Tuesday, October 1, 2013

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Assalamualaikum Puan,

Saya ada terbaca blog Puan mengenai rumah lelong dan saya bercadang untuk pergi satu auction pada 14hb ni. Saya nak tanya, kalau saya ambil Puan sebagai ejen pembida saya, berapa harga yg Puan caj?

Satu lagi, saya tak faham tentang maksud kaveat. Adakah saya kena tanya di pejabat tanah tentang ni (call atau pergi ke sana untuk semak?).

Harap Puan dapat membantu. Terima kasih.

Jawapan:

Sebagai ejen pembida, saya hanya mengenakan caj sebanyak rm200 samada tuan menang/kalah/property call off pada hari lelongan.

Kaveat : http://anime4nz.blogspot.com/2012/09/apa-itu-kaveat.html

Sebenarnya ramai yang kurang tahu atau kurang arif mengenai istilah-istilah seperti ini dan kesannya terhadap mereka di dalam hartanah dari segi undang-undang. Jika kita ambil Kaveat ini sendiri sebagai contoh, kesan sebenarnya adalah amat besar sekali kepada pemilik tanah tersebut.
Ini kerana apabila sesuatu kaveat dimasukkan (didaftarkan) ke atas sesuatu hakmilik tanah, maka ianya akan menghalang sebarang urusan daripada berlaku ke atas tanah tersebut!

Maksudnya? maksudnya di sini adalah apabila hakmilik anda telah dimasukkan kaveat, maka anda tidak boleh menjual, menggadai atau menyewakan tanah tersebut atau apa juga urusan pindahmilik kepentingan sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau secara automatiknya tamat tempoh.

Ada berapa jenis kaveat?
Berdasarkan yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56 1965), Kaveat adalah terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats) - Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik (Document of Title)

2) Kaveat Persendirian (Private Caveats) - Kaveat yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah tersebut.

3) Kaveat Pemegang-Lien (Lien-Holders’ Caveats) - Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mana memegang dokumen hakmilik sebagai cagaran untuk tujuan tertentu seperti pemberian pinjaman (contohnya bank).

4) Kaveat Amanah (Trust Caveats) - Kaveat ini hanya dimasukkan oleh Pendaftar terhadap sebarang tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh seseorang individu atau badan sebagai pemegang amanah.
Terdapat beberapa keadaan tertentu yang membezakan kaveat-kaveat di atas dimasukkan. Secara ringkasnya, Kaveat Pendaftar adalah lebih kepada melindungi kepentingan yang berkaitan dengan hak-hak kerajaan atau individu pemilik tanah tersebut. Sebagai contohnya, untuk menghalang urusniaga palsu atau dicurigai daripada berlaku ke atas tanah tersebut.

Bagi Kaveat Persendirian pula, ianya adalah lebih jelas dan mudah difahami. Kaveat jenis ini boleh dimasukkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan kepentingan terhadap hakmilik tanah tersebut, walaupun bukan miliknya. Contohnya adalah orang yang telah membuat sebahagian pembayaran deposit untuk pembelian tersebut atau orang yang mempunyai perjanjian  pajakan yang didaftarkan ke atas tanah tersebut. Walau bagaimanapun, kaveat persendirian ini tidak menghalang dari urusan-urusan lain daripada berlaku ke atas hakmilik tersebut seperti endorsement tertentu. Kaveat persendirian akan terbatal dengan sendirinya selepas 6 tahun.

Untuk rumah flat/apartment/kondo yang masih belum ada strata title (geran individu), tidak perlu cek kaveat kerana kaveat hanya boleh diletakkan di dalam geran individu.

Cara membuat carian tanah untuk semak kaveat:
http://langkahkanan.com/blog2/2012/06/19/cara-membuat-carian-tanah/

Boleh juga upah runner pejabat peguam untuk buat carian ni.
Caj antara rm30 - rm50.
Harap membantu.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

3 comments:

Setahu saya jika rumah yang dimenangi itu ada kaveat, pihak peguam boleh memohon untuk pembatalan di Pejabat Tanah.

" Pastu kita try tanya kat pejabat tanah ada cara tak kita sendiri nak pegi buang kaveat tu. Pejabat tanah cakap ada, tapi kena pergi mahkamah tinggi untuk ambik borang 19H. Borang tu pulak kena ada cop lawyer. nak amik cop lawyer kena bayar rm50, dah la dia tu tak tau pasal borang ni. Boleh tanya kita balik mana nak dapat borang ni. patutnya dia lawyer pasal rumah dia patut ada knowledge untuk semua hal2 berkaitankan? Lepas dah dapat cop lawyer, kita pun pergi balik ke pejabat tanah untuk pohon 'Cadangan Pemotongan Kaveat Persendirian (Removal)'. Kena bayar dalam rm220. Sepatutnya benda2 ni kita boleh suruh lawyer buat, tapi kita dah dapat nasihat yang salah dan tak jumpa lawyer yang betul, sebab tu kita buat sendiri semua ni. Kaveat remove makan masa 2 bulan "

Untuk rujukan boleh refer kat thread ni http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=502046

Salam anon,

Yang ini saya pun baru tau. Thank you for sharing! :)

Blog Widget by LinkWithin