Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Sunday, March 25, 2012

Dividen Bank Rakyat

Alhamdulillah... akhirnya berita yang ditunggu-tunggu telah pon tiba...

Bank Rakyat umum dividen 20 peratus

2012/03/26


KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.

"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA

PS:  Dividen Bank Rakyat ini boleh jadi modal beli rumah lelong juga. Ketahui caranya dengan menyertai kursus Taiko Rumah Lelong dalam masa 1 Hari sahaja.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, March 19, 2012

Hanya Tinggal 5 Tempat Kosong

Makluman kepada semua pelabur yang ingin mempelajari selok belok membeli hartanah lelong, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari hanya tinggal 5 tempat kosong sahaja lagi untuk yang berminat.

Tarikh kursus adalah 1 April iaitu ahad, jam 9.00 pagi - 5.00 petang.

Yuran kursus adalah RM 258 untuk seorang atau RM 228 jika mendaftar berkumpulan.



Ingat!

Tindakan anda pada hari ini akan menentukan kehidupan anda 5 tahun akan datang.

Fast Action = Fast Result

Fikir-fikirkan.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, March 15, 2012

Persediaan Kursus

Kemaskini Slide :)
Kelmarin, blogger RN datang ke rumah untuk berbincang tentang material dan aktiviti tambahan untuk Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari yang akan berlangsung pada 1 April ini.

InsyaAllah kami akan beri yang terbaik kepada semua peserta yang hadir. Kami mahu mereka bersedia masuk lelongan dengan 100% konfiden selepas mereka mengikuti kursus ini.Untuk mereka yang berminat tetapi belum mendaftar, anda boleh mendaftar melalui borang di bawah :



Bagi sesiapa yang telah mendaftar tetapi belum membuat bayaran sila periksa emel anda dan buat bayaran sebelum atau pada 18 Mac 2012 untuk melayakkan anda mendapat harga early bird.

Untuk semua pemenang Biasiswa Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari.

Tahniah diucapkan ...

Kepada semua peserta kursus, anda memang hebat kerana telah memulakan langkah pertama ke dunia lelongan hartanah!

Jumpa anda di sana!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, March 12, 2012

Hot Auction Property : Mac 2012

Apartment
Auction Price: RM 138,000.00
Land Area: 867 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. 16-08-01, Block A, Vista Magna, Jalan Prima, Metro Prima, 52100, Kuala Lumpur

2 + 1 Bedrooms Condominium
Auction Price: RM 130,000.00
Land Area: 860 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. 5-16-3, 16th Floor, Pearl Tower, Serimas Condominium, Jalan 4/89A, Batu 3 1/2, Jalan Cheras, 56000, Kuala Lumpur

2 Bedrooms Condominium
Auction Price: RM 125,000.00
Land Area: 886 sq.ft
Auction Date: 2012-03-20
Location: No. 6-10-11, Block 6, Jalan 4/125, Vantage Point Condminium, Taman Desa Petaling, 57100, Kuala Lumpur

3 Bedrooms Apartment
Auction Price: RM 121,500.00
Land Area: 820 sq.ft
Auction Date: 2012-03-26
Location: No. M8-2-02, 2nd Floor, Block M8, Pangsapuri Gagah, Taman Tun Perak Cheras, Kuala Lumpur

Apartment
Auction Price: RM 88,000.00
Land Area: 800 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: No. 28-1F, Block E, Jalan Maju 3/3, Taman Lembah Maju, 56100, Kuala Lumpur

Corner 3 Bedrooms Apartment
Auction Price: RM 75,000.00
Land Area: 635 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: No. D-05-13, Block D, Pangsapuri Delima, Taman Pasir Permata, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200, Kuala Lumpur

Low Cost Apartment
Auction Price: RM 70,000.00
Land Area: 646 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. C-08-38, Rumah Pangsa Sri Penara, Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000, Kuala Lumpur

3 Bedrooms Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 700 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. D-2-5, 2nd Floor, Block D, Jalan 7/154D, Alam Damai, Cheras, 56000, Kuala Lumpur

Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 678 sq.ft
Auction Date: 2012-03-23
Tenure: No Info
Location: No. A-15-7, Block A, Pangsapuri Permai, No. 2, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, 57100, Kuala Lumpur

2 Bedrooms Low Cost Flat
Auction Price: RM 45,000.00
Land Area: 520 sq.ft
Auction Date: 2012-03-20
Location: Unit No. 60-6-17, 6th Floor, Block 60, Jalan 1/2B, Taman Seri Murni, Off Jalan Ipoh, Batu Caves, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 650 sq.ft
Auction Date: 2012-03-29
Location: Unit No. 18–17, 18 th Floor, Pangsapuri Seroja, No. 5, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan, Kepong, 52100, Kuala Lumpur

3 Bedroom Condominium
Auction Price: RM 170,000.00
Land Area: 962 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: No. B3-11-30, Kepong Sentral Condominium, Jalan Puncak Desa 2, Taman Puncak Desa, Kepong, 52100, Kuala Lumpur

3 Bedroom Medium Cost Apartment
Auction Price: RM 120,000.00
Land Area: 1022 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. 1-2-10, Arena Shamelin Apartment, Jalan 3/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 58,000.00
Land Area: 678 sq.ft
Auction Date: 2012-03-22
Location: Unit No. E-1-10, Block E, Pangsapuri Permai, No. 2, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, 57100, Kuala Lumpur

Low Cost Flat
Auction Price: RM 70,000.00
Land Area: 678 sq.ft
Auction Date: 2012-03-29
Tenure: Leasehold Expiring on 05 July 2089
Location: Unit No. 209-11-23, Block 209, Jalan Dato Senu 26, Taman Sentul Utama, 51000, Kuala Lumpur

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, March 8, 2012

Jual atau simpan?

Baru-baru ni saya giat mengiklan unit Bukit OUG Condo saya untuk dijual dan disewa. Ini disebabkan oleh penyewa telah memberi notis untuk keluar hujung bulan ni :)

Ianya tidak dirancang. Ramai yang menelefon. Ramai juga yang datang melihat rumah. 2 minggu lepas, seorang pemuda berbangsa tiong hua (saya namakan A) pergi melihat rumah ditemani suami. Tengok punya tengok, nampak dia berminat. Harga buka, rm250k. Rakyat Malaysia sukakan diskaun bukan? Jadi harga akhir kami setuju beri rm245k. Selesai malam itu.

SMS lanjutan daripada pemuda A, dia dah berbincang dengan peguam. Nampak positif. Suami pun dah pesan yang dia kena bayar duit booking sebanyak 2% kepada kami. Tiada bantahan.

Temujanji diatur. Malam itu, pemuda A datang ditemani peguamnya. Wah, bukan calang-calang ni siap bawa peguam datang rumah saya :) Mula perbincangan, semuanya nampak ok. Di pertengahannya, saya dimaklumkan yang pemuda A mahu meletakkan duit booking sebanyak 2% di dalam akaun peguamnya dahulu. Kemudian, setelah S & P siap ditandatangani barulah pihak peguam akan menyerahkan 10% deposit kepada pihak kami. Apa cerita?

Makanya, pihak kami tidak bersetuju. Pemuda A juga tetap dengan pendiriannya. Hmm, nampak gaya tak jadi jugak ni :)

Tak mengapalah, kami pon bukan terdesak untuk menjual. Saya optimis harga unit ini akan memcecah rm300k apabila stesen LRT di hadapan kondo siap tak lama lagi. Buat masa ini, kami hanya mencari penyewa baru. Boleh lihat iklan di sini : Bukit-Oug-Mudah.my

Sayang juga sebenarnya untuk menjual unit ni. Ini rumah ke-2 saya yang dibeli melalui acara lelongan. Rumah yang berkeluasan 1222sf dan berstatus FREEHOLD ini saya beli tanpa melihat keadaan rumah terlebih dahulu. Sudahlah datang lambat pada hari lelongan. Alhamdulillah memang dah rezeki agaknya, saya menang pada harga rizab, rm108k. Harga semasa rumah ketika itu: rm120k. Murahkan? Siapa sangka sekarang harganya telah melonjak lebih daripada 100% ? Kadar sewa minimum pula ialah rm1k. Rugilah saya tak beli 2-3 bijik unit ni dulu... hehehe...

Betul ke kata orang, beli rumah lelong ...

Memerlukan wang tunai yang banyak?

Risiko pon tinggi?

Betul ke?

Sebenarnya nak beli rumah lelong bukanlah susah sangat kalau anda dah tau apa nak buat.
Setuju tak kalau saya katakan, dalam semua perkara yang kita lakukan di dunia ni :

Semakin tinggi pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin rendahla risiko yang mungkin kita hadapi.

dan

Semakin rendah pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin tinggila risiko yang mungkin kita hadapi.

Begitu jugalah halnya dengan membeli rumah lelong. Tambah ilmu dan buat homework sebelum masuk membida. Beli rumah bukan macam beli ikan di pasar. Sedikit kesilapan, bersedialah untuk menanggung kerugian beribu ringgit. Dengan teknik yang betul, insyaAllah membeli rumah lelong akan membawa keuntungan yang besar.

Saya ingin berkongsi tips dan teknik dalam membeli rumah lelong dalam seminar saya yang akan datang, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari. Jemput kawan-kawan pembaca semua yang berminat untuk mendaftar ke seminar Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari ini dengan mengisi borang di bawah. 



Kursus ni sangat sesuai untuk beginner yang mahu menceburkan diri dalam hartanah lelong tetapi tidak tahu bagaimana ingin melakukannya.

InsyaAllah saya akan cuba memberi yang terbaik serta berkongsi pengalaman saya sebagai ejen dan pelabur hartanah lelong. Paling menarik ialah kehadiran peguam, Pn Nurul yang biasa mengendalikan jual beli hartanah lelong. Beliau akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan pembelian hartanah lelong dari sudut perundangan, antaranya:

- Tempoh penyelesaian bayaran 90 hari.
- Membeli rumah lelong yang ada caveat
- Sekatan unit bumiputra
- Tuan punya hartanah yang lama tak mahu keluar walaupun hartanah dah terlelong
- Sekatan dan kelulusan pembelian rumah kos rendah.
- Pecah masuk rumah lelong selepas menang bidaan

Sehingga ke hari ini, hartanah lelong masih menjadi pilihan utama dan tetap di hati saya insyaAllah ;)

PS: Kalau nak diskaun untuk seminar ni, klik di sini ...
(masih perlu isi borang di bawah ni ye!)



Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, March 6, 2012

Taiko Rumah Lelong dalam masa 1 Hari sahaja ?

Ramai pembaca blog saya tanya, bila saya dan kawan-kawan nak anjurkan seminar lagi?

ya, tahun lepas memang menarik
3 program seminar telah pun kami anjurkan
peserta-peserta memang sporting dan best
ada yang berani tampil ke depan persembahkan visi mereka
ramai yang bekerjasama dengan baik dalam kumpulan hingga menang kumpulan terbaik
ada juga yang tampil mengetuai senaman sebelum memulakan sesi
Memang seronok dan penuh berinformasi
Saya harap semua peserta ini mendapat manfaat dan makin berjaya di dalam pelaburan hartanah mereka.

Jadi sekarang ni saya nak umumkan yang kami akan anjurkan lebih banyak lagi program
Tapi berbeza dari tahun lepas
Kami mahu anjurkan program yang lebih spesifik dengan keperluan dan tahap ilmu peserta.

Bidding is Fun!
Pengumuman pengumuman!

Dengan ini saya umumkan akan ada dua program untuk bulan April.
Satu, saya akan umumkan kemudian.

Satu lagi, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari
tarikh: 1 April 2012
masa: 9.00 pagi - 5.00 ptg
tempat: International Youth Center, Bandar Tun Razak KL.

Seminar ni memang best untuk yang berminat nak buat duit melalui hartanah lelong
Saya sendiri akan berkongsi tips dan strategi di dalam kursus 1 hari ini.

Detik-detik mendebarkan ketika acara lelongan
Antara topik yang saya akan sentuh adalah
- Kenapa beli dari lelong
- Bagaimana beliau buat duit dari lelong
- Mengenalpasti permata rumah lelong
- Prosedur untuk membeli rumah lelong
- Kepentingan research sebelum membeli rumah lelong dan bagaimana caranya
- memahami Proclamation of Sale
- Bagaimana mendapatkan pinjaman untuk rumah lelong anda
- Tips hangat untuk menang lelong di tahun 2012

Tapi bukan itu sahaja, kami juga menjemput seorang peguam yang berpengalaman luas di dalam menguruskan urusniaga hartanah lelong iaitu Puan Nurul Muhaniza dari Mssrs Abu Zahar Syed Muhammad Fuad.

Beliau akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan pembelian hartanah lelong dari sudut perundangan, antaraya:

- Tempoh penyelesaian bayaran 90 hari.
- Membeli rumah lelong yang ada caveat
- Sekatan unit bumiputra
- Tuan punya hartanah yang lama tak mahu keluar walaupun hartanah dah terlelong
- Sekatan dan kelulusan pembelian rumah kos rendah.
- Pecah masuk rumah lelong selepas menang bidaan

Selain yang saya sebut ni, ada lagi topik-topik lain tapi tak dapat nak sebut satu persatu lah.

Yuran yang dikenakan untuk jadi taiko dalam masa satu hari ni cuma RM 258 untuk sorang
atau RM 228 kalau anda daftar dalam kumpulan 2 orang atau lebih

tapi....
kalau daftar sekarang sebelum 18 Mac ni, harga yuran untuk burung-burung awal cuma RM 228 atau rm 208 untuk pendaftaran berkumpulan.

Jadi, jom register awal supaya anda boleh jimat sekurang-kurangnya RM 30 untuk seorang atau RM 40 untuk 2 orang.

Nak mendaftar, boleh isi borang ini:



Jomm daftar
Insya Allah kami akan berikan satu kursus yang sangat menarik dan hands on
Takde dengar kami membebel sepanjang masa punya

Lagipun akan ada
- Hadiah kumpulan terbaik bernilai RM 150
- Kit Pelaburan Hartanah Property N Co bernilai RM 388 yang mengandungi contoh perjanjian sewaan (rumah), contoh perjanjian sewaan (bilik), contoh surat tawaran pinjaman, jadual caj stamping dan borang kajian pelaburan hartanah.

Satu lagi perkara menarik,
kami akan tawarkan 5 biasiswa untuk pembaca blog yang bertuah.
Pemenang-pemenang ini akan dapat hadir ke kursus ini dengan tidak perlu membayar RM 228 ini
mereka hanya perlu bayar RM 50 untuk makan dan minum dan bayaran pentadbiran sahaja.
Bagaimana caranya?

Baca di sini...

Tapi menang biasiswa atau tidak, anda tetap kena isi borang pendaftaran ini juga.
Jom isi sekarang..



Sunday, March 4, 2012

CIMB Mega Auction 11 Feb 2012

Salam kepada semua pembaca :)

Nampaknya agak lama saya tinggalkan blog ini tanpa kemaskini. Macam-macam yang berlaku - dan agak malas juga (terpaksa mengaku) ;)

11 Februari yang lalu - saya turun ke gelanggang lelong, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk klien yang sangat-sangat dihormati. Bertempat di Hotel Istana - hari Sabtu pula tu... anda tentu dapat mengagak anggaran khalayak yang hadir untuk membida. Sangat ramai!

Macam ni ulat pon susah nak carik makan... keluh saya dalam hati...

Selesai mendaftar, kami (saya dan suami) makan dan minum susu dulu (rugilah kalau tak makan, bukan senang nak dapat makanan percuma di hotel). Jumpa pula jiran yang nak beli rumah. Sembang sikit-sikit dan ambil tempat di dewan lelongan.

Hmm... suasana lelong masih begini. Maksud saya, masih ramai pembida yang sanggup membida sehingga mencapai harga yang sama dengan harga pasaran atau lebih tinggi. Tiada tanda-tanda harga rumah akan menurun. Klien-klien yang saya hormati tewas.

Untuk Fajaria Condo, harga naik daripada rm180k kepada rm350k. Hanya mampu melihat dan tak sempat nak angkat tangan.

2 minggu lepas, ada rakan yang masuk membida Casa Riana di Puncak Jalil mengadu harga naik terlalu pantas daripada rm100k kepada rm180k. Itu untuk bumi lot. Wah bangga jugak saya lihat unit bumi lot mampu naik sejauh itu.

Nasihat saya, jangan lupa buat homework dan jangan serik untuk membida lagi. Usaha, doa dan tawakkal insyaAllah akan membuahkan hasil jua akhirnya...

Jangan lupa baca tips lelong 2012.

Mega Auction - Ulat pon susah nak carik makan... huhu

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Blog Widget by LinkWithin