Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Thursday, April 28, 2011

House Renovation

Dah hampir 2 minggu kerja-kerja roboh renovation rumah berjalan. Gambar ni aku ambil sewaktu hari pertama kerja-kerja bermula. Oleh kerana rumah asal adalah rumah setingkat maka footing perlu dilakukan untuk membolehkan rumah 2 tingkat dibina.

Kalau senang-senang nanti aku letak gambar plan rumah yg dilukis oleh kenalan kontraktor ijam dan kami aku yang putuskan untuk pilih pelan tersebut. :) Terima kasih en Nazir kerana melukiskan pelan yg cantik...



Sunday, April 24, 2011

Refinance Bukit OUG

Aku sebenarnya baru balik dari KK 13-16 Apr 2011. Balik dari sana macam-macam penyakit yg datang sampai aku masuk wad 3H2M. Setelah merayu-rayu dengan Dr, akhirnya aku dilepaskan balik oleh Dr Abu dari Pusrawi dan diberinya aku MC sampai esok (26 Apr 2011). Alhamdulillah dapat jugak aku rehat2 sambil update blog dari rumah.

Cite pasal refinance, aku baru sign offer letter daripada Affin Bank Islamic. Rate BFR-1.8. Tenor: 35 tahun. Margin 85%. Aku takde pilihan lain sebab aku perlukan $$$ untuk house renovation. Dalam masa yang sama aku apply CIMB home extra untuk VP. Memang menuntut kesabaran jiwa nk tau result sebab officer incharge very the lembssss....

Untuk sesiapa yang berminat nk buat loan/refinance rumah boleh kontek Dasuki (Affin Islamic) - 012-3900481


Tuesday, April 12, 2011

Q&A: Masalah yang agak kritikal

Assalamualaikum Kak Fara,

Maaf mengganggu.

Dulu masa mula2 nak beli umah lelong nih (tahun 2009) ada pernah minta advise dari kak Fara.
And now nak tanya lagi. sorry sangat2 sbb mengganggu.

1- Saya dah beli unit lelong tu tahun 2009. Takde kunci- so, saya buat report polis untuk buka pintu umah tu & skrg dah duduk dah pun unit lelong tu.
2- semua maintainnace fee yg tertunggak, cukai taksiran semua saya dah clear. Loan dgn bank pun semua dah clear & dah sign dah pun. Saya takde problem lansung nak dapatkan loan rumah.
3- bank pelelong ialah maybank. Loan rumah saya pun maybank juga - sbb nak cepatkan proses.
4- Tapi sampai sekarang, saya tak start pun lagi bayar pinjaman perumahan tu. Dah 2 tahun. Saya follow up lawyer, tapi lawyer tu cakap "belum lagi"
5- Sampailah satu hari- rumah saya bertampal2 dgn notis "untuk dilelong". Bila saya call lawyer kenapa jd macamni- baru dia kelam kabut nak pegi deal dgn lawyer bank pelelong. Mujur sempat lelong ditarik balik.
6- Sekarang masih tak settle lagi & saya dah penat. Bila saya call lawyer - HP dia off. Bila saya jumpa dia kat office- dia kata jgn call HP.
7- Lawyer suruh saya follow up lawyer bank pelelong tu sendiri & suruh saya buat rayuan.

soalan saya
1- Selalunya berapa lama segala urusan macamni nak selesai? Kenapa dalam kes saya ni memakan masa terlalu lama? Normal kah?
2- Apa kos yg saya kena tanggung sebab dapat lawyer yg lembab macamni? - lawyer ni dicadangkan oleh maybank tempat saya ambil loan perumahan tu.Lawyer saya tu cakap nanti saya kena bayar interest. Interest apa tu?
3- Apa tindakan yang saya boleh ambil kalau tiba2 rumah saya 'dilelong' sekali lagi? Sekarang ni saya mmg sentiasa bayar maintainance fee dan segala bil2.
4- Adakah mmg tanggungjawap saya pula nak kena follow up lawyer pelelong tu every now & then?

Saya tak fahamla kak fara.
Pening & berserabut kepala otak dibuatnya.
Harap kak Fara boleh bantu.
Minta maaf sekali lagi sbb ganggu.

Terima kasih.
Nora Hakimi

PS: Mintak tolong sesiapa boleh bagi satu solution untuk masalah ni. Aku akan bagi solution aku kemudian... sekarang agak berserabut sikit... eceh... dah mcm style blog bro ni lak... jgn marah ye bro... nanti cepat tua...


Monday, April 11, 2011

Kisah Shoplot : Sad ending!

Dah lama aku nak update pasal kisah shop lot ni tapi masih tak nak terima hakikat sebenarnye yang ianya gagal.... sob sob...

Memang banyak halangan dari segi mendapatkan loan utk shoplot ni. Kami apply lebih daripada 5 bank sampai letih (banyak tu nak kena fotostat) tapi akhirnya Public Bank mcm bagi green light loan kami akan lulus. Bila kami dengar PBB Bank kata: "Eh saya rasa takde masalah ni pinjaman ni insyaAllah boleh lulus". Maka besarlah harapan kami agar proses pembelian berjalan lancar...

Tapi... keesokan harinya kami diberitahu oleh pihak PBB Bank bahawa vendor (pihak penjual) sudah ade notis bankrap! What??? memang berita ini sungguh mengejutkan....Makanya kami dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembelian kerana kalau kami teruskan juga kami jugak yg rugi... sebab proses tukar nama tentu tidak dapat diteruskan.

Kami dah bayar 3% untuk booking. Alhamdulillah kami dapat berita yg duit booking kami akan dipulangkan. Itupon setelah berhempas pulas mencari bukti yg notis bankrap telah dikeluarkan oleh pihak bank. Sebabnya vendor belum lagi di isytiharkan bankrap... Dalam proses nak bankrap la tu... So kalau kami tak dpt bukti tu maka deposit kami akan hangus.

Kami still menunggu refund daripada pihak ejen (sebab ejen tu yang pegang duit deposit tu). Ntahla bila akan dapat... masih menunggu dengan sabar...Walaupon kami gagal mendapatkan lot kedai tersebut tapi banyak jugak perkara baru yang dapat dipelajari...

Moral of the story : Cek dulu background vendor sebelum bayar duit booking. Pastikan vendor tidak bankrap dan bersih daripada notis bankrap. Cara nak cek? InsyaAllah aku cerita di entri akan datang...

Kalau ada yg dah terkena mcm kami, think positive and never give up... insyaAllah ada rezeki lain di masa akan datang :)


Blog Widget by LinkWithin