Sunday, September 7, 2008

Settle about the tenancy in Bukit OUG

eh... speaking london la pulak tajuk kat atas ni... hehehe...
Semalam aku janji dengan tenant kat Bukit OUG tu untuk penyerahan deposit dan tandatangan perjanjian penyewaan. Aku lupa la aku memang nak upload perjanjian ni. InsyaAllah kalau ada masa aku uploadkan kat blog ni supaya senang korang download.

So pukul 4 semalam lepas balik daripada menyopping kat Sogo dengan tergesa-gesa aku, ijam & budak-budak bergerak ke Bukit OUG sebab janji dgn tenant tu kol 4.30. Ijam tak pass lagi jalan kat sini. Sesat sikit... hehehe.. takpe janji sampai. Kalau harap aku alamatnya langsung tak sampai.

Sampai je kat sana aku terus naik pegi unit yg aku beli tu. Jumpa dia satu family dgn wife dia & anak dia. Masuk dalam rumah tinjau-tinjau sket. Wah bersih betulla rumah tu. Bagus diorang jaga. Rumah mengadap highway. View cantik berangin sejuk je. Perghh memang bestla. Ye-ye je aku risau takut xde orang nak sewa rumah ni padahal ramai je yang call untuk view rumah. Alhamdulillah tenant bagi cek bernilai RM2650 utk 2+1 deposit dan deposit api air. Syukurnya sebab Tuhan dah permudahkan semuanya. Sekarang ni bolehla tido lena sikit (padahal lena jek sebelum ni.. hahaha)Tengah tunggu lawyer settle bab tukar nama + transfer duit je.

So korang bayangkan lah rumah belum start bayar sewa dah dapat duit rm2650. Sape nak bagi beb! Lepas ni boleh pulak refinance rumah pastu duit refinance buat invest tambah rumah lagi. Best-best! Kalau sesiapa nak dapatkan nasihat aku pasal rumah lelong aku xde hal je asalkan aku free. InsyaAllah...tolong menolong sesama kita insyaAllah ada keberkatan di bulan yang mulia ini. :)

Satu lagi blog feveret aku - banyak yang aku belajar kat sini... ;) http://www.pie2020.com/blog/

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin