Thursday, March 15, 2018

Jutawan Indonesia beli rumah CASH guna USD! (Part 2)

Ok jom kita sambung cerita ni. Part 2 pulak.

Dipendekkan cerita, alhamdulillah setelah Mr F bawa Mr T untuk viewing dengan izin Allah dan teknik closing killer Mr F, Mr T sangat berminat dengan kondo tersebut.

Tarikh dan masa ditetapkan untuk proses selanjutnya.

Tiba hari yang dijanjikan, kami bawa Mr T ke pejabat lawyer untuk tandatangan SPA memandangkan beliau dengan selambanya bawa 10% deposit dalam bentuk USD. Wow!

Rezeki tak pernah salah alamat.

Alhamdulillah dalam masa kurang 2 bulan Mr T habiskan bayar baki lagi 90% tu. First time jugakla saya ni pegang duit USD yang banyak depan mata.

Mr T bukan saje beli rumah di Malaysia, beliau juga ada rumah di Belanda, Australia dan lain-lain negara. 

Fuhhh... lepas dah siap tandatangan dokumen, Mr F bawa Mr T ke kedai elektrik pula. Beliau nak shopping untuk rumah barunya. Tunjuk sana sini. Siap komen murah dan terus bayar cash. Haha. Seronok betul tengok orang kaya shopping.

Image may contain: one or more people

Tu je kot nak cerita serba sedikit pengalaman dealing dengan cash buyer.

Dulu banyak cerita pasal rumah lelong. Sekarang dah masuk line subsale. So cerita pasal subsale pulak. ;)

Jadi kalau ada pembaca blog nak jual/beli/sewa rumah silalah roger saya ye.

In shaa Allah servis tip top!

Farazila Wahab
Full Time REN
wasap.my/60123459450


Daaa! XOXO

 

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin