila tengok atas meja kopi dah penuh dengan surat-surat lawyer, bill statement daripada JMB, penyata akaun pinjaman, surat bank mintak cover note insuran dan lain-lain... aku pon dpt idea utk habiskan masa aku... Filing la beb! Kalau rumah dah lebih 5 bijik peningla nk cari dokumen kalau x filing...

So lepas filing meja bersih hati pon senang! Bila nk cari dokumen lama x lah amik masa yg panjang utk mencarik... Kena tambah satu lagi fail utk rumah sendiri yg kami baru beli daripada tuan rumah... :)



Blog Widget by LinkWithin