Monday, March 12, 2018

Jutawan Indonesia beli rumah CASH guna USD! (Part 1)

Assalam semua pembaca yang disayangi :D

Alhamdulillah nampaknya pembukaan tahun 2018 Allah beri rezeki yang datang dan mengejar saya dan saya redha menerima pemberian dariNya. Syukur!

Siapa sangka, jutawan dari Jakarta (saya gelarkan Mr T) digerakkan hati oleh Allah SWT untuk menghubungi saya kerana ingin membeli rumah di Kuala Lumpur. Dan katanya dia hanya berharap kepada saya seorang. Duh, terasa agak berat tekanan tanggungjawab di situ. Seperti biasa, saya cuba memberi servis yang terbaik kepada setiap klien yang memerlukan perkhidmatan saya.

Lokasi idamannya ialah apartment/kondominium yang berjarak kurang 50 meter daripada stesen LRT kerana beliau memang suka berjalan dan menaiki LRT.

Awalnya iklan Apartmen Putra Suria Residensi saya menarik perhatian beliau. Sesi viewing diatur. Tetapi beliau tidak berkenan dengan unit tersebut. Rasa saya, citarasanya lebih kepada kondominium. Justeru beliau berkata kondo berharga rm500k dan apartment rm350k tidak banyak beza harganya. Duh, kok tak banyak beza ya pak? Saya lupa yang dia itu jutawan ^-^

Lalu saya pon memburu unit impiannya. Kali ini unit di Kondominium Seri Puteri. Bersebelahan dengan Putra Suria. Hari yang dijanjikan pon tiba. Tetapi ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan sesi viewing tidak dapat dijayakan. Tenant ada kecemasan. 

Kecewa.

Saya dapat rasakan kekecewaan Mr T. Saya juga kecewa. Lalu saya pon meminta pertolongan rakan-rakan ejen di NPR Permaisuri untuk propose unit yang sesuai yang boleh diaturkan sesi viewing secepat mungkin kerana Mr T akan berangkat ke Jakarta.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Kali ini unit kondo baru di Rafflesia Sentul menjadi pertaruhan. Bos saya sendiri Mr F akan membawa Mr T untuk sesi viewing kerana kebetulan saya ada hal lain di Melaka pada hari itu.

Eh mcm dah panjang pulak cerita ni ye. Hehe...

Kita sambung next entry lah ye.

Stay tune! :D


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.