Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Thursday, August 28, 2008

Panduan ringkas sebelum membeli rumah lelong

Kali ni aku nak cerita pasal 'home work' yang perlu dibuat sebelum kita ambil keputusan untuk membeli rumah lelong. Aku cerita ni daripada pengalaman dan pembacaan aku. Maaf kalau ada terlebih terkurang...

1. Kita perlu dapatkan dokumen Proclamation Of Sale (POS) & Condition Of Sale (COS) daripada pihak pelelong atau ejen (sayalah tu :)). Boleh telefon dan suruh diorang fax/emel. Tengok syarat-syarat lelong, berhubung dgn segala cukai dan bil yg tertunggak. Cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil air, bil api macam mana? berapa banyak dan sapa kena settlekan. Biasanya untuk bil air, api dan pembetungan (IWK) pembelilah yg kena settlekan. Yang lain (cth maintenance charges dan cukai taksiran) bank boleh uruskan. Tapi hati-hati kadang-kadang tu ada jugak bank yang tak nak langsung bayar segala jenis bil. Semuanya atas pembeli. Kalau kes macam ni (rujuk dlm POS), kita kenalah call TNB, Syabas, IWK, DBKL, developer dan lain-lain untuk dapatkan jumlah yang tepat supaya kalau tunggakannya terlalu banyak kita boleh cari rumah lain ataupon masukkan dalam bajet.

2. Kalau dah puas hati dengan amaun bil-bil tertunggak, kita kena pegi tengok rumah/tanah yg hendak dilelong tu, macam mana keadaan/rupa dia. Ada orang duduk ke... Siapa yang duduk tu? Penyewa atau tuan rumah. FYI, hartanah lelong hanya dapat dilihat drpd luar shj. Tiada kebenaran utk masuk ke dalam. Walaubagaimanapon jika rumah tersebut tidak berkunci dan xde org, bolehla anda masuk & tengok2 apa yg patut. Boleh juga masuk dgn minta kebenaran dgn penghuni rumah (jika ada)

3. Dapatkan dokumen-dokumen yg berkaitan dgn harta tu di pejabat tanah serta dapatkan salinan. Pastikan TIADA kaveat atas hartanah berkenaan. Jika ada kaveat, lupakan saja. Banyak lagi hartanah lain kat Malaysia ni... hehehe...jujurnya saya belum pernah cek kaveat ni. Tapi saya pernah call Pejabat Tanah, katanya untuk rumah yang belum ade strata title owner x boleh letak kaveat. (Sila confirm sendiri dgn Pejabat Tanah ye…)

4. Harga hartanah paling baik adalah lebih rendah 20% daripada harga semasa. Jika hartanah tersebut memenuhi semua matlamat kita, barulah fikir-fikirkan nak masuk bid ke tidak. Untuk masuk membida, paling selesa bila kita mempunyai 15% daripada harga rizab hartanah. Kita kena buat buat bank draf di mana-mana bank sebanyak 5% atau 10% daripada harga rizab (seperti yang tertulis dalam POS). Kad kredit juga boleh digunakan tapi ada caj tambahan 2% (tertakluk pada POS).

Sgt Penting! Sila register 3 hari bekerja awal (utk RHB Bank) atau satu hari bekerja awal (utk lain-lain bank) daripada tarikh rumah dilelong. Senang je nk register ni boleh emel/sms nama penuh, no IC, alamat rumah & no telefon bimbit anda ke ctfarazila@gmail atau sms ke 0123459450 untuk tujuan pendaftaran.

5. Jika anda menang membida, kita kena settlekan baki deposit pd harga yg kita memang tu pada hari itu juga. Contoh harga rizab RM90k kita memang dgn RM105K, maksudnya kita kena tambah RM1.5K lagi utk baki deposit yg mesti settle pd hari tu jugak. Untung masuk lelong ni kalau kita ada banyak duit.

6. Selepas settle deposit, kita diberi tempoh biasanya 90 atau 120 hari (tertakluk pada POS) untuk settlekan baki harga lelong yg kita menang. Anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank dengan kadar segera. Saya pon boleh tolong kenalkan dengan pegawai bank & peguam yang pernah deal dengan saya. :)

Begitulah serba ringkas kalau nak masuk lelong ni... Macamana? Senangkan? Jadi jangan tunggu lagi! Dapatkan rumah lelong murah-murah sekarang! Kalau nak tanya apa-apa kat saya... Silakan! :)


Monday, August 25, 2008

Lelong : 28 Ogos 2008















Property Code : PB132973
Location : No. A-1-22, Block A, Rumah Pangsa Sri Penara, No. 6, Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Auction Price : RM 50,000.00
Market Value : RM 70,000.00
Land Area (sq.ft) : 650
Auction Date : 28-Aug-08
Deposit : 10%

Rumah flat ni memang dekat gile dengan stesen LRT Salak Selatan. Jalan kaki je. Sewa antara RM450-RM500. Pernah dilelong pada 2 bulan lepas mencecah pada harga RM76k. Sila lakukan 'home work' sebelum masuk membida. Aku akan huraikan lebih lanjut pasal 'home work' pada posting akan datang. Nak makan le lapo. :)


Sunday, August 24, 2008

Settle pasal loan rumah

Orait kali ni aku nak cite pasal kekusutan loan rumah tu dah settle dah. Alhamdulillah... Aku dgn laki aku dah pon sign offer letter daripada Ambank. So lepas ni tunggu jelah proses seterusnya. Tugas lawyerla pulak. Aku x taula sempat ke tak nak settle dalam masa 90 hari (biasala rumah lelong ada tempoh settle ni, kalau x settle ada penalti tapi xdela byk sangat. Boleh buat rayuan panjangkan tempoh)

Ikut pengalaman aku yang lalu, beli daripada EON Bank pastu buat loan company dapatla settle betul-betul sebelum due date. Tapi EON Bank punya tempah lama la 120 hari. Ambank ni 90 hari je tapi aku takdela risau sangat sebab loan aku pon daripada Ambank so hopefully prosesnya lebih mudah dan cepat :)

Sekarang ni aku tengah tunggu jugak duit daripada proses refinance rumah lelong aku yang pertama dulu kat Bandar Sri Permaisuri. InsyaAllah dapat antara RM 19-20k. Memangla x berapa nak banyak banding dgn otai2 property tapi aku puas hati la sebab dpt balik apa yang aku laburkan dulu & pada masa yang sama rumah tu still milik aku. Lepas ni ingat nk beli low cost jelah pasal takut loan x leh lepas... hehehe... Aku target Bandar Tasik Selatan jelah pasal Bandar Sri Permaisuri tu dah ramai orang attack.


Wednesday, August 20, 2008

Home Loan Updated from Ambank

Alhamdulillah rasa macam nak buat sujud syukur je sebab Ambank dah luluskan home loan dan bagi rate sama macam CIMB bagi. Memang aku tak sangka sebab rate dia jauh beza dengan CIMB. Rasa macam bersalah lak kat pegawai CIMB tu sebab aku dah cakap aku berminat nak amik dengan dia. La ni kena kensella pulak. Takpela aku akan promote nama pegawai CIMB tu kat sini pasal aku rasa servis dia bagus & pantas. Kalau tak kerana aku beli rumah ni daripada lelongan Ambank dah tentu aku amik pakej loan CIMB ni. Ni no hp pegawai CIMB tu Kelvin - 012 477 2735

hmm.. baru balik daripada Ambank. Ambik offer letter. Mengah...mengah jalan kaki... kakaka... jalan sikit dah mengah. Bayaran bulanan untuk Ambank ni ada kurang rm4 le drpd CIMB... tihihi... pasal MRTA dia murah sikit rasanya. Mula-mula memang aku ingat nak amik MRTA 5 tahun je tapi bila fikir2 balik aku takutla umur x panjang dah tu tinggalkan hutang lak kat anak-anak & laki so aku ubah fikiran la ambik je MRTA utk 30 tahun insyaAllah lebih berkat...huhuhu... So malam ni aku sign le letter offer tu dgn laki aku. Esok hantar balik. Ada kemusykilan sikit pasal MRTA tu sebab dia cover nama aku sorang je. Bistu kalau apa-apa jadi kat laki aku matilah aku kena bayar hutang sorang2. (na'uzubillah...) Then kalau jadi apa-apa kat aku laki aku leh joli katak le pasal insuran bayar lump sump hutang umah ni. Arghhh ini tidak adil! Sekarang jugak aku nak call suruh officer tukar jadi 50-50 macam CIMB nye letter offer. Aduh bertambah lambat la kalau nak suruh dia tukar pasal insuran pulak. Sabar jelah!

Dah call dah. Diorang akan selesaikan masalah ni. Thank God!


Ambank Counter Offer

Semalam aku cerite pasal dpt surat tawaran pembiayaan perumahan daripada CIMB. Lepas tu aku saje call Ambank bagitau aku dah dpt offer letter daripada CIMB dan aku bagitau rate nye sekali setelah ditanya bertalu-talu oleh pegawai Ambank tu hehehe...

"Wah jauh betul bezanye dengan Ambank ye..." katanya lagi. Aku pon hanya mengiyakan shj. Aku cakap kat dia kalau aku amik dgn CIMB pon takpelah kan. Dia kata takpe je. Tiba-tiba petang semalam dia call pulak kata nak tengok offer letter tu dan dia akan cuba dapatkan rate yang sama drpd Ambank utk aku. Wow! ini macam pon buleh ke. Aku memang lagi suka amik dengan Ambank pasal aku beli umah lelong ni daripada Ambank so harap-harap kalau dapat loan housing Ambank proses pindah duit & nama akan berjalan dengan lebih pantas & lancar.

Anyway ari ni melangut jugak aku tunggu call daripada Ambank tapi xde pon. Kalau officer CIMB call apalah nk jawab ni... huhuhu...

Hari ni jugak aku start iklan rumah ni untuk disewa di mudah.com.my

Iklan ini boleh dilihat di http://www.mudah.com.my/vi/1178399.htm

Cepat betul respon bila iklan kat sini. Aku bet lah mudah.com.my ni memang dah glemer satu Malaysia. Dah ada 3 org call tanya pasal rumah ni Alhamdulillah cuma kalau nak tengok tu kena tunggu bulan 9. Bulan 9 baru rumah tu kosong dan senangla kalau ada orang nak tengok.

My husband suruh aku iklankan psp dia semalam. Wow! Adala dekat 30 org call kot daripada petang semalam sampai hari ni. Petang tadi dah selamat pon dibeli orang. Memang efektif sungguh! Aku terpk2 apa lagi nak jual kt mudah ni ek... hehehe


Tuesday, August 19, 2008

Surat tawaran bank... yahooo!

Alhamdulillah... semalam seperti yang dijangka pegawai CIMB datang hantar surat tawaran pinjaman perumahan. Kadar interest yang diberikan agak menarik iaitu BLR - 1.85% dengan bayaran bulanan sebanyak RM534 sebulan. Kalau dapat sewakan RM 700 pon dah boleh cover installment bank + maintenance. Wow...menarik tertarik da booom!

Antara ciri-ciri lain pinjaman tersebut ialah :
-Pinjaman 100k (termasuk MRTA) , ZEC
-Lock in period 5 tahun
-Tempoh pinjaman 30 tahun
-Penalti 3% daripada jumlah pinjaman kalau refinance/jual dlm tempoh lock in period.

Aku rasa aku akan terima tawaran ni sebab Ambank pon x dapat bagi rate ni. Ambank boleh bagi BLR-1.3 je. Jauh bezanya tu. Officer ni bagus sgt. Aku fax je kt dia. Pastu dia dtg opis bg offer letter. Aku promote nama dia kat sini pasal dia punya servis yang mudah dan pantas ! Kelvin - 012 477 2735

Tadi jugak aku call penyewa yang sewa umah aku ni drpd owner lama. Dia masih lagi duduk kat situ. Aku cakap baik-baik je dengan dia sebab dia nak pindah awal bulan September. Aku takut jugakla kang aku cakap kasar-kasar dia kasi pecah paip-paip dalam rumah tu kang, masak aku nak ganti balik... hehehe... Dia bagitau keadaan rumah tu ok. Dia jaga baik punye. Kabinet dapur ada dan masih elok lagi. Wah bagus tu ada kabinet dapur. :)

Aku cuma suruh dia sms/call aku bila dia dah keluar nanti. Malasla nak gaduh-gaduhkan. Baik kite settle cara elok je. Hati pon tak sakit betul tak? Aku jugak dah start buat iklan untuk rumah ni. Iklannya berbunyi seperti ini...

Bukit OUG Condo for Rent – Bukit OUG

Condominium in Bukit OUG. FREEHOLD 1222 sf. 2 + 1 rooms, 2 baths, living, kitchen with kitchen cabinet, dinning and drying area. Big bedroom with bathroom attached and big rooms. Living separated from kitchen n dinning area. High floor, breezy, pool view. Clean n nice interior. Quite environment.

Condo facilities:- park n playground, clubhouse, swimming pool, tennis court, security, covered car park. In condo convenience shops and eateries.

Near amenities - OUG Plaza (Giant, Parkson, McDonalds, etc), Central supermarket, Pearl Point Mall, shops. Easy access to Kesas, Jalan Puchong, Jalan Klang Lama and to Federal Highway / MidValley.

Click here to see the exact location of Bukit OUG Condo (Bukit OUG Condo is at the centre of the map):

Renting at RM790. negotiable.

Deposit 1+1
Deposit water & electricity RM300
September 2008 intake.

Call Farah 012-3459450 or email: ctfarazila@gmail.com



Monday, August 18, 2008

Samb Pinjaman Perumahan

Alhamdulillah... hari ni pegawai CIMB call ckp nk dtg hantar offer letter. Aku tengah menunggu le ni. Tadi Alliance call kata loan lulus tapi 85% je. Kalau nak 90% kena hantar dokumen sokongan contohnya ASB aku yang ade rm50k tu ke... hahaha... tapi aku malasla sebab Alliace ni non-ZEC kena bayar duit lawyer lak so aku kata kat dia takpela kalau aku nak aku call dia. Rate dia pon x berapa menarik sangat. Tahun pertama BLR-4.7 pastu BLR-0.7 jek... huhuhu mahalla. Takpe aku nak tunggu CIMB pulak.

Semalam aku call ejen rumah tu pastu dia kata tenant nak keluar rumah bulan 9. Ek eleh apa barang kalau nk keluar, keluarla sekarang. Takpela sementara ni aku biarkan dulu lepas je aku dpt offer letter siapla diorang. So sekarang ni jugak aku sibuk mengiklankan rumahku untuk disewa. Sewanya murah sahaja RM750 sebulan untuk kondominium yang sangat luas 1222sf. Kemudahan memang lengkap la dengan pool, gym & club house. Deposit 1+1+rm200 air api. Itu saje. Sangat murahkan???

Oh ye lupa nak cerita ari tu waktu survey rumah aku terjumpa dengan pelakon tambahan Bella. Ala cite ni meletup tau dulu setiap hari isnin-khamis 6.30 ptg. :) Pelakon yang aku jumpa ni berlakon jadi mekanik yang mengorat Farah (adik kepada Syah yang jahat gile tu) Ingat tak? hehehe... aku siap tegur dia tanya dia tau tak mana blok 1. Dengan sopan santunnya dia menjawab soalan aku... hehehe... cute jugakla dia tu wehhh... Ehem lagi satu dia duduk di blok 13 iaitu blok yg sama dengan unit yang aku beli... hehehe... so sapa2 yg teringin nk jumpa dia cepat2la sewa kondo aku ni ;)


Thursday, August 14, 2008

Entry Cost Calculator & 50% stamp duty discount for one time only from LHDN

Salam kawan2...

Adakah anda tertanya-tanya tentang jumlah wang keseluruhan yang anda perlukan untuk sebuah rumah yang anda beli? Tentu sekali ! Anda bukan sahaja perlu membayar duit deposit sebanyak 10% daripada harga rumah tetapi terdapat juga caj-caj lain untuk dibayar seperti S&P, stamp duty, legal agreement fee, disbursement dan lain-lain...

Ok, untuk mengira kos keseluruhan, anda boleh klik di sini

Ingat bahawa untuk pembelian rumah di bawah 250k, anda akan mendapat 50% diskaun untuk stamp duty yang diberikan oleh LHDN.

Diskaun ini utk permohonan kali pertama sahaja bagi pembelian rumah rm250k ke bawah. walaupun anda telah membeli 2 buah rumah seblum ini, sekiranya pembelian ke3 ni merupakan permohonan diskaun pertama dan kurang dr rm250k, anda adalah layak mendapat diskaun tersebut.

Nak permohonan diskaun utk stamp duty kena buat akuan secara bertulis. Mengaku kite membeli hartanah tersebut dan ini merupakan pembelian pertama kita. Tanpa surat akuan, jgn harap dapat 50% diskaun tu.. boleh suruh lawyer tuliskan surat ni dan kita hanya sign shj. Grin

Sumber : http://rohaniahnoor.blogspot.com


Aku sebagai Ejen Hartanah

Aku sebenarnya sudah mendaftar sebagi ejen hartanah sejak sebulan yang lalu. Tapi name card aku sampai sekarang x nampak bayang. Siot le janji seminggu ni dah sebulan. Takpelah nanti aku kasi gegar sama itu company baru dia tau. Oh ye aku daftar dengan company Iprop. Quite ok sebab kemudahan IT digunakan sepenuhnya. Dapat training online je senang bagi aku yg ada 2 org anak kecik yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Termasuklah bapak budaknye jugak... hahahah... merepek je aku ni...

Dipendekkan cerita semalam aku & abang perlu ke Ambank untuk sain dokumen. Officer bank tu byk lak tanye... dia pon nak beli rumah lelong murah-murah jugak. Kalau boleh kat area BUkit Antarabangsa. Aku pon perkenalkan diri aku sebagai ejen dan sebagai ejen yang baik hati aku akan menolong dia cari rumah dengan sedaya upaya aku... huhuhu...

So kalau deal aku dengan dia menjadik maknanya dialah pelanggan pertama aku sebagai ejen hartanah... insyaAllah... :D

P/S : Jangan risau untuk sesiapa yang nk dptkan khidmat aku untuk beli rumah lelong, anda tidak akan dicaj kerana komisen aku akan dibayar oleh pihak pank yang melelong (itu pon jika anda adalah successful bidder pada hari yg bertuah itu!)


Wednesday, August 13, 2008

Rumah Lelong Panas - 23 Ogos 2008

Reserve Price : RM185,000.00
Type : 2 Bedroom + 1 Study Room Condominium
Area : Approx. 1,059 square feet Freehold
Address : Unit No. 23-B3, 23rd Floor, The Vistana Residences, No. 32, Jalan Taiping, Off
Jalan Pahang, 50450 Kuala Lumpur.
Loan Agreement and Assignment Dated 7/6/2005
Assignor : S. Kanappati a/l Saminlthan I/C 671018-06-5249


OFF JALAN PANTAI DALAM RM70,000.00
Type : Intermediate 3 Bedroom Low Cost Flat
Area : Approx. 620 square feet
Address : Unit No. 1-7-5, 7th Floor, Block 1, Kondo Rakyat Desa Pantai, Jalan Pantai Murni
2, Off Jalan Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur.
Note : For Bumiputra bidders only.
Loan Agreement cum Deed of Assignment Dated 6/1/2000
Assignor : Zainuddin Bin Keria I/C 590313-06-5183


P/S : Sekiranya berminat, sila beritahu saya selewat-lewatnya 3 hari daripada tarikh lelong untuk memudahkan urusan. Terima kasih.


Rumah lelong panas !

Auction Date & Time : 28TH AUGUST 2008 THURSDAY, 3.00 PM

No of rooms: 3 Monthly rent: RM 750
Pandan Height Apartment
3 room 2 bath with security, 1 parking, swimming pool, gym facility, dobi, sundry shop...
easy excess to Pandan Jaya, Shamelin, Taman Maluri...

RP RM 78,732.00
MP RM 120,000.00

Type : Apartment, 3- bedrooms (934 sq. ft.)
Assignor : Tan Yew Peng
Solicitor : TG Lim & Partners
Address : No. B-G16, Pandan Heights Apartments, Jalan
Cheras Lama, Pandan Perdana, 55300 Kuala
Lumpur.
Our Ref : MEGA/AFB0716


No of rooms: 3 Monthly rent: RM 400
Pangsapuri Subang Suria

Lokasi: Berdekatan Subang Bistari, Kota Damansara, Subang Airport, Mah Seng Industrial Park, Sungai Buloh
Kemudahan: 24 Hrs Security Guard, Lift, berdekatan bus stop, Surau, Kedai, Tadika, Taman permainan, padang dan lain2.

RP RM 53,145.00
MP RM 90,000.00

Type : Apartment, 3- bedrooms (778 sq. ft)
Assignor : Rahim Bin Mohamad Salim
Solicitor : Noor Jihan Ghazali & Co.
Address : Unit No. 07-03-12, Pangsapuri Subang Suria, Jalan Bintang U5/33, Section U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor
Our Ref : MEGA/AFB0476


Monday, August 11, 2008

Pinjaman Perumahan

Alhamdulillah... hari ni rasa lega sikit sebab baru submit loan ke Ambank. Ambanklah bank yang telah melelong rumah yg aku beli 4 ogos lalu. Jadi aku harap dengan membuat pinjaman perumahan di Ambank akan mempercepatkan proses tukar milik... insyaAllah... itupon kalau loan lulus.

Semalam aku juga hantar permohonan ke CIMB & Alliance Bank. Saje je manalah tau kalau Ambank tak lepas ada jugak backup. So sekarang ni kenalah menunggu & menunggu... Sementara menunggu ni aku akan update kan senarai rumah lelong panas yang terkini ok! Salam!


Sunday, August 10, 2008

Jumpa ejen

Salam...
seperti yang dijanjikan aku pon jumpala ejen kt Bukit OUG Condo pada hari Sabtu 9 Ogos 2008. Kitorang pegi kenduri kawen dulu hari tu so dlm pukul 4.30 baru kitorang sampai di Bukit OUG. Bila call ejen dia kata dia kat luar pulak so dia suruh kitorang jalan-jalan kat situ sambil menunggu diorang sampai pukul 5 petang.

Alang-alang dah sampai kitorang pon amik kesempatan le jalan-jalan kat kawasan tu sambil Aisyah main kat tempat mainan. Kolam renang & lain-lain kemudahan nampak agak burukle jugak tapi still boleh mandi & main la dan bersih. Tak ramai orang mandi kat kolam cuma ada sekeluarga foreigner je dengan sekumpulan remaja Cina duduk ramai-ramai kt gelanggang Tenis. Aku pon amikle gambar apa yang patut. Enjoy gambar kat bawah :)


Dah pukul 5 so kitorang bergegas ke ofis ejen tu. Nampak macam baik je. Dia jemput kitorang masuk untuk bincang. Rupanya dia kutip sewa bagi pihak owner lama. Amboi owner lama tu dah la tak bayar duit kat bank tapi sempat jugak kutip sewa bulan-bulan. Geram gak aku. Ejen kata dia boleh uruskan pindahkan penyewa bawah aku tapi kena tunggu deposit penyewa habis 2 bulan lagi kalau tidak penyewa tu rugi lak deposit 2 bulan kat owner lama. Hanginnya aku, aku kata kalau boleh aku nak duit sewa start bulan ni. Dah tu kena bagi kt ejen lak sebulan sewa sebagai komisyen. huhuhu...aku mcm x setuju je tapi laki aku dah setuju lak. Ejen ni jugak buat servis pastikan penyewa bayar sewa, api & air setiap bulan. Yang tu dia caj rm40 sebulan. Tolak drpd payment sewa la... aku kata x payahla yg tu aku boleh buat sendiri. Memang buat duit betul dia sebab kt kondo situ sahaja dia uruskan lebih daripada 400 unit. Bijak betul dia.

Apa-apa hal pon nanti ejen tu akan bincang dengan owner lama dan akan inform aku apa-apa keputusan. Lepas tu kitorang pon blahle balik rumah. Okla aku pon nk pegi bank ni nk apply loan. Dah seminggu aku beli kondo ni tapi belum apply loan. Masa bank bagi dahla 90 hari je daripada tarikh lelong. Masakkkk... tinggal berapa hari je ni... huhuhu...


Friday, August 8, 2008

Ejen... ejen...

Semalam aku beranikan hati untuk telefon ejen yang pandai-pandai kasi sewa rumah lelong yang aku dah beli tu... huhuhu... dengan hati yang berdebar-debar... nak marah pon ada gak...

Setelah 2-3 kali mendail akhirnya dapat juga

Trutt truttt... (biasalah kan bunyi telefon...hehehe)

"Hello.."

"Hello... i'm fara, i just bought the Bukit OUG Condo and it seems like u have rent it to tenant illegally... Whether u ask then to go out immediately or just paying the rent to me starting from this month." eceh speakingle pulak haku... hehehe...

"Hello what unit u buy aa?? Jgn gaduh-gaduh la pasal rumah, i can handle it. Just fax your proclamation of sale and i can talk to the tenant"

Amboi pandainya dia cakap. Tak jadi aku nak marah dia... hehehe... Anyway dipendekkan cerita kitorang pon berjanji akan berjumpa pada hari esok (Sabtu 9 Ogos 2008) untuk menyelesaikan segala masalah berbangkit.

Dan lagi satu, dah ada sorang ejen pinjaman perumahan CIMB call tadi. Alhamdulillah aku dah gelabah ni sebab 2 org pegawai dah menolak permohonan aku... cisss... dia x kenal aku sape lagi...hehehe... okla aku nak balik dah nanti sambung cerita di hari Isnin ye... Tungguuuu! ;)


Wednesday, August 6, 2008

Tinjauan ke Kondominium Bukit OUG

Salam,
Malam tadi (6 Ogos 2008), hati bagai digaru-garu ingin melihat rumah yg baru dibeli. Akhirnye cik abang setuju. Horay! Maka bermulala perjalanan mencari lokasi Bukit Oug.

Lokasinya berdekatan dengan tol di Awan Besar. Agak ke dalam dan dikelilingi dengan kondo dan banglo-banglo mewah sebelum sampai di Kondo Bukit Oug. Aku agak berpuas hati dengan kebersihan kawasan kondo. Jam dah pukul 10 malam. Unit yg aku beli nampaknya di diami orang. Huhuhu hati mula kecut sebab takut manalah tau along yang duduk situ. Aiyaa manyak takut woo... Abang memberanikan diri mengetuk pintu beberapa kali, akhirnya kedengaran suara perempuan Cina dari dalam bertanya "Siapa...?"

"Saya sudah beli ini rumah. Ini rumah sudah lelong... " jawab Abang...

Akhirnya pintu dibuka dan muncullah amoi berseluar pendek di muka pintu. Dia menerangkan yang dia hanya menyewa di situ sebanyak RM700 sebulan daripada ejen dan akan keluar dalam masa 2 bulan kerana masih ada deposit berbaki 2 bulan pada ejen. Abang pula tidak peduli dan menegaskan yang dia perlu keluar daripada rumah itu ataupon boleh terus menyewa daripada abang. Akhirnya kami memutuskan untuk menghubungi ejen pada hari berikutnya untuk menyelesaikan hal tersebut. Pandangan rumah daripada luar, rumah nampak bersih dan dijaga dengan baik. Penyewa tinggal bersama suami dan anaknya tetapi suaminya belum balik rumah lagi. Kami minta maaf sebab mengganggu dia malam-malam buta... (bersambung...)


Pembelian Rumah Lelong ke-2

Assalamualaikum buat rakan pembaca sekalian,

Tanggal 4 Ogos 2008 telah mencatat sejarah dalam hidupku. Aku berjaya membeli sebuah rumah yang dilelong oleh Ambank dengan harga Reserve Price! Wow! Alhamdulillah aku memang tak sangka sebab 2 kali aku telah kecewa sebelum datang mencuba nasib untuk kali yang ke 3 ini.

Biarlah aku ceritakan daripada mula, pada minggu sebelumnya makcik (babysitter yg jaga Sarah) telefon aku untuk mintak cuti pada hari Isnin (4 Ogos 2008). Terdetik di hatiku "uh... ada can aku pergi beli rumah lelong ni...hehehe". Maka aku pon dengan rakusnya mencari senarai rumah yang hendak dilelong pada hari tersebut. Senang aje nk cari... cuma taip http://ubus.nstp.com.my dan anda akan dihidangkan dengan senarai rumah-rumah yang hendak dilelong mengikut tarikh lelongan masing-masing. Hmm... nyum2... aku pon terus mencari dan mencari. Mata terpaku pada satu hartanah yang terletak di Bukit OUG. "Ok ke Bukit OUG ni ek?" hati berdetik lagi. Takpe, seterusnya aku cari pula maklumat berkenaan dengan Kondominium Bukit OUG. Nampak ok dan tanpa membuang masa aku telefon pihak pelelong untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kondominium tersebut.

"Ya cik, semua bil tertunggak akan dibayar oleh pihak bank kecuali Indah Water, TNB dan Air."

Wah... bagus ! Aku rasa memang nak beli rumah ni. Tapi kenalah pegi survey dulu. Sayangnya aku tak sempat nak pergi survey pon oleh kerana kesuntukan masa. Tapi niat kuteruskan jua...

Hari yang ditunggu-tunggu pon tiba. Tapi alamak! Aku dah lambat! Bank Draf pon x buat lagi. Macamana ni? Takpelah pakai kad kredit aje. 5% daripada harga rumah sebagai deposit. Berbaloi. Walaupon aku sampai lewat, tetapi rumah idamanku masih belum disunting orang. Akhirnya aku berjaya membeli rumah itu dengan harga reserve! RM108k berbanding harga pasarannya rm150k. Wow! Kalau aku refinance semula dalam masa 3 tahun lagi insyaAllah senang-senang rm40k tunai berada dalam tangan. Harap pelaburan ini berbaloi dan diberkati olehNya...


Blog Widget by LinkWithin