Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Friday, May 27, 2011

Bermula Awal

Tiba-tiba aku terfikir untuk buat entri ni selepas pemerhatian aku tentang pengurusan kewangan baik di kalangan kawan-kawan sepejabat mahupon kawan-kawan di luar pejabat. Apa yang aku perhatikan, mereka takut untuk memulakan langkah untuk melabur. Tak kiralah sama ada dalam hartanah, saham, emas dan sebagainya. Mungkin mereka takut untuk keluar daripada zon selesa serta takut untuk mengambil risiko, takut takde orang yg ingin menyewa rumah mereka, tidak bersedia serta seribu satu macam alasan lagi. Dengan tidak disedari, masa berlalu dan setelah hampir 5 tahun, kedudukan kewangan mereka masih di takuk lama. Bila ditanya bila hendak melabur, alasan yang sama juga kedengaran. Dan mungkin berulang-ulang sehingga mereka pencen nanti. Jadi terperangkaplah mereka di dalam perlumbaan tikus dan bila mereka sedar, umur mereka telah pon menjangkau ke usia pencen!

Suka aku untuk mengingati kepada diri aku sendiri dan kepada pembaca-pembaca blog, kejayaan kita hari ini ditentukan oleh tindakan kita pada masa yang lalu. Kalau kita start melabur umur 25, insyaAllah umur 30 nanti kita dah dapat tuai hasilnya... lagi cepat lagi bagus... jika kita bermula seawal umur 20 tahun, umur 25 insyaAllah dah mula nampak apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni... Tujuan hidup mesti jelas dan terang. Barulah senang buat perancangan dan tindakan.

Contohnya, graduan yang berumur 25 tahun, mempunyai kereta sendiri, secara tiba-tiba ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak rm100k dengan tujuan yang tidak pasti. Aku tidak mengatakan tindakan tersebut tidak bagus cuma matlamatnya perlu jelas. Mengapa dia meminjam sebanyak itu? Bagaimana dia ingin melaburkan wang tersebut supaya pulangannya melebihi nilai keuntungan yang dikenakan dan sebagainya. Pendek kata, perancangan yang jelas adalah sangat perlu sebelum kita membuat sesuatu tindakan. Aku juga mula membeli rumah lelong dengan modal daripada pinjaman peribadi :)

Alhamdulillah bila di kenang-kenang kembali, aku bermula membeli rumah pertama pada usia 25 tahun, tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Kini selepas hampir 7 tahun, boleh dikatakan aku telah nampak jelas perjalanan dan perancangan yang diperlukan untuk terus menuju ke lebuhraya kebebasan kewangan. Walaupon kadang-kadang berlaku risiko yang di luar kawalan, insyaAllah dengan strategi yang betul serta bertawakkal kepada Allah, kita semua akan berjaya...

Carilah ilmu sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Ilmu pelaburan dan ilmu pengurusan kewangan yang baik adalah sangat mempengaruhi kejayaan seseorang di dalam pengurusan pelaburan-pelaburan yang dimilikinya. Bila ada ilmu maka kurang alasan dan rasa takut untuk mula melabur. Jom! Mulakan sekarang dan tuai hasilnya di masa hadapan. Untuk first timer, sangat digalakkan untuk menyertai seminar kami. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Fast Action = Fast Result

PS: Gaya bahasa kali ni agak berbeza. Praktis menulis ebook kisah perjalanan sendiri di dalam pelaburan hartanah ;)


Monday, May 23, 2011

Property & Co sharing session kembali lagi!

Kawan2,

Berita terkini dari Property & Co.
Taraaaaa!!!!!
Sharing session on How to make money in property investment: a Fast Track akan kembali lagi.
menampilkan 3 orang blogger iaitu Siti Farazila, Nicole Ong dan Rohaniah Noor... hehehehe
tapi kali ini lebih istimewa kerana kami membawakan anda seorang blogger hebat dan tidak asing lagi kehensemannya...
Beliau adalah Abangensem!
wahhhhh......

terima kasih banyak2 kepada Abangensem kerana sudi menerima jemputan kami
sebenarnya kami sangat tersentuh melihat sokongan Abangensem kepada kami semasa mula2 menganjurkan session yang pertama tempoh hari.
Beliau siap bercerita di blognya selain menberi ucapan good luck di alam maya lagi.
wahhh
maka dengan itu, hati kami benar2 tertarik untuk mengadakan kerjasama dengan beliau di masa depan,.
Maka itulah untuk projek session kali kedua ni, kami menjemput beliau.
alhamdulillah.. lamaran kami berbalas..

Selain Abangensem, Tuanbri juga sangat menyokong usaha kami.
Harapnya selepas ini dapat membuat kerjasama dengan Tuanbri pula...
boleh kan Tuanbri kan kan kan...
terima kasihhhh... :)

Seminar ini selama 2 hari.

kami akan bercerita tentang pelbagai perkara

dari teknik, tips dan prosedur membeli rumah lelong serta yang paling best adalah strategi pelaburan hartanah, tips memilih jenis dan lokasi hartanah, prosedur pembelian, pinjaman perumahan dan kelayakan, pengurusan penyewa, prosedur menjual rumah dan banyak lagi oleh cikgu kesayangan ramai, blogger Rohaniah Noor dan Nicole Ong.

:)
Dan.. sesi istimewa bersama Abangensem memang adalah satu sesi yang tak patut anda lepaskan sebab blogger Rohaniah Noor pun terpaksa senyum sehabis manis untuk menjemput beliau tau..
ini memang peluang keemasan.
Ok, kami akan kongsikan lebih lagi maklumat berkenaan session ini di masa depan.
Tapi untuk hari ini, saya umumkan dahulu butiran penting berkenaan session ini

Tarikh: 9 dan 10 Julai 2011
Masa: 9.00 pagi - 6 ptg
Tempat: International Youth Center, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Makan minum pagi, tengahari dan minum petang disediakan.. air mineral pun ada.. jangan risau... hehehehe

Untuk kali ini , jika anda mendaftar sebelum 19 Jun 2011, yuran seorang peserta adalah RM388 tapi jika anda mendaftar sekurang2nya berdua sekaligus atau group booking, ada diskaun.
Cuma perlu bayar RM358 sahaja untuk seorang.

Jika berminat, boleh hubungi
-Siti Farazila di ctfarazila@gmail.com atau hubungi 012-3459450
-Rohaniah Noor di propertywaltz@gmail.com atau 019-2648628



Friday, May 13, 2011

Percutian Kota Kinabalu 13-16 April 2011

Agak terlewat aku nk update pasal cuti2 malaysia aku kali ni... Kami ke Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam. Sewa homestay semi-d je. Over all ok cuma balik daripada bercuti ni aku start demam dan akhirnya warded di Pusrawi selama 3H2M lagik (viral fever)... huhuhu aku rasa mungkin kepenatan melampau... serik pon ada... aku plan lepas 3 tahun baru bercuti mcm ni lagik kot.... kasi budak2 besar sikit... penat wooo.... enjoy gambar-gambar percutian kami...













Monday, May 9, 2011

Nak cepat habis bayar duit rumah?

Pernah dengar tak pasal Pengurusan BLR? Sebenarnya aku baru je selesai berjumpa dengan 2 org konsultan daripada syarikat AceScube (M) Sdn Bhd yang bernama Ieda dan Shazwan. Aku dapat kontek diorang ni daripada pakcik Google. Entah camna boleh sampai ke blog diorang: http://www.pengurusanblr.blogspot.com

Hmm... menarik jugak produk diorang ni. Secara ringkasnya, syarikat ni menyediakan servis untuk menukarkan tempoh masa loan rumah kita kepada tempah masa yang kita kehendaki dengan bayaran bulanan yang kita mampu. Contoh ye:

En Amin beli rumah berharga rm 120,000. Beliau membuat pinjaman daripada bank A sebanyak rm 108,000 dengan bayaran bulanan sebanyak rm 550 sebulan selama 40 tahun.

Jika en Amin setuju untuk menggunakan perkhidmatan Pengurusan BLR, pihak pengurusan BLR akan kawtim atau berbincang dengan pihak bank A untuk memendekkan tempoh pinjaman kepada 10 tahun (mengikut permintaan En Amin) dan dengan bayaran bulanan yang baru (semestinya lebih tinggi daripada bayaran bulanan asal).

Kelebihan: Loan habis dengan lebih cepat serta pembayaran interest bank yang lebih rendah. Tapi setakat ni servis ni hanya available untuk loan konvensional sahaja (Loan islamic - dalam proses perbincangan)

Pendapat aku: Servis ni agak menarik untuk mereka yang nak cepat bebas hutang. Terpulang pada objektif masing-masing. Bagi aku ianya lebih sesuai untuk rumah yang kita tinggal.

Cajnya pon agak berpatutan, satu rumah rm3000. Kalau nk mintak loan tenor 6 tahun pon boleh. Best kan?

Kalau berminat dengan servis mereka ni, sila masuk ke blog mereka, http://www.pengurusanblr.blogspot.com atau pon telefon diorang untuk appointment:

Firdaus Syazwan Ghani +6019-2299 455 / Noor Shahieda Kamarudin +6019-2299 544 (Jangan lupa mention nama aku tau... (ctfarazila)... bagi can la aku dapat komisyen sikit... hehehe)

Aku diberitahu yang diorang ni nak nikah Jumaat ni... Well, Selamat Pengantin Baru! ;)



Blog Widget by LinkWithin