Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Monday, October 15, 2012

Cimb Islamic @Halfest 2012

Sabtu lalu saya ke Halfest 2012 yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.

Tujuan utama saya ke sana kerana ingin membeli makanan tambahan sunnah Rasulullah SAW, kapsul habbatussauda Halagel® Black Seed Oil untuk ibu bapa yang tercinta ;)

Jalan punya jalan, terjumpa booth CIMB Islamic Bank. Apa lagi, terus jumpa pegawai di sana dan beritahu ingin membuat permohonan pinjaman perumahan Home Extra. Pegawai bertugas melayan saya dengan baik sekali. Saya diminta mengisi borang dan diberi free gift yang sangat menarik!

Sports MP3 Player dan NEGATIVE ION SPORTS WATCH - Imazine IONIC Gear.

Kedua-dua gajet ini direka khas untuk orang-orang yang gemar bersukan. MP3 Player itu kalis air juga. Wah bolehla saya gunakan free gift ni waktu saya berjogging nanti. Ops! Ntahla bila ye....

Blogger RN, sila jangan jeles! hehehe...

Sport MP3 Player

NEGATIVE ION SPORTS WATCH - Imazine IONIC Gear
Alhamdulillah, saya sangat teruja bila dapat free gift ni.

Terima kasih Allah.

Terima kasih Cimb Islamic.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Sunday, October 14, 2012

Pelan Lantai


Seperti yang pernah diminta oleh Matjoe dalam ruangan komen pada entri ini, saya inginkan kongsikan perjalanan cerita ubahsuai rumah kami yang mengambil masa lebih kurang 5 bulan (siap structure) dan sebulan lagi untuk persiapan perabot serta hiasan dalaman.

Moga ianya memberi manafaat dan panduan kepada sesiapa yang ingin mengubahsuai rumah. Rumah asal yang kami beli merupakan sebuah rumah teres setingkat yang mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air.

Ini dia pelan lantai rumah kami yang telah dilukiskan oleh sahabat baik kami iaitu en Nazir.  Selain bekerja dengan majikannya, En Nazir juga merupakan seorang kontraktor ubahsuai rumah, pejabat dan lain-lain.

Pengalaman en Nazir mengurus pembinaan banglo di bawah syarikat tempat dia bekerja membolehkan beliau melukis pelan lantai yang sangat sempurna pada pandangan mata saya. Saya yang sebelum itu sangat  blur dan tidak ada idea untuk melukis pelan lantai terus sahaja bersetuju dan jatuh hati dengan pelan lantai ini :)

Ground Floor

First Floor
Kami melantik kontraktor Indonesia (En R) untuk projek mengubahsuai daripada 1 tingkat kepada 2 tingkat ini. Kebenaran pihak berwajib tidak diperlukan memandangkan rumah ini adalah rumah kos rendah dan pihak berwajib amat maklum dengan rumah asal yang sempit dan kurang sesuai untuk diduduki oleh keluarga besar.

Antara sebab utama kami memilih En R ialah kerana faktor harga yang kompetitif serta kekerapan beliau membuat projek pengubahsuaian di kawasan sekitar. Kami juga ada pergi melawat projek-projek beliau yang sedang di dalam pembinaan. Hasil kemasannya juga boleh tahan. Harga permulaan yang beliau minta ialah rm112k. Namun ini hanyalah harga permulaan.

Harga permulaan bermakna kami perlu sediakan sekitar 50% lagi daripada harga permulaan sebagai persediaan perkara-perkara di 'luar dugaan' dan kos lain-lain. Harga rm112k adalah termasuk wiring, plaster ceiling dan grill pintu, tingkap, tangga dan balkoni.

Untuk permulaan, kami perlu berpindah dan memindahkan semua barang kami ke tempat/rumah lain. Alhamdulillah, rumah ibubapa saya hanya berdepan sahaja dengan rumah kami. Jadi sepanjang tempoh pengubahsuaian kami tinggal di rumah parents. Perabot pula kami tumpangkan di rumah company suami yang pada masa itu tidak berpenghuni.

Phew! Allah sajalah yang tahu betapa penatnya berpindah randah ni kan... Alhamdulillah proses pindah dan kosongkan rumah selesai pada pertengahan April 2011.

~bersambung ;)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Monday, October 1, 2012

Soalan dan Jawapan : Putra Intan Condominium

Salam Puan Fara,

Saya berpeluang mengikuti beberapa entry dari blog hartanah puan yang sememangnya sangat informative dan membantu ramai orang yang ingin memiliki hartanah di dalam membuat pertimbangan pembelian. Sungguh mulia hati puan, kalau orang lain mungkin dah kenakan consultation fee. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan Puan itu.

Disini saya ingin bertanya tentang pembelian hartanah pertama saya yang mungkin akan saya buat dalam tempoh terdekat. Saya beli dari tangan orang. Samada adakah harga yang ditawarkan oleh penjual overpriced dari harga pasaran dan adakah ia berbaloi untuk dimiliki. Kalau diikutkan hati, memang saya terpikat dengan apartment tersebut dan juga kerana usia saya yang semakin meningkat tua ni. (umur 32 tahun).

Saya tak perlu cerita dengan details pasal hartanah ni kerana puan fara pun saya ada terbaca memiliki satu unit hartanah di Putra Intan Condo, Dengkil.


Non Bumi Unit
1122 square feet
Balkoni tidak menghadap pool
Free hold
Tingkat 1
Sebelah Lif
Asking Price- 245K
Selepas negotiate dgn owner menerusi agent – 220k
Self initiated check  (tak melibatkan agent) dengan valuer mengenai harga pasaran semasa – 180k hingga 200k.
Tapi agent pulak kata dia dah check dengan bank valuer harga pasaran memang sekitar RM230K.

Persoalan utama

Adakah puan rasa harga yang  negotiable itu berbaloi? Ini kerana saya bercadang untuk membuat pinjaman bank bagi pembelian berkenaan. Tetapi saya khuatir value rumah yang akan ditentukan oleh panel valuer yang dilantik oleh bank adalah lebih rendah dari harga jualan menyebabkan saya perlu untuk menambah lagi downpayment.

Untuk makluman saya bertugas dan tinggal di kuarters putrajaya buat masa ini. Masih bujang.

Mohon pandangan dan nasihat puan berkenaan perkara ini.

Jawapan:

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada saudara S yang sudi membaca blog saya :)
Kata-kata saudara memberi semangat untuk saya terus memberi dan berkongsi sedikit ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya ini bersama pembaca blog yang lain.

Berbalik kepada persoalan saudara, pada pendapat saya eloklah saudara membuat self initiated check (tak melibatkan agent) dengan sekurang-kurangnya 3 valuer yang berlainan mengenai harga pasaran semasa. Dengan cara ini, harga pasaran yang sebenarnya akan terjawab tanpa perlu mempercayai kata-kata ejen.

Saudara boleh juga meminta ejen berkenaan menyatakan nama valuer (yang menyatakan harga pasaran adalah RM230K) dan saudara boleh menghubungi pihak valuer itu sendiri untuk mengesahkan fakta tersebut.

Jika benar seperti yang didakwa oleh ejen, maka saudara boleh meneruskan pembelian dan jika sebaliknya, saudara perlu nego lagi dengan ejen/owner atau mencari property yang lain.

Kalau tak silap saya, masih ada unit kondo Putra Intan yang dipunyai oleh pihak pemaju dan belum dijual. Mungkin saudara boleh menghubungi pihak pemaju (Rimbun Capital) dan bertanyakan hal ini. Unit daripada pihak pemaju ini dijual dengan harga yang agak berpatutan.

Sedikit penambahan, cara untuk membuat self initiated check (tak melibatkan agent) harga semasa rumah:

1. Pergi/telefon ke mana-mana bank dan berjumpa/bercakap dengan pegawai bahagian pinjaman perumahan.

2. Beritahu pegawai tersebut anda ingin membeli rumah A (contoh) dan ingin mengetahui harga semasa rumah tersebut.

3. Pegawai bank akan meminta maklumat rumah seperti alamat penuh, keluasan, tingkat, ada renovation atau tidak dan sebagainya.

4. Pegawai bank akan menghubungi valuer untuk mengetahui harga semasa rumah tersebut dan akan memaklumkan kepada anda. Kebanyakan bank mempunyai lebih daripada satu valuer.

Harap membantu.

PS: Boleh kongsikan jawapan anda di ruangan komen ye :)


Blog Widget by LinkWithin