Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Thursday, June 23, 2011

Cyberia Crescent 2 : Masalah Penyewa

Pemandangan kolam renang di Crescent 2
Cyberia Crescent 2 yang terletak di Cyberjaya dibeli oleh aku bersama rakan-rakan JV Pokli dan Wan Azmi pada April 2009 (kalau x silap). Kini selepas 2 tahun tenant yang menyewa sudahpon keluar. Keluar senyap-senyap tanpa jumpa kami. Hanya ejen yang bagitau mereka dah keluar dan tinggalkan kunci pada guard house.

Alhamdulillah mereka dah keluar. Memang dah lama aku nak mereka keluar kerana bayaran sewa yang tidak menepati masa. Mereka akhirnya keluar pada 15 Jun 2011. Hanya tinggal setengah bulan deposit yang ada dalam tgn aku. Itu pon nasib baik ada. Kalau takde gigit jarilah.

Masalah: Kami takde kunci mangga dan bila kami minta di guard house, masing-masing pakat cakap tak tau. Kemudian aku minta bantuan Mr Sam (locksmith) daripada Cyberjaya untuk pergi buka rumah. Ada mangga di luar dan di dalam gril. Mr Sam pergi tengok rumah pagi tadi. Dengan caj rm90, aku izinkan dia buka mangga tu.

Dia pon masuk ke dalam rumah. Jeng jeng jeng...

Laporan daripada Mr Sam, semua pintu pilik rosak termasuk sliding door, ada patung hindu dalam bilik stor dan ade juga uniform guard dalam rumah. Lampu juga tidak bertutup dan telah ditutup oleh Mr Sam.

Mr Sam telah letak mangga baru di grill pintu. Sabtu 25 Jun, pukul 10 pagi nanti aku akan pergi ambil kunci mangga tersebut di kedai Mr Sam. Ada bakal penyewa baru nak tengok rumah :) Semoga semuanya dipermudahkan. Amin!

PS: Masalah kami ini berpunca daripada pemilihan dan penapisan tenant yang tidak ketat. Kalau pemilihan tenant kami lakukan dengan ketat insyaAllah semua ni takkan berlaku. Bagaimana melakukan pemilihan tenant dengan berkesan? hmm... subjek ni pon kami ada masukkan dalam seminar Property & Co tau.
Tinggal beberapa tempat kosong saje lagi... Bertindak dengan klik di sini sekarang... Jumpa anda di sana!


Saturday, June 18, 2011

Property & Co: Reminder

Just a quick reminder :
Today is the last day for early bird discount. Act now to get the special discount!

Starting from 20 June 2011 onwards, it will be back to the normal rate :
ONLY RM 458 for knowledge sharing that you can utilize IMMEDIATELY to make money in property investment.

BUT, if you come in a group of 2 or more, there is a special discount. ONLY RM 428 (group registration) per pax, meaning that there is a SAVINGS OF RM 60 per group of two pax.

See u there!



Wednesday, June 15, 2011

Pay Slip: Bagaimana anda memaksimumkan penggunaannya?

Setiap orang yang bekerja pasti akan menerima payslip setiap hujung bulan. Apa yang anda buat dengan payslip tersebut? Simpan dalam laci? Lagi?


Untuk pelabur hartanah seperti saya (ehem2) payslip memainkan peranan yang sangat penting untuk saya leverage. Err... apa itu leverage? Jarang sekali kita mendengar orang membeli hartanah yang berharga rm200k-rm300k secara tunai. Dengan bantuan bank, mereka membeli aset (iaitu hartanah tersebut). Ini di katakan sistem leverage.

Bank pula tidak akan sewenang-wenangnya memberi anda pinjaman tanpa melihat satu bukti penting ini iaitu : Pay Slip! Lebih besar angka yang tertera di dalam pay slip maka lebih banyaklah pula bank akan menawarkan pinjaman kepada anda. Menarik bukan? Dua isi penting yang saya dapat waktu pegi preview seminar Milan Doshi :

1. Jangan takut utk mengambil pinjaman perumahan. Ambillah sebanyak dan selama mungkin. Lebih banyak pinjaman perumahan bererti lebih kayala anda semua. Akhirnya, inflasi akan menjadikan jumlah yang anda bayar sama ada sama atau kurang daripada jumlah pinjaman yang anda pinjam *ditunjukkan sekali cara pengiraan*

2. Kita bekerja untuk mendapatkan payslip, payslip itulah yang kita gunakan untuk membuat pinjaman untuk membeli hartanah. Pelaburan hartanah inilah yang seterusnya akan menjadikan kita bebas kewangan a.k.a kaya raya.... seronok tak?

Jadi, tolong ye! Jangan sia-siakan pay slip anda. Tolong maksimumkan penggunaannya dan jangan biarkan dia lepak dalam laci je. Aku sedih sangat tengok orang yang bergaji 'boleh tahan' tapi ada sebiji rumah sahaja. Selagi kita boleh pinjam... kita pinjam... hehehe... Al maklumla pay slip aku bank dah tak pandang sebab komitmen tinggi sangat... hehehe....

Lagi satu yang paling penting, sebelum melabur di dalam hartanah, melaburlah di dalam ilmu mengenai pelaburan hartanah dulu. Lebih baik bayar sebanyak rm228 sekarang daripada terpaksa membayar beribu-ribu ringgit kerana tersilap beli hartanah. Contohnya, hartanah terbengkalai, kawasan kurang hot, jumlah amaun tertunggak yang membuatkan kita terkejut badak dan sebagainya.

Bertindaklah sekarang untuk masa depan anda! Apa yang kita ada hari ini adalah keputusan apa yang kita buat 5 tahun lepas !!!

http://hot-auction-property.blogspot.com/2014/01/ceritera-tentang-rumah-lelong.html

PS: Kalau ada sesiapa nak bagi pinjam pay slip dia pada aku... padang bola aku tadah kan! hahaha...


Friday, June 10, 2011

Seruan haji

Tengahari semalam aku ke Bank Rakyat, ada urusan yang perlu dibereskan. Sempat jugak aku masuk saham Bank Rakyat yang bagi dividen 15% tu. Dapat masuk rm500 je. Jadilah... alang-alang dah sampai sana, aku saja-saja nak daftar queue pergi haji.

Senang aje. Tak payah isi borang. Just cakap aje dekat pegawai di kaunter. Dalam 2 minit, selesai. Sekeping kertas dihulurkan pada aku. Nak tau tahun bila giliran aku sampai ke tanah suci?

Tahun 2039 ! Wah... bila kira-kira balik, waktu tu umur aku dah 60 tahun... entah hidup lagi ke tidak...

Betul ke nak pergi haji kena ikut tahun giliran tu? Kalau betul, masakkkkkk...

Tapi aku rasa macam tak betul je. Kalau ikut agensi swasta tak perlu ikut giliran macam tu kot??? Ada siapa-siapa yang tau?

Nota kaki : Hajat di hati nak jejak kaki di tanah suci sebelum umur 40 tahun hmmm...

Oh ya! Tadi ada klien masuk bid rumah berharga rizab : rm450k. Harga menang : rm680k. Crazy! huhuhu...



Wednesday, June 8, 2011

Azizi Ali dan Pelaburan Emas

Wah... nampaknya Azizi Ali pon dah mula melabur dalam emas... siap buat seminar dan buku pasal emas lagik... Nampaknya saya kena dapatkan buku ni secepat mungkin! :)



Tuesday, June 7, 2011

Update Seminar Property & Co

Salam kawan-kawan pembaca blog semua, nampak tak banner kat bawah entri ni? Sila klik di atas banner untuk keterangan lanjut serta testimonial daripada peserta terdahulu tentang seminar kami.

Photobucket



Oh ya! Sambutan terhadap seminar Property & Co amat menggalakkan... Alhamdulillah... sila bertindak pantas kerana tempat adalah terhad... Jumpa di sana! 


Kelas Pelaburan Perak

Ahad 5 Jun 2011 aku menghadiri Kelas Pelaburan Perak oleh speaker Ikram Adi di pejabat Satu Solution di Bdr Sri Permaisuri. Antara sebab-sebab aku menghadiri kelas ni adalah kerana yuran serendah rm10 dan juga lokasi yang teramatlah dekat dengan rumah aku jadi bolehla aku drive sendiri tanpa rasa cuak... hehehe... al maklum sesat jalan ni adalah biasa bagi diri aku :)

Antara perkara menarik yang aku belajar dalam kelas ni :

1. Kitaran ekonomi dunia serta pelaburan yang bull market mengikut musim.
2. Sejarah wang kertas : sebab dan akibat jika disalahguna.
3. Sejarah pasti berulang tetapi manusia tidak pernah mengambil iktibar - sentiasa melakukan kesilapan yang sama.
4. Kepentingan menyimpan emas dan perak - kemungkinan emas dan perak akan dijadikan matawang semula tetapi bila ianya akan berlaku? Wallahua'lam.
5. Kepentingan menyimpan emas dan perak - persediaan awal sebelum ...
6. Bila dan bagaimana ingin bermula dalam pelaburan perak serta sedikit kira-kira dan analisis teknikal.

Sekian, apa yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada kelemahan aku sendiri
Selamat melabur!



Blog Widget by LinkWithin