Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Sunday, July 31, 2011

Pagi yang ceria!

Hari Isnin - 1 Ogos 2011 aku bertugas di bangunan baru.... jangan salah faham... aku masih di company lama cuma company kami berpindah bangunan. Keadaan agak kelam kabut. Alhamdulillah aku sampai awal dan dapat lokasi di kedudukan yang agak selesa :)

Pagi Isnin yang sudah sedia ceria ini diceriakan lagi dengan kehadiran emel daripada Cikgu Fuzaina - cikguku sewaktu belajar di SMAKL dulu. Wahhh.... i'm speechless bila dia bagitau yang dia mengikuti blog aku yang tak seberapa ni... rasa bangga sangat... hehehe.... 

Assalamualaikum wrbt,

Ni Cg Fuzaina . Cg pernah mengajar di smakl time you are there. Hari ni cg baca lagi ur blog. I enjoyed it very much as i read it from time to time. Baru hari ni cg terperasan yg you are from SMAKL! sebab dari gambar tak berapa cam sebab dah lebih dewasa serta dengan bersolek, mana lah cg nak kenal!

Apa pun tahniah kerna berjaya dan bahagia sangat cg nampak dgn kehidupan. Alhamdulillah.

Till then...

Wasalam,

cg Fuzaina


Puas mengingat kembali yang mana satu Cikgu Fuzaina... akhirnya... yes! dah ingat... cikgu yang mengajar Matematik dan Matematik Tambahan... betul ke cikgu? Subjek Matematik memang kegemaranku... ditambah pula dengan cara pengajaran daripada Cikgu Fuzaina yang sempoi dan straight forward... alhamdulillah PMR dan SPM aku skor cemerlang...

Terima kasih Cikgu... Jasamu dikenang selalu...

Selepas hampir 15 tahun aku meninggalkan alam persekolahan... kini aku pula yang berkongsi ilmu dengan anak-anak Cikgu Fuzaina dalam Sharing Session Property & Co yang berlangsung kelmarin.... Aimi dan Adib... harap mereka enjoy dan dapat membuka minda mereka tentang kelebihan pelaburan hartanah....

Aimi dan Adib sangat beruntung mempunyai seorang ibu seperti Cikgu Fuzaina... pelajaran yang mereka dengar semalam tidak diajar di mana-mana sekolah pon... dan jika mereka bermula awal... insyaAllah... lebih cepat mereka mencapai financial freedom seperti yang diimpikan oleh setiap orang.

Oh ye, kepada semua pembaca blog yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah berpuasa!



Tuesday, July 26, 2011

Kurang 3 hari lagi...

Lebih kurang 2 hari lagi seminar hartanah untuk batch ke-2 akan berlangsung di Hotel First Business Inn Kuala Lumpur. Team Property & Co sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk memberi yang terbaik kepada semua peserta yang telah mendaftar ;)

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya... Amin!

Oh ye, hanya tinggal 4 tempat kosong jika ingin mendaftar sekarang.

Hubungi Sara - 012 3775966 atau emel ppchong09@gmail.com untuk mendaftar.

Jumpa di sana!

Property & Co Investment Kit - ready for all participants.


Tuesday, July 19, 2011

Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan : Satu subjek yang sangat aku gemari. Bagi aku, tanpa pengurusan kewangan yang baik, adalah mustahil seseorang boleh mula menyimpan dan melabur kerana pelaburan biasanya memerlukan kepada modal.

Pagi Ahad lepas, sewaktu aku menonton Nasik Lemak Kopi O di tv9, pengacara sedang menemuramah Nazril Idrus (alaaah... suami kepada Sazzy Falak yang baru dapat twin girls tu) kenal tak? Kalau tak kenal takpela... hehehe... yang menariknya sekarang ni Nazril dah bukak satu syarikat yang menjurus kepada pengurusan kewangan.

Lebih menarik lagi, Nazril offer tempat percuma ke bengkelnya yang bernilai rm900 untuk 30 orang yang dapat menjawab paling pantas dan tepat di laman facebooknya : http://www.facebook.com/LVGMoneySkool

Jadi, apa lagi klik ke link facebook tu dan jawab soalan di statusnya sebaik mungkin. Rezeki jangan ditolak! ;)


Sunday, July 17, 2011

Galakan Islam Pada Kekayaan

Assalamulaikum dan salam sejahtera.......

Kita beralih pulak kepada rukun Islam. Rukun Islam ni lagi menggalakkan kita menjadi orang kaya. Percaya tak? Kalau tak percaya, jom baca lagi.

Rukun islam adalah perkara-perkara asas yang sepatutnya setiap muslim lakukan. Contohnya, permulaan untuk setiap orang bergelar muslim adalah dua kalimah shahadah. Inilah titik permulaan kehidupan seorang muslim.

Dalam setiap rukun islam, ada hikmah yang perlu seorang muslim ambik iktibar dan pengajaran. Kalau tidak, anda akan terlepas untuk menjadi seorang muslim yang terbaik!

Rukun Islam 1: Mengucap 2 kalimah syahadah

2 kalimah syahadahlah penentu amalan kita di dunia dan nasib kita diakhirat. Kenapa saya berkata begitu?

Terlafaznya 2 kalimah syahadah, seseorang telah berikrar dan berjanji bahawa tuhannya adalah Allah dan rasulullah sebagai ikutan pedomannya. Bermakna, dia akan menggunakan manual yang diperkenalkan oleh sang pencipta alam untuk menggunakan produk yang paling terbaik iaitu islam.

Apa kaitannya dengan kekayaan? Setiap kekayaan yang kita miliki, mempunyai tuan yang satu iaitu Allah swt. 4 kekayaan dan 7 langkah kekayaan tidak dapat dicapai jika kita menggunakan jalan yang tidak bermoral. Contohnya, nak kaya cepat, tipu orang dengan skim cepat kaya. Kita akan mewah dengan duit, tetapi kekayaan kebebasan kita tidak ada disebabkan asyik diburu oleh pihak berkuasa.

Begitu juga dengan membuat “Masuk Lalu Mampus”. Menggunakan dan memanipulasi syarikat jualan langsung untuk mendapatkan kekayaan dengan cepat. Disebabkan itulah Syarikat Jualan Langsung terpalit kesan negetif disebabkan kaedah tidak bermoral sebigini.

Dengan lafaz kalimah syahadah, kita berjanji untuk mengikut rasulullah sebagai role model untuk mencari kekayaan. Memberikan hak-hak yang sama adil kepada setiap orang. Membina masyarakat madani dengan kekayaan kita sendiri. Alangkah malangnya orang yang tidak mematuhi kalimah syahadah yang diucapkan oleh nya setiap hari.

Rukun Islam 2: Solat 5 waktu

Solat adalah ibadah yang lengkap iaitu rohani dan jasmani. Dari sudut kejiwaan dan kesihatan tubuh badan dengan pergerakan tubuh badan. Didalamnya ada disiplin yang kuat dan kepatuhan yang maha hebat. Solat juga adalah implementasi sebuah janji untuk menunaikan hak Allah sebagai tuhan yang layak disembah.

Kekayaan dibina dengan sifat tawaduk dan hemah yang tinggi. Kekayaan menuntut disiplin yang ketat untuk berjaya. Tidak ada istilah goyang kaki jadi kaya. Semua itu memerlu disiplin yang ketat untuk berjaya. Kekayaan juga memerlukan jasmani yang kuat dan kejiwaan yang kental.

Jasmani perlu sihat dan kuat untuk mencari kekayaan.otak juga perlu kuat focus untuk menarik kekayaan untuk datang. Kekayaan tidak datang daripada orang yang sakit terbaring di katil hospital. Tetapi kekayaan datang kepada orang berdiri dan focus.

Kekayaan juga tidak pergi kepada orang yang tidak kuat rohaninya. Kekayaan tidak pergi kepada orang yang terlalu tamak dan tidak mampu mengawal nafsu untuk melihat wang dan pangkat. Tetapi kekayaan pergi kepada orang kuat rohaninya. Orang kuat berpegang dengan nilai moral yang tinggi walaupun terpaksa menentang hawa nafsu sendiri. Orang yang cukup berdisiplin dengan ilmu-ilmu yang dimiliki. Orang yang seperti ini, kekayaan akan pergi kepadanya.

Nak kaya, solatlah. Solat ajar cara untuk menarik kekayaan.

Rukun Islam 3: berpuasalah dibulan Ramadhan

Berpuasa adalah urusan kita dengan Allah. Tiada siapa pun mengetahui jika anda tidak berpuasa di bulan ramadhan. Hanya anda dan Allah sahaja yang mengetahui. Oleh sebab, hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang puasa kita, maka hanya Allah sahaja yang akan memberikan kepada kita ganjaranNYA.

Bagitu juga dengan kekayaan. Tiada siapa yang tahu jika anda menggunakan jalan salah untuk mencari harta kekayaan. Tiada siapa pun kecuali anda dan tuhan yang maha mengetahui sahaja. Maka tuhan sahaja yang layak untuk memberikan kepada kita kekayaan yang kita mahukan.

Ramai orang diluar sana yang membina kekayaan dengan jalan salah. Dan kita lihat mereka kaya. Tetapi adakah 3 lagi kekayaan dia dapat? Adakah kekayaan tubuh badan, sosialnya dan kejiwaannya dia dapat? Itu hanya tuhan sahaja yang dapat memberikan kepada kita.

Nak kaya? Berpuasalah dibulan Ramadhan.

Rukun Islam 4: berzakatlah

Mentor saya berkata, “ orang yang betul-betul kaya sahaja yang keluarkan zakat. Orang yang macam kaya tidak keluar zakat”. Orang kaya adalah orang yang mencapai tahap “kebebasan kewangan”. Mereka dari sudut kira-kira pendapatan dan perbelanjaan adalah menghampiri seratus peratus.

Mereka sudah tidak mempunyai hutang dan pasif income sahaja sudah mampu untuk menyara hidupnya sepanjang hayatnya. Tetapi bagaimana zakat boleh menjadi indicator/ penunjuk kepada kekayaan?

Setiap zakat mempunyai cara bayarannya yang tersendiri. Untuk membayar, kita memerlukan kunci kira-kira yang lengkap untuk memudahkan kita layak atau tidak untuk mengeluarkan zakat.

Contohnya, gaji 1000 dan perbelanjaan kita 1200, maka disitu ada deficit sebanyak RM200. Orang seperti ini tidak diwajibkan zakat malah silap hari bulan, dia yang sepatutnya dapat zakat.

Tetapi jika perbelanjaan bulanannya adalah 3000, dan pendapatan bulanannya adalah mencecah 30,000 maka orang seperti ini mungkin kena zakat.

Apa yang penting disini adalah personal financial. Zakat memerlukan kita membuat personal accounting. Mengapa hanya syarikat sahaja yang mengeluarkan zakat disebabkan syarikat mempunyai akauntan yang tersendiri. Maka, zakat boleh dikeluarkan. Tetapi diri sendiri bagaimana?

Rukun Islam 5: melakukan haji di Mekah

Untuk melakukan haji dimekah, kita perlu Mampu. Mampu disini adalah harta yang dibelanjakan untuk kemekah adalah mencukupi dan halal. Begitu juga dengan orang yang berada dibawah penjagaan sepanjang peninggalan, perlulah mencukupi dari sudut makan minum.

Jika ke mekah adalah sebulan, maka belanja perjalanan dan makan minum ke sana hendaklah mencukupi. Bagaimana pula dengan orang yang berada di bawah jagaan?

Bermakna kita perlu mempunyai simpanan yang mencukupi untuk keperluan orang yang ditanggung. Makan minum, sewa rumah, hutang piutang dan sebagainya perlu lah cukup. Adakah kita sanggup untuk meninggalkan orang dibawah tanggungan hidup dalam sengsara selama sebulan disebabkan simpanan tidak cukup?

Bagaimana kalau kita mencapai kebebasan kewangan? Boleh kita ke Mekah? Mesti boleh

Boleh kita tinggalkan orang jagaan kita dengan simpanan kita? Mesti boleh sebab keperluan sudah tersedia untuk mereka.

Maka resolusi terbaik untuk ke membuat haji di Mekah adalah kebebasan kewangan. Betul, selagi mana kita tidak mencapai kebebasan kewangan, selagi itu kita dan ahli keluarga akan dihimpit beban kewangan, hutang dan sebagainya. Maka hasrat ke Mekah tidak terlaksana.

Inilah hikmah rukun islam yang wajib kita fahami. Islam menyuruh kita kaya disebabkan tanggungjawab kita kepada masyarakat. Oleh saya nak Tanya, nak bayar zakat ke tak nak? Nak pergi haji ke tak nak?

Abang Long
http://tintamenulis.blogspot.com
By: ahmad fahmi


Saturday, July 16, 2011

Property & Co: Kami lebih bersemangat!

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana Property & Co membuat keputusan yang tepat untuk menangguhkan seminar ke masa yang lain. Kalau tidak tak taulah berapa kerat je peserta yang dapat hadir pada hari tersebut memandangkan keadaan lalulintas serta kenderaan awam yang terjejas teruk akibat tindakan pihak polis susulan daripada perhimpunan Bersih.

Ok, berita baiknya di sini, kami dah confirm venue baru untuk seminar memandangkan IYC tidak ada bilik seminar yang available pada tarikh 30 dan 31 Julai 2011. Detail seminar kami yang akan datang adalah seperti berikut :

30 - 31 July 2011 
(Saturday and Sunday)
9.00am – 6.00pm
First Business Inn, 
72 Jalan Dato Haji Eusoff 
Off Jalan Ipoh  
50400 Kuala Lumpur

Peta lokasi : http://www.firstbusinessinn.com/location.php
Paling best, lokasi hotel ni adalah dalam jarak 10 minit berjalan kaki sahaja daripada stesen STAR/monorel Titiwangsa.

Kepada peserta yang telah mendaftar, tak sabar untuk bertemu anda semua di sana! ;)

Kepada mereka yang teringin sangat nak join seminar ni, apa tunggu lagi... masih ada 3 tempat kosong yang boleh diisi.... bertindak sekarang ye! klik sini untuk join ------> http://propertyandco.blogspot.com


Sofa terpakai untuk dijual!

Khas untuk tuan-tuan rumah yang sedang mencari sofa terpakai untuk diletakkan di rumah sewa mereka.... atau sesiapa saje yang berminat, ada sofa terpakai untuk dijual dengan harga yang sangat murah.
Sofa 3+2+1 seater ini hanyalah berharga rm300. Berkeadaan baik dan percuma 1 set sarung sofa.

Jika berminat, sila hubungi Hj Wahab 03-91738232 untuk pertanyaan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Tidak termasuk meja dan aksesori lain ye :)


Saturday, July 9, 2011

Maaf, seminar pelaburan hartanah Property & Co terpaksa ditunda!

For the safety of all participants,FROM ZERO TO HERO.. HOW WE MAKE MONEY FROM PROPERTY INVESTMENT by Property & Co will be postponed to another date. Sorry for any inconvenience.

New date proposed : 30th and 31th July 2011
Venue : To be advised later.
Time : 9am - 6pm.

For any enquiries, please contact Sara at email ppchong09@gmail.com or call 0123775966.


Monday, July 4, 2011

Cyberia Crescent 2 dah dapat penyewa baru!

Sebenarnya kerja-kerja membaik pulih kondo ni belum siap lagi. Kontraktor hanya sempat mengecat dan menukar semua paip. Pintu-pintu yang perlu ditukar belum sempat ditukar kerana tempahan pintu yang mengambil masa beberapa hari serta sliding door yang tidak boleh bergerak di atas landasan juga belum dibaiki.

Mungkin dah rezeki kami agaknya... penyewa tetap berkeras ingin masuk pada 1 Julai 2011. Sejurus setelah penyewa menjelaskan deposit 2 + 1 + utiliti rm500 maka kunci rumah pon bertukar tangan.

Alhamdulillah bermula 1 Julai 2011 rumah Cyceria Crescent 2 telah disewa oleh satu keluarga Melayu di mana isterinya bekerja di HP Cyberjaya.

Mereka juga berminat untuk membeli unit tersebut (mungkin selepas 1 tahun menyewa).

Kadar sewa mengikut kadar pasaran semasa : rm1600 sebulan - basic.

Semoga seronok dengan rumah yang bercat baru :) dan jaga rumah baik-baik ye!

Oh ya! Kos baik pulih rumah lebih kurang rm1500 + locksmith rm126 dan paip (yang ni tak tau berapa sebab wan azmi yang beli)

PS: Kali ni aku tak pakai ejen pon. Letak iklan kat mudah.my je. Syukur.



Blog Widget by LinkWithin

.