Wednesday, March 25, 2009

Auction @ Ehsan 25 Mac 2009

Alhamdulillah semalam bertempat di Ehsan Auctioneer jam 3 petang aku berjaya menang pada harga rizab. Properti di lokasi Bukit Idaman ini sebenarnya untuk klien aku merangkap opis mate... Pn Julaiha. Tahniah Pn Julaiha. Pn Julaiha sendiri yg nk duduk dekat sini sebab anak-anak dia semua sekolah kt sini. Rumah kosong tapi agak byk juga yg perlu diperbaiki. Orang ramai gile yg datang... tempat yg kecik tu penuh sesak & panassss... Aku tunggu turn dengan rasa yg berdebar2 lah... (mcm la rumah aku... hehehe) Akhirnya debaran aku hilang bila tengok2 prop tu hanya ade single bidder... syukur...

Terpaksa tunggu lama untuk kontrak siap memandangkan org yang ramai... Hari ni aku x larat lagi pegi sana untuk ambil kontrak. Aku dah suruh Ehsan pos semalam. Senang hidup... hehe... InsyaAllah esok kontrak sampai...

Aku dpt tau juga di masa yg sama ada rakan-rakan lain yg ber bidding di Ng Chan Mau. Tahniah la pada diorang semua yg membawa kemenangan pada harga yg rendah... macam ni lah... baru the real investor betul tak? Semlm ada jugak Casa Subang untuk dilelong pada harga rm170k tapi aku x pasti pulak dah sold ke tak...

Update untuk Casa Subang, still x dpt lagi access card beb... sian tenant aku... nasib baik dia x kisah... Untuk Bukit OUG pulak... bank dah selamat bayar maintenance dlm 9k++ kpd developer... insyaAllah x lama lagi la loan disburse tu... huhu... x boleh la mkn sewa free lagik :P

11 comments:

ooohh.. tahniah.. buit idaman ni kat area mana? bape RP umah tu? bape besar sf dia? bestla dpt RP.. x penah dpt rezeki RP lg ni saya...

Saya pon x pasti sgt area mana ni... dekat dgn Hospital Selayang rasanye...603sf.. rm42.7k...

Rumah apa ye ni kak Fara.. tanah ke apt?

bukit idaman kt slayang..condo kot..

flat lah..aku pernah duk area tu....suasana yg nyaman...lereng bukit...

Fara,

tahniah dapat menggembirakan client anda secara total..ye la..RP tue..cam berjuang dengan musuh yg lari meninggalkan gelanggang..keep it up..

bukit Idaman.. ni mmg bet la kalau nak duduk sendiri, dekat hospital, dekat gan kolam air panas, balai polis, shopping complek pun byk maiden, selayang mall,selayang capitol dan berada didlm persekitaran yg cukup menghijau..
area tuh kondo ader flat pun ader.
pilih jer mana sesuai...

thanks all.. Bukit Idaman ni mmg klien aku nk duduk. Sekarang dia duduk Rawang so plan nk duduk situ sampai anak dia habis UPSR... save cost & time... low cost je beb.. tapi lokasi ok... dekat dgn sekolah anak dia...

Casa Subang tu memang dah sedia fully furnish ke? semua unit macam tu ke?

ye.. pakej rumah yg disediakan oleh developer mmg sekali dgn furniture... tapi utk kes lelong kite tak tau la kan...kalau x-owner tu jenis dengki mesti dia dah keluarkan furniture yg mana boleh... so penting utk tengok rumah dulu sebelum membeli... All the best NaNa!

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Blog Widget by LinkWithin