Tuesday, March 31, 2009

Duit Refinance, Bonus & Komisen Pertama!

Alhamdulillah setelah menunggu selama setahun lebih akhirnya aku dapat jugak duit refinance around rm20.7k untuk rumah di Cemara BSP. Aku beli Cemara ni 4 tahun lepas waktu tu buta lagila pasal auction ni. Main tibai je. RP 90k tapi aku menang @106k. Tibai gak tu... mana ade study buat calculation bagai...

Mehla aku cerita dari awal... sejak kawen aku pon mcm org lain jugak... terperangkap dgn hutang CC yg agak byk... dlm rm9k gakla... konon2 bijak... buat PL bank rakyat rm22k... bayo hutang rm9k, joli2 sikit dan beranikan diri beli rumah lelong Cemara BSP. Lepas beli pokai beb...adalah +ve cashflow rm50 itu je. Sampaila aku jumpa Aziz CFP pada tahun 2007 (waktu tu x kenal lagi Pie & Faris) dan restruktur semula perbelanjaan & simpanan kami suami isteri. Aziz juga cadangkan kami buat refinance untuk rumah Cemara. Alhamdulillah saving bertambah. Sejak tu semakin rajinla baca blog Pie. Akhirnya tahun 2008 dapat tambah 2 biji rumah lelong lagi... BO & CS (jv dengan faris). Aku juga decide untuk jadi real estate negotiator yg berdaftar.

Alhamdulillah berkat sokongan semua aku dah berjaya buat 8 sales! Satu pencapaian yg besar buat diri aku sebagai part timer. (Yela mana boleh lawan faris kan... hahaha) InsyaAllah komisen pertama aku sebagai ejen akan dapat dalam masa terdekat ni... Komisen untuk rumah di Sri Nilam yang dibeli oleh Wan Zairul... Wan, nanti sms kasi no akaun ye! hehehe... yang lain-lain on the way insyaAllah... aku mesti kasi punye... xde istilah makan sorang dalam kamus hidup aku...

Pagi tadi aku dah berjaya bank in cek duit refinance tu masuk ASB. Walaupon x byk mana tapi happy gile la kan... sape x happy dpt duit... duit free lak tu... penyewa yg tolong bayarkan balik ;P. Aku dah plan nk OD kan duit tu secepat mungkin. Bolehla usha2 & tambah rumah lelong lagi kot??? hehehe...

Aku jugak dapat bonus daripada company aku... syukur rezeki Allah... Kalau sempat mmg nk masuk auction bulan April ni kalau ade rezki... Amin... Untuk semua yg nak masuk bid, mmg byk prop yg menariksss... pilih2 saje... yg penting sekali jangan lupa REGISTER... anda jugak yg dpt duit kalau menangkan? sape nk bagi... :)

7 comments:

wow..tahniah fara..memamng masyukk la..

nanti aku sms no akaun aku sekali.. heheh

alhamdulillah...rezki berkat kesungguhan dan kesabaran...
-noza-

pelaburan hartanah masih lagi yang terbaik..

Matt, tq...ye setuju... pelaburan hartanah masih lagi yg terbaik :D

Faris, grill dah pasang lom? Nanti kasi bil... aku kasi diskaun rm100 kt tenant casa subang selagi x dpt access card sbb ari tu dia ade tanya... huhu...

Noza, terima kasih... :)

Juruukur, tepat sekali... tapi ko dah try CPO kan? hehehe... tahniah kerana berani mencuba!

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Blog Widget by LinkWithin