Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Tuesday, January 28, 2014

Ceritera tentang rumah lelong

Alhamdulillah.

Untuk mereka yang terlepas untuk menghadiri Seminar Taiko Rumah Lelong sesi Okt 2013, jangan lepaskan peluang anda untuk mendengar perkongsian ilmu tentang rumah lelong serta tips-tips terbaru yang berkaitan pembelian dan penjualan rumah lelong.

Tahukah anda masih ada ramai orang yang berjaya menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM 20k- 30k dalam masa setahun? Anda juga boleh melakukannya! Ketahui teknik-teknik keep dan flip serta cara-cara mengurangkan risiko pembelian rumah lelong yang bermasalah.

Sesi ini akan berkongsi:
- Potensi pelaburan hartanah lelong
- Bagaiamana lelongan diadakan
- Memahami POS dan Contract of Sale
- Mendapatkan pinjaman bagi rumah lelong
- Hartanah lelong untuk keep
- Hartanah lelong untuk flip

*******************************************
Seminar Taiko Rumah Lelong sesi Feb 2014

*******************************************

Seminar ini sangat sesuai buat yang mahu memulakan langkah untuk membeli rumah dari pasaran lelong.


Insya Allah seminar ini akan disampaikan oleh saya sendiri, Puan Siti Farazila sebagai blogger, ejen dan pelabur rumah lelong wanita yang fokus kepada strategi keep.
Beli rumah lelong untuk jana wang sewa power-power setiap bulan.


Sifu Shafie Bustan, pakar rumah lelong yang telah berjaya menjana untung besar melalui strategi flip.
Beli dan jual semula.

RN pula akan bertindak sebagai emcee dan penyelaras program.

Seminar ini akan diadakan pada

Tarikh: 16 Februari 2014, Ahad
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: International Youth Center, Bandar Tun Razak, KL.

Yuran (Early bird sebelum atau pada 31 Januari 2014)
           RM 198 seorang untuk satu tiket
           RM  368 seorang untuk dua tiket

Mulai 1 Februari 2014
          RM 228 seorang untuk satu tiket
          RM  428 seorang untuk dua tiket

ISTIMEWA untuk ahli Kelab Alien Hartawan SAHAJA.
Yuran: RM 178 seorang untuk satu tiket

***********************
Cara mendaftar

**********************

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services ; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/borang-taikolelong0214

Maaf, tempat adalah terhad kepada maksima 30 orang sahaja.

Jumpa di sana ya!

Antara gambar seminar Taiko Rumah Lelong sesi Oktober 2013.






Wednesday, January 22, 2014

Full settlement ~ Alhamdulillah


Sejarah PL Bank Rakyat ini sebenarnya bermula pada tahun 2003 (kalau tak silap saya). Saya membuat PL buat pertama kalinya sebanyak rm22k untuk membayar hutang kad kredit (rm9k) dan selebihnya saya simpan. Bayaran bulanan, rm400++.

Pada tahun 2005, saya membeli rumah lelong yang pertama, Cemara Apartment di BSP dengan harga rm106k. Habis semua baki PL yang saya simpan sebelum itu. Aliran tunai positif juga tidak begitu banyak, cuma rm100 sahaja.

Tahun 2007, saya berjumpa Aziz Ibrahim CFP untuk restuktur semula keadaan kewangan keluarga saya. Beliau mencadangkan saya membuka akaun overdraf (OD) yang dicagarkan dengan sijil ASB. Jumlah modal yang dicadangkan : rm30k.

Jadi saya pergi semula ke Bank Rakyat dan memohon untuk overlap. Jumlah loan menjadi rm50k dan bayaran bulanan rm636. Alhamdulillah, dengan duit OD ini saya menambah jumlah portfolio rumah lelong saya.

Tahun 2010, saya beli rumah yang saya tinggal sekarang dan perlukan modal untuk ubahsuai rumah. Jadi saya mohon overlap lagi menjadikan jumlah pinjaman rm150k. Wah... banyaknya hutang saya. Pening juga. Bayaran bulanan yang baru rm1282 selama 20 tahun bermula pada bulan Julai.

Saya memang berazam untuk membuat full settlement secepat mungkin untuk PL ini. Alhamdulillah, Allah beri rezeki melalui proses pinjaman semula untuk kondominium di Bukit OUG. Tambah pula dividen ASB dan sedikit duit simpanan, saya berjaya membuat full settlement pada 13 Januari 2013. 

Selepas 30 bulan daripada tarikh pinjaman PL rm150k, jumlah full settlement yang perlu saya jelaskan adalah sebanyak rm149,265.64. Erk! cuma kurang sedikit sahaja berbanding dengan jumlah wang yang saya telah keluarkan selama 30 bulan untuk membayar instalmen. Mungkin kerana tempoh pinjaman yang sangat panjang iaitu selama 20 tahun.

Sebenarnya simpanan ASB saya tidaklah sebanyak mana, dividen yang diperolehi itu adalah daripada od/asb dan loan asb. Penambahan bayaran bulanan untuk proses pinjaman semula kondo Bukit OUG itu pula dibayar oleh penyewa. walaupon dia selalu bayar lewat... huhu...

Saya harap perkongsian saya ini akan memberi manafaat dan idea untuk pembaca-pembaca yang sedang berusaha untuk melupuskan hutang-hutang mereka khususnya hutang jahat. InsyaAllah :)
    


Blog Widget by LinkWithin