Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Wednesday, August 29, 2012

Ebook Percuma Pelaburan Hartanah daripada Tuanbri



Saya baru sahaja habis membaca ebook ringkas ini.

Walaupon ringkas namun isinya cukup untuk mengingatkan pelabur-pelabur/bakal pelabur-pelabur hartanah tentang risiko yang akan dihadapi jika membuat sebarang tindakan tanpa persediaan yang cukup.

Modal wang dan modal ilmu adalah sangat penting sebelum terjun ke bidang pelaburan hartanah.

Tersilap langkah, padah menanti!

Selamat membaca :)

Untuk membaca Ebook-7 Kesilapan Utama Pelaburan Hartanah,
sila klik http://rahsia.jutawanhartanah.com dan download!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

~semoga Allah menerima amalan kami dan kamu~



Wednesday, August 15, 2012

Soalan dan Jawapan: Rumah dilelong kerana muflis.

Assalamualaikum...
Terima kasih kerana sudi berkongsi tips untuk membeli rumah lelong.
Saya nak tanya pendapat.

Ini pertama kali saya nak join lelong ni. Bukannya apa sebab saya nak beli rumah ayah saya balik. Rumah ayah saya ni nak kena lelong dalam 2-3 bulan akan datang. Bukan sebab tak mampu bayar tapi sebab dia telah diisytiharkan muflis dan sebagai anak, saya tak nak rumah ini jatuh ke tangan org lain. Kami sangat sayang rumah ini. Hari tu ada land valuer datang rumah dan ambil gambar.

Agaknye boleh ke saya kawtim dengan pihak bank ye?
Agaknya bank mana yg banyk songeh ye? 
Agaknya berapa % kenaikan yg berbaloi dari harga yg diorg letak ye?
Apa tips-tips yg saya perlu tahu kalu nak beli balik rumah ayah saya ni ye. Saya harap sangat awak dapat membantu saya yang mmg tengah buntu ni..

thanks.. :-)
AS

Jawapan saya :

Saya amat bersimpati dengan apa yang telah terjadi kepada ayah saudari SA. Terus terang, saya tidak dapat menjawab semua soalan kerana kurang pasti dan kurang berpengalaman. Saya harap ada jawapan yang bernas daripada pembaca-pembaca blog. Sebarang cadangan/jawapan sila utarakan di bahagian komen.

Nasihat saya, cuba berhubung dengan pihak peguam yang mengendalikan kes ini. Cuba dapatkan kontek peguam ini daripada bank pelelong. Ajak ayah berjumpa dengan peguam tersebut serta dapatkan nasihat daripada peguam tersebut serta berbincang tentang cara untuk mendapatkan semula rumah tersebut.

Jika pihak peguam bank pelelong enggan bekerjasama, tanya pendapat dengan peguam lain. Ini soal undang-undang yang hanya boleh ditangani oleh mereka yang pakar dalam undang-undang. 

Jika saudari tidak kenal mana-mana peguam, bolehla hubungi peguam di bawah:

Pn Nurul Muhaniza Hanafi / Pn Sri Rahayu
for and behalf of
Messrs Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners
50F-3, Kelana Mall, Jalan SS 6/14,
Kelana Jaya, Petaling Jaya, 47301,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7880 0288 / 012-2022 373
Fax: 03-7880 2298
Emel: ejja77@yahoo.com

Jangan lupa berdoa kepada Allah kerana dialah yang mengizinkan sesuatu perkara berlaku. Semoga dipermudahkan.
Harap membantu.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, August 13, 2012

Cashflow 101 Board Game by Robert Kiyosaki

Ini ada peluang hebat untuk anda yang ingin memiliki Cashflow 101 Board Game by Robert Kiyosaki.


Anda boleh dapatkannya di sini dengan harga diskaun sebanyak 40%.
Wow! Jangan lupa ajak kawan-kawan dan jiran-jiran untuk sama-sama bermain cash flow.

CASH FLOW Game? Permainan apa ni ? Tak pernah dengar pon...

Untuk anda yang nak tau secara terperinci mengenai permainan ni, saya kongsikan artikel daripada blog Tuan Haizan :

Permainan ini lain daripada yang lain, sesuai dengan harganya yang mahal. Secara peribadi, permainan ini cukup memberi kesan mendalam dalam perlakuan kita seharian. Ianya bukan sekadar permainan, cukup praktikal dan benar-benar mengajar kita terutama orang yang dah bekerja bagaimana nak bijak dalam menguruskan kewangan.

Umumnya, 'CASHFLOW GAME' mengajar kita sebagai orang yang bermula dengan makan gaji, bagaimana menguruskan pelaburan kewangan dengan bijak. Tak kira la samaada bergaji besar atau bergaji kecil.Setiap profesion ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contohnya seorang doktor, klik di sini untuk bacaan penuh...

Harga promosi ini sah hanya dalam masa 3 hari daripada tarikh entri ini disiarkan.

Bertindak sekarang untuk masa depan anda ;)


Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, August 9, 2012

SPECIAL: beli 1 dapat 4, tapi kena pantas!

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya dan melihat saya agak 'senyap' kebelakangan ini berbanding dengan pelabur-pelabur hartanah tegar yang lain :)

Kali terakhir saya membeli rumah pada tahun 2011 iaitu sebuah rumah teres untuk kegunaan saya sendiri. Selepas membuat pembelian, saya dan suami terus melakukan pengubahsuaian yang memakan kos agak besar untuk kami. Demi keselesaan kami dan anak-anak, akhirnya rumah idaman kami siap. Terasa seperti dalam mimpi pon ada.
Sebelum

Selepas
Ianya tidak semudah yang disangka. Semua wang simpanan terpaksa digunakan untuk merealisasikan istana impian kami ini. Alhamdulillah. Berbaloi. Puas hati.

Nak beli rumah untuk pelaburan lagi?
Keinginan memang ada tetapi kekangan modal serta kelayakan pinjaman agak membimbangkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat sambil menunggu proses penjualan 2 buah rumah selesai.

Bosan?
Ye memang bosan sementelah kerja-kerja sebagai pengaturcara komputer sentiasa dikejar oleh 'dateline'. Arghh... stres! Memang tak dapat dinafikan. Itulah kenyataannya. Bila boleh resign macam pie dan ae?

Saya sentiasa mencari-cari peluang untuk menambah pendapatan dan mencapai financial free. Ehem! sila berhati-hati juga dengan skim cepat kaya ye!

Akhirnya saya jumpa satu peluang yang agak menarik dan ingin berkongsi dengan pembaca blog semua :)

~Produk Video Prima daripada saudara Munawwar~

Sebab terbesar saya sukakan videosite seperti yang ditawarkan oleh saudara Munawwar ialah ianya berkembang dengan sendirinya. Dengan sedikit promosi, saya boleh lihat banyak "web pages" saya mula disukai enjin carian.

Dan anda pun mungkin tahu bahawa jika banyak laman web anda disenaraikan di enjin carian, maka lebih besar potensi anda menghasilkan pendapatan dari pelbagai sumber.

Siapa tak mahu pendapatan daripada pelbagai sumber, bukan?

Walaubagaimanapun, skrip yang dimaksudkan berharga RM130 dan ianya mungkin agak mahal kepada sesetengah individu untuk laburkan RM130 untuk membina 1 laman video sahaja.

Kalau 3 videosite, ianya sudah pun RM390 (untuk 3 lesen).
Kalau 4, jumlahnya ialah RM520.

Jadi, bagaimana anda nak atasi masalah kos ini sekiranya anda ingin hasilkan paling kurang 4 videosite?

Nasib anda baik.

Di dalam bulan Ramadhan ini, saudara Munawwar sedang berikan tawaran istimewa di mana dengan setiap 1 lesen videosite yang anda beli, anda dapat 3 lagi. Maknanya, anda tak perlu bayar RM520 lagi tapi cukup dengan bayaran RM130 (ye, dulu memang anda perlu bayar sehingga RM520 untuk 4 videosite).

Dengan adanya tawaran sempena Ramadhan ini jugalah, saya berpeluang membina 4 videosite untuk "autopilot income" saya.

Anda bagaimana? :-)

Kalau anda nak 4 videosite pada harga 1 videosite, inilah masanya dan saya ada link istimewa untuk tempahan istimewa ini. Tapi sebelum itu, tonton video ini dahulu untuk anda memahami serba sedikit bagaimana pendapatan dan strategi menghasilkan pendapatan melalui videosite dilakukan:

http://www.youtube.com/watch?v=vPAm3-76_0Q

Tarikh akhir tawaran ini adalah pada 14 Ogos 2012.
Jadi, kalau anda rasakan videosite ini untuk anda, jangan tunggu lama. Saya takut bila anda ambil keputusan untuk membeli, tawaran sudah pun tamat.

Pesan sekarang melalui link rahsia ini:
http://clickheremarketer.com/sell/6mh/234/order

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Wednesday, August 8, 2012

Rak Buku Takung Air Hujan

Promosi Ramadhan ~ Syawal
Kelebihan Rak Buku Kanak-kanak ~ Rain Gutter Bookshelves.

1. Daya tarikan yang tinggi

Cuba kalian tengok gambar di atas tu. Menarik sangat kan? Saya tak tahu orang lain tapi saya sangat teruja melihat rak-rak buku yang boleh DIY ini.

Kita yang dewasa ini boleh teruja, apatah lagi kanak-kanak yang sukakan benda berwarna-warni. Bila dipamer dan disusun begini, dengan cepat kanak-kanak boleh nampak kulit buku yang pelbagai rupa dan warna. Dan kebanyakan buku kanak-kanak memang kulitnya menarik.

Jika disusun menegak, bagaimana kanak-kanak nak nampak kulitnya kan? Minat nak pegang, nak ambil, nak belek buka itu amat kurang. Saya sudah buat eksperimen dalam penyusunan buku ni. Bila kita susun buku seperti dalam gambar, kanak-kanak lebih cepat mengambil buku itu untuk dibawa ke kerusi dan membelek/membacanya. Sangat efektif.

2. Jimat ruang

Maksud saya, kita boleh pasang rak buku takung air hujan ni kat mana-mana ruang dinding kosong yang kita ada. Kalau rak buku biasa, pastinya kita nak menggunakan ruang dinding dan juga ruang lantai kan? Tapi dengan 'raingutters' kita hanya perlukan ruang dinding yang kosong tak kira luas atau sempit. Tengok contoh di atas.

3. Jimat belanja

Secara relatifnya ia lebih murah berbanding kayu. Modalnya tidaklah besar.

Di luar negara juga semua guru dan ibu bapa yang memasang rak buku 'rain gutter' ini memberikan maklum balas positif iaitu rak buku ini amat menjimatkan bajet.

4. Mudah untuk dipasang.

Anda pasti boleh memasangkannya sendiri dengan tutorial yang terdapat di internet. Ianya sangat mudah! Paling mudah, pihak kami juga boleh memasang untuk anda :)

Berita baik!

Tempahan dibuka sekarang :) Emel saya untuk maklumat lanjut...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Blog Widget by LinkWithin