Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Wednesday, June 20, 2012

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Salam Fara,

Saya nak tanya skit pasal Hot Auction Property posted in your blog. Kalau ikut Fara, property area mana yg Fara akan rekomen untuk bid and why. Sebab saya tengok banyak sgt property yg menarik. So utk property auction ni, biasanya Fara akan charge RM200 based on the bidding ke atau camne ???

Saya ada confuse skit,

1) Some of the property ada restriction: bumi lot.. maknanya hanya bumi sahaja boleh masuk bidding kan?

2) So kalau kita menang bid, lepas tu nak jual semula.. kita kena cari Bumi buyer only, Am I right? Tak boleh jual pada Non Bumi, kan?

3) Kalau hakmilik strata bagi harta masih belum dikeluarkan contoh unit apartment/condo, apa kah jadi masalah kalau kita menang bidding ni.

4) Dan adakah menjadi masalah kalau nak jual semula jika kita dah ada pembeli.

TQ

Jawapan:

Salam tuan yang bertanya, saya cuba jawab semua soalan sebaik mungkin:

Soalan yang mana satu saya akan rekemen adalah sangat subjektif. Ia bergantung kepada bajet, lokasi, ROI dan lain-lain. Sebaiknya pilih harga di dalam bajet tuan dan lokasi yang paling dekat dengan tempat tinggal tuan serta memberi ROI lebih daripada 8%.

Caj rm200 dikenakan hanya jika saya dilantik menjadi wakil pembida dan perlu turun ke dewan lelongan. Jika pembida pergi membida sendiri, maka tiada caj dikenakan.

1) Ya.

2) Ya.

3) Tidak menjadi masalah untuk kebanyakan bank. Ada juga bank (kebanyakannya oversea bank) yang tidak mahu memberi pinjaman untuk rumah yang lebih daripada 15 tahun dan masih tidak mempunyai strata title. Untuk belian tunai memang tiada masalah.

4) Tidak menjadi masalah untuk kebanyakan bank. Ada juga bank (kebanyakannya oversea bank) yang tidak mahu memberi pinjaman untuk rumah yang lebih daripada 15 tahun dan masih tidak mempunyai strata title. Untuk belian tunai memang tiada masalah.

Harap membantu :)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, June 18, 2012

Hot Auction Property : Jun 2012 (Kuala Lumpur)

3 Bedroom Condominium
Auction Price: RM 158,000.00
Land Area: 959 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Location: Unit No. 27D1-05-05, Taman Miharja Fasa 3A, Batu 2 1/2, Jalan Cheras, 55100, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 90,000.00
Land Area: 1016 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Location: Unit No. 7-5-5, Sri Desa Condominium, Jalan 1/116B, Off Jalan Klang Lama, 58200, Kuala Lumpur

Duplex 3 Bedroom Medium Cost Apartment
Auction Price: RM 120,000.00
Land Area: 807 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Location: Unit No. 120, 1st & 2nd Floor, Block PVD2, Perdana Villa Deluxe, Jalan Perdana 2/1, Pandan Perdana, 53300, Kuala Lumpur

Extended & Renovated 2 Storey Mid Terrace House
Auction Price: RM 470,000.00
Land Area: 1647 sq.ft
Auction Date: 2012-06-26
Location: Premises No. 59, Jalan Damai Bakti 1 Alam Damai, Cheras, 56000, Kuala Lumpur

3-Bedroom Serviced Apartment
Auction Price: RM 280,000.00
Land Area: 1020 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Tenure: Freehold
Location: Unit No. C-24-2, Block C, Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 140,000.00
Land Area: 1024 sq.ft
Auction Date: 2012-06-28
Location: No. A-12-6, Pelangi Indah Condominium, Batu 4 1/2, Jalan Degong, Off Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur

Apartment
Auction Price: RM 140,000.00
Land Area: 908 sq.ft
Auction Date: 2012-06-29
Restriction: Bumi Lot
Location: No. 19-2-1, Jalan Megan Setapak 1, Megan Setapak, 53300, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 230,000.00
Land Area: 732 sq.ft
Auction Date: 2012-06-21
Tenure: Freehold
Location: No. E-6-6, Lanai Gurney Corporate Suites, Jalan Bukit Keramat, 54000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Condominium
Auction Price: RM 121,500.00
Land Area: 843 sq.ft
Auction Date: 2012-06-21
Location: Unit No. 60-10-8, Pangsaria Condominium, Jalan 1/125 E, Desa Petaling, 57100, Kuala Lumpur

3-Bedrooms Apartment
Auction Price: RM 140,000.00
Land Area: 854 sq.ft
Auction Date: 2012-06-29
Location: Unit No. G-3A-11, Block G (Perindu), Tasik Heights Apartment, No.6, Jalan Liku Tasik Selatan (Jalan 21/146), Bandar Tasik Selatan, 57000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Low Cost Apartment
Auction Price: RM 70,000.00
Land Area: 650 sq.ft
Auction Date: 2012-06-28
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. E-15-9, 15th Floor (Level 16), Block E, Rumah Pangsa Kos Rendah, Jalan 30/146, Bandar Tasik Selatan, 57000, Kuala Lumpur

2 Storey Terrace House
Auction Price: RM 390,000.00
Land Area: 1400 sq.ft
Auction Date: 2012-07-03
Tenure: Leasehold
Location: No. 45, Jalan Tasik Selatan 16 (Jalan 16/146), Bandar Tasik Selatan, 57000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 650 sq.ft
Auction Date: 2012-06-28
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. A-12-31, 12th Floor, Block A, Rumah Pangsa Sri Penara, No. 6, Jalan Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

3 Bedrooms Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 650 sq.ft
Auction Date: 2012-06-26
Location: Unit No. A-16-01, 16th Floor, Block A, Rumah Pangsa Sri Penara, No. 6, Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

2 Storey Detached House
Auction Price: RM 320,000.00
Land Area: 3767 sq.ft
Auction Date: 2012-06-25
Tenure: Leasehold Expiring on 03 July 2101
Location: No. 541A, Lorong 52D, Kampung Cheras Baru, 56100, Kuala Lumpur

Intermediate 1 Storey Terrace House
Auction Price: RM 230,000.00
Land Area: 1650 sq.ft
Auction Date: 2012-06-27
Tenure: Freehold
Location: No. 20, Jalan Arasakesari 1, Taman Taynton View, Cheras, 56000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Apartment
Auction Price: RM 135,000.00
Land Area: 830 sq.ft
Auction Date: 2012-06-25
Location: Unit No. D-217, Level 2, Block D, SD Tiara Apartment, Jalan Damar SD 15/6, Bandar Sri Damansara, 52000, Kuala Lumpur

3 Bedroom Low Cost Flat
Auction Price: RM 60,000.00
Land Area: 678 sq.ft
Auction Date: 2012-06-25
Restriction: Bumi Lot
Location: Unit No. E-14-12, 14th Floor, Block E, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur

1 Storey Detached House
Auction Price: RM 330,000.00
Land Area: 4133 sq.ft
Auction Date: 2012-06-25
Tenure: Leasehold
Location: Lot PT 2A, Kampung Petaling Bahagia, Batu 5 1/2, Jalan Puchong, 58200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Condominium
Auction Price: RM 145,000.00
Land Area: 1075 sq.ft
Auction Date: 2012-06-26
Tenure: Freehold
Location: Unit No. 28-14-4, Block 28, Bukit Pandan 1 Condominium, Jalan 1/91B, Taman Pandan Perdana, 55300, Kuala Lumpur

P/S:
Hartanah di lokasi idaman anda tiada di dalam senarai di atas?
Emelkan kepada saya (ctfarazila[at]gmail.com) lokasi idaman anda. Saya akan berikan tips mudah mencari rumah lelong di kawasan idaman anda di seluruh negara.
 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Thursday, June 14, 2012

CF bertambah lagi

Nampaknya bulan Jun 2012 memang bulan rezeki untuk kami. Kondominium Bukit OUG dan Apartment Vista Pinggiran bertukar penyewa. Kalau VP berkisar tentang penyewa Iran yang meninggalkan semua perabotnya, BO pula masih belum berpunya sehingga 28 Mei 2012. Penyewa yang lama sudah pon membeli rumah sendiri di Apartment Vista Lavender. Tahniah saya ucapkan kepada mereka untuk rumah baru dan baby baru :)

Walau pon kami telah mengiklan di mudah.my dalam masa lebih kurang 2 minggu, kami masih belum mendapat penyewa yang benar-benar confirm ingin menyewa di situ. Haih, hati dah cuak juga sebab 1 Jun 2012 rumah dah mula kosong.

Rezeki Allah maha luas dan tidak terjangka. Tanggal 29 Mei 2012, seorang isteri kepada pegawai polis berpangkat Inspektor menelefon suami saya untuk melihat rumah. Temu janji dibuat, tetapi ada aral pula melintang. Dia tak dapat datang malam tu. Esoknya dia berjanji akan datang lagi membawa wang deposit tanda jadi.

Alhamdulillah, temu janji kedua membuahkan hasil. Wang deposit dan kunci rumah bertukar tangan. Kali ini CF kami meningkat lagi sebanyak rm220. BO dengan kabinet dapur berkeluasan 1222 sf kami sewakan hanya dengan kadar rm1000 sebulan.


Pelaburan hartanah memang serampang dua mata. Selain mendapat CF yang akan bertambah dari semasa ke semasa, harga rumah juga akan meningkat selari dengan peningkatan sewa dan faktor-faktor luar yang lain. Walaupon increment di ofis ni belum ada khabar berita lagi, tapi saya (dengan izin Allah) berjaya naikkan gaji saya sendiri dengan pertambahan CF melalui pelaburan hartanah.

Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan? (Ar-Rahman: 13)

Alhamdulillah...

*CF = Cash Flow
 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Tuesday, June 5, 2012

Vista Pinggiran telah ditempah

Alhamdulillah...


Apartment kami di VP telah ditempah oleh seorang warga India yang bekerja sebagai pengurus IT di sebuah syarikat di Cyberjaya. Katanya, dia akan menghuni apartment tersebut seorang diri dengan sewa sebanyak RM1050 sebulan. Deposit rm500 telah pon bertukar tangan. Selebihnya akan dibayar sewaktu masuk rumah nanti.

Tetapi, dia meminta untuk dimasukkan TV dan aircond. Setelah berbincang, suami saya bersetuju membelikan 1 unit aircond bilik tidurnya. Dia sendiri akan membeli LCD TV secara ansuran. TV itu akan menjadi hak milik kami apabila tempoh penyewaan tamat dalam masa 18 bulan.

Anggaran harga aircond 1 hp = rm1000. Modal perabot = rm 2800. Jadi, kami perlu mengeluarkan sebanyak rm3800 untuk mendapatkan pertambahan aliran tunai sebanyak rm350 (rm1050 - rm700) sebulan. Jadi dalam masa 11 bulan kami akan mendapat kembali modal yang dikeluarkan untuk menjadikan unit fully furnished. InsyaAllah.

10 Jun 2012, insyaAllah penyewa baru akan masuk. Moga Allah permudahkan.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Blog Widget by LinkWithin