Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Sunday, December 15, 2013

Jom bantah kenaikan cukai taksiran DBKL 2014

Jangan lupa ye...

Hari ini!

Bantah jangan tak bantah!

Jom jom!
Petikan daripada ismaweb.net

BANGI, 21 Nov – Ikatan Muslimin Malaysia hari ini membantah keras berhubung cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan kadar cukai pintu sehinggga mencecah 200%.
Timbalan Presiden ISMA, Tuan Hj Aminuddin Yahaya menyifatkannya ia satu tindakan yang mengenepikan kesengsaraan rakyat terutama kepada pemilik yang mendiaminya.

“Bahkan secara tidak langsung juga ia akan mengakibatkan kenaikan sewa dan harga rumah secara mendadak,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas berhubung keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan menaikkan kadar cukai taksiran pintu mulai tahun depan bagi membolehkan badan itu menawarkan khidmat terbaik memandangkan sudah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan.

“Kenaikkan cukai ini akan hanya lagi menyukarkan rakyat. Ini ditambah dengan keadaan rakyat yang rata-ratanya turut menghadapi kesukaran dengan kenaikan harga pelbagai barangan sejak akhir-akhir ini.

”Adakah ini janji yang ingin dikotakan oleh BN kepada pengundi? soalnya.

Sehubungan itu katanya, ISMA mendesak DBKL menangguhkan peningkatan kadar cukai pintu ini.
Akan tetapi jika sekiranya ia masih tidak dapat dielakkan ianya hendaklah dinaikkan secara beransur-ansur.

Selain itu ISMA akan terus mendesak Ahli-ahli Parlimen yang mewakili penduduk Kuala Lumpur untuk bersatu tanpa mengira parti bagi bersama-sama membantah tindakan DBKL.

Tambahnya ISMA juga akan menghantar memorandum kepada DBKL mengenai tentangan kita terhadap kenaikan ini.

Juga masih belum terlambat untuk mengisi dan menghantar borang bantahan seperti di bawah. 

Terima kasih kepada jiran saya, En F yang memberi kebenaran untuk saya berkongsi borang bantahan ini di sini. Sahabat semua boleh muat turun borang di bawah, isikan dan hantar ke pejabat DBKL di alamat seperti yang tertera di dalam borang bantahan tersebut.

 contoh surat bantahan: ms 1

contoh surat bantahan: ms2



Blog Widget by LinkWithin

.