Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Tuesday, January 24, 2012

Rujuk

Resit bayaran peguam yang ditolak terus daripada wang deposit pembeli
Alhamdulillah... beberapa hari selepas saya menulis entri yang ini, pembeli yang 'tak jadi' (en M) sebelum ini telah menghubungi saya dan menyatakan hasratnya untuk 'rujuk semula'. Jangan salah faham :) Bukan rujuk apa, cuma rujuk kembali proses penjualan Cemara kerana katanya dia kini mempunyai wang deposit yang mencukupi.

Ada juga beberapa orang pembaca blog yang mengemel saya menyatakan hasrat ingin membeli unit saya di Cemara tetapi saya lebih berat untuk meneruskan proses penjualan dengan en M. En M juga membuktikan yang dia tidak main-main dengan keputusannya kerana dia menyertakan sekali wang baki 10% deposit yang sepatutnya diberikan pada saya 2 bulan dahulu.

Tambahnya lagi, jika bank tidak meluluskan pinjaman yang dibuat atas nama isterinya, dia sanggup hilang wang deposit tersebut. Bagi pihak saya, saya bersyukur. Cuma saya mohon kepada peguam dan en M untuk melengah-lengahkan proses tukar nama dan disbursement kerana saya ingin mengelak daripada dikenakan penalti oleh pihak bank. Maklumlah bermula Julai 2012 pihak bank tidak lagi boleh mengenakan penalti seperti yang diarahkan oleh Bank Negara. Alhamdulillah en M dan pihak peguam pon bersetuju.

Semoga proses penjualan rumah dipermudahkan Allah. Amin.


Monday, January 9, 2012

Tips Beli Rumah Lelong 2012


1. Tidak perlu tunggu sehingga harga terlalu rendah untuk masuk membida. 

Harga yang terlalu rendah akan menarik lebih ramai pembida seterusnya menjadikan harga rumah melambung tinggi. Selalunya harga jual hartanah akan melebihi daripada harga pasaran.


2. Beli rumah lelong pada kali pertama ia dilelong.

Harga rumah yang baru pertama kali dilelong akan dinilai berdasarkan harga pasaran. Tetapi perlu diingat, harga pasaran ditentukan oleh jurunilai yang dilantik oleh pihak bank pelelong. Harga jurunilai ini biasanya ketinggalan setahun daripada harga pasaran semasa.

Kesimpulannnya, jika anda berjaya membeli rumah dengan harga rizab pada kali pertama ia dilelong, insyaAllah harga rizab tersebut sebenarnya adalah lebih rendah daripada harga pasaran semasa kerana harga tersebut adalah harga hartanah pada setahun yang lalu.


3. Pilih kawasan yang tidak terlalu 'HOT' dan tidak terlalu 'COOL'

Elakkan membuang masa dan tenaga untuk membida hartanah di kawasan yg terlalu panas seperti Kondo Rakyat, Flat Sri Penara dan Vista Angkasa. Jangan pula membida di kawasan yang terlalu sejuk seperti Bukit Beruntung. Masih banyak lagi kawasan di Lembah Klang yang mempunyai potensi yang tinggi asalkan anda rajin mencari :)


4. Jangan berputus asa

InsyaAllah setiap kekalahan adalah pengalaman yang sangat berharga untuk mencapai kemenangan di masa yang akan datang.

2012 menjelang tiba, selamat membida untuk semua :)
Sekian 4 tips ringkas untuk hari ini. Sebarang kesilapan/kemusykilan bolehla diajukan di bahagian komen.
Terima kasih

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Sunday, January 8, 2012

Bila mula sekolah...

Agak sibuk pada awal tahun memandangkan anak kedua, Nur Sarah, 5 tahun mula bersekolah di Tadika MAIWP (dalam kawasan Masjid Othmaniyah, BTR) manakala anak sulung Nur Aisyah, 8 tahun pula mula bersekolah di Maahad Tahfiz BTR. Semoga dipermudahkan perjuangan mereka dalam menuntut ilmu ya Allah... Amin. Kerja full time dan part time (real estate auction property negotiator) masih berjalan seperti biasa. InsyaAllah.

Sempat bergambar pada hari ke-2 persekolahan

Kakak-kakak pegi sekolah, adik-adik main buai yeay!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, January 2, 2012

Azam baru 2012 ?

Selamat Menyambut Tahun baru Hijrah dan Masihi...

Tahun ini azam saya lebih kepada ukhrawi. Rasanya tak perlu dikongsi di sini. Memadai dengan hadis-hadis yang dikongsi di bawah. Saya mendoakan untuk diri saya sendiri, keluarga, kawan-kawan dan semua pembaca blog agar diberi petunjuk dan hidayah untuk berhijrah ke arah kebaikan. Tak kira walau sekecil mana penghijrahan itu asalkan disertai dengan amalan yang berterusan, insyaAllah itulah amalan yang terbaik.

Amalan yang paling disukai Allah SWT: Amalan yang berterusan walaupun sedikit

Renungkan Firman-Nya yang bermaksud:

"Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanya sedikit." (Surah at-Taubah, ayat 38).

Sesiapa juga hidup di dunia ini tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sebab itu Allah membenarkan taubat sebagai pembersih diri. Jika diri tersalah memilih jalan dosa, bersegeralah berubah memilih jalan yang sebenarnya.


Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Blog Widget by LinkWithin