Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Wednesday, December 29, 2010

Kisah Shoplot bermula...

Kisah ini bermula apabila aku dan blogger RN sama2 menghadiri seminar Property Millionaire Challenge. Banyak persamaan antara kami, walaupon baru kenal tapi rasa macam dah lama kenal. Maklumla satu kepala. Dua-dua kepala gile property :D

Habis seminar 3 hari, kami dapat semangat baru. Semangat yang lebih membara utk beli commercial property. Bajet kami? Hmmm... Tak banyakla... Sebab loan pon x boleh pegi jauh sgt... Kami kumpul 1 group (ada 5 orang), call it as partners Projek Berani Mati Shoplot 2010.

Hidup penuh cabaran, kami x jumpa shoplot dgn kriteria yg kami inginkan. Tapi kami jumpa kedai comel ni. Harga dijual below market value dan rental yield nyer pun bagus. Isk sayang nak lepaskan. Aku dan RN bertekad nk beli walaupon x sempat nk pegi tengok kedai lagi! Kerja gile tu...

Kini dalam proses loan... Tatau nk ckp boleh approve ke tak... Sedang menunggu.... Dengan penuh debaran... ;)

Walaupon shoplot comel ni kami kongsi 2 org je, Projek Berani Mati Shoplot 2010 tetap on. Tapi tukar tahun jadi Projek Berani Mati Shoplot 2011. To all partners, usaha tangga kejayaan. Jgn anggap masalah sebagai penghalang, anggap ia sebagai cabaran. InsyaAllah tiada apa yg mustahil. Moga tahun 2011 membawa kejayaan kepada kita semua... Amin!


Tuesday, December 28, 2010

Azam Tahun 2011


Aku nak join contest anjuran Matjoe. So kena mengarang pasal azam tahun baru 2011. :)

Azam aku untuk tahun 2011 ni nk beli shoplot dan nak tambah pasif income supaya lebih daripada aktif income supaya target aku untuk berhenti kerja pada/sebelum umur 35 tahun tercapai. Bila dah berhenti kerja nanti boleh tumpukan perhatian pada anak-anak selain dapat melakukan aktiviti yang aku suka. Aku letak gambar anak-anak sebab mereka adalah pemangkin utama untuk aku bekerja keras mencapai kebebasan kewangan.

Lagi satu azam, nak solat awal waktu :) moga lebih istiqamah... Amin!

Jom masuk contest Matjoe kt sini!

contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120)


Thursday, December 23, 2010

Find us on Facebook!

Auction Property Inside kini di Facebook!

Kawan-kawan pelawat sekalian, anda kini boleh mengetahui senarai listing dari kaca mata hot-auction-property sebagai property yg 'hot' di laman facebook kami. Sila klik LIKE/SUKA di bahagian FB di bawah. Diharap feature baru ini akan lebih memudahkan anda mencari property lelong idaman hati :)

Jika inginkan property di kawasan idaman anda, jgn segan silu utk emel saya di ctfarazila@gmail.com

Happy shopping!


Sunday, December 5, 2010

Tiles pecah lagi???

Ye.... tiles di kondo Bukit OUG pecah lagi tapi kali ni kt bahagian lain pulak. Kalau 6 bulan dulu aku selamat sebab tenant buat sendiri langsung x bgtau aku tapi kali ni x dpt lari dah :)

Hari Sabtu 3 Dis 2010 lebih kurang pukul 9.30 pagi aku dan ijam bergerak ke Bukit OUG condo. Tenant yg baru duduk sebulan mengadu masalah tiles mengelembung dan pecah. Sebagai tuan rumah yg profesional kami bergegas ke sana utk memastikan keadaan rumah selamat dan selesa diduduki ;)

Sampai kt sana, kami mendapati lebih kurang 32 keping tiles yg perlu ditukar. Tenant cerita tiba2 waktu diorang tgh mkn tiles tersebut naik menggelembung dan pecah dgn bunyi yg agak menakutkan. Bertempiaran diorang lari turun bawah... Hehehe... Kelakar jugakkan... Masalah ni adalah biasa terjadi bukan saje di BO malah di kebanyakan rumah bertingkat yg lain.

Dpt kontek drpd pejabat maintenance tentang kontraktor bangla yg tinggal di kondo tersebut. Terus call dia dan terus dia datang tengok rumah dan terus close deal. Dia janji buat kerja pada hari isnin 6 dis dgn caj rm350 utk 32 keping tiles. Mintak kurang x bagi dah :D

Alhamdulillah settle deal dan minta Allah permudahkan semuanya. Satu benda baru yg aku belajar daripada kontraktor bangla tu, punca tiles menggelembung dan pecah sebab tiles dipasang sgt rapat dan menyebabkan udara bwh tiles x dpt keluar. Lama kelamaan tiles menggelembung dan pecah.

Lama jugak kitorang borak dgn bangla tu. Dasat betulla. Dtg Malaysia sehelai sepinggang je tapi boleh jadi kontraktor mcm tu. Mesti masyukkkk... Sbg rakyat Malaysia aku rasa malula sebab aku pon x sampai tahap mcm tu lagi. Eceh ni yg lebih bersemangat nk keluar drpd rat race nih :P

Pemandangan daripada balkoni Kondo Bukit OUG kami di waktu malam... view KLCC tu... hehehehe


Thursday, December 2, 2010

Majalah 'Personal Money'

Alamak! Sampai lagi... Edisi bulan lepas pon aku x habis baca lagik... Usah katakan bulan lepas, edisi bulan lepas punye lepas pon aku belum khatam... Hehehe... Tu la poyo2 pegi langgan majalah ni... Tapi mmg untung beb bila melanggan setahun ni... 30% diskaun plus hantar kt rumah lagik. Tak payah susah2 carik kt kedai.

Personally bagi aku majalah Personal Money ni mmg sesuai utk mereka yg obses dgn $$$... Hehehe... Mcm2 ade... Drpd financial management, real estate, stocks, retirement planning etc. Tp kt bhg stocks tu kalau baca mata aku mengecilla... Ngantuk beb! Hehehe kalau bab real estate kurangla sikit ngantuknya.

Pernah gak aku bwk majalah PM ni ke ofis dgn harapan boleh khatam tapi adehhh... Kalau naik tren tu mungkin gak sempat curik masa utk baca. Kalau naik moto? Sendiri mau ingatlah!

Ade opismate pompuan kt opis nampak majalah ni atas meja aku. Punyelah dia pelik... Sbb dia layan majalah hiburan je. Erk... Aku pon layan gak majalah hiburan... Tapi kalau yg free jelah... Rasa syg lak duit nk beli majalah semata2 nk tau cerita pasal artis... Baca blog lagi best kot bab-bab artis ni? Hangattt!



Blog Widget by LinkWithin